Notes: awal kelahiran itu hidup yg nyata,kemudian mati sebelum mati yg nyata..dan kemudian hidup dan terus hidup..menuju keabadian
Pameran TETEK dan PEHA?ha ha ha….
Gua baca entri dalam blog si Kulupsakah,pasal ‘pameran tetek dan peha budak Melayu’..Ha Ha Ha….Ini majalah yang macam gini,cukup merisaukan sebenarnya..Dah mufti pun setuju,apa yang nak kita hiraukan?Gua tak suka beb..Alhamdulillah,anak-anak gua tak terjebak jadi pembaca majalah yang macam gini..Ini versi majalah Playboy yang dihalalkan untuk anak-anak yang sedang membesar.Yang sekadar dipinggiran itu lagi merbahaya sebenarnya.Keras kote budak-budak menengoknya..Ke memang gomen yang nak budak-budak jadi gitu?Cepat matang yang tak kena gaya.Budak-budak jangan dok fikir pasal benda lain..fikir seks,seks dan seks..Budak-budak jangan dengar lagu yang bersifat mendidik atau buat kita berfikir..Budak-budak elok kalau tengok program AX,tengok macamana acuan atau bakal-bakal artis yang boleh jadi sample untuk masyarakat,yang syaratnya semuanya macam dalam cerita Cinderella.Ada kayangan gitu.Ha ha ha..Mampus!!!
Dulu pun bini gua ada penyakit juga,suka baca majalah URTX,manggos dan mastiko.Dah dia suka gua nak buat macamana?Cuma dalam hati gua,dok berdoa pada yang kuasa,Bilalah bini aku nak berenti baca majalah mangkuk ni?Tup tup..Doa gua dimakbulkan Tuhan.Tu yang bersyukur sangat.Tapi kita kena berusaha beb!!Hari-hari provok dia,buat lawak-lawak bodoh yang boleh memadamkan angan-angan dunia..hahaha..Lama-lama dia fed-up..Ha ha ha…Ampun pak!!
Ya kalau dah suka seks,Pi lah beli majalah Playboy yang original,kot-kot ada dijual diPasar gelap.At least kualiti paper grade A.Ini kualiti paper jenis murah,gambar macam photostate..Apa kelas gitu?hahaha…
Inilah,inilah dan inilah yang jadi bahan hidangan untuk minda anak-anak muda hari ini.Mampus!!ha ha ha..
MEMPRAKTIKALKAN MAKNA HIDUP
Aku memang suka pada subjek yang praktikal,yang praktikal itu bukannya yang sehala perjalanannya..perlulah dua hala..kalau sehala..payah juga..Dipenghujungnya adalah keseimbangan,maknanya rasional,bukan emosional..Yang praktikal bukannya yang indah-indah saja,yang tak indah pun indah juga.Itu bergantung pada persepsi individu dalam menilai.Pun tidaklah menafikan yang telah sedia indah.Maksud sebenarnya begitu,bukan begini.Itu saja.Mungkin aku lebih suka pada yang tersirat dari yang tersurat,pun aku taklah menafikan yang tersurat.Bak kata Isham Rais,’apa ada hal’..ha ha ha…
Semua orang ada perjalanannya,dan kamu sedang berjalan dan bermain diatas pentas hidup ini.Berjalanlah,dan disitu ada aku,kamu,sesiapa saja yang suka dan serasi,kita akan terus bernyanyi dan bernyanyi..sampai lewat pagi..
Sebabnya dalam hidup kita hari ini banyak sangat ketidakjujurannya..Terlalu banyak elemen manupilasi..Dan kita janganlah terlalu mudah menilai rupa atau pakaian.
Semua orang ada jalannya sendiri.Rahmat Haron,Black,Kulup Sakah,Sham Fardush,Din Korea,Nik,Nan Blues,Ubi Lepih,Syed suami Hanim,Pyan Habib,Ben Ludin,siapa lagi yang tak sempat untuk ditulis?Isham Rais,Syed Busker..ramai lagilah..Semuanya kawan gua..Semuanya ada jalan hidup yang tersendiri..Masing-masing tidaklah sama acuannya.Tapi kita masih boleh berkumpul bersama,bercerita..berkongsi pendapat,tentang apa saja yang kita rasa selesa..Aku tidak suka menilai manusia dari segi rupanya.Aku suka menilai apa yang seadanya ada pada dia..Mana mungkin aku ikut jalan kamu,dan mana mungkin kamu ikut jalan aku..Kita punya jalan masing-masing..Berjalanlah..Jalan lain-lain,tujuannya sama.Aku percaya itu.
