Archive for May, 2008
Politik dan manusia
Posted on May 8, 2008, under Catatan.
Emm..politik dan manusia tidaklah dapat dipisahkan..suka atau tidak,kita sedang dialam permainannya..cuma bila kesannya mendukacitakan,kita pun terlibat sebab ia memasaalahkan pentadbiran hidup kita..harga barang naik,kos sara hidup makin tinggi,orang politik makin kaya,rakyat masih ditahap yang macam tu…harga beras makin naik,petrol naik..gaji dok macam tu…kalau baca akhbar/media eletronik…ceritanya semua indah-indah belaka saja..orang politik ni digambarkan seperti Malaikat yang tak punya dosa…
kadang-kadang macam cerita kartun pun ada..ini dari segi logik kemanusiaanlah..kia naik motor,diwajibkan siang hari pasang lampu..aku pun tak tau atas alasan apa sistem ini dikuatkuasakan..sebab biasanya cahaya digunakan hanya bila waktu gelap,ini panas buta nak kena ada cahaya..kalau tak on lampu kena saman,senang betul kerajaan buat duit..hehe..aku cadangkan supaya pihak-pihak yang buat akta itu ini,berfikirlah secara rasional..fikirkan untuk keselesaan pengguna,bukan membebankan pengguna..kerajaan hidup atas mandat rakyat.wakil-wakil rakyat kena jujur dalam merakyatkan rakyat..kritik kalau beralasan itu perlu..
tapi itulah,apa yang mereka peduli tentang keluh-kesah rakyat..?rumah besar,kereta besar,wang banyak,walau sumber entah dari mana…hehe,itulah kenyataan hidup yang sedang kita lalui..walau macamanapun dia akan kata dia betul..walau benda tu salah..
jadikanlah cara Rasulullah berpolitik itu sebagai contoh…letakkan kebenaran itu tahapnya diatas sekali..
politik?hehe
Aku masih….
Posted on May 3, 2008, under Uncategorized.
Artikel aku pasal ‘Pemuzik jalanan’dah keluar di Tabloid Mingguan Wasilah..kalau ada sesapa nak baca,belilah Mingguan Wasilah..hehe..
Apapun aku masih membaca Utusan Malaysia,Berita Harian,Star,Malay Mail,Harakah,Siasah,Suara Keadilan(baru dapat permit)Metro..juga Blog kawan-kawan,yang kiri dan kanan,yang depan dan belakang..yang garang dan lembut…semua pun aku baca,input … save dalam folder..but to me politik itu masih juga dalam bentuk dan sifatnya politik..permainan orang-orang atas yang tentunya berkepentingan atas apa yang mereka inginkan…salah?no,jangan salah faham..permainannya memang begitu..ada benci,suka,tarik,tolak….but at the end of it…please be a good player..hahahahahahaha…
Aku masih baca kitab-kitab lama yang kononnya janggal dipemikiran..Bayan,Wirid jati,tasauf jawa,Saraba ampat..cerita Hamzah Fansuri,Hallaj,Junaid yang menolak pemikiran Hallaj..walau pun hallaj itu muridnya Junaid juga…iitu faham Wahdatul Wujud..proses untuk mendalami dan memahaminya panjang…bukan cerita untuk sehari dua..
Bagi aku itu dalam faham kita yang dimana dan bagaimana..duduk nilai keakuan…
Kalau masih segar dengan aroma duniawi,kita kata dia itu Aku,payahlah sikit…tak balance..so just make it in the middle,keseimbangan….semua orang pun tak susah hati..but ilmu itu penyuluh jalan,wajib percaya..terutamanya untuk jalan kematian…semoga laluan akan terbuka,nur bercahaya,melorongkan arah kita kepadanya…bukankah terang itu ada dihati orang yang beriman?
ya betul,..Muzik?aku masih dengar Joni Mitchell,terutamanya album ladies of the Canyon(awal 70an)..macam lagunya Morning MorganTown..jujur sangat..Jackson Brown..Fountain of Sorrow,pretender,dan semalam aku tengok Movie di Astro,Leonard Cohen(Documentary)..dan dia legenda yang hidup..walau aku lebih suka Nick Drake..sebab?Cohen dikira bertuah sebab ada Channel yang support lagu dia..Drake?dah mati baru orang kenal…aku?hidup orang tak kenal sangat..mati lagi ler..hahahhahahaha..yer ler,hidup ini bukannya milik kita pun..semua nama pun milik dia..so,apalah ada pada nama..but bagus juga hidup dalam keadaan gini,kita akan selalu tahu dimana duduknya kita dimukabumi ini mahu pun disisi yang maha Esa…kalau diambilnya semua nikmat..apa yang tinggal?hehehe..so selalu kena duduk dalam faham tawadhuk dan redha atas ketentuan…sebab itu yang terbaik bagi yang suka pada subjek ‘Dia’..
apa pun kawan-kawan selalu dekat dihati..yang sealiran faham dalam muzik,aliran,ideologi atau apa saja yang membahagiakan…
meor- seru video klip
video klip seru masa perform live di YKP,ipoh perak(1/3/2008)dirakam dan diedit oleh Sheikh Kamal Sabran