Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

yang biasa-biasa saja..

9 comments

img_1588

Sebab hidup dah tak ada yang luarbiasa,jadi aku pun semakin relaks lah adanya menerima hukum alam ini seadanya…

Aku memang suka yang biasa-biasa,yang luar dari kebiasaan itu jarang,yang biasa itu seperti tabiat aku yang suka melepak dikedai mamak jumpa kawan-kawan ..yang luar dari kebiasaan itu kalau aku makan di hotel-hotel atau tempat makan ekslusif..Aku pernah dulu masa perform di Seri Bayu Resort,kalau time makan sanggup pergi ke warong makan tepi pantai..tak suka makanan hotel..tak sedap..haha..Tu yang hotel jalan bukit bintang,kalau kamu nak makan nasi lemak,dia bagi nasi lemak..macamana caranya,dia pergi beli nasi lemak kat kedai mamak belakang hotel..dia buang kertas bungkusnya,letak nasi tu atas pinggan yang mahal,dia kasi kamu makan.benda yang sama.cuma harga dari rm 1 ke rm 15..hahaha..tapi sebab kamu orang kaya atau suka nak jadi macam orang kaya,kamu pun enjoylah..rasanya sampai ke tekak je,masuk dalam perut jadi hampas juga..hahaha..apa boleh buat,hidup ini tak lebih dari sekadar lakonan manusia-manusia yang menganggap duit boleh beli bahagia..Kamu nak teh tarik hotel?pun boleh,diordernya kat kedai mamak .diletakkan ke cawan yang mahal dan ekslusif,kamu pun minumlah teh tarik yang dibeli dikedai mamak..Inilah elemen-elemen Kapitalis yang kerjanya membodoh dan memanupilasikan sistem kemanusiaan sejagat..

Pun minggu lepas masa aku perform dengan Nan,dibelanja makan kat resotran tempat makan orang kaya..nasi goreng pun rm 15..rasanya tak sedap juga..aku makan pun tak habis,sebab memang tak sedap…dah dibelanja oleh orang kaya,aku makan je le…tak tau la,mungkin aku kolot sikit…

Seperti kata seorang kawan baik..aku makan untuk kenyang,bukan untuk sedap….hehe

Pernah juga masa aku main di Pub,dah pukul 1 pagi kedai makan semua dah tutup di area PJ suatu masa dulu……cuma ada sebuah restoran Cina..pun tekak aku tak boleh masuk…bukan sebab halal haram..aku order nasi goreng,termuntah balik..tak tau sebab apa,mungkin cara masakan kot..

Yang aku suka   yang biasa-biasa saja..tu kalau kawan-kawan nak jumpa,kita jumpa kat kedai mamak cukup la..lebih santai,lebih relaks,boleh sedut dan hembus asap rokok macam dalam syorga…boleh mencarut dan buat lawak,tersengih sampai ketelinga..bahagialah katakan..hehe

Apa yang bahagia?yang bahagia itu bak kata isham..Kah kah kah…


Apa yang ada dijalanan?

6 comments

Apa yang ada dijalanan itu adalah yang terbaik untuk proses kemanusiaan menjadi seorang manusia yang faham tentang hidup dan kehidupan..Pelukis jalanan,pemusik jalanan..contohnya..atau Wakil Rakyat yang mempraktikalkan makna jawatannya..maknanya turun,jengok masaalah rakyat..bukan duduk dikerusi empuk tunggu dapat projek itu dan ini..bukannya hanya bercakap atau berpidato dipentas macam raja lawak..hidup ini praktikal beb,bukan teori..teori masa kamu sekolah ok la,itu hanya panduan..itu sebab kalau kamu belajar di Universiti atau belajar tinggi,kamu kena praktikalkan teori-teori yang telah diajarkan pada kamu…pun tidak mencukupi..Hidup adalah pengalaman…

Aku nak bercerita pasal dunia Busking,pasal hidup kawan-kawan aku yang jadi Busker dan bermain musik dijalanan..Yang ini kalau boleh biar orang Politik yang duduk di Parlimen baca..Sebab bagi aku Akta yang diguna pakai tahun 1952,Akta Papa..sudah tidak releven dan lapuk…Kita sedang menjenguk ke era maju..maknanya pemikiran dan visi kena seimbanglah..Dan  aku sangat tidak setuju golongan Busker ni dikategori sebagai pengemis..ini pandangan yang sangat sangat outdated dan bongok,kecuali kalau pemikiran kamu masih ditahun 50an…

Aku ada tengok rancangan TV yang ada membincangkan pasal Pemusik Jalanan..dan kalau kamu tengok muka ahli-ahli panelnya,kamu dah tahu apa yang ada di otak dan pemikiran mereka…betapa sempit dan dangkalnya kata-kata yang diucap,betapa otak-otak mereka masih ditakuk lama…Sepatutnya Kerajaan membantu golongan  Busker ni..Ini satu bentuk kerjaya juga..Busker bukan peminta sedekah beb…Kawan baik aku,Nan Blues..dia bekerja,dah 30 tahun dia bekerja..dan dia Busking juga,itu sebab dia ada bakat bermain musik dan bernyanyi..macamana kamu kata dia peminta sedekah?..Dan Nan juga pemusik professional..main di Kelab atau Hotel atau majlis-majlis keramaian tajaan pak Menteri..Baru je minggu lepas aku perform dengan dia di Hartamas,Yayasan Nurul yakin milik Pak Menteri..

