Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
selamat hari raya
selamat hari raya dari saya,meor yusof aziddin…salah silap harap maap……
selamat..dan terimaksih kerana berkunjung keteratak kejiwaan yang seadanya ini…….wa esok beraya di kl…rumah orang rumah..
kasih sayang..
dapat dapat sms dari sorang sahabat(amirul fakir) yang masih bergelut dengan sakit.beliau dah sakit sejak bulan februari yang lepas..ada yang kata sihir,buatan orang …kalau betul ianya sangat mengecewakan..sangat-sangat mengecewakan sekali..aku bukan tuhan yang dapat menyembuhkan penyakit..aku pun manusia sama seperti manusia yang lain..kita saling bertaut dengan tali kasih-sayang..itulah yang kita perlukan sebagaimana yang diperintahkan tuhan untuk kita..antara sesama..aku masih tak faham kenapa masih adaa benci dan irihati dalam kehidupan kita..kita bukan bayi yang tak punya dosa..semua orang berdosa..kerana ianya fitrah alam..cuma kalau suka menyakiti atau memusnahkan kehidupan orang lain ianya bagi aku sangat menjijikkan..ini bab-bab sihir atau buatan orang ni..aku pun tak tau nak cakap apa..selalunya orang baik dan jujur yang selalu dianiaya..orang yang berlakon jujur tapi jahat peribadinya lepas lolos..aku tak faham..dan aku tak akan faham..
pada siapa yang baca artikel ni..doakanlah sahabat kita amirul fakir..moga dia cepat sembut..at least sedekahkan surah al-ikhlas dan fatihah untuk beliau…
*amirul fakir adalah penyajak/novelis yang telah menghasilkan 2 buah novel/sajak..fosil dan mea culpa..dan album baru aku sakrat menggunakan semua sajak-sajak naif&fosil beliau…ianya satu kontribusi untuk beliau atas dedikasinya dalam dunia yang diladeninya…wassalam
busking series part 3
dulu masa wa busking,bulan puasa kat cm tak boleh busking sebab laluan pejalan kaki digunakan untuk bazaar ramadan..jadinya wa akan pergi ke jalan alor,kat bukit bintang..atau kat kedai makan brickfield..atau ke uptown,kat damansara sana..masa tu tak dak transport..wa naik bas jer dengan member busking..Nik..life is tough beb………..haha…biasanya kalau busking di uptown..abis busking dalam pukul 2 pagi..wa kena lepak sampai subuh untuk tunggu bas awal ke kl…itu lah kehidupan para pengamen di malaysia..busking ni kalau wa kat cm..biasanya busking 2-3 orang..tapi bila malam kitorang loneranger jer..sebab kalau share collection kena bagi 2..hehe..but bulan puasa rezeki ok juga,.tapi penat le..pukul 3 petang dah keluar dari rumah,jalan kaki ke LRT..terus ke cm…gitulah hari-hari..but dengan duit busking wa dapat beli motor honda EX5..haaha..lepas tu senang la sikit bergerak…..cerita wa busking banyak kali keluar dalam paper orang putih..star..hehe..sebab diorang open minded..kalau paper melayu..cara dia menulis macam kita ni mintak sedekah..digambarkan busker itu macam pengemis yang perlukan perhatian. dan simpati…kalau lu..member wa dah kena..sherry yang ceritanya keluar dalam mastikaa..ngarut betul..tak percaya..?lu orang baca la mastika..apa cerita-cerita kat dalam tu..membodohkan pemikiran orang melayu..menjumudkan akal fikir..apa boleh buat..majalah sebegitu laku,orang kita suka beli sebab orang kita sentimentol..hehe…..
busking series siri 2..
dulu masa wa busking,banyak golongan manusia yang aneh-aneh join sekali..so bila diorang ada suasana jadi meriah la..sebab mostly semua space..yang mama ni nama dia Man merah,tak tau dari mana…kebetulan member baik wa owner web www.tokeikedai.net.my ada sekali so dia sempat ambik gamba..mula-mula dia datang dia pakai serban,dan nanyai sekali dengan wa dan member-member busking..lama-lama dia naik sheikh..dia bentang serban kat lantai.dia bantai berjoget berguling-guling..hahaha..so a pun indirectlynya manipulate jugalah..collection hari tu banyak lah..sebab orang dok layan dia merapu..so lepas abis busking wa ajak dia makan,mau belanja..dia ok ja..hehe..dia orader roti canai dengan sotong,ayam dan tah apa lagi wa dah tak berapa ingat..waa pun sembang la dengan dia..tanya bab agama,sebab wa suspek dia ni ‘isim’ atau ashik mashuk dengan diri dia,..memang betui pun..bila tanya bab agama ja..terus masuk bab hakikat….hahahaha…so lepas tu…kita pun sembang lagi..masaa tu restoran hameed ada kat dalam cm..awal 2004 mungkin..lepas sembang kita lepak kat luar cm..layan dia melalut..hehe..at last wa cakap kat dia…esok datang la lagi…dia cakap kat wa..”NAK DATANG MACAMANA,NI NAK BALIK PUN TAK TAU LAGI MACAMANA..”hahahhaha…wa tak boleh tahan..gelak sakan…but that was beatiful..maksudnya moment masa tu…we really enjoy our moment..hidup ni yang terbaik adalah ‘keseimbangan’ beb..hehe…






