Archive for April, 2008

Lirik-lirik Album Itu Padang..Aku Disitu

Posted on April 23, 2008, under Lirik.

Langit Makin Gelap

Menanti mu…
Seperti semalam
Dimusim yang tak menentu…
Buat ku gelisah…
Aku pun mencangkung
Ditengah padang lalang
Dan kubuka…
Kubukakan bajuku
Lemparkan keudara…
Dan angin, membawa ku kepadamu
Dalam amarah aku luahkan
Emosi kesan kekecewaan
Melihat nasib penghuni alam
Kesengsaraan yang berpanjangan
Yang berkuasa bertuhan kan nafsu…
Mereka bahagia melihat angka kematian
Insan yang naif…
Insan yang naif
Cahaya mentari
Menyentapku
Bangunkan aku dari mimpi siang…
Terus ke jendela…
Langit makin gelap…
Langit makin gelap…
Langit makin gelap…

Hari Hari Autistik

Dan Adam ada disini…
dunianya teka-tekiku
pandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…
walau kubiar…dia berlari
dan kan kubuka semua ikatan
agar dia…bebas apa saja
untuk bermimpi tentang apa saja
walau sebenar semua jawab
ada didiri…tak kunafikan…
dia adalah hidup ku…
dia adalah nafasku…
dia..alasan, agar aku lebih berdiri…
disini…
tiada kunafikan…
dialah pembimbing…
untuk aku…lebih beralasan dalam menghargai…

Sketch (Subuh 3:15)

Matikan lah perasaan
jika ia menghukummu
membawamu keawang awang
bahkan menewaskan mu
itu bukanlah mimpi suci
jika ia membebankan
buat kau jadi pemimpi
kau biar jiwamu didalam
hidup hanyalah mimpi siang
kau kan kepeningan
bila batu batu menghempap
kaulah pengembara yang gagal
kaulah pengembara yang gagal
keluarkanlah dirimu
sebab waktu masih siang
matahari masih berfungsi…
setetap dan seadanya
keluar dan berfikirlah sebelum terlambat
sebelum kau putus asa…
atas kekalahan semalam…

Itu Padang…Aku Di Situ

Dan Adam ada disini…
dunianya teka-tekiku
pandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…
walau kubiar…dia berlari
dan kan kubuka semua ikatan
agar dia…bebas apa saja
untuk bermimpi tentang apa saja
walau sebenar semua jawab
ada didiri…tak kunafikan…
dia adalah hidup ku…
dia adalah nafasku…
dia..alasan, agar aku lebih berdiri…
disini…
tiada kunafikan…
dialah pembimbing…
untuk aku…lebih beralasan dalam menghargai…

Lagu LaraRia

Mari menyanyikan
lagu lararia
dan muzik bergema
berdansalah sambil menangis
berdansalah sambil menangis
kau kuncilah suaramu
aku mahu bersuara
mungkin sumbang
tapi telingaku positif saat ini
telingaku positif saat ini…
aku mungkin berlakon
diwaktu yang tak diduga ini
biarkan langit bercahaya
biarkan mereka terpedaya…
mari menyanyikan lagu kurun kelima belas
marilah berlakon
dendangkan lagu lararia…
dendangkan lagu lararia…

Lagu Sofa Biru

Kebekuanmu penyebab kedinginan
setelah sandiwara semalam
semalam yang hampas
kau pecahkan pintu kau bakar emosi ini
kau mahu egoku pecahkan kaca mimpiku
lihatlah sofa biru
musim-musim yang menghukum
aku belum mati
aku masih disofa ini masih…
aku belum mati…
aku masih disofa ini masih disofa ini…
esok hari cuti akan ku bentangkan layar
aku masih disitu oh bukankah…

Usah Biar Ku Beku

Nyatakanlah semahu perasaan mu
usah biar ku beku
dan kukutipkan semua bunga ditaman
taburkan dihalaman mu
engkau adalah aku
aku adalah dia
usah biarku beku untuk selamanya
usah biar ku beku…………….
berderetan lampu lampu dijalanan
kubentangkan untuk mu
sehamparan permaidani dijalanan
semuanya untuk mu…………..

