Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Tanpa Tajuk-1

4 comments

Kalau lu sudah tahu itu cerita atau rasa,jalan terus beb..Jangan dok melangot kat situ.Jangan terperangkap dengan angan-angan atau cerita-cerita semalam,atau cuba menggendong rembulan dibahu kesana-sini.Itu hanya permulaan sebuah perjalanan yang panjang untuk kita lebih mengenal diri yang fana sebelum bertemu Tuhan yang baqa..hehe..Lu kena banyak baca cerita-cerita mengarut yang tak karut Osho atau Krishnamurthi untuk menuetralkan elemen angan-angan untuk proses keseimbangan.ha ha ha…

Apalah yang nak dikisahkan tentang cerita yang semalam,sebab namanya pun semalam..Semalam yang indah itu menyeronokkan bila dikenang,dan semalam yang mengecewakan sangat perit untuk dikenang..Itu pada otak kita,kalau berpegang pada yang baqa..semuanya tak ada benda pun.Bukankah untung nasib,ajal maut kamu telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi?Jadinya apa yang nak dikisahkan?Tak Percaya?
Lu kena percaya beb..Tak percaya tanya pada dia..kat mana?Tu Quran yang selalu kita baca tu..Quran yang mana satu?Ha Ha Ha…Tuuuu!!!!O.k….Qada dan Qadar itu termaktub dalam rukun iman,yakni wajib kita percaya..
Kita sedang meraikan suasananya..Walau dalam keadaaan pening-pening lalat gitu..Ha Ha Ha..

Gua sebenarnya pening juga mengenangkan dana untuk bikin album baru yang masih sedikit..Menyusahkan kawan-kawan dekat itu adalah sikit-sikit,selagi ianya tak membebankan..gua rasa oklah..Cuma untuk mengharap pada yang tak kita kenal..berat juga,mungkin ada yang beranggapan gua cuba memanupilasi apa yang boleh dimanupilasi..Ha Ha Ha..Itu macam ka?No lah,gua gini je..memang dah macam gini..Spesis yang macam gua ni..agak malang sebab tak pandai menilai,memandang dan memuja harta..Apa boleh buat beb…Gua renung balik cerita-cerita semalam gua ..Dari gua keluar rumah kat kampung 1984 dulu,duduk di Kota Lumpur ni,bergaul dengan lumpur,belajar hidup sendiri,sebatang kara,belajar ilmu dunia akhirat,berkahwin dan beranak pinak,selesa seselesanya seperti manusia yang punya akal dan kehendak,mempraktikalkan makna hidup dijalanan,menanggung anak bini dengan bermain musik dijalanan,kembali bekerja demi kemahuan orang tua dan famili..dan sampai saat gua sedang menulis ni…Gua pun tak tau apa akan jadi esok hari..But gua jalan je beb..Selagi ada gerak,gua tetap jalan walau dalam senyap dan sunyi..Ha Ha Ha..Hidup ini perjalanan,bukan destinasi..Ni bulan jun atau julai ni gua dah nak pindah KL balik,orang rumah dah nak duduk sana balik,gua tinggal Ipoh..Sejak berkahwin dan beranak pinak ni dah 5 kali pindah randah yob!!Ha ha ha..

Gua anggap album baru ni ..hablumminannas gua antara sesama kita…Sebab kalau ikut kepala gua,gua boleh bikin cara rabak macam biasa gua bikin beb..Ha ha ha..Setakat ni dah ada 6 album sejak 2001..Dari segi achievement,Alhamdulillah juga innalillah..Gua rasa perjalanan hidup ni walau rabak,asal kita telus..Tuhan suka..Kita sedang meniti dijalannya..sebagaimana termaktub dalam surah Al-fatihah,maka berjalanlah diatas ketentuannya..

Apapun,memang gua selalu dijumpakan dengan kawan-kawan yang sama-sama kalau dikatakan senget,itulah kita dan jika dikatakan tegak,kitalah juga…Dan kita sedang merealisasikan elemen-elemen atau subjek yang real,yang tak hensem..untuk diterjemahkan dalam kehidupan,untuk kita sama-sama raikan sebagaimana kata Si Kulup Sakah..Raikan Hidup..hehe….


Cerita Kawan-kawan..

12 comments

Itu hari gua mesej member ,”Turun Pasar Seni Sheikh?..Dijawabnya ..Nanti petang gua turun,tengah entertain anak-anak..macam-macam maunya..Dan dia pun ketawa..Gua pun balas..’That was beatiful bro…Ha Ha Ha..Apa yang beautiful ?MOMENT…

Dan selalunya petang hari turunlah kawan-kawan..Ada yang bawak anak-anak..ada yang berlenggang dipetang sabtu dan ahad biasanya..Gua pun berlenggang juga,cuma bawak gitarlah untuk Busking kalau cuaca ok..Jadi suasana pun biasanya sibuklah..Ha ha ha..

