Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Busker bukan pengemis(majalah Konsep jun 2008)

4 comments

Busker(Pemuzik jalanan) bukan Pengemis atau Pemuzik Buta yang  bermain muzik dijalanan.Golongan Busker bukannya orang yang punya kekurangan dari segi fizikal atau OKU.Mereka sihat dan mereka hanya memperdagangkan bakat seni yang dimiliki untuk menghiburkan masyarakat.Jadi amatlah tidak sesuai golongan Busker ini dikategorikan sebagai Pemuzik Buta sebagaimana yang terdapat dalam kategori pengemis yang ada dalam senarai Kebajikan Masyarakat.

 

Melalui pengalaman saya sebagai Busker suatu masa dulu,saya pernah cuba diangkut dengan Van kebajikan Masyarakat oleh Pegawai pertubuhan itu untuk dibawa ke Pusat Kebajikan Masyarakat di Mersing,semasa saya sedang Busking di Subway(laluan pejalan kaki bawah tanah KLCC).Mereka sedang mengadakan operasi waktu itu memberkas golongan pengemis yang turut sama meminta sedekah dilaluan pejalan kaki tersebut.Setelah diberi penerangan barulah saya dilepaskan.Masa tu saya Busking sambil menjual album-album saya.Dari situ pada pandangan saya pegawai kebajikan tersebut mempunyai nilai pandang yang sangat sempit dan negatif yang melulu pada golongan ini.

 

Kalau di luar negeri golongan Busker ini diberikan permit,dan kerjaya ini diiktiraf sebenarnya kerana secara tak langsung ia boleh menambahkan punca pendapatan negara,sebab banyak pelancong yang turut terhibur dengan persembahan golongan Busker ni,dan kerjaya ini adalah budaya yang sihat sebenarnya,bukannya mereka merompak,mencuri atau melakukan kegiatan jenayah atau yang tak bermoral.Mereka hanya bernyanyi dijalanan,kalau suka boleh enjoy,kalau tak suka tak perlu tengok.Kalau ada hinaan itu hanyalah pandangan masyarakat yang pelbagai bentuk dan sikapnya.Bukannya kena bayar pun untuk menyaksikan persembahan golongan ini.

 

Bagi saya ,atau mungkin mewakili golongan Busker yang lain juga,pihak NGO juga pihak kerajaan perlu melihat secara positif isu golongan Busker ni, berilah mereka sokongan ,terutamanya permit.Mereka perlukan ruang untuk bermuzik seperti dilaluan pejalan kaki terowong LRT.Kenakan syarat seperti untuk mendapat permit perlu melalui ujian air kencing,berpakaian kemas dan sebagainya yang munasabah.Jika pihak Kerajaan memberikan sokongan,saya percaya masyarakat akan lebih mudah menerima kehadiran golongan Busker ni.Dan secara tidak langsung juga isu pengangguran boleh dikurangkan.

 

 

Kalau untuk Busking di Restoran-restoran milik persendirian,tidak ada masaalah,sebab biasanya kita akan meminta kebenaran pada tuan punya restoran untuk Busking ditempat mereka.Yang penting, untuk kita Busking di tempat-tempat awam seperti di terowong LRT,di Pasar Seni dan tempat-tempat awam lain yang dilihat strategik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kita sedia maklum bahawa kita ni tinggal dinegara membangun,bukan negara maju,namun hakikatnya daya intelektiviti masyarakat dalam menilai dilihat makin kedepan,sedang idea dan pandangan dari pihak kerajaan masih ditakuk lama.Salah satu lirik lagu  Penyanyi Folk terkenal Indonesia Iwan Fals berbunyi begini.. ’wakil rakyat,seharusnya merakyat,jangan tidur waktu sidang soal rakyat’.Jadi pada pandangan saya,tolonglah berkhidmat dan praktikalkan kata sokongan terutamanya untuk golongan-golongan Marhaen yang pendapatan hidup mereka amat kecil dan tidaklah mewah seperti Wakil Rakyat atau pegawai Kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.

