Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

seorang guru itu…

3 comments

Seseorang guru itu tidak akan mengajar kamu untuk menjadi hebat,tidak akan mengajar kamu tentang indahnya shorga,tidak mengajar kamu mengejar dunia yang kita ini adalah pelakon-pelakonnya..dan dia tidak tahu bahkan tidak endahpun tentang apa bakat yang kamu ada..kerana dia tahu apa yang ada pada kamu dan kita-kita semua adalah bersifat pinjam..

Seorang guru itu akan mengajar kamu dari kamu punya apa-apa hingga kamu merasa tidak punya apa-apa..kerana Tuhan indahnya bukan diwajah pemandangan yang kamu nampak..bahkan lebih dari itu..

Kamu dididik untuk menjadi seorang penerima takdir yang setuju dan berbahagia dengan jalan yang kamu pilih..ikutlah lorong dimana kamu rasa ‘bahagia’ menunggu mu disitu..

kamu dididik untuk mendambakan syorga yang interpasinya lebih logik dan real..itulah bahagia..dan kamu tidak akan diajar lebih dari itu,kerana bahagia itu inti iman..kerana selain dari iman adalah nafsu..kerana hari esok bukanlah milik kamu,kerana itu kamu tidak akan diajar tentang syorga yang telah digambarkan seperti cerita dalam komik…kerana selepas akhil baligh mu kamu sepatutnya bahkan sewajibnya lebih perlu mengenal tentang siapa kamu dan mengapa kamu disini..dan kamu akan kembali kepadanya …seadanya kamu dan aku..dan selepas itu bukanlah urusan mu untuk tahu dimana kamu akan ditempatkan..

Untuk mendapat kebahagiaan dijiwa..lepaskan satu persatu nikmat yang masih kamu miliki..kamu boleh menghargai seadanya..sebab tanggungjawab kamu adalah menghargai nikmat suka-duka hidup ini..dan berjalanlah seiring dengan jalannya takdir….


selama disana…

3 comments

selama  disana …gua involve dalam teater arahan bersama Isham&Mislina..BILIK SULIT..gua nyanyi..hoi hoi hoi hoi…haha..sajak Isham..4 malam diorang bikin teater tu di BAR COUNCIL..sambutan amat baik…dan sebelum tu Amer Hamzah,orang kuat Bar Council kasi sajak dia untuk gua lagukan..I.S.A(IKUT SUKA AKU)dia bagi last week..email gua rabu malam 17/12/08..Khamis siap dann gua email kat dia lagunya..dia suka dan ramai orang suka..seperkara sajak dia bagus,berkualiti dari segi suku-kata,pengertian,emo,ada marah..jadi  gua cuma penyampai mesej yang dia nak sampaikan..keep it up bro…haha..lu boleh jadi terkenal sebagai penulis sajak/lirik…pelakon-pelakon yang involve pun walau dibilang isham amatur,namun penghayatan mereka sangat baik..dan penonton sangat berpuas hati dengan performance diorang..gambar-gambar boleh dilihat dan diambil dalam laman facebook gua..hehe……

kat sana gua lepak kat wangsa maju,rumah member gua..Nik..dia pun back up masa gua perform..

pendekata usaha dan misi pihak Bar Council dalam perjuangan mereka dalam memansuhkan ISA..sangat bagus dan mulia,demi untuk subjek kebenaran…..

dan akhirnya gua disini..ditempat gua…Ipoh..back to normal…hahahah

**gamabr a eeengah busking dengan Nan blues..di CM..gambar..dome digital..


BEKU

7 comments

Beku..tak tau apa yang nak ditulis..nakk  tulis tapi idea dan mood tarak mari..haha..dok  layan lagu-lagu lama URIAH HEEP..dizaman  Byron,Laton..tahun  71..july morning..gua  masa  pegi ke KL minggu lepas,ada lepak rumah member,Din Korea,,layan DVD musik dia baru beli..ada EMERSON,LAKE&PALMER..dan   lagi satu  ANTONIO  apatah gua tak ingat,,memang hebat..but EMERSON,lake&palmer memang genius..progresif..bayangkan tahun  70an dah biin musik yang macam tu punya bagus..

Ada macam rasa nak busking..Nan&Eddie busking..tapi cuaca kurang menarik..hujan…so  gua lepak dengan member-member..yang pelbagaii watak dan gaya..ha haa haaa…bila difikir balik tak ada benda yang serius pun dalam dunia yang tak punya rasa ni..kita ada kawan-kawan,yang sealiran,yang faham dan tak faham,yang pandai atau kurang pandai..apa yang nak dicerita lagi,melainkan  ketawa dan berbahagia dengan moment yang sedang kita hadap..bila masing-masing  balik kerumah..kita mungkin akan ada chapter lain yang sedang menunggu..macam  gua balik dok layan kerenahh anak-anak la,macam member-member mungkin lepak layan diri  tentang apa yang mereka rasa itu bahagia untuk merekalah…

Kebanyakan member memang advance dalam bab-bab Tuhan ni..ha ha aha…..bukankah itu subjek yang paling menarik untuk kita tahu dan ambik tahu..kamu suka atau tidak,kamu kena belajar mengenal dia melalui hidup yang sedang dilalui..kena belajar mencintai hidup,mungkin dari situ akan datang kebahgaian..Tuhan ada dihati- orang yang beriman..itu benar..