Itu gua perhatikan sorang member gua,itu hari dia datang solo..biasanya datang dengan anak-anak dan isterinya..Jadi ada yang macam tak kena…Dia pun rasa macam tak ceria je bersembang-sembang..Ha Ha Ha…

100% kawan-kawan yang turun ke Pasar Seni semuanya berbahagia dengan suasana dan mereka sedang meraikan makna pertemuan dan keselesaan jiwa..Dan biasanya kalau kita teropong dari jarak 50 meter walaupun diwajah mereka ada kusut masai..Dont worry sebab automatically nampak saja muka kawan-kawan,suasana akan kembali ceria…Ha Ha Ha..

Dan biasanya lagi kita akan bercerita tentang cerita-cerita yang biasa saja..Dan biasanya juga kita tak bercerita tentang. .harta kau ada berapa banyak?atau lu pakai kereta apa?atau itu Ferrari best la,atau apa perkembangan AF musim ke-7?Ha Ha Ha…But mostly topik yang disembangkan adalah topik-topik yang tak hensem,topik yang karat dan rabak..Dan kitapun akan mendengar dengan penuh minat..Ha Ha Ha..

Ada siapa-siapa yang kaki Bundle atau cintakan musik?..Boleh geng sama Din Korea,Sahimi dan Sham Fardush …Ha ha ha..Atau nak berkongsi cerita-cerita biasa dengan kawan-kawan gua?Datanglah Ke Pasar Seni…

Cerita-cerita kita memanglah biasa,but biasanya sangat berkesan dijiwa..Tak Percaya?Ha Ha Ha..

Lain orang,lain suasananya..Maka  nikmatilah hidup kamu seadanya..


Yang real dan yang plastik..

12 comments

Bersembang dengan seorang kawan itu hari seronok juga,sebab dia suka dan mengagungkan elemen yang plastik..

Kawan:’Apa pendapat kau tentang Mawi?

Aku:Tak ada dalam list otak aku..

Kawan:Kenapa pulak tak ada?haha..Semua orang suka Mawi..Kawin belanja sampai 5 juta,jutawan,Ikon anak muda…

Aku:Ha ha ha…Ok la tu..Benda yang tak penting tak ada dalam list otak aku,yang aku simpan semua yang penting je..Jadi,Mawi ke,Mawas ke,Nasir ke,Siti ke,tak ada..Aku suka yang Real…

Kawan:Yang real tu apa nye?Cuba bagitau aku..

Aku:Yang real tu member-member Busking aku la..Nan,Nik,Zul Busker,Jimi,Sherry,Syed..semuanya Busker..Yang itu ada dalam list otak aku..Yang lain tu tak ada..kau tak payah nak cerita pasal baju berkilat,istana 7 tingkat,belanja kawin 5 juta,cerita artis itu,artis ini..AF..Aku tak ada minat nak ambik tau pun..

Kawan:Ha ha ha…Apa la kau ni..Orang semua nak glamour,Urtv,Media,Mastika..bla bla bla…Ha ha ha…

Aku:Ha ha ha..Ok la tu..itu sebab UMNO makin lingkup…sebab otak dah di set untuk jangan jadi cerdik sangat untuk menilai..Yang cerdik biar Gomen je,rakyat diajar untuk menghargai keindahan apa yang ada dimata..biar penuh dengan nafsu-nafsi..anggap Politician macam Malaikat..Yang penting halal disisi undang-undang negara  ..Sebelum kau tanya..aku sambung lagi…Yes it is..Politik itu sama macam musik juga,Indie dengan mainstream..Sebab apa anak muda dah tak suka mainstream.Sebab diorang akan jadi makin bodoh dan dibodohkan..Kamu tengok program AF..Nama pun program..semuanya nak diprogram..mana boleh macam tu..Apa yang realnya?Glamour tak glamour tu aku tak ada hal sangat..

Jadi Artis rakaman tak menjanjikan apa-apa pun sebenarnya…berapa kupang kamu dapat utnuk sekeping CD kamu yang dijual?Siapa yang untung?Ok la,kamu dapat glamour..itu aku tak boleh kata apa la..But kamu dimanupulate sebenarnya..aku jual sekeping CD..rm 10-15..masih ok..puas hati..Dan kamu tak akan rasa rugi..Kalau kamu beli CD artis mainstream..harga rm 29,rm 30,rm 25?Apa yang ok nya..?Lagu komposer bikin,lirik penulis lirik bikin,pun bukannya bagus sangat pun..Lirik cerita pasal Cinta yang tak sampai..aku kejar kau,kau lari,kau datang,aku cium…Apa semua tu?Letih yob…Ha ha ha….Ok la,kalau kamu kata just nak tengok tetek dengan cipap artis..itu aku tak boleh kata apa la..atau artis lelaki yang hensem macho..ok la…but untuk aku..Tak payah la..im not into it…Baik kita sembang bab lain lagi baik..Pasal masa sekolah kita dulu ke,pasal karier kau ke..pasal hidup ke,pasal mati ke,ada juga manfaat..Kau pun bukan faham sangat pasal musik pun..hehe..