 

 

 

Permit sangat penting.Kalau diPasar Seni boleh dikatakan setiap hari Pihak Polis mengadakan OPERASI,dan golongan Busker ni tidak berkecuali sebenarnya,dah lah diangkut secara kasar,dicekup,dirantai dan digari tangan tanpa usul periksa,dibawa pula beramai-ramai ke Penjara Pudu..sebab apa mereka diperlakukan begitu?Mudah saja jawapannya..sebab, gologan Busker ini semudahnya dianggap Penagih dadah dan Sampah masyarakat oleh pihak Kerajaan dan pihak Polis.END


Pemuzik Jalanan(mingguan wasilah bil 4-10 mei 08)

3 comments

Kalau kita ke Pasar Seni setiap hari waktu petang,kita akan dapat menyaksikan persembahan percuma yang dimainkan oleh Pemuzik Jalanan dilaluan Pejalan kaki bersebelahan Pasar Seni.Pemuzik Jalanan atau Busker akan bermain gitar dan bernyanyi dalam kelompok berdua atau bertiga,dan mereka akan mendendangkan berbagai rentak lagu dengan bermacam style atau gaya.Ada lagu melayu,Inggeris,Cina,Sepanyol dan berbagai lagi,yang pasti anda akan terhibur dengan persembahan mereka.

 

Cubalah berkunjung ke Pasar Seni pada hari Jumaat,Sabtu atau Ahad dan saksikanlah persembahan mereka.Pemilihan lagu adalah secara spontan biasanya,dan kebanyaakan lagu adalah dari lagu-lagu Popular semasa sehinggalah keberbagai genre muzik yang lain.

Kalau di Eropah atau negara-negara barat atau Asia,budaya Busking ini diiktiraf dan dipandang tinggi oleh Kerajaan dan mereka diberikan Permit untuk mengadakan persembahan .Cuma diMalaysia ni kehadiran mereka sering disalahtafsir oleh Pihak kerajaan atau Pihak Berkuasa.Dan dibarat budaya memberi sedikit sumbangan wang adalah tanda sokongan,dan mereka tak perlu menjaja atau menghulur topi kearah pengunjung sebab para penonton atau pengunjung yang lalu lalang akan menghulurkan sumbangan tanpa kita minta,makna nya mereka menghargai bakat golongan ini.

 

Disini orang kita masih ada sikap malu yang tebal,mereka segan untuk memberikan sumbangan,padahal dalam hati mahu.Dia nak kita datang pada dia,itu saja..Bagaimanapun dari masa kesemasa pandangan masyarakat mula berubah dan mula menerima kehadiran golongan ini.Pemuzik jalanan bukan Peminta Sedekah dan pandangan bodoh ini perlu diubah terutamanya dari orang kita dan pihak Kerajaan  khususnya,berilah ruang dan permit untuk mereka bermuzik.Tidak dinafikan kehadiran golongan Busker ini memeriahkan suasana persekitaran bahkan para pelancong pun turut enjoy dengan persembahan mereka.Berilah sumbangan,kalau tak meminati muzik pun  anggaplah amal jariaah kita sesama  insan,habluminannas antara sesama kita manusia.Insyaalah akan diberkati.

 

Dari pengalaman saya sendiri selama hampir 2 tahun menimba pengalaman bermain muzik dijalanan,banyak pengalaman pahit dan ada juga yang manis,yang semuanya bagi saya amat mahal dan bermakna sekali dalam hidup saya.

 

Dan sehingga hari ini jika ada kelapangan Ke Pasar Seni,saya akan bersama mereka memeriahkan suasana bermain muzik dan bernyanyi,ini hanyalah sebuah kehidupan kawan…tidak ada apa yang perlu dikisahkan..

