Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
Hari yang sempurna
Semalam adalah hari yang paling sempurna untuk gua, antara sekian banyak hari yang sempurna yang gua lalui. Sempurna yang gua maksudkan bukanlah syorga atau keseronokan..hahaha..ianya adalah hari yang tak best pada pandangan mata dan akal. Tapi gua kena layan juga walau tak best..maka gua pun berketawalah sepanjang malam kerananya..
ha ha ha..
Semalam siang jumpa kawan baik, bersembang-sembang pasal hal-hal yang heavy dan falsafah yang berat-berat, selalunya gitulah..bila cerita yang berat-berat, akan datang lah cerita untuk kita yang berat-berat juga..bila malam, gua nak berjumpa dengan kawan, nak kasi stock album..DRUR..dengan kereta gua..sebelum tu busking pun best juga, banyak cd terjual, rezeki bagus..hahaha..so malam gua drive dengan kereta gua kat ‘duke’ highway..tiba-tiba kereta buat hal pulak..adoi…enjin dah macam bunyi motorbot je, langsung tersadai tepi jalan..highway duke..tak boleh buat apa, terpaksa panggil tro-truck datang angkut kereta..jadi duit busking untuk hari semalam memang di peruntukkan untuk bayar tro-truck dan isi minyak kereta..sepanjang gua melepak tepi highway sementara menunggu tro truck sampai..gua pun memandang ke langit, yang berlapis-lapis..sehinggalah ada jawapan di situ..jawapannya ..” so what?”
ha ha ha….
*kalau banyak tahu sangat pun masaalah juga..lebih baik tak tahu..tapi masaalah itu hanyalah hal dan perihal dunia..itulah kesempurnaan..bagi gua le, orang lain mungkin lain fahamnya..
Tujuan sama, jalan lain-lain
Dulu masa gua kerja di Yamaha Music, showroom kitorang di Starhill shopping complex..di lobi akan ada persembahan musik jazz oleh gend-geng Dato Mokhzani..diorang akan mula persembahan dalam pukul 8 malam gitu le..dan di luar Starhill shopping complex ada sebuah club juga, yang mana ada pemuzik-pemuzik berjiwa rock n roll akan perform di situ…dan kebanyakan musician berjiwa rock n roll ni..gua kenal..dan ada yang member baik gua juga, sebab ye lah, diorang selalu datang showroom, untuk beli drumstick, spectrum, tali gitar..gitulah..
Jadi di waktu petang, gua biasanya melepask di kedai mamak belakang KL Plaza..juga musician yang berjiwa rock n roll… jadi gua tengok, dari segi gaya..yang jenis rock n roll ni memang rock n roll betul..hahaha..datang melepak, cara lepak, cara diorang memandang alam maya ni, cara mereka sedut rokok, macam muka tak mandi, memang berserabai…hahaha..tapi cool beb!!…Berbeza sungguh dengan gegng-geng yang main muzik jazz , diorang datang dengan senyuman, berpakaian kemas, coat, baju putih, hisap rokok pun ada style…tapi lepak kedai mamak juga..pendekata kemas dan berdisiplinlah ..jadi bila gua tengok , gua ketawa sendiri..tapi tak ada maksud apa-apapun…bukannya gua kata kalau rock n roll tu gua tak suka..sebab gua pun lebih kurang itu juga, dan diorang member gua…hahha…dan gua juga tak kata yang main jazz tu best atau tak best…ianya cuma panorama…kita manusia ni, sama je..tujuan kita ke situ juga, cuma jalan saja berbeza…hehe
Too much love will kill you…
Gua jarang berenggang dengan anak-anak. Rutin hidup gua, bila balik dari kerja biasanya anak-anak akan sambut, dan itulah kehidupan gua, yang biasa-biasa saja, yang bahagianya bukan dimata, tapi di jiwa. Jadi dalam 2 hari lepas gua berenggang dengan anak-anak, dalam sehari gua rasa tak seronok sangat, tidur malam pun tak lena, dan di sini gua boleh faham perasaan seorang bapa yang kalau perjalanan dan ketentuannya terpaksa berpisah dengan anak-anak.
Betul, bagaimanapun kita perlu rasional dalam banyak hal, letakkan kasih sayang itu di jiwa, gendong anak-anak itu kemana-kemana, sebab mereka ada dalam jiwa kita. Mereka adalah semangat untuk kita terus hidup. terlalu berharap akan mengecewakan jika apa yang di harap tidak kesampaian..Jadi menghargai nilai kasih-sayang itu lebih baik, walau kita tidak memiliki. Rasa ingin memiliki sebab kita selalu fikir yang hidup ini kita punya, walhal kita hanya di pinjamkan saja segala nikmat yang ada, ianya amanah dan tanggungjawab.
Jadi kita kena belajar untuk bersedia..bersedia untuk kehilangan..