Dari Warung Kopi

Dan waktu pun terus berlalu tanpa batas nya
seiring bersama takdir penentu
kita pun semakin dalam mengerti erti kehidupan
dan kita lalui dan rasai segala luka
mengerti dan makin menghargai waktu
hidup hanyalah lakonan cuma…
keseimbangan
dan akhirnya
kita disini
menghirup udara segar
dimeja makan…diwarung kopi…
betapa indah nya suasana
dan bercerita itu impian…
itu ambisi mentalisasi
oh alangkah…alangkah asyiknya
betapa menyatu nya waktu
dan kita semakin mengerti tujuan kita
semakin memahami destinasi pun
akhirnya kita selesa begini
disaat ini…

Sama antara sesama

biarkan kata kata berterbangan
bagai kupu-kupu selepas hujan
lambang perhiasan semu
lambang perhiasan semu
datanglah aku tunggumu di sini
aku dan kupu-kupu didinding itu
jadi perhiasan untuk kau tatap
jadi perhiasan untuk kau tatap
DIMANAKAH kau…
kata tubuh ku hangus
dimamah mentari
ditengah padang yang luas
di manakah kau…
kala ku mendongok kelangit
yang ku tatap hanya awan
aku tertipu lagi…
kehadiranku hanyalah lakaran
campuran warna warna
yang di gaulkan
sehingga menjadi kita
SAMA ANTARA SESAMA

Berjalan Seadaanya

kau tahu dimulutmu
ada kata-kata
kau tahu dihatimu siapa dirimu
didirimu itu
dan sedalam dalam mu
ada batu permata
perlukah kau gilap
perlukah kau gilap?
perlukah kau gilap…?
kau adalah takdir yang sentiasa disitu
untuk mu…untuk mu
kau tahu dimimpimu
ada angan-angan…
matikanlah ambisi
berjalanlah seadanya
berjalanlah seadanya………

Mari Bersendiri

Mari bersendiri
menemani diri
disudut jendela
yang telah kusingkap
biarkan angin pagi membelai
tubuh ini
kualunkan lagu
luahan nurani
mungkin tak semerdu
namun memadai
hiburkan jiwaku yang sengsara
aku selalu bertanya pada diri sendiri
mengapa kita diciptakan dan saling memerlukan
aku selalu bertanya pada diri sendiri
mengapa kita bersengketa antara sesama
atau memang itu memang kehendak manusiawi
yang memang megah akan perasaan hasad yang
menguasai diri…
yang menghukum diri
yang menyeksa dirimu
diantara kita
harus ada pegangan
walaupun berbeza
tujuannya sama
isikan jiwamu dengan kasih sayang

Lirik-lirik Album Pesta Jiwa II

Posted on April 23, 2008, under Lirik.

Hayatilah Kecewa Ini

hayatilah kecewa ini
kalau memang engkau punya
bulan masih di pangkuan
walau kemana halamu
walau kemana halamu
disini ada luka
dibola mata dan hati telus
irama yang mengasyik
usah kau bangun dulu
usah kau bangun dulu
seharian bercerita
aku pun singkaplah jendela
walau tembus dek sinar mentari
hayatilah kecewa ini
dihadapanku…ada dia
dan mataku masih menatapnya
inikah nikmat
engkau buat aku gila
kau buat aku gila

Catatan 1

aku berjalan ditengah kota
berjalan jalan tanpa tujuan
terlanggar bahu jalan
aduh sakitnya
terus berjalan sambil berkhayal
tenggelam dalam irama alam
enyahkan riuh kota
adus aysiknya
hujan turun pula..
basahkan aku , semua basah
dingin seluruh tubuhku
terus berjalan,didalam hujan
menafikan murung waktu…
basah itu menyegarkan
ada masa kehendak jiwa
sukar diramalkan
cerita dunia tak akan habis
insan sengketa demi kuasa
mengharukan aduh dunia
melihat sang semut saling bersatu
berpegang pegang bersentuh sentuh
aku termangu,aduh malunya
sedangkan kita yang memang pandai
terlalu pandai hingga nafsu menguasai diri
kerana nafsu jadikan rakus
itu makanan untuk manusia
KETAWALAH…KETAWALAH…
aku tersentak dari lamunan
hujan berhenti,aku pun sampai
dipintu rumah,aduh penatnya


