Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

16HB MAC – ANTARA ‘KERETA KECIL’ DAN ‘TIKA HUJAN’

0 comments

16hb Mac ini datanglah ke Annexe Pasar Seni. Banyak program seni, buku dan muzik akan berlangsung. Sudah lama saya tidak perform dalam program singer/songwriter atau majlis-majlis melibatkan kesenian dan sastera.

Pun pukul 2 petang hari sabtu itu akan berlangsung ‘Pelancaran single ‘Tika Hujan KuBerdoa’. Saya akan sampaikan 2 lagu pada pelancaran single tersebut. Ke dua-dua lagu tersebut liriknya ditulis oleh Jimadie. Dan istimewanya juga kedua-dua lirik tersebut bercerita tentang anak kesayangannya Adam dalam dua pentas yang berbeza.

Lagu ‘Kereta Kecil’ liriknya ditulis pada tahun 2010. Waktu itu Adam anaknya berumur 4 tahun,sihat dan cergas. Liriknya berkisar tentang perhubungan kasih-sayang antara seorang ayah dan anaknya dan liriknya ada elemen rugged. Rentaknya country folk dan dalam mood yang riang.

Tapi bila nasib dan takdir yang menimpa hidup beliau sekeluarga berubah dari cerah ke mendung, lagu ‘Kereta Kecil’ itu menjadi lagu riang dengan mood yang redup umpama kita mendengar lagu-lagu Nick Drake atau John Martyn.

Dan bila saya bandingkan lagu Tika Hujan dan Kereta Kecil, lagu Tika Hujan memang sedih kerana waktu itu Jimadie sedang membaca cerita sedih tentang hidup dan takdirnya. Lagu Kereta Kecil pula, waktu itu beliau dalam keadaan yang selesa dan bahagia dan tulisannya waktu itu penuh dengan semangat, cinta dan cita. Tiada siapa yang suruh beliau menulis lirik tentang anaknya. Itu kemahuannya. Lagu Tika Hujan pula memang saya yang mencadangkan kepada beliau.

Antara dua lagu tersebut, yang paling menyentuh hati Jimadie bagi saya itulah lagu Kereta Kecil dan itu akan dikenangnya sampai bila-bila. Saya juga merasakan kesedihan dan mood lagu tersebut berbanding Tika Hujan.

Dan yang lebih bermakna, lagu itu tidak akan dirakamkan sebagai single, ia akan kekal di dalam ingatan…

Kita semua hanyalah penduga…kita tidak pernah akan tahu apa akan jadi walau sedetik ke depan.

Untuk lagu Tika Hujan, pemuzik yang mengiringi ialah Arif Yusoff yang bermain Flute di dalam album tersebut, juga anak saya Aqeef Aziddin yang berumur 11 tahun yang bermain gitar.

Untuk anak saya itu, ini akan menjadi pentas pertamanya jika suatu hari nanti dia memutuskan untuk menjadi pemuzik professional.

Kepada kawan-kawan, datanglah dan berikan sokongan kepada kawan kita. Kita tidak tahu apa nasib kita hari esok. Dan belilah album Tika Hujan dengan niat kita membantu antara sesama kita. Harganya kalau dikira untuk 1 lagu sahaja dengan harga rm 10, memang agak mahal, namun kalau kita fikir ini antara tanggungjawab kita untuk membantu dan menderma untuk kawan kita, Tuhan pun suka…insyaallah…

Selain saya, mungkin ada rakan lain juga yang akan buat persembahan…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.