 

 

Mengikut cerita kawan-kawan sealiran,aktiviti Busking ini bermula pada awal tahun 80an lagi,antara yang terawal memulakan karier Busking ini adalah saudara Wahid,bekas graduan dari luar Negeri,pulang keMalaysia setelah belajar dan tinggal diEropah,mungkin ada masaalah atau memang itu jiwanya,dia kembali ke Malaysia dan meneruskan kerjaya Busking.Secara peribadi saya sering melihat persembahannya di Pasar Seni dihujung tahun 80an dulu.Dan saya sangat mengkagumi bakat yang dimiliki oleh Busker Wahid ini.Sangat berbakat.Dan diwaktu itu juga ada saudara Sidek yang telah pun meningal dunia beberapa tahun yang lepas,juga Pemuzik Jalanan sepenuh masa.Mereka sering Busking diWisma Yakin,Pasar Seni atau pada waktu malam dikawasan kedai makan Bangsar atau pun sekitar Petaling Jaya.Hidup secara Bohemian dan Gelandangan,kita perlu perlu belajar sebenarnya untuk memahami golongan ini kerana memang itu yang mereka mahu dalam hidup ini.Bahagia itu ada dimana-mana,ianya subjetif pada individu itu sendiri.

Pada awal 90an aktiviti Busking ini semakin meriah dan golongan Busker ini makin ramai dan mereka mula mendapat perhatian pengunjung yang datang.Antaranya yang hebat adalah Adi Jagat,Aznan Alias,Sherry,kumpulan Busker,dan ramai lagi.

’Collection’harian mereka boleh mencecah sehingga seratus ke dua ratus ringgit sehari hanya selama 2-3 jam bermain muzik di Pasar Seni.Dan ini memang tidak dapat saya nafikan kerana saya sendiri pernah menjadikan Busking sebagai satu kerjaya untuk mencari nafkah,dan mampu untuk menyara 3 orang anak dan isteri dengan Wang Busking ini.Cuma saya anggap kerjaya ini seperti kerjaya seorang penoreh Getah,kalau hujan tak dapatlah nak Busking sebab kita mengadakan Persembahan ditempat yang terbuka.Pun Begitu bukan setiap hari nasib akan menyebelahi kita,bergantung pada rezeki sebenarnya.Arena Busking bukan pentas untuk menunjuk siapa bagus atau tidak.

 

Saya memulakan aktiviti Busking ini pada tahun 2000,agak terlewat sebenarnya.Padahal sepuluh tahun sebelum itu saya pendamkan minat walau ada ajakan dari rakan yang Busking disitu,semuanya kerana merasa sangat janggal dan sikap malu yang tebal menguasai diri waktu itu.Pada mulanya saya hanya menjadikan Busking ini satu bentuk aktiviti latihan suara dan Gitar,sebab bagi saya latihan suara paling baik adalah apabila kita Busking,sebab ianya tanpa alat bantuan seperti Microphone atau Amplifier,jadi lontaran suara perlu kuat dan jelas ,begitu juga dengan permainan Gitar kita,kalau perlahan pengunjung tidak akan dengar bunyi petikan.Busking juga bagus untuk membentuk minda yang kuat dan tabah,ianya menguji ketahanan mental kita kerana pandangan masyarakat itu berbagai-bagai bentuknya,ada pandangan sinis,ada hinaan,ada cacian,dan ada juga yang suka.Jadi kita dapat belajar untuk lebih memahami kehendak diri, mengenal diri juga masyarakat melalui Busking.Yang saya faham setelah melalui pengalaman hidup selama hampir 2 tahun sepenuh masa bermain muzik dijalanan ini,hidup itu bukanlah semudah yang kita janji atau impikan.

 

Tahun 1996,saya mula  bekerja di Yamaha Music,sebuah Syarikat menjual peralatan Muzik,selama 8 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Product Consultant disitu.Atas alasan tekanan kerja dan persekitaran yang membebankan otak,saya mengambil keputusan drastik dengan meletakkan jawatan pada 2004,dan  memutuskan untuk menjadikan Busking ini sebagai satu kerjaya untuk cari makan.Dan waktu itu kehidupan saya jatuh dan hampir musnah,dengan tanggungjawab sebagai suami dan ayah pada 3 orang anak dan isteri yang sedang mengandung ditambah dengan berbagai permasaalahan yang terpaksa juga dihadapi.