Sama antara sesama

biarkan kata kata berterbangan
bagai kupu-kupu selepas hujan
lambang perhiasan semu
lambang perhiasan semu
datanglah aku tunggumu di sini
aku dan kupu-kupu didinding itu
jadi perhiasan untuk kau tatap
jadi perhiasan untuk kau tatap
DIMANAKAH kau…
kata tubuh ku hangus
dimamah mentari
ditengah padang yang luas
di manakah kau…
kala ku mendongok kelangit
yang ku tatap hanya awan
aku tertipu lagi…
kehadiranku hanyalah lakaran
campuran warna warna
yang di gaulkan
sehingga menjadi kita
SAMA ANTARA SESAMA

Biarkan Mulut Berbicara

biarkan mulut berbicara
dari atas bumbung nestapa
kesedihan hanyalah luahan
LUAHKANLAH
biarkan aku kesejukan
diatas padang antartika
moga kebekuan menyatukan
aku dengannya
ladang yang terbakar
derita nestapa
DUKACITA itu memang milik kita
itulah alamku .. BEBASKANLAH aku
bagai kupu-kupu yang BERTERBANGAN
alamku,birukanlah aku
moga mudah aku bernafas
ceriakanlah suasana itu
oh alamku

Semalam telah mati ,itu katamu

ceritakanlah kepadaku
setelah usai kusutmu
dan bunyikanlah
iramamu
dalam nada yang sunyi
aku kan cuba mengerti
walau pintu terkunci
semalam telah mati
itu katamu
semalam telah mati
itu katamu
ceritakanlah lagi
melodi yang kau pecahkan
seperti jambatan yang mati
dan engkau pun di situ
aku dibawah mentari
sinarnya menyegarkan
hargai dan berbaringlah disisiku (2x)
dan telah kusiapkan
butir butir mimpi
yang ku kenal pasti
dan telah ku siapkan
semuanya hanyalah untukmu
ceritalah kepadaku
tentang padang yang hujau
sehijau hati yang kudus
dan engkau pun disitu
aku tak akan mungkir janji
bukakanlah pintu mu
SEMALAM TELAH MATI… ITU KATAMU

Ini Padang

ini padang
untuk kita berlari
luahkan apa yang perlu
berlari dan berlarilah
ini padang
sebidang tanah yang lapang
selapang lapangnya
yang engkau lihat
dataran kaki langit
berlari berlarilah
berlarilah semahumu
akan sampai waktunya
kau akan lemah sendiri
kau akan lemah sendiri
ini padang
untuk kita lelapkan mata
selepas penat berlari
TATAPLAH MATAHARI mu
MATAHARI mu

Untuk orang kita

kota ini mungkin mengerti
akan sikap engkau dan aku
debu panas yang mencacatkan
wajah wajah yang dulu suci
engkau dibawah
sinar lampun jalan
aku disini kegelapan
sanggupkah engkau
untuk menyapa ku
agar dapat
aku melihat aku
demi masa yang pantas
beredar
erti kemanusiaan
yang tiada lagi
amanah semakan engkau
kau alpakan
janji hanya tinggal janji
janji hanya tinggal janji

Pesan

sudah bangunkah anak ku?
anak ayah yang seorang
permata bondamu
yang sentiasa disisimu
bukalah mata mu hai manja
mentari telah menunggu
untuk kita nikmati
berapa berertinya
HIDUP INI…
lihatlah sekeliling mu
alam panas yang menanti
agar kau perlu tabah
dalam mengharungi
lihatlah sekeliling mu
semua orang perlu berlari
untuk memahami erti hidup
yang lemah akan ketinggalan
peluklah ayah mu hai manja
biarku bawa bersama
bersama harapan
ayah dan ibu mu


Bingkai Tanpa Wajah

subuh yang menyegarkan
aroma vitamin hakiki
ku selak jendela waktu
lontarkan wajah kebulan
sesempurna kejadian
benamkan riuh rendah kehidupan
biarlah aku begini
aku nak kecil yang keriangan
bingkai yang ku bina
telah ku siapkan
hanya menunggu waktu
untuk ku gantung
didinding mimpi
untuk ku gantung
didinding mimpi
tiasa wajahku di situ
yang kau lihat hanya bingkai
sebab wajah itu ada disini
kusingkap untuk kutatap
padamkanlah lampu subuh
bergegaslah untuk beradu
usai mimpi satu minit
ini waktunya … ini waktunya
untuk kau pergi
untuk kau pergi

Hanya engkau

hanya engkau
yang mengerti
perasaan hati ini
kian lama ku mencari
baru kini ku temui
dimata mu ada sinar
kebahagiaan yang abadi
rasa kasih makin segar
hanya engkau ku dambakan
kasih ku…

Pesta Jiwa

aku adalah pengembara
mengembara merentasi
langit yang berlapis
ada masa..aku gagal
masih berusaha
perjalanan ku
bagai warna warna surreal
itu ABSTRAK untuk difahami
ada msaa ku sendiri
GAGAL memahami
kita adalah pengembara jiwa
yang sentiasa
menuju kesitu
keasalmu untuk kembali
kembali padanya…

Lirik-lirik Album Pesta Jiwa

Posted on April 23, 2008, under Lirik.

