Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

iblis dan malaikat…

7 comments

malam semalam,mamat Khalid hos untuk satu aktiviti kesenian YKP,bercerita tentang filem,visi dan ahsiknya dia dengan dunia filem,dan short filemnya kelakar juga,hehe..banyak orang ketawa,kecuali aku..sebab,tak boleh nak concentrate jumpa kawan..rahmat harun,yang baru balik dari Indonesia,bercerita pulak pasal Sawong Jabo(folk artist) yang dia jumpa disana,act jabo  lebih dalam permainannya dari Fals..dan rahmat akan kesana lagi dalam masa terdekat,mungkin suaranya masih diperlukan dan didengar disana dari disini..disini mediumnya kecil..dan kita sedang berusaha untuk membesarkan volume,supaya dapat didengar diseluruh negeri..dengar satu hal,untuk membentuk kefahaman pulak satu hal,,,hakikatnya ramai orang tidak suka pada subjek kebenaran..walau kebenaran itu subjektif,interprasi individu tentang apa yang difahamnya..kebenaran yang sedang kita faham adalah kebenaran yang ada dicorong-corong radio dan tivi,juga diakhbar-akhbar perdana mahupun alternatif..apa nak buat,kita selalu lambat dalam banyak hal,indie music baru orang nak dengar,sebab yang bagus itu bukan rupa,tapi suara,suara yang bagus tidak semestinya tom jones atau jamal..vokalis hujan pun sedap juga,,sebab dia jujur dengan suaranya…dan terkini,,,suara dan keserabaian itu satu fesyen,kita boleh tgk band-band indie berposing..macam natural..hahahaha….but at least  lebih bagus la dari dunia mainstream yang statik dan lapuk ditelan zaman…

dan berjumpa juga dengan art fadhil,singaporean folk artist yang bermastautin di luar negara..aku suka group dia dulu(raushanfikir)dengan lagu hit..ali malas…ali maknanya mewakili orang melayu la,,yang malas dan suka berangan…yang sukakan hollywood dan bollywood…hahaha..marilah kita sama-sama teruskan kemalasan dan angan-angan kita..

dan   kamal sabran ,seperti biasa,ada juga..biasalah dengan video cam nya,tekun meledani dunia keartisannya..semakin sibuk berkarya hasil kejujuran,dan Tuhan suka orang yang disukanya..

kalau kita selalu berfikir negatif dan kita boleh tau niat kita yang tidak baik tentang sesuatu itu..itu iblis..kalau sebaliknya ..itu malaikat..iblis pun dari spesis malaikat,,pelengkap takdir..dan kita kena jadi orang yang baik hati,bukan busuk hati..buangkan prasangka..bersolat untuk buangkan elemen yang tidak baik dalam diri,,bukan untuk ganjaran..baru Tuhan suka..wallahualam..

aku sedang menjaga perjalanan nafas yang sedang turun dan naik ni.sebelum perkhidmatan ditamatkan..hehe


kerja…kerja…kerja…

0 comments

hari ni kerja,semalam kerja..esok?

hari  ni jumaat,semalam khamis..esok?sabtu

semalam..siapa yang tentukan hari?hari ni siapa yg tentukan hari dan waktu?manusia..dengan akal yang dikurnia Tuhan,manusia membentuk kehidupann dan tamadun…dan seperti fitrahnya setiap yang ada dimukabumi ini,segalanya akan lenyap sekelip mata..diwaktu itu masih pentingkah waktu..?


alooooooooooooooooo………..