LONG LIVE ROCK N ROLL
Semalam gua busking di Kl Sentral, ada budak-budak buat collection untuk Mangsa Palestine, student UM, lama diorang kat situ, dan banyak la collection diorang. orang ramai pun banyak yang hulurkan duit tanda sokongan, Gua tengok muka budak-budak tu, semuanya naif..dan budak-budak yang baik, dan suka membuat kebaikan. Cuma yang pasal Palestine tu.. yang itu gua kurang setuju, sebab banyak yayasan itu, persatuan ini, guna nama Palestine, untuk buat untung dan nama. Gua pun tak tau duit tu sampai ke sana ke atau tidak. Banyak elemen eksploitasi dan Palestine ni dah jadi suatu benda yang glamour dan berjenama. Bersempena harga-harga barang naik ni, kos sara hidup tinggi, lupakanlah Palestine, banyak bantuan dah sampai ke sana,… sebab orang-orang kita banyak yang susah, ada lebih baik buatkan donation untuk membantu rakyat yang berpendapatan bawah rm 1000, di Malaysia ni. Itu lagi bagus…itu lagi membantu..sedekahkan duit itu untuk pengemis-pengemis yang berlambak di KL ni, atau satu malaysia..terutamanya student2..kita perlu mendahului, bukan mengekori..kita perlu ada idea insani yang luhur dan sejati.
dan petangnya pulak gu akena layan satu mamat ni, dok cerita pasal dia hebat main gitar, ada Ibaner gitar dan fender amp..main gitar dah 7 tahun..gua dah naik fed up..dulu dia ada datang juga, mintak gua main lagu another u, dari cromok..gua malas nak layan..cakap tak tau,,,leps tu dia cakap senang je, lepas tu gua cakap..” terer le lu”..haha..Semalam dia nak acah-acah lagi, dok cerita steve vai belajr gitar dengan malmsteen..gua dah hilang sabar, tapi masih kontrol hensem lagi..gua pun tanya dia,”mana lu dapat info ni?”..steve vai belajar dengan satriani bro…”lepas tu dia nganga..haha,,gua provok dia lagi..malmsteen apa nama band dia? dia tak tau, ..gua pun cakap..rising force, tubuh tahun berapa? tak tau juga…sebelum rising force dia main band apa? pun tak tau.alcatraz..gua bagitau dia..ibanez lu flet ke curve? pun tak tau..habis apa yang lu tau?hahahaha…ini le penyakit budak-budak yang baru belajar main rock….yang taunya nak menyolo je..main baru 7 tahun, apa yang boleh dapat?.gua cakap kat budak tu..lu pergi praktis, ada band ? ada dia cakap..ada..lepas tu gua cakap..praktis, lepas tu boleh fikir nak jadi mat rock atau main di pub atau kelab..gua pun ok le balik lepas tu..malas nak layan..haha
mengenang ronnie james dio yang dah arwah…
kesederhanaan..
Gua hidup sederhana, atas sikit dari papa, atas sikit sebab masih boleh berusaha untuk mencari duit, cari duit untuk terus hidup, dan bagi anak bini makan pakai. Memang gini cerita gua..hahaha..dan best ke? Ya, kadang-kadang bila tengok rumah besar 2 tingkat, ada tanya..bila gua boleh beli rumah macam ni? Lepas tu gua rileks, itu keselesaan, ada orang selesa tidur bila bertilam empuk, ada yang selesa bila bertilam nipis, dalam satu hal gua cukup salut perihal kesederhanaan Presiden Iran, Mehmoud Ahmadinejad, cukup sederhana dia ni. Inilah contoh pemimpin yang kita kena respek, dia cuma jalankan watak dia yang diamanahkan sebagai seorang presiden..Pemimpin-pemimpin kita? hahahaha….susah mahu cakap bos…bak kata Wahid Satay dalam lagunya mabuk kuasa..”kita mulia kerana kuasa, mabuk kuasa mula jadi gila”…Apapun gua cuba seimbangkan antara menyampah dan rasa hormat pada sesama manusia..kita kena rasional dan realistik..
Kepentingan? Setiap orang memang ada kepentingan. Gua pun ada, kepentingan gua untuk anak bini saja. Untuk gua? Gua rokok sekotak sehari, makan ala kadar, pakaian? tak ada yang baru, tak minat untuk pakai baju itu atau ini, gambar itu atau gambar ini. Gua cuma pakai baju dan seluar, itu saja.
Orang gila makin banyak hari ini. Kalau betul gila itu memang gua salut, sebab mereka telah duduk disinggahsana bahagia yang ultimate. Kalau gila kuasa, payah beb! hahaha..bagi gua itu penyakit..Bila nafsu yang kontrol hidup kita, duduk di jiwa kita, habislah, jadilah kita manusia yang lemah pada kehendak hidup itu sendiri. Hidup itu dunia, dunia itu hal, hal itu nafsu dan kehendak. Gila nak menunjuk pun penyakit juga, gila pada pangkat dan kedudukan, itu pun penyakit, tapi itulah, seperti gua cakap tadi..gua cuba untuk bersikap adil dan rasional pada setiap watak yang di jadikan Tuhan. Kita punya definisi terhadap apa yang kita mahu dalam hidup ini.
Selainnya..kita sedang menunggu mati..itu saja, itulah yang kita mahu walau kita tak suka…hahaha


