Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
syariat dan gigi yang sihat
syariat itu umpama gigi yang cantik dan sihat..gigi perlu dijaga sejak kita kecil lagi,pagi2 kena gosok,malam pun gitu…kalau tak jaga,nanti gigi akan rosak macam gigi aku..hahaha…aku masa kecik dulu mak/bapak tak mampu beli ubat gigi..umur 12 tahun baru gosok gigi..dah terlewat,jadi kenalah terima kenyataan gigi dah banyak rosak…
begitu juga syariat dan bab hukum hakam,perlu disemai sejak kita kecil lagi..benih iman itu bagai benih bunga,,kena baja,dan jaga selalu supaya ianya subur sentiasa…
sebab syariat itu kesempurnaan untuk sebuah kehidupan..
gigi itu sementara..tak bawak kemati..hehe..apapun bukankah ianya sebahagian dari keindahan duniawi?
aku ingat lagi masa jadi artis luncai emas,Nasir bagi rm 1000,suruh buat gigi..tahun 94 dulu..aku habiskan duit tu beli buku…hahahahahaha
lagu yang bagus didengar..
muktamad.lagu2 yang bagus didengar adalah lagu yang tangkap dalam,buat kita berfikir kedepan dan lebih bermaya dari segi kejiwaan..
aku suka dengar lagu british singer/songwritter al-stewart,mula dengar tahun 1990 dulu..dan la ni dengaar balik..album 1st dia,bedsitter images(1967)…act banyak lagu2 al stewart yang bagus dilayan,cuma music dia folky/rock.dia ada lebih kurang 25 album dari tahun 1967-2005.warga scotland yang lahir pada september 1945..aku ada beberapa album but sekarang ni download saja bro..hahaha..dok ada 100 lagu dia,lagu hit dia year of the cat,dan lagu2 lain road to moscow,on the boarder,almost lucy..banyak lagi ler..lirik2 dia sangat bagus..mostly about life/history/love..kalau cinta pun bukan cinta yang bongok…trust me…la ni umur dia dah 62 tahun,dah tua pun,yang menarik dia belajar gitar dengan gitaris King Crimson,robert fripp…..robert fripp ni bagi aku one of the best guitarist dalam dunia…lebih kurang macam ni..dia gitaris yang penuh dgn nilai-nilai spiritualti dan genius dalam permainannya,bagi sesiapa yang belum layan..cuba layan…al steawrt mahu pun king crimson..
yang bodoh-bodoh saja…
Membaca tentang penulis/pemikir Kassim Ahmad memang mengkagumkan.Terbaru bukunya yang bertajuk,mencari jalan pulang,walau dikritik sesetengah pihak,tak dinafikan kassim adalah salah seorang pemikir yang paling prolifik dan disegani hingga hari ini.Puisinya yang kontroversi..TUHAN SUDAH MATI suatu waktu dulu..bersifat provokatif,dikecam oleh segenap pihak terutamanya dari golongan konservatif dan feudal islam.Personally aku setuju dengan idea2 bijak kassim..cuma buku yang baru aku belum baca..memang,masa muda..sifat2 rebel atau jebat itu jelas,makin tua..makin balance dan relaks..apapun itu subjektif..Apapun Kassim sering menafikan hadis,kerana kesahihan yang mengelirukan dan memecahbelahkan umat islam..hadis itu buatan manusia yang berkepentingan untuk cerita dunia dan perlaksanaan.Aku lebih setuju jika kita berpegang pad Alquran sebagai panduan.ia sudah melengkapi dan sempurna…
kita nak belajar jadi cerdik pun susah..yang mereka mahu kita ni ‘memadai yang bodoh-bodoh saja ka?hehe..itu sebab umat islam bertelagah menegakkan apa aliran yang mereka faham,but mostly semuanya berkepentingan untuk kaum dan bab-bab dunia yang tak pernah selesai…
berbalik pada rukun iman..qada dan qadar..ketentuan..kita pun berjalanlah seada dan semampu kita sebagai manusia yang punya akal…but please be smart….
Muzik melayu tiada harga ditanahair sendiri(mingguan wasilah bil25-31 mei08)
Apabila kita memperkatakan tentang Seni Muzik di Negara kita,kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa dunia Industri Muzik kita semakin tenat dan lesu.Album-album semakin tidak laku dipasaran..Kalau diawal tahun 80an dan 90an album boleh dijual mencecah 600 ribu unit,sekarang situasi yang begitu tidak ada lagi..yang paling banyak pun mungkin dalam lingkungan 10 ribu unit,itupun dah kira bagus,dan mungkin dalam masa beberapa tahun lagi,tidak ada syarikat rakaman yang berani melaburkan wang untuk mengambil Artis rakaman,yang kalau adapun hanyalah album-album kompilasi para Artis,yang nyatanya menguntungkan Syarikat rakaman,bukan Artis itu sendiri.