0 comments

Tadi tengah dok lepak kat opis ni,satu panggilan talipon dari sorang sahabat..MiKE penulis blog tersohor tanahair..’semusim di neraka’..heheh..kawan-kawan memang hebat..sebahagian dari keajaiban alam dan kejadian..haha..

aku baru balik dari KL semalam…kesana 16/5/2008..ada program ‘The weekend Session'(www.the-wknd.com)

lepas tu jumpa sahabat..joe kidd yang semakin aktif dan lagu-lagunya(Carburator Dung)nya semakin laju dan nak marah jer..hahaha..juga Fendi yang semakin kedepan dan maju..semakin berani..(director filem)dan nantikan kemunculan filem ‘KAMI’ di pawagam..dan berjumpa pulak dengan si Sani sudin yang dalam perancangan untuk album merapu pertamanya..the greatest of Sani Sudin…ur the man..haha..

kawan-kawan sebahagaian dari nafas hidup..buat aku seronok untuk hidup 1000 tahun lagi…sebab apa 1000 tahun lagi?sebab aku dah matidah dulu…permulaan mati itu pengembaraan untuk sebuah keabadian..tak gitu?

frankly speaking..hidup ni elok sampai umur 50 jer,selepas tu eloklah ke lembah yang namanya’Akhirat’..buang elemen-elemen kebendaan,kekapitalisan,kemunafikan yang menjijikkan..jangan munafik pada diri sendiri..tapi kalau itu mahu nya dunia…ya apa salahnya dong?hehe..bukankah kita suka pada cerita yang indah-indah belaka bagai dalam syorga..haha

berjumpa pulak si Zunar yang hebat dengan ideologi nya..terimakasih atas penghargaan bro…ur the great…gratest malaysian hero..aku kenal zunar awal 90an…masa tu dia dah orang kuat Parti PAS..dan dia firm dengan apa yang dia pegang dan percaya…

ada juga jumpa Black..yang semakin aktif dan masyur sebagai penulis dan anak jantan…haha..

at the end ..aku pun berkata..terimakasih Tuhan……….dan untuk yang seterusnya …terimakasih tuhan..dan untuk yang semalam pun..terimakasih tuhan…dan untuk dimasa ini pun…dan untuk dimasa itu pun..dan dimana-mana pun….

 


Tentang kehebatan..

1 comment

Dalam muzik,terlalu banyak orang-orang hebat..dalam kategori folk,aku suka Dylan,Billy Bragg,Jackson Brown,,,,Joni Mitchell..Rickie lee jones..semua kategori muzik banyak yang bagus-bagus..Paco De Lucia dengan flamenconya,Jaco Pasturias dengan Jazz bass yang tak ada fretnya..John McLaughlin dengan RAGAnya..dibantu Zakir Hussein dengan tablanya…Osman Ali Khan dengan sitarnya..terlalu banyak orang hebat..revolutioner…but at the end,mereka hanyalah ‘instrumen’..alat..dan mereka-mereka ini pun tahu tentang itu..apabila kita mencari/berjalan didunia ini untuk mencari sesuatu yang berharga..sesuatu yang nikmat dan hebat..dipenghujung pencariannya tidak ada apa yang dijumpa sebenarnya…yer,dikalangan manusia dan zaman mereka itu hebat..but if u ask them..are u the greatest?..definitely the answer is NO…kalau mereka berkata YES..it means tak sampai lagi le tu..hahahaha..but mostly banyak orang-orang hebat yang aku jumpa dan kenal..mereka ini cool..very humble..itulah yang terbaik,dan itu yang akan buat dunia lebih menghormati kita..kadang ada yang provokatif,but mungkin maksud dia baik..sebab hati dia baik..Musician sepatutnya orang-orang yang baik hati,sebab mereka tidak ada kepentingan yang besar..mereka hanya pemuzik..kaau ada kepentingan pun..just a small thing jer..yang relate dengan hidup dan permasaalahan..sebab musician ni ada dunia mereka sendiri..

Sebenarnya aku tengah layan muzik-muzik SHAKTI..john McLaughlin ni..boleh tengok jer ler..hahaha..menakjubkan..Indian music adalah yang terbaik dan terhebat..bagi aku la..soul connection..?yes it is…

 


Page 1 of 212