Kita boleh bermuzakarah,dan dari situ kita akan lebih kenal,lebih relaks..Dalam suasana yang rasional..
Aku lebih suka menonton show penyanyi Rafique Rashid dari menonton show M.Nasir..Dan alasannya tentulah aku ada.Nasir tak boleh main gitar,nyanyi pun suara kat hidung je la ni,tak sama macam zaman dulu dia,tu sebab dia dah tak boleh nyanyi lagu kepadamu kekasih,suatu masa,dan lagu-lagu masa zaman Kembara dia.Tak sedap langsung suara dia la ni.ha ha ha..Tu sebab kalau dia bagi aku free tiket atau dengan transport sekalipun untuk tengok show dia,aku tak akan pergi..Baik aku tengok Nik atau Nan busking,lagi berfaedah dan enjoy..ha ha ha..Dan pada aku dia tak lebih dari hampas kelapa saja.hehe..Rafique pulak sangat bagus,dari segi kreatif,finger picking dia sangat bagus,tak berkepentingan sangat,very entertaining,pendekata sesuai dengan selera akulah..Sangat sayang sebab dia tak dikenali disini,yang kita pun telah sedia maklum,orang-orang kita ni kebanyakannya menilai sesuatu itu melalui parasnya dan rupanya yang sebenarnya bengong disangka pandai.Dan kamu pun boleh kondem aku macamana aku kondem orang lain,tak ada hal.Aku ok saja..Sebab aku hanya menyatakan pendapat aku,boleh setuju atau tidak setuju..Kita duduk dimukim kejiwaan,tak ada batasan..tak kira lara atau sengsara,atau senang atau susah..Tak ada batasan beb..hehe
Aku ingat lagi suatu masa dulu, ke kedai buku dengan seorang kawan.Aku beli buku penulis Kemala,yang berjudul ‘Ayn’.Kawan aku ni tanya aku, kau tak suka penulis ni sebab kau kata macam baguslah,apa lah..apa pasal kau beli juga buku dia?ha haa ha..aku cakap dan nnyanyi kat dia..THE ANSWER MY FREN,IS BLOWIN IN THE WIND..THE ANSWER IS BLOWIN IN THE WIND..dan kami sama-sama gelak..ha ha ha….

UGAMA DAN MANUSIA
Ugama mengajar kita untuk berbuat baik antara sesama kita,manusia.Semua ugama pun gitu.Sebabnya ugama adalah satu cara hidup.Tak ada ugama suruh kita buat tak baik terutamanya dari segi pembentukan jiwa dan sikap kita.Didikan yang baik akan menghasilkan umat yang baik juga,maknanya apa yang diajar itu dipraktikalkan dalam hidup kita sehari-hari.Hormat-menghormati,tidak ada rasa iri atau benci,berkasih-sayang..tidak ada hasad,tamak,riak atau benda-benda yang tak baik dalam diri kita.Jadi bagi orang islam,mereka akan diajarkan mengenai ugama itu.Sembahyang contohnya.Sepatutnya kalau kita bersembahyang,tidak akan adalah sifat-sifat yang tidak baik itu dalam diri kita..Sebab sembahyang itu bukan setakat bersenam atau mengadap Tuhan 5 minit setiap waktu,atau 25 minit dalam 24 jam.Kalau macam tu masih ada jarak antara kamu dengan Tuhan beb!!hehe..