 

Hidup ini bagai roda.Adamasa hari kita baik dan ada masa sebaliknya.Saya pernah termenung ditempat Busking kerana hari hujan,dengan tiada satu sen pun ditangan,sedang dirumah barang keperluan sudah habis,dan saat yang paling tak boleh saya lupakan bila isteri bertanya ’berapa pendapatan hari ini?’Itu belum lagi pandangan negatif masyarakat yang menganggap golongan Busker ini penagih dadah,dan saya tidak berkecuali juga ,mungkin sebab keadaan fizikal saya yang kurus dan cengkung.

 

 

 

 

 

 

 

Sewaktu aktif dulu,aktiviti Busking saya bermula pukul 4 petang,pukul 2 petang dah kena keluar berjalan kaki ke stesyen LRT terdekat untuk ke Pasar Seni,hingga pukul 6.30 petang,dan malam saya akan ke jalan Alor,di bukit Bintang dengan menaiki bas,Busking disitu dan kalau ’collection’ok saya akan pulang kerumah,tapi kalau masih belum cukup saya akan sambung lagi di kedai makan diJalan Brickfield..dan biasanya saya akan mengambil bas yang paling akhir pukul 12 malam untuk pulang kerumah.Begitulah rutin hidup saya sebagai pemuzik jalanan.

 

Kadang-kadang jika hari sabtu saya akan ke Up-town untuk Busking di kawasan kedai makan disitu dengan menaiki bas dan akan pulang pada waktu subuhnya .Pernah juga pada malam Hari Raya,sedang saya Busking di kedai makan sekitar Bangsar seorang bangsa India menyapa dan bertanya kenapa tak sambut Hari Raya?Saya hanya ketawa,tak ada jawapan pun pada waktu itu..

Yang saya tahu hari itu macamana mahu cari duit untuk bagi anak isteri makan.Tidak ada makna Fun,enjoy,atau minat…sebab bila sesuatu hobi yang menyeronokkan itu kita lakukan sebagi satu tanggungjawab persepsinya berbeza.kita lakukan itu untuk terus hidup,bukan untuk berseronok.Busking sebenarnya telah mengajar saya untuk lebih mengenali diri sendiri,untuk redha akan ketentuan,untuk lebih memahami makna hidup yang sebenar.

 

Pada penghujung 2005 sewaktu sedang mengadakan persembahan,saya dicekup oleh pihak Polis,dirantai kaki bersama rakan-rakan Busking yang lain,kerana dianggap Penagih Dadah,dan saya dibawa kePenjara Pudu,ditahan disitu selama 3 malam. Selepas ujian air kencing dari hospital mengesahkan ujian air kencing saya negatif dan saya bersih,saya dibebaskan.Saat itu saya mula memikirkan sama ada mahu meneruskan karier ini atau meletakkan jawatan sebagai Full time Busker.Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk meninggalkan aktiviti Busking ini, berhijrah kesuatu dimensi yang lain..yang lebih bermakna untuk keluarga.Bagaimanapun jika ada kelapangan atau ke Kuala Lumpur seperti yang saya sebut diawal cerita tadi, saya akan kePasar Seni untuk bersama rakan-rakan mengadakan persembahan Busking ini,yang biasanya pada hari sabtu dan Ahad saja,dan ianya sangat membahagiakan.

 

Dalam hidup ini kita boleh pilih apa yang kita mahu sebenarnya,baik atau pun buruk,bergantung pada nawaitu kita sendiri.Mungkin kita mulia disisi manusia,tapi disisi Tuhan kita belum tahu dan mungkin kita hina disisi manusia,namun disisi Tuhan pun kita belum tahu juga keran tiba waktunya untuk kita pulang mengadap Pencipta.Ini hanyalah sebuah kehidupan a kita hanyalah pengembara,berjalan diatas loron takdir sebelum tiba waktunya untuk kita pulang mengadap pencipta.Ini hanyalah sebuah kehidupan kawan

END


Kesan program realiti terhadap masyarakat(mingguan wasilah bil 15-21 jun08)

1 comment

Program Realiti AF(Akademi Fantasia)telahpun menutup tirai musim keenamnya baru-baru ini.Dan keputusan pemenangnya berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah iaitu Stacy untuk menggondol tempat pertama dan merangkul berbagai hadiah tajaan dari penaja.Pendekata, cerahlah masa depan .

Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kritikan para pengkritik terutamanya saudara Adlin,mungkin kritikannya pedas dan kasar,tapi ianya tetap bernas dan bersifat provokatif.Cuma secara peribadi.AC Mizal,pengacara AF pada malam itu dan juga malam-malam sebelumnya tak perlulah melalut sangat,terutama saya lihat pada malam final tersebut.Soalan-soalan yang diajukan pada pelajar kadang saya rasa tidak sesuai dan tidak bijak.Kita sedia maklum mereka akan mempersembahkan nyanyian dan sebenarnya tak perlulah ditemuramah dengan soalan-soalan seperti jual popia,kritikan yang tak boleh dilupakan,sabun Breeze dan berbagai lagi..Soalan-soalan begini sebenarnya mengganggu konsentrasi para pelajar secara psikologinya.Dan kita pun sedia maklum para pelajar AF ni hanyalah budak-budak yang separuh matang,pintu dunia seni dan hiburan baru saja terbuka untuk mereka,apalah yang mereka faham tentang seni dan hiburan melainkan menyanyi sebaik mungkin walau kualiti nyanyian masih masih boleh dipertingkatkan.

Apapun, bagi saya program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan.

 

Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

 

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah hukumnya,tapi jika melalai dan  melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Dan saya tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat ini sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi.Masyarakat kita suka dibuai dengan mimpi  indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.Umpama kalau di India,dengan jumlah populasi penduduknya yang ramai,dan majoritinya sangat miskin,dan masyarakatnya memang mahukan hiburan semata, mereka mahu lari dari dunia nyata.Hero digambarkan seperti Dewa.Everything must be perfect,setiap cerita kena ada happy ending,kalau ending sedih,panggung wayang akan dibakar.

Itu amalan Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis,yang kaya terus kaya,yang miskin makin papa.Realitinya dimana-mana negara membangun pun mengamalkan sistem itu,termasuk di Negara kita.

 

Wartawan hiburan perlulah berilmu dan lebih berperanan dalam menjalankan tugas mereka.Mereka perlu faham muzik mahu pun filem bukan sekadar hiburan kosong.Sebagaimana yang kita tahu dunia Artis adalah dunia hiburan yang penuh dengan nilai seni yang kepura-puraan.Artis digambarkan sebagai subjek yang hebat dan sempurna oleh pihak Media walau kenyataannya tidaklah seperti yang digambarkan..bak kata orang Perak..Bio pape ase begaye(biar papa asal bergaya)..mungkin hanya segelintir para Artis yang berjaya dalam hidup mereka,namun bilangannya boleh dikira dengan jari.

 

Kalau dulu waktu di zaman jalan Ampas,pelakon-pelakon Filem yang dibayar gaji bulan tidak digalakkan menunjukkan muka atau bertemu masyarakat,maknanya perlu ada jurang antara Artis dan masyarakat.Masih relevenkah pandangan yang sebegitu di abad ke-21 ini?Yang pasti Artis-artis atau pelakon diwaktu itu menjadi mangsa manupilasi yang nyata dari golongan Tokeh-tokeh wayang dan Para pengusaha Filem waktu itu.R.Azmi(Allahyarham)penyanyi tersohor langgam 50an,meninggal dunia dalam keadaan papa kedana dan miskin.Siapa yang buat untung?Tentulah Syarikat Rakaman.

Tambahan pula diwaktu itu Tiada Akta hak cipta dan bayaran royalti untuk Artis.Artis Cuma dapat Glamour dan puji-pujian kosong yang tak tau kemana hala tuju nya pun.

 

Apa yang kita lihat hari ini,para wartawan lebih suka menceritakan tentang gossip dan skandal para Artis dan ini yang telah disemat dan dididik kedalam pemikiran masyarakat kita hari ini.Dan mereka tahu masyarakat sangat sukakan cerita yang sebegitu,dalam masa yang sama pihak Media Hiburan khususnya gagal dalam peranannya mendidik masyarakat,melainkan bersekongkol membuat fitnah dan dosa dalam cerita-cerita yang tidak matang.

