Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
Kuala Lumpur ini…bla bla bla
Kl ni tak menjanjikan apa-apa pun kesenangan harta pada kebanyakan penghuninya melainkan orang politik dan golongan Kapitalis..Gua pun tahu tentang itu,tapi apa boleh buat,kebanyakan kawan-kawan gua ada disini..berkubang disini..Gua bukan orang kaya atau atau orang atas yang boleh bikin tanah lapang jadi perkampungan Hippies jiwa damai untuk kawan-kawan berkumpul,atau dipindahkan Restoran Annexe atau restoran Mydin kat Bangsar tu ke Ipoh ni…Jadi mahu tak mahu gua kena turun kesini,sebab disinilah pusat hiburan dan pusat kejiwaan atau pusat jiwa kacau dimana ahli-ahlinya bersidang..semua kawan-kawan gua pun bukannya kaya sangat..haha..tapi mereka kebanyakannya golongan yang boleh dikategorikan sebagai ‘Bahagia’..Tak Percaya?Sila datang kesini berkenal-kenal dengan kawan-kawan gua yang kesemuanya ahli syorga dan sangat faham tentang makna syorga dan neraka..haha…Nescaya kamu lama-kelamaan akan faham dan mula selesa disini…Yang penting kamu tak akan susah hati..kamu akan dihiburkan dengan lawak-lawak spontan yang tak dirancang,dan kamu gua gerenti akan suka hati..hahaha..
Bukannya apa,bukankah lebih baik begini dari begitu,jangan berkira-kira tentang siapa kita atau apa status kita..Gua kalau ke KL,memang akan ke Pasar Seni lah..ini lah tempat gua melepak dan bertemu kawan-kawan..sejak 1986…Dah duduk Ipoh pun masih ke KL juga,nasib baik main musik,jadi adalah alasan mau kasi sama bini..kalau tak payah juga beb..haha..Gua kalau tak dak show,gua boleh bikin show..apa ada masaalah pun..hahaha..Tu bini gua selalu bising..Kalau sama kawan-kawan,gua punya sengih sampai ketelinga dan ha ha ha jer,kalau sama dia apasal tak boleh macam tu?hahaha…gua tak dak jawapan..sebabnya kadang-kadang gua buat lawak bodoh bini gua tak gelak pun,macamana gua nak sengih sampai ketelinga?hehe..sebabnya juga semuannya segala jawab ada di Loh Mahfuz sana…gua hanya menjalankan watak yang sedang gua pakai sekarang..gua pun ok je..but overall,tolak campur bahagi darab,gua ni boleh dikategorikan sebagai ‘bahagia’lah juga..hahaha..Sebab kadang-kadang bini gua sound gua,gua biasanya akan cakap..ok..dengan nada volume 2/10..dan sustain till fade..hahaha…Biasanya bila gua cakap gitu,dia akan angin tapi akan cool..so gua rasa ok la tu..Apa yang gua boleh expect manusia ni kena begitu,bukan begini?Itu watak dia…semua kita punya watak..yang ok dan tak ok juga..kadang-kadang sikap kita bagi orang menyampah juga…ok la juga,sebab menyampah itu pun sebahagian dari subjek kesempurnaan juga..yang penting kita perlu lalui hidup ini dengan nawaitu yang selembut angin bertiup,terus ke kalbu..
Bersembang dengan Sani Sudin tadi siang,buat gua tertarik bile satu part dia cakap..Kita hidup didunia ni part time je,bukan full time..bila fikir balik..betullah tu…hehe..
Dan ada satu pemberian Sani Sudin suatu waktu dulu yang gua suka,VCD Khalid Salleh masa perform di UKM kot,Nafas Teaterikal Khalid Salleh..yang gua akan ulang-ulang nonton sampai hari ini..
hidup dan mati..
Aku menilai kematian itu sebagai suatu subjek yang mesti kita semua lalui,ianya lumrah ..dan ianya indah,yang perlu kita nanti-nantikan..Umpamanya kubur..contohnya,dulu aku ada baca novel Atheist karya Ahcmat K.Mihardja.dalam satu babak,watak Rosli mempersoalkan kenapa kita takut melalui kawasan kubur pada waktu malam?Berbeza dengan waktu siang..Malam sebab kita tak nampak,siang sebab kita nampak..malam gelap dan siang cerah..itu saja bezanya..Pun tak semudah yang kita fikir dan bayangkan juga sebenarnya..Persepsi pemikiran kita perlu berubah beb!
Kita kena positif..terutamanya dengan Tuhan…sebab kita sebahagian dari ceritanya.Kita watak-watak atau tajalli sifat alam ini dan kita sedang menterjemahkan makna hidup melalui apa yang kita tahu dan faham..
