Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

cerita orang-orang bawah dan orang-orang atas..

11 comments

Orang miskin dan orang kaya ujiannya sama saja..Orang miskin ujiannya otak serabut sebab tak ada duit,nak makan..Orang kaya ujiannya macamana nak agihkan duit dia yang banyak bersedekah untuk orang-orang miskin..Sebab dia ingat itu duit dan harta dia punya hasil dari titik peluh dia walau  sumber entah dari mana mana itu wallahualam..Orang-orang kampung biasanya hidup mereka sangat sederhana dalam segala hal..Dan kamu akan selesa bila kamu kenal mereka sejujurnya,sebab mereka tidaklah banyak kepentingan   dalam hidup ni..Ada itu memang lah ada..sebab namanya kita ini manusia..ada watak baik,ada watak jahat..Tapi situasinya masih lagi terkawal..Ada juga orang kampung yang kaya,banyak harta..Dulu arwah bapak gua banyak tanah,tapi sebab nak sekolahkan anak-anak..dia jual pada orang kaya kat kampung dengan harta yang sangatlah rendah..Dan orang kaya akan jadi makin kayalah..Sebab biasanya orang kaya akan memanupilasi apa yang boleh dimanupilasi..orang miskin biasanya terdesak dan tak punya banyak pilihan..Dan disini kita boleh lihat betapa mangkuk hayunnya golongan orang-orang yang yang kaya jenis ini..

Orang miskin biasanya tak takut mati..Sebab mereka tak ada banyak duit dan harta..Jadi tidaklah berasa kehilangan..Jika ada pun cuma perasaan dan kefahaman tentang Tuhan dan alam yang buat mereka berasa takut akan balasan antara dosa dan pahala,syorga daan neraka..Berbeza dengan orang kaya..mereka sangat takut kehilangan tentang apa yang sedang dan akan mereka miliki,Jadi mereka akan berdoa siang malam minta dipanjangkan umur dan murah rezeki..Selama-lamanya kalau boleh..50 tahun?80 tahun?100 tahun?ha ha ha..Sudahnya kamu akan mati juga..umur 50 apa yang ada dibadan dah berkerut sana sini..Macamana nak hidup selamanya..?

Kekayaan adalah subjek yang paling kelakar untuk kita perbincangkan sebenarnya..Cuma kalau kamu kaya,bersedekahlah pada orang-orang miskin..Itu ibadat yang paling prktikal antara kita sesama manusia…Kalau mau berzakat ,jangan bagi ke persatuan atau pusat zakat yang formal..sebab itu  antara elemen kapiltalis yang membodohkan pemikiran kamu kalau kamu fikir..Kamu terus kerumah atau berjumpa peminta sedekah atau gelandangan..Sedekahkan pada mereka..itu lebih afdal,tak apa .kalau Tuhan tanya,cakap gua kasi izin…he he…

Dan golongan yang paling kelakar bagi gua adalah orang-orang politiklah..Orang politik ni lebih pandai dari orang ugama sebenarnya..ya lah,rasuah yang memang dah haram,dikatakan halal pulak..bab hukum hakam,dosa pahala ni dia boleh pusing-pusing dan adjust sana sini..Beruntung kalau kita jadi orang politik..he he..Lepas tu bolehlah buat banyak duit,dapat projek sana sini,tipu sana sini..tapi kenalah islamik beb,kalau tak nanti orang melayu susah nak percaya.Lu mau tipu sana sini itu ok,tapi lu kena sembahyang,kalau boleh waktu pilihanraya yang dah nak dekat ni jangan langsung tinggal sembahyang,itu penting beb,Dan muka kena muka welfare lah selalu,kena cakap saya insan yang kerdil dan hina..setiap masa dan saat kalau boleh..at least sampai habis election…Dan setiap satu jam,kena lawat dan sedekah pda orang miskin,tapi kena bawak jurugambarlah,kalau tak ada tak boleh..Biar orang tau kita pemimpin berjiwa rakyat yang tempohnya dimusim pilihanraya saja..Susah sangatkah?Orang melayu ni sangat-sangat senang dibeli jiwanya…