At the end..gua bersyukur dengan  hidup..bersyukur  itu maknanya menghargai..walaupun kita taklah sebahagia mana dimata orang lain..kita berbahagia untuk diri kita sendiri sudah memadai..gua suka sebab dimana-mana gua singgah.ada kawan  yang faham dan sama-sama berbahagia..yang sedang-sedang saja dong..sebab klimaks bahagia itu gila…ituu sebab dinamakan hospital bahagia…hahahha..

Bersederhana dalam segala hal adalah yang terbaik..apa lagi yang kita nak dalam hidup ni..?hehe

tanyalah diri kamu sendiri….bukankah kamu lebih faham cerita kamu dari mereka-mereka yang macam faham tapi tak sefaham mana pun……


apabila alam dan bukit dibogelkan..

2 comments

Gua  ke KL lagi jumaat lepas(5/12/08)dengan famili..malam tu meraikan persembahan solo Black di pelita hati,Bangsar..KL sesak..berkereta bikin gua tension..hahaha..tu sebab bagi gua, pengamal-pengamal tasauf tak payah bersuluk,training yang paling baik bawak kereta waktu siang hari time kerja di KL,itu betul-betul menguji iman dan sabar..kalau bersuluk itu untuk berhening…tak praktikal..hahaha..kita hidup dalam dunia yang nyata..disini.bukan disinun..berbalik pada show Black di pelitahati anjuran Faisal Mustaffa,ianya meriah dengan sejumlah teman-teman yang hadhir buat Black bersemangat bernyanyi dan berlagu..haha..gua sempat juga kawan-kawan yang lain..Rahmat,Puspa,Abroko..

Lepas program habis gua pun balik ke Keramat AU3..rumah mertua..tidur sana..pagi tu pukul 4 pagi Bukit Antarabangsa bergegar lagi..tanah runtuh..pagi sabtu tu kecoh juga..wa sempat call member kat sana..Man..dia kata teruk,nak keluar tak boleh,credit habis,line tak ada…terus gua teringat lagu Iwan Fals..

ISI RIMBA

raum Bulldozer,gemuruh pohon tumbang..berpadu dengan jerit isi rimba raya..

tawa kelakar badut-badut serakah..tanpa ada pihak berbuat semaunya..

lestarikan alam hanya celoteh belaka..lestarikan hutan mengapa tidak dari dulu lagi..?

jelas kami kecewa ..menatap rimba yang dulu perkasa..kini tinggal cerita

pengantar lelah sibuyung..

bencana erosi selalu datang menghantui..tanah kering kerontang,banjir datang itu pasti..

isi rimba tak ada tempat berpijak lagi..punah dengan sendirinya akibat rakus manusia..

lestarikan alam hanya celoteh belaka,lestari kan hutan mengapa tidak dari dulu saja

jelas kami kecewa ..mendengar gergaji tak pernah berhenti…

demi kantong peribadi..tak ingat rezeki generasi nanti…

hehe..itu lirik lagu Iwan Fals…para pencinta alam atau aktivis senyap jer?mana suara-suara protes kamu?haha…ke sudah dipetisejukkan…boleh bersuara..macam anjing menyalak bukit..yang berkuasa tetap berkuasa,boleh protes,boleh usul,boleh kelamkabut macam ambik berat dan prihatin..itu je le….sebab pembangunan berjalan terus dong..bukit-bukit ditarah dan dibogelkan demi pembangunan..tapi itulah,hukum alam tetap hukum alam…Tuhan lebih tau apa maunya alam ini..kita yang ingat kita lebih berkuasa dari yang berkuasa..kita yang ingat kita lebih tau dari pada yang maha tau..kita siapa beb?hahahha..kita cuma ada otak dan akal..pun terbatas..dah ada otak..tamak pulak..rakus pulak..kita yang menghukum dunia dan ceritanya..dunia terbentuk hasil percaturan kita…teknologi membantu dan membunuh juga…orang-orang penting yang berkepentingan memang begitulah…apa yang boleh dikaut,mereka kautlah…cerita yang di akhbar semuanya indah-indah belakalah..kabarkan yang indah-indah tentang malaysia yer..hahahhahahhahahahaa………la ni kat bukit antarabangsa,banyaklah pak menteri yang datang silih berganti..ambik berat…hahaha..ok la tu..

Sabtu gua ke Pasar Seni,,busking dengan Nik dan Nan,Eddie pun ada..Nan ada mesej gua dia dah buat Blog,so kalau ada sesapa yang nak baca tulisan dia,boleh lawat blog dia http://www.streetbusker.blogspot.com ada gua link kan blog dia kat sini juga…

Malam tu gua perform kat Pelitahati lagi..tak ramai orang sangat..tapi ok la..ada member-member,habis performance kitorang makan…lepas tu balik..

Pun lagi gua teringat lirik lagu Doel Sumbang….selamat pagi desaku..yang liriknya bercerita tentang desa yang telah dikotakan..pembangunan itu perlu ,tapi ianya melingkupkan juga..ianya yakni kemusnahan adalah subjek yang mengecewakan..kecewa kerana kita semakin rakus,bertuhankan nafsu,

adamasa gua kecewa menjadi penghuni dunia,adamasa gua bertanya juga,kenapa aku dilahir dan dizahirkan kedunia,adamasa gua rasa hidup ini macam mesin..diprogramkan untuk jadi itu dan ini..tapi segalanya..yang terbaik gua belajar untuk jadi redha,dan menerima cerita hidup gua dan alam ini seadanya..sebab inilah yang sedang kita lalui..


Page 1 of 212