 

Dan faktor ini tidaklah dapat kita nafikan sebenarnya,sebab kebanyakan para wartawan yang terlibat dalam bidang hiburan ini bukanlah punya kefahaman yang baik tentang muzik mahu pun filem.Mereka bukannya faham bahkan mungkin tidak punya minat pun untuk belajar tentang cabang-cabang muzik dan filem.Apa yang mereka faham adalah muzik itu cabangnya hanya Pop,lirik mesti ada unsur-unsur cinta dan putus asa,kalau Rock pun mesti jiwang dan cintan ,kalau filem pula plot atau jalan ceritanya sama dan stereotype dan misi yang lebih penting adalah untuk mencungkil apa cerita dalam kelambu para Artis yang kadang mengaib bahkan menjatuhkan maruah para Artis itu sendiri.Peranan Wartawan dalam menaik dan menjatuhkan para Artis sangat hebat sebenarnya,tanpa mereka sedari apa yang ditulis itu bakal memberi impak yang baik atau buruk pada nilai seseorang Artis disisi masyarakat.Dan jika ianya sesuatu yang mengaibkan walau apa tujuan sekalipun ,bukankah itu satu dosa besar disisi ugama kita?Sedang kita tidak dapat menghalalkan dosa jika memang benar ianya satu dosa.

 

Kebanyakan cerita-cerita tentang Artis yang kita baca dimajalah-majalah Hiburan hari ini bagi saya membodohkan pemikiran anak muda dan masyarakat amnya,menggalakkan kita taksub dengan dunia Glamour para Artis,menonjolkan imej seksi keterlaluan dan mengagungkan nilai kebendaan.

 

Dan saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis yang tidak membenarkan penyanyi Faizal Tahir(Artis yang lahir dari program Realiti) untuk membuat persembahan dinegeri itu,atas kesilapan dan keterlanjurannya membuka baju dalam satu persembahan yang disiar dikaca TV sedikit masa lalu.

 

Muzik mahupun Filem perlulah bersifat lebih mendidik,kerana ianya satu cabang ibadah juga antara sesama kita asal nawaitu kita betul.Hiburan itu satu keperluan ,cuma perlu diseimbangkan dengan waktu dan situasi,kerana realitinya,hidup ini bukanlah sekadar hiburan semata.END

 


selasa,selepas meeting…

7 comments

semalam berjumpa dengan sorang sahabat dari Teluk Intan,ada plan untuk buat aktiviti kesenian di perak dan tempatnya di Yayasan Kesenian Perak(YKP),dan aku setuju sangat dengan idea tersebut,bahkan telah lama plan nak buat gitu,tapi maklumlah kita ni ikan bilis,dulu dok propose budget kat kerajaan negeri dulu,habuk pun tarak..la ni gomen baru,harapnya impian dan cerita pun barulah..insyaallah..so kita akan merakyatkan seni ikut cara kita,orang-orang marhaen..sebab peruntukan gomen sepatutnya ada,dari dibuat ditempat ekslusif yang sedikit mengarut dan glamour diwajah,baiklah dibuat disini,diruang yang sederhana tapi meriah,dan yang penting SAMPAI pada MAKSUD dan tujuan….dan tentu sekali tujuan kita untuk membesarkan VOLUME yang kita ada,supaya boleh didengar lebih ramai pendengar..

kalau ada impian cuma satu..kita ada cerita kita,kita ada mimpi kita,kita ada apa yang kita mahu,kita ada kawan-kawan..dan kita tidak bergantung langsung pada media mainstream,kita perlu ada apa yang kita mahu dan perlukan..

dalam bab ini aku respek pertubuhan Arqam yang diharamkan dulu,apa pasal diharamkan tak taulah,padahal apa yang mereka buat sangat baik sebenarnya,bukannya diorang kacau orang pun..arqam sangat berjaya dari segi ekonomi dan segala yang mereka buat..itu yang kita perlu contohi..dan itu yang patut kita contohi…


Page 2 of 3123