Aku pun pernah sekali nak diangkut ke Mersing oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat beberapa tahun dulu…hahaha..

Ok macam Nan,dia tahu untuk memajukan taraf hidup dia dan keluarga..maknanya dia seorang yang bertanggungjawab..dia bermain musik dijalanan,memperdagangkan bakat dia..jadi orang yang tengok persembahan dia bayar sekadar yang mereka mampu,sebagai tanda penghargaan pada bakat dia…yang itu kamu kena respek beb..Dan bukan semua penyanyi atau pemusik boleh Busking dijalanan..Aku personally lebih respek Pemusik jalanan dari Mawi atau Nasir..berkali-kali ganda..sebab aku suka yang real..aku tak suka Plastik..tapi aku suka nyanyi lagu ..sekuntum bunga plastik..hahahhaaha….

Lagi sorang kawan aku yang jadi Full Time Busker..Nik,dan dia sangat success dengan kerjaya dia sebagai Busker beb..boleh hidup,boleh berdikari,.boleh bayar sewa rumah,boleh pakai internet kat rumah,boleh pakai handphone mahal,boleh pakai kereta..pendekata boleh tanggung anak binilah,tapi sebab dia belum kawin lagi..tak boleh nak cakap lebihlah..hehe..But aku confident dengan kerjaya dia sebagai pemusik jalanan..Kalau nanti ada Busker yang nak jadi menantu aku,boleh saja..asal dia seorang manusia,bukan duduk dialam fana,tahu dan faham tanggungjawab sebagai suami..Jalan terus..tapi kena serius la,buat betul-betul…Kalau nak Ho Ha,tak boleh la…hehe…macamana pun itu kerja Tuhan la..

Pandangan orang kita kena berubah,ini bukan zaman tok kaduk dulu beb..ini zaman orang berlari untuk terus hidup,ini bukan zaman sekadar boleh hidup dan dapat duit pencen..itu pandangan orang-orang malas..tu sebab melayu kena dengar lagu Ali Malas,dendangan Raushanfikir..hehe..Ini bukan zaman angan-angan,sebab kita bukan duduk dikayangan beb…ini zaman kita perlu cari duit..caranya kita perlu bekerja,tak kira apa kerja…asal halal disisi Tuhan..Busking itu satu bentuk kerjaya..

Kerajaan atau ahli Parlimen patut bentangkan isu pemusik jalanan ni disidang dewan rakyat…ada member dari Jepun,hantar email gambar Busker sana..siap ada sound System,pakai troli je..Kerajaan bagi permit,Disingapore pun Kerajaan bagi permit juga..Dia Australia,si Azmyl Yunor bercuti disana..dia busking,boleh apply permit..DiMalaysia?Rakyat dah main kedepan,depa dok melalut duduk kat zaman dulu kala lagi…

_dom8738


mat sentul-living legend..

14 comments

bulan lepas gua ke KL,busking dan ada perform sana sini sikit lebih kurang..dan Gua busking di Pasar Seni juga…terjumpalah dengan Legenda filem Melayu ..Mat Sentul..hahaha..

Gua membesar dengan filem-filem dia..Mat Bond(1967),,Mat Sentul ni legend beb,jangan main-main…advance,pengarah filem yang mendahului zamannya..gua sempat bersembang dengan dia..dia dok melepak tengok Gua,Nan  dan Nik Busking ..

Tu dia cakap..P.Ramlee,ada tiga je Do Re Mi,atau bujang lapuk series..tapi dia punya mat ada 8 series…hahahah..Mat Karung Guni,Mat Magic,Mat Raja Kapur,Mat Toyol,Mat Lanun,Mat Bond,Mat Tenggek,Mat Toyo..tu dah lebih dari 8 tu..hahaha….Dia  cool…..picture-097