Masih ingatkah kita

masih ingatkah kita?
akan mimpi TRAGIS
yang melanda rumah dan impian kita
apakah kita masih di situ
masih ingatkah kita
akan kepayahan yang melanda
kita hampir putus asa
akhirnya mengertikah kita
bahawa ini semua
hanyalah ujian
agar kita menghargai
nikmat suka - nikmat duka
dan akhirnya
kembali kita kepadanya
masih ingatkah kita
akan mata sinis yang memandang
seolah kita orang asing
dan akhirnya mengertikah kita?

Lagu Orang Bodoh

semuanya nak tunjuk pandai
apa akan jadi esok hari
akan tiadalah orang bodoh
kecuali aku
jadilah orang pandai
jika itu yang kau mahu
akan kenalkah kau kenalkah aku
orang bodoh
syurga bukan hanya…
untuk orang pandai
bergantung pada tahap kerakusanmu
aku juga punya impian
walau aku orang bodoh
aku akui kau memang pandai
pandai itu pandai ini
cuma satu yang aku pasti
kehendak kita dia tahu
jadilah orang pandai
jika itu yang kau mahu
akan kau - kenalkah aku
orang bodoh

Adakah Terlalu Sukar

adakah terlalu sukar
menyatakan hasrat hati
apabila kau mengadap wajahmu sendiri
sukar sangatkah? sukar sangatkah?
sedangkan engkau pun tahu
engkau telah bangun
dari lenamu yang sangat panjang
sukar sangatkah? sukar sangatkah?
basuhlah wajahmu
dengan air mandian tujuh warna
adat dan petua dilupa jangan
kerana kita masih lagi disini
kerana kita masih lagi begini
maka…dibeginikanlah sedemikian rupa
akan lenyapkah kesengsaraan?
adakah terlalu sukar?
kau mengucapkan syukur?
atas nikmat yang telah di kurniakan
sukar sangatkah? sukar sangatkah?

Sahabat Dan Sepatu

perihal sahabat
yang cuba bermain api
yang akhirnya membakar jasad
yang ada hanya dia semata
maka hidupnya bermula disini
dari satu titik hanya satu titik
satu sudut matahati nya terbuka
jawapan yang dinanti sekian lama
untuk satu tempoh tiadalah duka
dia pun berjalan girang hati
apakah ini nikmatnya syorga
hanya dia memahami
ada pun masa terus berlalu
perjalanan yang terlalu telus
tiba-tiba langkahnya terhenti
apakah sebab kiranya
rupanya dia kembara tanpa sepatu
didalam sepatu ada cerita
maka ia pun kebelakang dan mencari
sangat jauh dia kembara rupanya
maka sepatu yang diimpi pun ketemu
anatara akal dan kalbu
kita perlukan keseimbangan
dia pun redha akan kisahnya..
perihal sahabat

Virus Orang Kita

hei Pak Abu anakmu ponteng sekolah
dia ada dimeja snooker
seluar hijau baju tengkorak
rokok dibibir tak mahu lepas
minggu lepas kau tempeleng cikgunya
kerana merotan anakmu dikhalayak ramai
sebab dia kurang ajar
di selaknya skirt pelajar perempuan sekelas
virus orang kita semua mahu jadi dewasa
gengster sini, gengster sana
hei Pak Abu anakmu ada dilokap
di tangkap polis kerana mencuri
10 tin guiness stout di restoran Ah Chong
bersama 3 rakan sekelas
hei Pak Abu anak perempuanmu dah lari rumah
ikut jantan motor yang menjadi idolanya
kerja dikilang tak mahu lagi
konon nak jadi model pakwenya boleh rekomenkan
hei Pak Abu, anak perempuanmu buat hal lagi
dia sudah mengandung hasil perkongsian dengan pakwenya
mana kau nak letak mukamu
sana sini orang berkata
anak-anak di zaman ini sukar di kawal lagi
guru sekolah dilarang merotan
kalau dibuit mak bapak melenting
hei Pak Abu

