Archive for June, 2008
hai hidup..apa kabar mati yer..?
Posted on June 11, 2008, under Catatan.
lama tak tulis..beku dan bengong…
ada pertemuan ekslusif para aktivis waktu zaman reformasi dulu,dan aku pun dijemput sama..pada 6/7/08 tempohari,..so programnya 6-7 hb,,di hotel carlton,shah alam..perancangan dan aktiviti kesenian untuk pakatan rakyat..ada Amir Muhammad,hishamuddin rais,ito,nasir jani..mostly semua yang ‘rebel’..hahahaha…rahmat pun ada..but hisham dan zunar memang patut adapun..dan tertubuhlah PAKSI.
aku pun tak tau la..sejujurnya aku kurang percaya pada mana2 parti dan persatuan..sebab kepentingan dan kuasa ..semuanya kat situ..pi mai pi mai tang tu..sama ja la…but harap ada progres dan perubahan..manusia tak boleh lari dari kepentingan juga,sebab kita masih ber’keperluan..poilitk ni macam ni la permainannya..ada watak jahat dan ada juga watak baik…but orang jujur tempatnya bukan disitu..orang yang berlakon jujur banyakla..hahaha..
cuma semua kawan-kawan baik ada disitu..sama-sama berjuang dalam apa yg dipercaya..semua punya konsep telus dan jujur dalam hidup seadanya..itu yang penting..sama-sama la kita tengok perkembangannya nanti..
bak kata rahmat..pejuang biasanya tak dapat apa-apapun..dan aku setuju tu..hehe..
yang penting..kena kedepan le,tak nak statik jer…kita dah diabad ke 21..kalau program kesenian dok macam tahun 60 dan 80an dulu atau macam UMNO yang aduhai…,penat la bang..kena ada multi racial juga,sebab yang disini bukan hanya kita je,india,china..macam-macam bangsa pun ada..semua pun penting,mainkan peranan..
apapun ok la..hehe
isnin yang mendung..2/6/08
redup,mendung..
jangan suka bercerita pasal dunia sangat,nanti kita akan dihampakannya,dunia itu hidup..hidup itu kepentingan,kepentingan itu nafsu,nafsu itu tempat diamnya iblis,iblis itu dari spesis malaikat,cuma bak kata abdullah jones…”iblis mana ada yang baik hati”..hehe,ya betul tuan..cuma iblis itu pun pelengkap pada isi cerita dunia,watak penting waktu diasal kejadian dulu…bukanlah mengiyakan..cuma kita hidup punya watak masing-masing..kita boleh pilih apa yang kita mahu..semuanya pilihan,dan semuanya takdir juga..bila kita kata takdir..kita pun sepatutnya tahu itu Tuhanlah yang empunya segala cerita..
hidup mesti terus..kepentingan asal beralasan itu pun ibadah…makanan untuk ‘raga’(jasmani)…
*belilah majalah ‘KONSEP’,ada gambar Amy Search covernya..ada artikel aku(Busker bukan pengemis)didalamnya…yang pasti kandungan dalam majalah ni ok ,tak der cerita-cerita mengarut dan melalut..Amy pun meatured,sesuai dengan umur dan tahap intelektuatinya..so,harga untuk senaskah majalah ni rm 4.50 sahaja…apa nak buat ,harga kertas makin mahal…hehe