ha ha ha…


Kebenarannya……

8 comments

Kebenarannya aku sedang berjalan dilorong ini,lorong yang memang dibikin untuk aku..Masaalahnya?Memanglah banyak masaalah..Sebab hidup itu sendiri adalah masaalah..Lainlah kalau kamu duduk dalam perut ibu kamu atau kamu masih menjadi rahsia dan ceritanya sebelum kamu ada dan diadakan..Selesa?Sebenarnya tak ada pada makna dan kata-kata..Aku sukakan kesimpulan..Solution..Gini..Inilah kebahagiaan versi aku..Bila dosa dan pahala itu bercampur,itulah kamu dan kamu haruslah menghargainya..’Dosa juga diperlukan dalam hidup manusia,kalau ingin tak berdosa,jangan jadi manusia,jadi saja Malaikat’..Itu kata-kata penyanyi Folk Indon Doel Sumbang..

Duduk bermenung,aku menjengok semalam..ohh..alangkah sebentarnya waktu..Gedebak gedebuk aku dah pun semakin berusia,nasib baik aku telahpun mendewasakan akal fikir seiring dengan waktu..Sebab?Bukankah tadi aku kata,aku sedang berjalan diatas takdir sejak tahun 1990?…Sebelum tu?Anggap saja aku belum akhil baligh atau belum cukup faham tentang hidup dan Tuhan..Saat ini?Apabila kamu tahu rahsia dan ceritanya..ianya hanyalah sebuah permulaan untuk kamu lebih mengenal diri kamu sendiri..Tak percaya?Ha Ha Ha….Dan ianya adalah keselesaan yang hakiki..

Yang hakiki pulak bukanlah bersifat material…Ya dan ya..itu betul..Makanya kamu akan hilang nikmat untuk menikmati juga nikmat untuk merasa diakal satu persatu..Kamu cuma merasa apa yang ada dijiwa..Ianya bukannya matematik,bukan pengiraan,bukan fakta,mungkin 1+1=3..Kamu suka dia ,itu yang ad diotak kamu,nafsu..mencuba untuk kenal dia,cari dan cari jalan..telefon,mesej pesanan ringkas,Ok dapat…Dan sudah tentu kamu boleh bayangkan keindahan tentang dia..segalanya tentang dia,Itu emosional..Dan bab yang selanjutnya kamu telahpun mempunyainya..dia yang kamu puja dulu..selepasnya adalah sebuah permulaan sebuah cerita..logistik,rasional…Ohh..tak lah seseronok yang disangka…Diwaktu ini laut yang kamu lihat tenang dulu sewaktu kamu dialam angan-angan..(walaupun laut bukannya tenang selalu…)sudah selalu bergelora..ribut,tsunami..Dan mata kamu sudah dicelikkan untuk sebuah realiti…Jadi kamu boleh pilih mahu diteruskan atau berhenti disitu saja….Ha Ha Ha…Kalau kamu memang betul menghargainya,ya dan kamu telah memilikinya,tanpa mengira apa dan siapa dia..Dan berjalanlah diatas takdir kamu sendiri…itulah kebahagiaan..

Apa lagi yang kamu mahu?Bilamana semua yang kamu mahu itu ada disini..Dijiwa kamu,dan bila dijiwa kamu sudah tidak berkehendak…Itu sebab kamu perlu bijaksana dalam menjalani hidup ini..Keseimbangan antara dunia dan akhirat…Zahir dan batin..akal dan jiwa….