Oh Romi

oh romi mahu bunuh diri…
diminumnya dua bungkus racun tikus
di campur madu lebah dan milo..
sampai berpinar biji mata dan dia pun tumbang
tapi tuhan masih mahu dia hidup
cuam koma dua bulan di unit rawatan rapi
oh romi mengapa kau lakukan?
kerja bodoh hanya kerana seorang wanita
yang kau kenal seminggu cuma
itulah romi yang ku kenal..
yang berwatak agak futuristik
tapi mengkin sedikit kurang
hobinya mendengar lagu
melankolik yang mendayu..
iramanya boleh membuakan kita tidur
dan banyak bermimpi semimpi-mimpinya
walaupun begitu
romi seorang yang jujur dalam hidupnya
mungkin sebab itu dia masih hidup lagi
sebab tuhan masih sayang akan dia … romi..
hobinya mendengar lagu
melankolik yang mendayu-dayu
liriknya berkisar tentang
teruna dan dara yang ingin bersatu
tapi tak kesampaian…romi…
dan ku khabarkan padanya pada suatu hari
tatkala melawatnya di hospital
bekas kekasihnya ketawa macam orang gila
tatkala mendengar berita kemalangan
yang telah menimmpa romi…
bangunlah romi,hari masih siang lagi
tutup buku semalam kau bukalah buku jari ini
engkau masih punya waktu
romi….

Pluto Blues

pasti aku..datang lagi
hadiahkan padamu
resepi baruku
untuk kita sama ‘MERASAKAN’
makanan yang segar dan berkhasiat..
garam cuma…’SECUKUP RASA’ lah
apa saja yang kau rasakan perlu
rasalah … resepi baruku
hadiah dari langit
penuh teka teki
andai kau berselera
aku pun…BEGITU JUA…

Cerita Dari Dalam

walau kata-kata tak pernah ku ucap
dia ada disini antara nafi dan isbat
walau semalam aku terlanjur
dia akan tetap disini
dihujung titik ada dia
walau aku pernah karam didasarnya
tak perlu aku HIRAUKAN
apa kata mereka saat ini
apa kata mereka saat ini
kita pernah melalui payah
kita pernah dilanda murung yang hebat
kita pernah menafi antara sesama
tapi itu semua telah tertulis

Holocaust

the only love i’ve got for you
is hypocrisy and illusion
repercussion of mind
remembrance of utopia
the love that destroy mankind
who need human right
who need equality
who need democracy
i want you,your body and soul
the love the anger and the pride
fear me not my love
eternity is ours
hell hath no boundary
for is who create and destroy
holocaust in my mind
desctruction in my dream
the love that bound us together again
who need freedom who need justice
who need peace
i want you,your body and love
the lust,the anger and the pride

Kalau Perlu Aku Katakan

kalau perlu aku katakan,akan aku katakan
walau dalam diam ( disuasana yang murung ini )2x
tak perlu lagi pandangan basa basimu
berikanlah aku air suam
dari gelas layak sang pengemis 2x
aku mahu tidur lama,apabila usai semua
kebahagiaan ini memadailah
tak perlu mimpi indah syurga
catatan ini mungkin kosong
aku tahu kau pun sama
lalu apakah yang kau mahu
di saat yang tak di duga ini 2x

Lagu LaraRia

Mari menyanyikan
lagu lararia
dan muzik bergema
berdansalah sambil menangis
berdansalah sambil menangis
kau kuncilah suaramu
aku mahu bersuara
mungkin sumbang
tapi telingaku positif saat ini
telingaku positif saat ini…
aku mungkin berlakon
diwaktu yang tak diduga ini
biarkan langit bercahaya
biarkan mereka terpedaya…
mari menyanyikan lagu kurun kelima belas
marilah berlakon
dendangkan lagu lararia…
dendangkan lagu lararia…

Di Penghujung Waktu

dipenghujung waktu
akukan menunggu
panggilan mu bila-bila masa
kan muncul
aku bila-bila masa
kan pergi…
di pintu..rumahmu
aku pun menunggu
ketenangan dan kesabaran
TERUJI..
disini..
diwaktu-waktu
BEGINI..