GILA MUSIK-PART 25

5 comments

Bila album Pesta Jiwa keluar,aku sibuk juga perform sana sini..dan mula kenal geng-geng Troubodours,Tan Sei Hon,Jerome,Azmyl Yunor..Diorang ni group yang aktif dalam memperkembangkan lagi scene Indie,terutamanya program KL singer/Songwritter..Tanpa mengira kulit atau bahasa,diorang menerima dan menghargai bakat dan musik aku seadanya..Diawal program-program Indipendent yang mereka anjurkan..kebanyakannya tak berbayar pun,sebab tak ada profit mahu pun kepentingan…
Aku pun selalunya ok je,kalau berbayar pun hanya dalam bentuk token..Aku anggap ianya satu bentuk tanggungjawab pada musik itu sendiri..Sebab bagi aku kalau kamu mahu mengenengahkan lagu-lagu kamu,kamu perlu berkorban dari segi ringgit dan masa..sebab bukan semua orang akan suka lagu kamu,dan kamu bukan dari arena mainstream yang statik dan stereotype..Juga aku percaya lambat laun musik aku akan diterima juga..Aku tak pernah berkira-kira atau calculative sangat..Kecuali kalau ada function di hotel atau Pub..sebab itu kita dibayar untuk menghiburkan orang..Klau aku dijemput untuk program puisi atau Indie program,aku akan buat lagu-lagu aku..Aku selalu dijemput untuk program kesenian yang berbentuk Indie dan multi racial konsepnya,di No Black Tie,Balai Seni Lukis,Aswara,Actor Studio..Review-review juga keluar dalam ROTTW majalah musik untuk Rocker tulen,milik Abang Rom…Malaymail,Star,Metro pun ada juga..
Tahun 2001 juga Kedai Yamaha di KL Plaza berpindah ke Starhill,berpindah randah je..Yamaha sebagai sebuah Company yang mengajar musik dan menjual Piano itu ok,tapi untuk menjual peralatan musik combo..seperti dram,gitar elektrik,bass,keyboard,sound system,dan berbagai lagi bukanlah sesuatu yang mudah..terutamanya gitar Elektrik..Pemusik sudah biasa dengan jenama Fender,Marsyal,Ibanez…Kalau kamu nak suruh diorang pakai barang Yamaha untuk elektrik gitar atau Crate gitar amplifier ianya tak semudah yang dijangkakan..kena buat banyak promotion..Seperkara lagi..Yamaha ni boss besar nya orang jepun,macam boneka..yang handle semua berbangsa Cina..itu pun ok…sebab dari segi ekonomi memang bangsa Cina nombor satu ..Cuma yang nak jadi boss untuk barang-barang produk combo Yamaha ni yang tak tau apa-apa langsung pasal musik…tapi berlagak macam tahu..yang ni memang masaalah besar beb…Aku fed-up betul..lu bayang kan bro..bass gitar dengan elektrik gitar pun diorang tak tau nak bezakan..macamana nak handle combo department?Tapi itulah..dah diorang yang control everything..Kira team work kitorang adalah yang terbaik dulu..everage every month boleh jual dalam 80-100K…Macam boss aku Edwin,dia memang orang music,drummer.Zainol,pun pemusik professional juga.dan semua yang kerja di Combo adalah pemusik..dan tahu pasal musik dan perkembangan..So of course kitorang boleh jual product..Sewa untuk kedai pula sebulan dalam 20K..Mahal tu beb…tapi itulah,dah dapat arahan dari Jepun nak besarkan lagi product Combo..sebab dari segi piano dan Class music education,Yamaha of course adalah antara yang terbaik..tapi dari segi barangan combo..ianya masih baru dipasaran..dan perlukan pendedahan meluas..Tapi itulah,dah yang jadi bossnya pun bodoh sombong..payah le,lama-lama lingkup merudum..Dari segi kualiti bunyi,Yamaha gitar pun bagus juga…lebih kurang sama..Cuma brand atau jenama je..Tak lama lepas tu,pindah balik ke KL Plaza..gitulah Yamaha ni..hahahha..duit habis kat renovation,yang bodoh dikekal dan naik pangkat,yang bagus ditendang…yang HRD Department pulak bukannya menyebelahi staff,tapi management..payah ….
Berbalik pada dunia musik dan nyanyi,aku rasa benda paling gila aku pernah buat adalah semasa menerbitkan album Pesta Jiwa 2..Gila sebab semua aku buat sendiri atas pertolongan kawan-kawan ..Idea untuk bikin hanya 6 bulan selepas album Pesta Jiwa..Dan aku bukannya buat duit dengan album first…Aku nak buat album,jumpa seseorang yang aku kenal dan kenal baik aku,mintak tolong dia dalam rm 5000..aku pun jalan terus..semua barang kita guna barang Yamaha,yang jadi Produser aku dengan Zainol,yang staf Yamaha..aku record live je..heheh..dalam sebulan album siap..session semua kawan-kawan yang tolong..macam Andy Flop Poppy,Robert dan Jaggu,Nan Blues pun ada terlibat juga…CD pulak aku print 500 keping di kilang print CD di Maluri..cover aku beli kertas recycle di jalan Pudu..lepas tu beli kotak CD,yang design cover member baik ,Im..baru real indie..semua bikin sendiri,sampai ke bab pembungkusan CD pun sendiri..hahaha,apa ada hal pun…laku tak laku belakang kira..jalan terus brader..
Aku sempat bayar balik pada member yang tolong aku tu rm 3000 je..sebab aku dah tak ada duit nak bayar,pulak tu..yang ada dengan aku 200 copy je,yang lagi 300 copy hilang masa pindah rumah….lawak betul..hahaha,,yang mamat kasi duit ni..aku expect dia faham la,sebabnya dia pun tau aku bukan buat album Pop dan aku tak buat duit pun dengan album ni..dia pun millionaire..apa yang dia boleh expect dari album aku..tapi itulah,aku pun tak boleh buat apa-apa..aku pun tak perasan apa yang aku buat ini betul atau tak..aku main redah je..hehe..
dink

Din korea….


Page 1 of 41234»