Selepas kematian arwah pak mertua,aku diminta untuk membikin satu sajak untuk arwah..Aku pun bikinlah..Selepas 10 minit siaplah sajak yang ditulis..Mungkin berkesan dan keluarga bini aku pun menangislah bila membaca sajak yang ditulis..Aku tak galakkan kita bersedih sebab ianya hanya mainan perasaan yang telus,dan ugama pun tak menggalakkan begitu..Kalau kamu ingatkan arwah,sedekahkan Fatihah itu lebih bermakna dan berfaedah..Sedih sedih ni semalam beb…Hidup perlu terus..yang wajib kamu percaya,Roh arwah telah kembali kepada yang empunya Roh..Rahmatullah..Aku punya keyakinan untuk itu..100%..Dia bukan milik kita,dia milikNya..kita hanya menjalankan amanah yang diberi..untuk kita sementara masih didunia ini..
Yang masih bernyawa,teruslah merasai nikmat suka duka hidup ini seadanya kita..Aku pun tak tau esok lusa apa akan jadi..hehe..
Aku dan famili balik ke Ipoh hari isnin malam(16/3/2009)Sampai ke Sungkai Tren pulak rosak..tayar berasap..tersadai kat situ 2 jam..Sampailah ke rumah pukul 3 pagi..Kita estimate antara Ipoh-KL 3 jam atau lebih sikit je..hehe..Kamu tak boleh nak duga apa akan jadi dimasa akan datang hatta sedetik saat ke depan pun…
Dalam hidup ni kita punya peranan atau watak yang disediakan untuk kita..jadilah apa yang kita mahu..Dan selebihnya kita laluilah takdir kita seadanya..Dan jadilah seprang penerima takdir yang redha dengan perjalanan dan ceritanya..
Berkenaan cerita musik,adalah bersembang-sembang dengan kawan-kawan..Aku suka lepak di Bangsar.di restoran Mydin..lepak dengan Rahmat dan Black…Aku dok fikir ginilah..Aku lebih suka menonton si Black atau Nik atau Nan menayanyi dari menonton show Iwan Fals atau Bob Dylan..Dan aku lebih suka menonton Rahmat atau Pyanhabib baca sajak dari menonton Rendha..Aku lebih suka menghargai yang ada disekeliling aku dari menghargai yang aku tak kenal..tarak soul..Dan kalau Fals lalu depan aku pun,aku tak rasa aku akan sapa dia..tapi kalau Black,Nan atau Nik lalu..Sudah tentu aku akan sapa..hehe..Bukanlah maknanya aku tak suka Fals..cuma aku suka realistik..Kita kena menghargai kawan-kawan kita beb..Kita kena support antara sesama kita..Dengan itu kita akan jadi lebih besar dan kukuh..Jangan duduk dibawah bayang-bayang sesiapapun..sebab semuanya itu bukan kamu..kamu kena jadi kamu…Kalau kamu tak kenal kamu,kena juga cari jalan macamana kamu boleh kenal kamu..hehe..
Kita cuma ada hari ini..semalam dan esok bukanlah milik kita..Saat yang sedang kita lalui adalah saat kita menikmati nikmat hidup seadanya..Selebihnya takdir..
Perihal kematian
Alhamdulillah,semuanya selesai..arwah bapak mertua dah selamat dikebumikan dengan selamat dan alam merestui..
Sebenarnya gua ambil tiket tren hari jumaat(13/3/2009)..Bini gua berlepas dulu dah pada rabu tu(12/3/2009)sebab gua rasa memang tak sempat..Gua sebab kena jaga mak tu sebab tak boleh pergi awal sikit,lagipun hari kerja..
Sudahnya pukul 5 pagi khamis bini gua call,abah dah meninggal..Gua pun ambik tiket bas pukul 7 pagi,terus ke Kl..sampai pukul 9.30 terus ke Masjid Khairiah,AU3..masa tu tengah mandi mayat..ramai orang menziarah dan sama-sama sembahyang untuk jenazah..
Arwah semasa hidupnya seorang yang amat mesra dengan masyarakat sekelilingnya,pernah dapat khidmat pekerja cemerlang di Dewan Bahasa,pernah jadi johan berqasidah..Bapak mertua gua ni kerja Driver saja di dewan bahasa tu..tapi itulah,itu watak yang telah disediakan untuknya,dia sangat jujur dengan kerjanya..Sampaikan bila pegawai,Doktor yang nak mengesahkan kematiannya pun terkejut sebab dia pun kenal arwah…Cuaca pun redup dan tak hujan,seolah merestui pemergian arwah..Dikebumikan pda tengahari sebelum zohor..semuanya berlangsung selama setengah jam saja..orang pun berduyun-duyun datang..sama-sama bertalkin..Hablumminannas arwah sesama masyarakat alahamdulillah baik..Gua pun lega la juga..liang-lahat pun ngam-ngam untuk siaz arwah..
