Lirik-lirik Album Yang Terlintas Difikiran
Posted on April 27, 2008, under Lirik.
Yang terlintas difikiran
aku masih disini
didapur hatiku yang rawan
beras makin berkurangan
aku hanya mampu melihat
bukan apa-apa
masakanmu memang bagus
tapi aku ini tiada apa
hanya sekadar mampu
buangkanlah laparmu
kita makan irama ini
degup jantung yang tetap berdegup
kita masih hidup lagi
aku masih disinipun
masih bernyanyi dalam gelap
sebab disitu ada cerahnya
Kalaulah bukan kerana dia
kalaulah bukan kerna dia
pasti aku jauh pergi
tanpa tanda,tanpa nesan
kalaulah oh kalaulah
kalaulah bukan kerna dia
pasti aku seorang pemimpi
rindukan kilau material
kalaulah oh kalaulah
itupun hanyalah kalau
aku masih bermain
tarik tali dan sorok-sorok
nyatanya dia suka begitu
bukan aku tapi dia
kalaulah bukan kerna dia
langitpun enggan tersenyum
apatah menyapa wajah lesu
kalaulah oh kalaulah
Yang terlintas difikiran
mengingatimu
menyayangimu
mencintaimu
sampai kau jemu
menghalusimu
menghayatimu
menyanjungimu
sampai kau benci
kau datang,kau menghilang
buat ku gelisah
menghitung waktu
kau datang kau menghilang
kupanggil namamu
menunggui mu
menemanimu
mendekatimu
sampai kau lari
mencumbuimu
walau bayangmu
buat ku bahagia
bahagia
Perihal kita
terlalu banyak yang harus kufikirkan
tentang hari ini dan esok-esokku
perihal nasi basi yang tak berlauk
yang kukunyah
semalam yang segar
minda ini masih waras berfikir
apakah kau masih sayang padaku
pandangan yang semakin berbeza
antara kita
harus kenyataan melengkapkan
bahawa aku akan keseorangan
bahawa aku akan kesepian
aku pun setuju engkau pun begitu
enyahlah engkau dari mimpi suciku
aku harus menjadi diriku
dan bersedia untuk segalanya
Sehabis buku yang kau baca
berjalan dijalan yang telus
bertemu disimpang kelmarin
dan aku tuliskan
kata-katamu itu
untuk kuhuraian
tatkala lelap mata
pandanglah pemandangan yang statik
terhakis oleh pantasnya waktu
selamat datang
kau tak akan hilang arah
segalanya tersedia untuk kau teruskan…teruskan
musim ini penuh warna
kau perlu mempelbagaikan
untuk membentuk rasanya
bekal sebelum lelap mata
musim ini penuh warna
jiwa dan minda diskusi
untuk satu konklusi
sehabis buku yang engkau baca
Sehari yang panjang
sehari yang panjang
aku masih belum bangun
biarkan aku begini
burung-burung pun terbang lagi
disini ada syorgaku
rumahku dan impianku
walau pun langit masih murung
aku masih mampu tersenyum
untuk mu wahai sang hati
bukan untuk mereka melihat
untuk seribu tahun lagi
walau bukan aku yang tahu jawapannya
aku ingin mendakap langit
disana ada dunia ku
disana ada impian
Tidur
malam telah memeluk tubuhku
lena diranjang yang tergugah
aku terbaring dalam gelap
merasa diri lemah seolah tak bernyawa
segala laku yang terkaku
menyisir rentak usiaku
dengan irama mesra mengasyikkan
membisik jauh
meninggalkan jejak yang diatur
igauan indah enak mentertawakan mimpi
pada hidup yang ngeri
sentiasalah menanti
Ruang ini sempit
ruang ini sempit
ini bukan luahan
ini kenyataan
aku tak mampu bernafas lagi
bagaimanakah jika
ia hadirkan diri
diwaktu-waktu
yang tak seharusnya
bukankah engkau pun tahu
ada bulan ada matahari
memberi sinar untuk
engkau aku dan dia,aku dan dia
ruang ini sempitkah
aku pun tak pasti
lepas dan aku lepas kan
aku kini diruang yang baru
Teori cinta
bagaimana dapat aku melupakanmu sayang
terangkanlah,curahkanlah
bagaimana dapatku mencari pengganti
yang sesucimu,yang semurnimu
kan kucuba untuk mendakapmu semula
dan kutaburkan resepi cintaku
sehingga kau dapat menerimaku semula
semoga kau mengerti
lupakanlah cerita masa lalu
anggaplah kita belum dewasa
untuk memahami ertinya cinta
sehingga kini baru ku sedari
kau kucinta,kau kutemu
sinar mata mengoda daku
akhir kata
terimalah syair kunoku
dan semoga kau fahamilah
buka mata aku terpandang wajahmu
bersama senyum seribu erti
Rasa
aku ingin dan ingin
melihat jels dan nyata
akan sesuatu yang tak tergambarkan oleh ku
berilah dan berilah
aku akan keinginan itu
walau bukan atas kehendakku
melainkan atas kehendakmu jua
siapalah aku untuk meminta
melainkan atas kudratmu jua
aku hanyalah sehelai daun
yang kekeringan dan terbuang
entah kemana aku dibuai
oleh rasa –rasa yang asyik
aku semakin dibuai rasa
maka hilanglah keakuanku