Notes: awal kelahiran itu hidup yg nyata,kemudian mati sebelum mati yg nyata..dan kemudian hidup dan terus hidup..menuju keabadian
program dipekan frinjan esok,kat shah alam..jom pi sana..
esok kat shah alam ada program macam-macam berkaitan seni dan budaya dari pukul 3- 10 malam..jom pi sana..
SELAGI BOLEH…
Selagi boleh….jalan terus,sebab sampai bila ianya akan terhenti,kita pun tak tau..Selagi boleh berkuasa,henjut cukup-cukup..sebab kita tak tau sampai bila kita boleh henjut..kot esok dah nyanyuk dan melalut..payah juga..Nyanyuk dan melalut tu sebab game yang dibawak heavy,sarat dengan muatan berbentuk harta-benda kalau boleh seantero dunia bak watak Kasim Baba dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk.Kalau kita hidup seadanya kita yang masih punya nilai insan dan ehsan..rasanya tak ada masaalah,sebab kita tahu Tuhanlah diatas segalanya.Masaalahnya kalau kita rasa dunia ini milik kita..payah tu yob!!ha ha ha…
Aku tergelak menengok situasi hidup hari ini,makin tidak ada harga..Emak aku yang umurnya dah 84 tahun,terpaksa berkongsi segala permasaalahan hidup dan politik khususnya..Kesian dia,sepatutnya dia dah tak ambil pusing pasal cerita-cerita yang macam ni..Orang dulu-dulu memang gitu.Sebab itu yang ditanam dan dididik malah dianuti dari generasi ke generasi,sampailah segalanya tersangkut dek perkembangan IT yang canggih manggih hari ini.Rakyat makin bijak menilai.Akupun rasa orang-orang tua kita masih berpandangan seperti mak aku..Apa yang dia faham dan anut , itulah segala-segalanya.Cakaplah apapun…he he..Yang ditengoknya TV 1 atau TV 3..info semua masuk dari situ..Orang dulu mana tau internet.
Dulu kat kampong aku ingat lagi arwah bapak masa kenduri jiran,adalah Sorang datuk tu datang meraikan majlis perkahwinan jiran dikampung..Datuk Malik kot..la ni dah jalan ke atau hidup lagi tak tau le..Kat Bruas dulu..lama dulu..Aku tengok arwah bapak aku ni bila nampak Datuk Malik ni terus peluk,erat-erat..punya la hormat..rasa bangga sangat dapat bersalam dan peluk Datuk tu.Yang Datuk tu dekat election dia tunjukla muka..dia pun tak heranlah kat bapakk aku atau orang-orang kampung yang kebanyakannya hidup sederhana ni pun sebenarnya.Dan dari situ kita boleh lihat betapa orang kampung waktu dulu begitu mudah dibeli oleh wakil-wakil rakyat yang naaitunya hanya Tuhanlah yang tau.Hanya tunjuk muka kamu lima tahun sekali..Berlakon 2-3 minit macam malaikat..Settle!!Puihhh!!Aku malas nak ceritalah..semua orang pun dah tahu..menyampah..Ni kat Perak ni,tak tau mana pangkal dan mana hujungnya..apa kesudahannya..pergi mampuslah!!
Baik bersembang pasal muzik..ha ha ha…Aku perform di Homegrown itu hari,Sabtu 23hb mei..Dengan Black..yang katanya tiap-tiap hari akan practice 2-3 jam sehari untuk memantapkan skil dan permainan?ha ha ha..bagus!!Programnya di Wisma Bentley..Wow!!Bentley Music..Dulu tahun 1995 aku sempat kerja dikompani tu..selama setahun..Bentley ni sole distributor untuk product-product yang dah ada nama seperti Fender,Marshal,Taylor,Roland..Ktama..Dulu aku pernah tengok harga kos untuk gitar Fender made in Mexico..Cuma US 167..tanya la Bos berapa harga yang nak dijual..Katanya ‘you put the price rm 945.00 ..bila sampai ke showroom,si Jaclyn masa tu Salaes Manager..u letak harga dia rm 1050.00 lah..ha haa ha….so bila customer beli nak discount kita kasilah 10%..after 10% rm 945.00..Dan dari situ aku faham kenapa Bentley ni sangat kaya..sampai boleh beli bangunan..Wisma Bentley..ha ha ha..bayangkan untuk satu product,diorang akan untung bersih beratus-ratus percent..wow!!yang kaya makin kaya beb,yang miskin makin papa..Apasal tak beli gitar Yamaha ke?atau jenama lain..soundnya lebih kurang je sebenarnya..kecuali kalau kamu beli yang original Fender made in USA..tu pun yang sampai kat Malaysia ni grade C je..tak percaya?hahaha..trust me my fren’s….
Apapun tak kisahlah..mainlah muzik selagi boleh..nanti kita pun tak tau sampai bila kita akan main muzik…tup tup sampai masa tiba-tiba buang gitar,hari-hari duk kat masjid pulak…itu perjalanan waktu tu..apa pun boleh jadi..berjalanlah selagi mau dan selagi boleh…nanti dah tak ada tenaga,dah tak dapat nak berjalan lagi..hehe..
Apa yang ada pada kita ni tak ada apa yang nak dibangga sangat pun sebenarnya..Sebab semuanya sementara..Lebih baik kita belajar untuk subjek penyerahan mahupun kehilangan..at least kita telah bersedia awal..Kalau tak payah Yob..!!hahaha..