Aku memang begini…Ha Ha Ha…


GILA MUSIK-PART 27

6 comments

Aku dulu dan hari ni pun macam ni lah..Mungkin sebab aku tak calculative dalam berkarya,aku masih disini sampai hari ini.Antara Busking dan orang panggil show untuk majlis komersial itu atau dihotel-hotel itu berbeza tema dan konsepnya.Aku perform juga di majlis-majlis komersial,main lagu orang lain juga..Itu sebab kita nak menghiburkan orang dan kita dibayar untuk itu.Masa Busking pun kita tak boleh ikut kepala kita,sebab masih menghiburkan orang..Jadi aku pun fahamlah.Cuma untuk show atau program yang aku dijemput,aku nak jadi dan perform lagu aku sendirilah.Yang datang menonton pun aku expect diorang faham apa itu musik yang pelbagailah.Dan bila aku dijemput untuk perform di RTM,aku terpaksa tolak sebab impaknya besar dan aku bukan klon sesiapa pun..Itu halatuju kita dalam apa yang kita perjuangkan.Berkenaan cerita aku kurang tersiar dalam akhbar atau majalah glamour melayu,itu sebabnya kebanyakan wartawan nak tahu apa warna seluar dalam aku,berapa harta aku ada dalam bank,dah pergi haji ke belum,sembahyang ke tidak..Boleh berposing dengan artis perempuan dikolam renang ke tidak..Ditambah pulak kita dah berkahwin dan beranak pinak..Payahlah beb..Musik pun yang diorang tahu Cuma Pop mainstream yang penuh dengan kemilau cahaya,apa yang aku boleh expect pun..Jadi aku tak termasuk dalam apa yang diorang nak.Dan aku pun bersyukur juga sebab tak kesitu.Sebenarnya aku pernah diinterview oleh akhbar Berita Harian,yang mana wartawannya agak ok sikit aku rasa.Yang kita ni beriya-iya cerita pasal musik dan konsep musik kita,dia pun ok lah..Masa tu album ke 2 kot..Cuma aku masa tu ke pejabat diorang pakai baju pagoda dan kasut selipar…ha ha ha..langsung tak keluar cerita ..Jadi lepas tu aku malas lah nak diinterview lagi oleh mana-mana akhbar atau majalah melayu..Sampai kehari ini..Kalau diorang nak tulis itu diorang punya pasal..

Ada sorang kawan yang support musik aku dan kasi duit yang agak banyak tanpa sebab dan tanpa resit masa album itu padang…aku disitu,aku pun tak kenal dia sampai hari ini..Dia aku anggap wakil Tuhan yang kasi..Sebab semuanya dari dia punya kuasa..Jadi aku pun bikin launching album itu padang di Pasar Seni,itu impian aku sebenarnya..Jadi semua pemusik yang juga member-member aku pun join lah jadi pemusik..Dan aku  pakai selipar Jepun dan baju pagoda,selipar tu pulak masa habis show terputus dua..ha ha ha..Ini bukan haprak beb,ini  bukan trend,atau kamu boleh kata fesyen juga..Kadang-kadang aku pakai baju bundle harga rm 5 yang pak mertua aku beli kat Chow Kit..pun cerita boleh keluar juga dalam paper orang putih..aku pakai selipar jepun ,pun boleh keluar juga full page dalam paper orang putih..Sebab diorang bukan nak kisah apa yang aku pakai pun..Itu sebabnya aku suka kalau cerita aku keluar dalam paper orang putih,sebab diorang menerima aku yang tak macam artis langsung ni seadanya ..Bukankah kita perlu menilai sesuatu itu melalui nilai kejujurannya,bukan apa yang dipakainya?hehe…Cuma kalau ada Function komersial aku akan pakai smart lah..cari makan..ha ha ha..

meor11


gila musik-part 26

8 comments

Aku masa album ke-2 Pesta Jiwa 2 dulu proses pembuatannya sangatlah simple..begitulah dan itulah yang aku lakukan..Aku pun tak ada jawapan kenapa aku buat album,yang aku rasa aku tak ada banyak masaalah untuk melaksanakannya dan sudah tentu kawan-kawan sekeliling banyak membantu .Masa album pertama diedarkan,ada seorang wartawan dari Malay Mail yang suka dan menghargai karya aku,dia siap buat appointment untuk interview..dan review dalam Malay Mail pun sangat baik..Aku seronok juga bila dihargai,at least apa yang kita buat ada juga pendengarnya..Kalau kita buat sesuatu lepas tu tanpa ada promotion pun susah juga..Aku berterimakasihlah pada yang support perjuangan seni aku yang rabak ni..
Aku Cuma nak jadi Artist yang boleh buat apa aku suka..Pakai selipar jepun masa show,pakai baju pagoda,pakai Jeans lusuh..Kadang-kadang masa nak perform ada ingat nak pakai kemas,tapi last minute aku pakai apa yang aku nak pakai,ini bukan trend..Kamu boleh dress apa yang kamu suka..Aku Cuma suka jujur pada diri sendiri,dan itulah yang aku lakukan..Sebab aku tak suka untuk rasa bersalah pada diri sendiri.Masa album Pesta Jiwa,banyak juga yang order melalui email,ye lah bila keluar dalam Malay Mail,ada disertakan email aku..dan pembeli-pembeli pun suka dengar album aku,sebab biasanya bila sampai CD yang dipesan,diorang akan reply dalam bentuk surat atau email..Jadi ianya berkembang..

