Archive for July, 2008

weekend session

Posted on July 25, 2008, under Aktiviti.

itu hari gua ada perform recording live di studio Hardesh,KL..dalam satu program web TV ..weekend session……so kalau ada sesapa yang nak tengok bolehlah berkunjung ke www.the-wknd.com

ada record 4 lagu masa tu..lagu sofa biru,sama antara sesama(itu padang…aku disitu) dan ruang ini sempit,yang terlintas difikiran(yang terlintas difikiran)..kalau nak download full song pun boleh juga..

terimakasih pada fahmi dan fikri fadhil atas jemputan untuk menjayakan program tersebut..actually program singer/songwritter bagus untuk melahirkan lebih ramai indie singer/songwritter dimasa depan..masa aku dijemput menjayakan kl sing/song 2005 dulu sambutan tak sehebat hari ini…organiser(Tan Sei Hon,Azmyl dan Jerom Kugan) adalah orang-orang penting disebalik pertumbuhan besar untuk satu evolusi muzik di Malaysia..nak harapkan kerajaan?dulu masa 2005..ada peruntukan,means ada budget…entah apa silap dan bongoknya otak diorang ni lepas tu budget ditarik balik atas alasan apa pun aku kurang faham..padahal apa yang kita buat sangat bagus..multi racial..semua bangsa ada..bukannnya kita kutuk gomen pun…apa nak buat..depa suka program yang bercorak hiburan semata,outdated dan old school………….luncai pun terjunlah dengan labu-labunya..hehe

hari-hari autistik(siri 2)

Posted on July 24, 2008, under Catatan.

Gua membesar agak ganjil dari segi pemikiran dengan spesis-spesis manusia lain terutamanya di malaysia yang aduhai ni..sebab gua berjalan mencari/mengenal diri ..mencari hening,berbening bersama hening alam..heningnya alam bukanlah materi..arwah bapak masa tahun 1985 dulu sebelum gua melangkah keluar dari rumah dikampung berpesan…kamu jangan belajar ilmu sesat…hahahahhahaa..thats y,100 times im telling you my fren……so bila gua melangkah keluar rumah..sorang,biasalah..kadang-kadang pergi kewilayah itu,kadang kadang wilayah ini…walaupun begitu semua siri pencarian berkisah dialam kebatinan/kerohanian…tidak melibatkan kepentingan duniawi atau materi..sebab kita mencari yang tiada tetapi ada..sampai la ni gua masih macamni,mengenal dan semakin mengenal..pun belum solid..haha

tahun 90an gua sudah heavy,sarat dengan muatan,file-file dan folder penuh dalam otak..sehinggalahlah disuatu subuh yang bening, ada sesuatu ,,yang dikata hijab yang terbuka..

makanya gua pun berseronok lah mengenangkan indahnya alam diri yang terperi,maklumlah bila sama-sama merasa nikmatnya yang hanya gualah dan pencipta yang tahu..dalam diri ada langit,ada bulan,ada bukit,ada huruf,ada macam-macam..ada sungai,ada titian siratul mustakim,macam dalam ayat alfatihah…bila hijab terbuka,kefahaman tentangnya makin improve..maka bergurulah kesana dan kesini..berbagai bentuk dan ragam..pun begitu semua cerita berkisar tentang hal dalaman,bukan luaran..sebab kita mahu lebih mengenal yang didalam….yang didalam itu bukan dunia/materi..tanpa ada kepentingan..kalau dikata berkepentingan..untuk lebih mengenal yang batin..maka ianya masih ikhlas…bak kata beatles dalam lagunya….leaving is easy with eyes close,misunderstanding all you see…….hehe,jadinya bila dah begitu hal pentadbiran duniawi jadi agak kucar kacir..ye lah sebab apalah yang nak dibangga tentang indahnya dunia ni,semaksimum pun semuanya sementara..anak,bini,harta,bakat,seks,semuanya pinjam..sampai masa kalau dia nak ambik,dia ambiklah..masa pun makin cepat berlalu..pejam mata,bukak mata kita sudah semakin berusia..kehendak nafsupun sepatutnya semakin berkuranglah..sebab kita sedang menuju keakhirat yang kekal..