Suasana jadi senyap…Kawan aku ni member sekolah,23 tahun dulu..lama dah tak jumpa,dah bekerja dan beranak pinak,melayu tipikal…Jadi gitu la..Aku pun tak tau apa yang dia fikir lepas ni,mungkin tak akan call aku lagi..Jangan la macam tu..Takkan pasal musik dan ideologi pun kita dah bermusuh-musuh pulak…Aku cuma suka pada yang real..Yang real tu yang aku akan rasa selesa la..biasa je..Dan kawan aku ni ok,atau lebih-lebih pun dia akan cakap dalam hati..apasal la kau jadi macam ni Meor…

Ha ha ha…..The answer my frens,is blowin in the wind..the answer is blowin in the wind..

Kamu suka layan lagu Dylan?Kalau suka,kita boleh ngam..ha ha ha..


Eksperimen..Aku bukan Jesus..

4 comments

Dalam hidup kita tak punya banyak pilihan sebenarnya..Apa yang ada itu lah yang kita dapat..Dah namanya hidup ini bagai kan air laut..asasnya airlah..ada ribut,tenang,bergelora..berbagai..Hidup pun gitu juga..Kita selalu berhijrah dan dihijrahkan juga,yang dikata dihijrahkan juga sebabnya kadang kita rasa selesa tinggal disini atau bermukim disini..Dah namanya masa bukan milik kita,atas sebab musabab kita kena kesana pulak..Dan kita melalui pengalaman demi pengalaman hidup dan semakin menerima apa itu takdir dan ketentuan..Pun kita masih hidup lagi..masih boleh ketawa dan menangis..Itu sebab sifatnya kita manusia yang masih berkehendak itu dan  ini..Fitrah alam..

Kadang-kadang aku fed-up juga dengan hidup ni,tapi bukan mengeluh beb..Fed-up dengan sekeliling,suasana,politik..Politik punya hal..Kontrak dengan state gagal..Bila gagal kira jobless la beb..bila jobless gaji tak ada le..hahaha…Aku ni orang bawah saja..bekerja,majikan kasi gaji..Pun bukanlah banyak sangat pun..Pakatan berkuasa,macam tu juga ceritanya,Pemerintah berkuasa?Pun begitu juga ceritanya..2 x 5..Yang jadi mangsa orang bawah lah..Bos punya susah tak sama macam kuli punya susah beb…hahaha..Yang berkuasa akan memanupilasi apa yang boleh..Gedebak gedebuk dia nak untung dia je..Itu la cerita dan suasananya hidup kita dihari ini..Rasional beb..haha…

Aku pun gelak je bila memikirkan perjalanan hdiup yang macam roda ni..Ye lah,Bila dah kawin dan beranak pinak,banyak pulak pilihan dan peluang yang datang..Kawan ajak main musik di Jermanlah,ajak keParis cipta nama kat sanalah..Dulu masa bujang dan menunggu peluang,tak ada pulak yang datang offer..ha ha ha…Tu aku selalu cakap…..”Hang dah tengok movie Last Temptation of Christ?Tanpa ditanya aku sambung,”Aku bukan Jesus beb..Jesus tak berkahwin dan punya anak..Dalam movie tu dibayangkan Jesus itu ketika merana dipalang salib,dipujuk iblis tinggalkan subjek kesengsaraan,kembalilah menjadi manusia biasa dan beranak pinak,Dan seterusnya Jesus pun kawinlah dan beranak pinak sampai ketua..Bila dah nak mati baru dia sedar…hahaha..Tapi itu hanya imaginasi sang pengarah saja…

Ceritanya gini..Dari segi konsepsualnya..Aku manusia biasa,berkahwin dan beranak pinak,masih memerlukan elemen berkasih sayang..masih berkehendak walau dalam kadar yang minimal..pun masih juga mdikira berkehendak,hilang kehendak itu ini bila Roh aku kembali kerumahnya yang satu..Selagi aku disini..mainkanlah lagi wayang hidup itu..aku sedang menikmatinya..walau suka,walau duka…

Selamat berjumaat…


Page 2 of 3«123»