Pun bila album kedua aku diedarkan,aku mendapat liputan review yang baik dalam Malay Mail dan akhbar Star..Cuma dari segi kualiti album kedua tu tak berapa baik..Album pertama pun kualitinya tak bagus sangat..ha ha..Semua lagu direkod dalam kedai tempat aku bekerja..ha ha ha..
Aku pun tak ada hal,sebab bagi aku album-album aku ni aku anggap kelahiran anak,mungkin sempurna,mungkin cacat..Jadi kita kena menghargai..Benda yang dah jadi itu biasanya aku redha je..Stock pun dah tak ada dalam simpanan.Aku print 500 copy dikilang..200 dah jual,lagi 300 copy hilang masa pindah rumah..ha ha ha…
Masa album kedua tu,R.S.Murthi selalu datang kedai musik tempat aku bekerja,sebab dia member baik boss aku masa tu,Edwin Nathanniel.Jadi lama-lama aku pun rapat dengan Murthi.Kitorang selalu jamming akustik session dikedai..dia selalulah lepak..
Suatu hari dia pun offer untuk produce album ke-3..Aku cakap ok lah..Murthi ni multi instrumentalist juga..Dan taste musik dia sama dengan aku..dan dia sangat berpengetahuan dalam musik.very knowledgable person..Thats why aku leave it 100% pada dia,aku Cuma bikin lagu dan lirik dan basic arrangement..Yang lain semua dia bikin.Dia ada studio dirumah dia kat Penang..
Lagu-lagu yang aku bikin masa album itu padang…aku disitu tu banyak yang baru dibikin,umpamanya lagu sofa biru,sketch,langit makin gelap..dari warung kopi..Jadi feel nya masa rakaman masih belum mantap lagi sebenarnya..Aku masa record lagu-lagu yang kita buat rakaman livenya dirumah seorang kawan..Yang kita pakai masa tu..Digital Mixer studio brand Korg 12 channel,microphone untuk gitar dan vocal dan gitar .. Tahun 2003,hari raya Cina masa tu..proses rakaman untuk 12 lagu,dari pukul 7 petang-2 pagi..kita berhenti kejap sebab orang Cina main mercun,so kita pergi makan dulu dan sambung lagi..Jadi prosesnya Cuma dalam 7 jam saja..Itu sebab masa rakaman ada sikit lari dari segi pitching,dan  Flet juga ..Murthi cakap biar je…ha ha ha..Sebab bagi aku  Folk ni tak perlulah nak hensem sangat..sikit-sikit lari tu biasa.Aku bukan buat album pop atau komersial..Lagi satu feel masa rakaman tu yang penting.Kalau kita bikin balik atau punch,dia punya mood dah lari..Jadi aku pun ok lah..ha ha ha..

Bila siap semua basic track..Murthi pun jalankan proses selebihnya distudio dia di Penang sana..
Album Padang diedarkan selepas 2 bulan dari tarikh rakaman kalau tak salah aku,dan ianya mendapat liputan review yang sangat baik dalam akhbar Malay Mail dan STAR..Sampai keluar 3 page penuh..ha ha ha..dan album ini samapai hari ni pun kawan-kawan yang masih belum dengar beli.Ini bolehlah  aku kata album ‘Masterpiece’ akulah..Sampaikan suatu hari aku dapat call dari RTM untuk perform di Malam puisi Angkasapuri..Mula-mula diorang call jemput untuk perform disana,aku ok lah,dan bayarannya rm 1500 kot untuk dua lagu mungkin..Tapi bila dia kata aku kena nyanyi lagu abang aku Sohaimi,aku cakap..alamak…hahaha..aku pun terus cancel..dan aku pun cuba cari nombor Sohaimi,biar dia deal direct dengan RTM..Aku rasa masa tu aku tak boleh compromise langsung,lepas tu aku pun fikir..apasal aku tak nak duit?Ini semua prinsip punya hal lah ni..ha ha ha..memang rugi,memang rugi ..but that was yesterday..Aku berkarya masa tu bukan untuk duit sangat sebenarnya..sebab kerja aku kat Yamaha Music pun ok..ada pendapatan yang agak selesa yang aku boleh tanggung anak bini..


Page 1 of 3123»