Bagi saya,muzik melayu ni memang ketinggalan dan boleh dikatakan lapuk,tidak berkembang dari segi kreativiti.Orang kita tidak pandai menilai muzik,sebab mereka tidak didedahkan dengan konsep keterbukaan dalam menilai sejak awal tahun 70an lagi.Berbeza dengan era muzik dan lagu diawal tahun 50an dan 60an,terutamanya di era Allahyarham Tan Sri P.ramlee.
Mawi contohnya,Artis yang lahir dari program realiti,Akademi Fantasia.Kenapa orang melayu memilih dia sebagai IKON,sedangkan dari ciri-ciri kreativiti dan syarat-syaratnya masih belum mencukupi,kualiti nyanyian masih boleh dipertikaikan.Atau mungkin orang kita mudah terpengaruh imej Islamik yang dibawanya?
Orang kita sebenarnya tidak tahu apa itu muzik,kalau tahu pun hanyalah diperingkat asas,orang kita Cuma tahu apa itu hiburan dan apa itu Glamour.Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Artis kita,itu sebab pilihan lagu-lagu untuk program AF(Akademi Fantasia)pun kebanyakannya diambil dari lagu-lagu popular Indonesia,dan kenyataannya muzik Indon lebih dekat dihati orang kita dari muzik kita sendiri.Kenapa fenomena ini berlaku disini disaat kita perlu mengutamakan muzik kita sendiri?
Muzik Indonesia semakin kedepan dan muzik kita masih ditakuk lama.Artis kita terlalu bergantung pada Komposer popular seperti Ajai,M.Nasir atau Hazami dan mungkin banyak lagi.Bahkan kumpulan muzik kita pun bergantung dengan lagu-lagu komposer popular ini untuk menaikkan nama mereka dalam industri,dan ini bukanlah satu inisiatif yang baik,sebab ianya akan menyebabkan penghasilan muzik yang kedengarannya sama atau stereotype,kita ambil contoh lagu Cindai misalnya,dari Komposer terkenal Pak Ngah,yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza,pada saya lagu ini memang berkualiti,tapi lagu-lagu lain dari komposer yang sama muziknya kedengaran sama dan tidak ada pembaharuan.Mungkin sebab pemilihan para Sessionist dan susunan muziknya sama.
Berbeza kalau kita dengar lagu-lagu dari kumpulan muzik Indon,Dewa contohnya.Mereka berkarya penuh dengan nilai kreativiti dan kebayakan lagu-lagu dan lirik semuanya hasil karya mereka sendiri.Dan kebanyakan kumpulan muzik Indon ini berkarya dan membuat lagu dan lirik sendiri tanpa bergantung sentuhan Komposer Popular.Dan mereka mendapat tempat dihati masyarakat tentunya.
Bagi saya Artis yang bagus atau Kumpulan muzik yang bagus adalah mereka yang berkarya melalui lagu yang dicipta sendiri..seperti mana yang dilakukan oleh Band-band Indie kita,itu sebab mereka semakin maju dan kedepan dalam industri ini,contohnya kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussein..dan ini bagi saya satu perkembangan yang baik.Setiap Artis berkumpulan atau solo tidak perlu mengikut telunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh Syarikat Rakaman sangat,sebab itu salah satu sebab yang melingkupkan daya kreativiti Artis itu sendiri.
Saya mengikuti juga perkembangan muzik ditanahair,melalui kaca TV,Program AF,misalnya,dan saya melihat para pelajar yang bercita-cita menjadi penyanyi ni,masih menyanyi dengan nada yang sumbang dan terlalu banyak yang perlu diperbetulkan,yang waktu itu sudahpun musim ke tujuh program itu berlangsung..Dah tujuh minggu tapi kualiti nyanyian masih teruk.Siapa yang perlu disalahkan bila fenomena ini berlaku dalam industri kita?.Dan fakta ini juga diakui oleh Komposer veteran terkenal Datuk Ahmad Nawab,yang nyata kesal dengan kesan program-program realiti yang kenyataannya melahirkan kuantiti,bukan kualiti.
Apa yang kita boleh buat sebenarnya untuk menafikan hak rakyat dalam memilih apa yang disuka?Tidak ada sebenarnya,melainkan dimansuhkan sistem SMS,penilaian hanya dari juri Professional.Dan jika itu dilakukan ianya tidak akan menguntungkan pihak Stesen TV yang menyiarkan program-program tersebut.Dan inilah kenyataan dalam dunia muzik kita hari ini,fenomena yang mengeliru bahkan mungkin bakal merugikan kita sendiri.END