Kita diajar segala macam rutin keugamaan ini sejak dari kecil lagi,macam gualah..dari umur 7 tahun diajar segala macam asas ilmu ugama ni.Sembahyang,tajwid,fekah,mengaji,fardu ain,fardu kifayah.Dan dari situ sampai umur kita 15 tahun,Sepatutnya kita dah faham apa itu ugama dan ajarannya.Cuma yang buat gua pergi jauh kesana sini sebab,segala proses itu hanya untuk pembentukan otak,bukan jiwa..Kamu perlu pergi lebih jauh untuk lebih faham apa tujuan kamu disini sebelum kamu kesana.Macam sembahyang,bila kamu buat selalu ikut waktu,tanpa kamu mendalaminya,ianya macam program..feel pun hanya berlegar dalam konteks angan-angan,tak sampai kejiwa.Kalau gua,gua kalau nak kenal,gua tak nak gitu-gitu je,buat apa ..buang masa hidup gua je..hehe..Bersolat itu sangat bagus untuk latihan kerohanian,sebab itu secara formalnya kamu akan mengadap Tuhan dan cerita-ceritanya.Yang tak formalnya masa 24 jam kamu itu kamu sedang mengadapnya.Cuma kamu yang tak ingat dia,dia tetap ingat kamu,sebagaimana perjalanan nafas kamu yang turun naik itu berfungsi sehinggalah kenafas akhir kamu sebelum Roh kamu kembali dan abadi disinya.Cuma itu bab lain.Jadinya kalau kamu bersolat cukup syarat,dan jujur dengan solat kamu itu,maka aoutomatiknya sifat-sifat keji yang tidak baik itu akan lenyaplah dari dalam diri kamu.Tapi kenapa kita tidak ditekankan dengan bab iman dalam rukun sembahyang ni?Kenapa kita tidak diberitahu sejak kecil bahawa kita wajib sembahyang untuk lebih mengenal dia,untuk lebih mengenal diri,supaya diri kembali suci sesuci bayi kalau boleh.Kenapa kita dididik untuk bersembahyang untuk mendapat sebanyak yang boleh ganjaran pahala dan menghindar dari dosa?.Kenapa kita diajar untuk takutkan Tuhan melebihi segalanya sehingga kita buat sesuatu yang baik itu sebab terpaksa,dan takutkan nerakanya.Bukankah kita perlu diajar bagaimana untuk mencintainya.Itu lebih jujur sebab dari nilai kecintaan itu kita akan lebih mengenal dia,dan menghargainya melalui kehidupan ini.Sudahnya inilah yang berlaku hari ini dalam masyarakat kita.Ugama hanya satu alat untuk meyakinkan masyarakat yang kita seorang muslim yang suci walau dalam masa yang sama,hidup menipu sana sini,berlakon macam baik walau kita tidaklah sebaik manapun.Imej baik sekarang sangat laku dipasaran orang melayu.Orang politik(tak semua)orang ugama(pun tak semua) akan menggunakan imej baik dalam kerjaya mereka.Kamu tak percaya?Cuba kumpulkan 4 orang pemuda,yang macam ahli syorga manisnya..buat satu group nasyid yang namanya HAIRAN,HIJAB,atau NO HEART..Nama apa sajalah,gua gerenti album kamu akan dijual minimum 10,000 copies…Sebab?Orang Melayu Islam sangat mudah suka dan percaya dengan imej baik,sebab mereka sangat takut masuk neraka dan sangat takutkan Tuhan.Dah tua pun masih tak faham-faham lagi,payah tu beb!!Apa boleh buat,taik kambing bulat-bulat..ha ha ha…
Gua suka menilai manusia melalui kemanusiaannya,bukan nilai keagamaannya.Sebab dalam dunia ni bukannya hanya ada umat Islam saja beb!!Tu sebab orang-orang dulu kata,Cina jual sayur pun boleh masuk syorga juga..ha ha ha..Ye lah,Cina jual sayur tu mungkin hidup dia jujur.Yang orang munafik muslim yang macam baik ni,buat satu benda bersebab,nak syorgalah,nak pahala lah.nak kedudukanlah.bukan sebab Tuhan pun,sudahnya dimana nilai kejujuran dia disisi Tuhan?
Gua tak tau banyak benda juga beb.Gua pun Melayu,dan Islam juga..Cuma yang gua confirm ,Tuhan itu suka kalau kita bersikap jujur..kita seadanya kitalah..tak percaya?Lu Tanya Wak Jono..ha ha haha……….
MUSIK..APA SEBENARNYA?
Apabila kita memperkatakan tentang musik dan nilai kecintaannya,tidaklah dapat kita menafikan ianya penting juga..khususnya dalam kehidupan kita sehari-hari.Musik dari segi saintifiknya boleh meredakan ketegangan otak kita,kasi kita relaks..juga tempat untuk kita ekspress perasaaaan marah kita..Jadi bila kita dengar musik yang bising dan metal semetalnya atau musik punk,sambil kita melompat-lompat..disamping exercise,kita akan berasa lega sebab tenaga amarah itu kita lepaskan dalam irama-irama yang bingit itu.Gua ok beb..Dulu gua pernah nyaris tak terbabas dalam semak masa bawak kereta,sebabnya asyik sangat layan lagu Kitaro,tajuknya pun ’straight away to orion’..Ha ha ha…Atau macam nak bawak laju je bila layan lagu-lagu dalam album Pink flyod,Animals..Atau merasa tenang dan damai bila mendengar album Cat Steven..Mona Bone Jakon atau Numbers..favourite lagu gua,Movim Nightmare’s..he heh..