OSMAN GHANI-Sesuatu tentang semalam
Osman Ghani..Nama yang cukup popular di Pasar Seni,juga dipersada seni tanahair.Telah kembali kerahmatullah pada rabu,mei 20hb 2009.Sebenarnya gua mula dengar nama Osman Ghani ni sejak dikampung lagi..Ada beli album solo dia,cover dia berjalan bersama gitar.Handsome dan bergaya.Di tahun 1983-84 dulu.Itu zaman kegemilangan arwah sebagai penyanyi dan komposer.Lizawati adalah lagu arwah yang sangat popular sampai kehari ini,yang dipopularkan oleh Rahim Maarof.
Gua kenal agak rapat juga dengan arwah,sebabnya dia dah dianggap sebahagian dari warga Pasar Seni sejak lama dulu.Kadang-kadang arwah akan join gua dan kawan-kawan busking diPasar Seni.
Sebenarnya kita kawan-kawan agak merasa akan makna kehilangan.Tapi dah namanya kita ini semuanya bersifat pinjaman.Cepat atau lambat semua kita pun akan mengadapnya juga.
Arwah dalam hidupnya sempoi dan sentiasa menjaga penampilannya dikhalayak.Jarang dengar dia bercerita buruk pasal orang lain.Saban petang arwah akan melepak dengan kitorang kat kedai mamak Annexe.Suka Melawak dan sentiasa disenangi kawan-kawan terutama warga Pasar Seni, arwah juga selalu bercerita tentang kenangan dan cerita semalamnya.Ialah,sesuatu yang indah tentang semalam itu memang seronok untuk dikenang dan diceritakan.Tapi yang paling gua salute tentang arwah..itulah, arwah ni sentiasa positif dalam hidup dan perjalanannya.Dari dia kita datang,kepadanya kita kembali jua.Al-fatihah.
MIMPI SIANG..
Kita akan handle bahagian kesenian,biar aku tentukan dimana duduk para Artis –artis yang dulu,kini dan selamanya dikatakan hebat itu,atau budak-budak AF atau segala macam yang datangnya dari program real..li’t..Yang artis itu,tak payahlah nak cerita pasal hidup-hidup mewah dan glamer,siapa pun kamu hanya tahapnya seorang manusia saja,yang taunya melalak-lalak macam tin kosong …yang bodoh mungkinlah suka cerita pasal emas dan permata,harta segudang,atau apa saja yang berintikan nafsu..Cuma yang agak matang dan berfikir panjang aku tak fikir gitu.Ginilah,untuk sebulan kursus kesenian contohnya..Kumpulkan para-para artis itu,tempatkan mereka dalam reban ayam yang luasnya setengah hektar..dikawasan ladang kelapa sawit.Pagi-pagi tolong orang kampong menyapu sampah dihalaman,atau belajar menorah getah atau bekerja diladang kelapa sawit..Disebelah petangnya..turunlah semuanya..kepasar seni,tengok pengamen mengamen diPasar Seni..Selepas seminggu menjadi penonton..Yang artis-artis ini mesti mencari tempat-tempat untuk busking,Dijalan Alor contohnya,atau dijalan Pudu..atau di Brickfield..ataupun diKampung Baru..ada banyak tempat..Kita tak perlukan siaran TV yang makin melingkup dan membiulkan otak kamu.Mentol angan-angan akan dimalapkan..Jadinya kamu-kamu diingat akan selalu sedar tentang asal usul kamu ..
Untuk kertas kerja..setiap artis diwajibkan untuk bikin proposal perlesenan di DBKL..lesen untuk jadi Busker…Itu yang utama..Sebab siaran TV dah tak ada,apatah lagi suratkhabar propaganda,yang ada suratkhabar lama..ekonomi merudum..Yang para-para Busker dulu semua dah naik pangkat..Pun masih Busking juga,ada gaji..dibawah kementerian..Oppss..DBKL dah ada sedikit kemajuan dari segi pemikiran..sebab mereka bukan lagi mesin yang boleh disuruh itu ini..Dan untuk busking,sudah diperkenalkan lessen,sama tarafnya dengan negara-negara maju…he he..
Dan lepas habis Busking,lepak kat kedai mamak..La ni kedai mamak penuh dengan ulamak yang merakyat…Ulamak dah tak sekadar duduk kat masjid berceramah dengan microphone tentang syorga dan neraka,dosa dan pahala je..Ulamak hari ini,dok melepak dan bersembang-sembang dengan otai-otai lama kat CM tu..semuanya tekun ambik nota dan belajar tentang hidup dan mati..sebab kiamat dah dekat..Semuanya sedang mempraktikalkan makna kasih-sayang antara sesama manusia..Semuanya sedang memahami makna hidup sebenar…Sebab dalam lagu prahara..Fals…’dihadapanmu aku tak bisa berdusta,mencintaimu adalah mencintai hidup’…Dan seminggu sekali juga ustaz Wak Jono akan bagi kuliah untuk subjek khusus..Keabadian dan raikan hidup’.
Selepas maghrib..semua para artis akan balik kereban ayam yang seluas setengah hektar itu..selepas makan malam tahap orang-orang marhaen..telur goreng,ikan masin,lebih kurang je..Lepas makan digalakkan para artis berhening..tengok bulan,malam,bercakap dengan alam..pokok,unggas,nyamuk,burung,kalau ada jumpa babi hutan..say ‘hi,how are you?…hehe….Gitulah…mesra alam selalu…..
Lampu letrik tak ada beb…pakai lampu pelita minyak tanah je..Macam Nasir tu boleh le bagi dia pakai ubat nyamuk cap fumakila..ok le kot…yang lain-lain tu..tak payah pakai ubat nyamuk pun tak pa..bakar je sabut kelapa…Itu lebih real..hahaha…dah dia plastik,nak buat macamana lagi?
Malam..ngantuk?Tidor…jangan dok berangan…ha ha ha…