akhirat itu urusannya..itu sebab wajib insan itu mengenal dirinya..kematian semasa hidup itu permulaan untuk kita lebih mengenal diri…manunggaling kawula gusti…apabila kita sudah serahkan segalanya pada yang empunya..seperti firmannya innalillah hi innalillah hi raa ji un..apabila roh itu kemballi pada yang empunya roh…..selesailah tanggungjawab kita dimukabumi ini..thats it,selainnya itu kerja tuhan..apabila menghadapinya wajib pula dengan jiwa yang tenang..jiwa yang tenang itu bukan bergantung pada nilai materi atau otak yang penuh nafsu…jiwa yang tenang itu bergantung pada tahap iman yang damai dan sentosa..sebab iman itu kita rasa,dan rasa tidak bersangkut paut dengan butiran nafsu..jika ada bersangkut paut dengan hal dunia dan balasan dosa dan pahala,itu bukan iman..itu mengharap dan takut…bila takut macamana nak tenang?buangkan cerita dan segala keruh duniawi..mengadaplah dengan rasa cinta dan penyerahan ..untuk sebuah keabadian..

bersambung……

Hari-hari autistik……………

Posted on July 21, 2008, under Catatan.

aku baru balik dari KL..semalam 12 tgh malam sampai rumah..tumpang kereta kawan..dah lama tak naik bas,so aku naik bas jumaat ke kl sebab malam ada program kesenian PAKSI,dirasmikan oleh Tok Guru Nik Aziz…he’s really a great person im telling u dude….auranya sangat kuat..berkharisma..macam magnet…hehe..thats y,some people memang dipilih Tuhan untuk jadi begitu..cuma aku tak boleh terlalu terpesona dengan indahnya wajah dan peribadi manusia,sebab semuanya bersifat pinjaman.cuma Tok Guru adalah antara orang-orang hebat ..dan aku sangat berbesar hati dapat perform depan beliau..so malam tu tak pakai selipar lah..hahaha..

act aku kek kl naik bas sebab minyak kereta mahal ..rm 200 pegi balik..ipoh-kl…tol rm 55…kalau datang dgn famili aku bawak kereta..lagipun aku rasa sejak pakai kereeta kita ni manja sangat,nakkekedai beli rokok pun pakai kereta,so bila berjalan .badan berpeluh,ada exercise..kita pulak level artis marhaen jer..bayaran pun cara marhaen la,tak lah macam bayar artis-artis mainstream..itu sebab bila muzik itu didagangkan secara komersial yang keterlaluan dan kapitalis sifatnya..dia akan jadi macam tu lah..but to me ..aku since in the beginning bikin album,aku make sure letakkan nilai seni itu didepan,bukan material…seni yang terpelihara..jadi bila tidak dimaterialkan ianya jujur disisi pencipta,sebab kita gunakan anugerah yang diberi seadanya kita…..manusia..kadang-kadang kita dimanipulate,kadang-kadang kita memanipulate..masih ditengah-tengah antara langit dan bumi…

Malam PAKSI tu meriah dan hebat,ada pyan habib,ada Ito..ada Nasir Jani..dan Presidennya pak Dinsman,..memang hebat..ada Anbakri…pun hebat juga..dan semua pun puas hati dan seronok…aku pun tumpang samalah..

lama bersembang dengan pyan..dia suruh aku tukar nama…aku suggest meor marhen…dia cakap..ta mau,lu taruh nama meor susah….hahahhahahahahahha..aku cakap..jangan itu macam incik…..hehe

semua orang wajib tengok pyan baca sajak…….hahaha

ahad pulak aku perform di kl singsong program kat kl pac..jumpa kawan-kawan….CD’s pun banyak terjual…so alhamdulillah,aku tak buat duit sangat pun dengan jual CD..im not making money,lepas untuk beli itu ini dan sedikit barang untuk keperluan hidup,cara orang biasa..tak ada yang menarik pun dan memang aku seorang penerima takdir yang baik..hehe..what to do,kita ini hanya watak yang dimainkan oleh tok dalang..so just follo the script seada dan semampu kita bro…thats it..