Pada gua,musik sebahagian dari hidup gua,gua sudah tidak heran itu penyanyi kepala botak ka,handsome ka,ada berahi ka,kalau lagu-lagu dia boleh kasi gua relaks dan kena dengan taste gua,gua layan beb..Kalau dia setakat penyanyi yang melalak,itu pada gua tak cukup syarat la..tak kiralah dia bintang kejora atau bulan purnama..ha ha ha..im not into it..Lagu-lagu pun tak banyak yang bagus dari segi lirik dan senikatanya..Bayangkan di Malaysia ni sejak stesen radio mula beroperasi lama dulu..kebanyakan semua stesen radio lagu mendendangkan lagu-lagu cinta..Letih yob..hehe..Kalau adapun yang patriotik ianya terlalu propaganda dan terlalu sempurna..sampai gua menyampah nak dengar..Gombloh,legenda tersohor Indonesia pun patriotik juga beb!!Tapi lagu-lagu nya penuh semangat sebagaimana lu baca sajak-sajak Chairil atau Sutardji..Dan musiknya progresif,kena dengan tema lagu..Ini lagu dah la meleleh atau rentak march yang statik..tak kena langsung dengan jiwa yang lara..ha ha ha..Cuma gua suka musik-musik lama 50an,60an dan 70an..lirik-liriknya gua anggap lawak jenaka je..sebab gua suka yang raw,rakaman yang raw,sekali jalan..Siap!!
Artis-artis baru yang Indie pun tak banyak yang menarik..mostly lirik pasal cinta remaja yang sangat simple ..Tak sama macam gua dengar Joni Mitchell,atau Kate Bush.Ini lirik pasal gua tunggu lu kat bas stesen la,jangan lupa kita nak dating la..Nak ho ha je,macamana anak muda nak maju dan bervisi ini macam?Ha ha ha..Buat lah lirik pasal nak bunuh diri ka,bosan dengan sistem hidup yang statik ka,tak percaya ugama ka,baru lah real…Ha ha ha….Semuanya nak hensem ja..letih yob..letih…
Gua paham kalau lu cakap musik itu perlukan keseimbangan.Luaran mahupun dalaman..Itu bergantung pada kefahaman lu dalam menilai musik..Kadang-kadang orang suka tengok apa yang dipakai sang artis,pakai rantai,cermin matanya,kot yang mahal,cincinnya,giginya yang putih..atau teteknya yang boleh buat lu berahi,atau kalau pakai tudungpun dia pakai contact lanse?Itu untuk apa tu?Mata dah elok coklat dikasi Tuhan mahu diubah-ubah..lagi la menambah berahi lelaki yang melihat..Ha ha ha..
Atau musik nasyid yang rentak nya macam joget..Gua bila dengar lagu nasyid rasa macam nak berjoget..Sebab musiknya dah la programming,rythm dan beatnya diprogram..Upbeat rentaknya..Tu buat gua nak berjoget-joget bila dengar lagu nasyid tu..Ketuhanan dan keugamaan apa lagu yang macam ni?Setakat nak dengar senikata memuji Tuhan tu,gua dari kecik dah tau dan sedang mempraktikkan segala hal dan perihal keugamaan ni,atau baik gua baca kitab-kitab keugamaan atau falsafah,yang nyata lebih mendamaikan jiwa gua,dari dengar senikata lagu yang semuanya macam sama,ni masa umur belum akhil baligh boleh la layan beb,hehe..Lu tak percaya?Tu semua lagu nasyid pakai sampler beb..semuanya mesin..Gua tau le sebab gua kerja di Yamaha Music 8 tahun,jual dan tolong demontrate macamana nak guna benda alah tu pada Programmer atau produser..At the end,semuanya mengenai bisnis dan apacara sekalipun asal ianya mendatangkan wang,jalan..hehe..
Lagu nasyid yang paling baik..lagu orang mengaji..tak ada musik..thats the best bro..pure..