Saat-saat nafas akhir arwah pun relaks..dia pergi kesana dengan tenang jiwa..
Jangan digusar tentang rahmat Allah,jangan diwas-was tentang kasih dan sayang Dia,jangan digusar tentang kembalinya roh kepada yang empunya roh..sebab itu semua janji dia didalam Al-Quran..yang wajib kita percaya semua kata-katanya..Sebab ianya benar belaka..pertingkatkan tahap yakin kita kepada dia..positifkan cinta dan kasih sayang kita kepadanya melalui hidup yang sedang kita lalui…Inilah kita seadanya..
Alfatihah..
This is real…D.R.U.R(Dari rakyat untuk rakyat)
Ada artikel pasal album baru gua yang akan diterbitkan sedikit mansa nanti,dalam Tabloid Suara Keadilan..isu 171..yang ditulis oleh Amin Iskandar(Black)…
Gini,gua kena cari dana untuk bikin ini album beb….Sebabnya gua mau bayar studio,produser,sessionist,print CD’s..lay out cover…Cakap terus terang..This is real,album ini bukan untuk hari ini,tapi untuk tatapan generasi akan datang ..Gua dah ada 6 album,dari segi achievement sebagai artis yang ikut kepala sendiri,gua bersyukur kerana hasil karya gua diterima walau taklah sebesar Mawi atau Nasir atau Awie atau Amy,gua ada sebab dan alasan yang munasabah untuk berpuashati..Semuanya atas pertolongan Tuhan,sebab atas segala sebab,Dialah yang diatas…Dari awal lagi,gua sudah reject arus komersial..semuanya atas dasar prinsip..Pun gua masih disini,dan album pun masih dijual sehingga hari ini..Hidup itu praktikal..jadi gua tak anggap gua ni hero pun,kerana kita semua kawan-kawan..hidup biasa-biasa saja..Untuk merasa atau perasan didalam dunia glamour artis,tak ada langsung dalam list otak gua,sejak dari mula berkarya..Mungkin gua kurang faham atau tak nak faham..Konklusinya gua tak berminat untuk duduk dalam dunia artis yang tak sesuai dengan selera jiwa gua….Musik itu perlu lahir dari hati dan kemahuan..Dari jiwa yang sederhana,sebab jiwa itu bukannya kehendak luaran,ianya untuk santapan dalaman..Dalaman itu dari segi kehendak dan permintaannya,hanyalah yang gitu-gitu saja..Dan sampai sekarang pun gua masih dalam proses menterjemahkan makna hidup dan keperluan dalam hidup yang sedang gua jalani ini..Hasilnya gua taklah kaya-kayapun,tapi tak lah teruk juga.. yang pastinya gua ada ramai kawan-kawan yang cool dan sewaktu dengan gua..hahaha..
Untuk album baru nanti,ianya penting..penting pada gua sebab hampir semua lirik-lirik ditulis oleh kawan-kawan seperjuangan yang gua respek dan hormat..Zunar,dia ni gua kenal bukan sehari malah dari tahun 90 dulu..Dan dia sangat firm dengan apa yang sedang dan akan diperjuangkan,Seperti juga Black,Rahmat Haron,Ubi Lepih,Abdullah Jones,Hishamuddin Rais,Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib..
Nama-nama yang gua tulis diatas adalah sangat penting untuk tatapan dan ingatan untuk generasi hari ini mahupun yang akan datang.Mereka bagi gua adalah pejuang sejati ..Dan mereka sangat penting dan punya peranan yang besar dalam misi yang sedang diperjuangkan..Gua sendiri yang offer mereka-mereka yang memang kawan gua untuk involve dalam projek album (DRUR) ni..Gua bolehlah diibaratkan sebagai penyampai hasrat cuma.Mungkin visi berbeza,namun tujuannnya sama..
Gua cakap dengan Zunar,gua boleh buat simple tapi Zunar malah kawan-kawan pun mahukan yang terbaik,sebab benda ni untuk tatapan pendengar dan generasi hari ini mahupun esok..Kalau mahukan yang terbaik,memerlukan perbelanjaan yang setimpal dengan kualiti muzik dan rakaman..Itu sebab album ni memerlukan sokongan dari kawan-kawan yang turut sama berjuang..Nanti kita boleh berlagu sama-sama,nyanyi sama-sama,walau sumbang..Jalan terus beb…….hehe


