Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

JOM PI TENGOK ORANG BUSKING…!!

9 comments

Jom pi busking..ha ha ha..

Khamis lepas 14hb aku dah ke KL..jumpa member-member..masih bergelut dengan dana untuk album lagi sebenarnya..Jadinya gitulah..Masapun banyak dihabiskan diKl dari Ipoh..fed-up dengan perkembangan politik diPerak..mereka-mereka yang mencaturkan hidup dan perkembangan ekonomi dan tahap hidup rakyat diPerak apa diorang peduli?Yang penting keselesaan diorang je,kuasa dan mahu berkuasa..Ada terdetik dalam otak diorang ni berfikir begini?
’Apapun tahap hidup rakyat didahulukan’,..Dengan tahap pergolakan disini yang kritikal..macamana pelabur nak datang?Banyak tender sangkut beb..habis..Company tempat gua kerja pun lingkup gara-gara politik punya hal…Ada diorang peduli ke?ha haaa ha….So resultnya kita jobless le…itu saja..diorang ada elaun Adun,elaun Parlimen..elaun itu,elaun ini..Elaun tu duit la…apa lagi?at the end,semuanya berkenaan DUIT dan yang paling penting..KUASA…

Ahad semalam aku busking dengan kawan-kawan di Pasar Seni..Black pun sampai awal,lepas tu baru Nik datang..Kulupsakah pun datang dengan isteri dan anak-anaknya..Selepas bersembang-sembang.Kitorang pun busking lah,dalam pukul 4 petang gitulah..Ada mamat-mamat dari tempat lain melepak kat situ,ramai juga..Mula-mula aku ingat diorang nak enjoy tengok persembahan kitorang..Lepas tu diorang start minum arak dan mabuk,bila dah mabuk,habislah..haha..Kalau mabuk masih under control..thats ok..
Aku dah tak enjoy nak busking..Sebab bila diorang ni buat bising dengan cara yang provokatif,pengunjung yang selalu datang pun tak syok nak melepak kat situ..
Lepas tu datang member-member..Sham dan Sahimi..yang memang kawan-kawan dan selalu datang Cm..
Masaalah bermula bila sorang mamat yang mabuk tu sudah belasah sorang brader dari Nepal kot yang lalu kat situ..Mamat Nepal tu lari lintang pukang..So geng-geng mabuk ni mula rasa besar..dunia ni diorang punyalah..ha haha..menjerit sana-sini macam lagak Hashim Munaif legenda taiko kelas tiga yang selalu nongkrong di terminal seperti dalam lagu doel sumbang atau Sugali yang juga taiko kelas tiga seperti dalam lagu Iwan Fals,taiko habislah..Nik pun tegurlah sorang mamat tu..So bila kena tegur sikit..Mamat tu pun sergah dan provok Nik,yang telinganya dah pun semakin merah dan senyumpun dah tak sesebiasanya..ha ha ha..So bila keadaan tegang ,Bro Sahimi pun call Bouncer Cm..Selesai..Yang herannya bila dah kena dengan Bouncer-bouncer Cm ni..hilang semua mabuk,takut pulak..ha ha ha..
Apa pun terimakasih pada member-member yang tolong kitorang hari tu..Terutamanya Sahimi,Kulupsakah,Sham,..Sahimi ni kita kenal dia dah lama..sejak tahun 2002 dulu..Asalnya dia pesakit Leaukimia,jadi dia selalu tengok kitorang busking..lama-lama kita pun rapatlah..Kuasa Tuhan,dia sembuh dari penyakitnya..Dia enjoy dengan life dia sampai hari ini..Hari-hari dia akan ada di Cm,kalau nak bundle yang klas-klas,cari dia..tip top..ha ha..Kita dah macam satu keluarga yang besar di Cm ni..
So duit collection hari tu mungkin sikit,tapi that moment is real dan sangat berharga..itulah kehidupan..So kalau nak bercerita dan nak tau lebih pasal rakyat..turunlah kejalanan selalu..bukan dekat pentas,ada microphone,bercakap tentang rakyat marhaen dengan penuh perasaan..that is not real bro..ha haa ha..
Opps!!lupa..bro Pyanhabib pun datang..bawak anak dia..Cuma dia duduk tempat ekslusif kat dalam Cm..sebab dia tau gua akan mintak dia bersajak kalau dia keluar je pintu Cm tu..hahaha..Jones pun ada jugak..tak sempat nak melepak..gua kena balik ipoh..anak-anak dan bini gua sudah menunggu distesen Ipoh pukul 11.30 malam..
Tengok muka anak-anak,segala penat dan letih hilang..haa haa ha..tengok muka bini?hahahahahahhahahhahah……………pun gitu juga..hehe …the answer my fren’s..is blowin in the wind..the answer is blowin in the wind..


hijrah..2009

7 comments

dalam hidup kita akan selalu berhijrah dari satu musim ke satu musim,suka dan duka,kita gaulkan..menjadi satu makna pada kita,kehidupan..sebab kita hidup..
Apa nak dikhuatirkan,dimana-manapun ada Tuhan,bukankah kita dan kehidupan ini miliknya jua..Jadi wajiblah kita menghargai,bukan menafikan hidup..

Itu hari gua berjumpa dengan dua orang tokoh yg amat dihormati..Sasterawan negara,Pak Samad dan Syed Husin Ali..Mereka memberikan sumbangan untuk dana album D.R.U.R…terimakasih..Apa yang boleh gua ucap?Selain merasa diri kerdil bila berhadapan dengan dua tokoh hebat ini.Mereka telah melalui sebuah perjalanan hidup yang panjang sedang kita baru melalui separuh masa hidup ini.
Itu gua teringat masa nonton video musik program,Guitar Legend..ada Nuno Buttencout(gitaris Extreme,Joe Walsh,Satriani,Vai,Brian May)Nuno nampak terlalu kecil dibandingkan dengan legenda-legenda yang masih hidup itu)Sebab apa yang dia main,sebarang skill pun gitaris yang lain yang lebih otai dah bikin dulu..So the best way,dia cuma jadi diri dia je..But sudah tentu kita menghormati tokoh-tokoh hebat ini..

Dulu gua agak kurang mengenali Pak Samad…Cuma ada membaca beberapa buah buku beliau,sebabnya gua lebih suka baca karya-karya novelis Indonesia..Tapi gua suka Usman Awang dan Suhaimi Hj Muhammad.

Cuma pada tahun 2001 kalau tak salah,dalam satu program sastera di UBU Bangsar,program anjuran APUKE…Yang mana masa tu gua baru kenal Rahmat Haron..Dlam program yang rabak dan pecah tersebut,hanya dibikin disebuah bilik dalam sebuah apartment kecil..Dan gua pun suka pada majlis tersebut,sebab semua yang lerlibat memang dari golongan yang rabak..ha ha ha..Cuma gua tertanya-tanya dan agak terkejut,bila Pak Samad pun ada disitu..membaca sajak dan bersungguh meraikan anak-anak muda yang memang namanya anak-anak muda..Jadi dari situ mula datang rasa hormat pada sifat tawadhuk beliau.Bagi gua beliau seorang yang menghargai dan memahami,malah mempraktikkan makna kehidupan ini seadanya.Wow!!..Sasterawan yang lain mana ada macam dia beb!!Yang lain semuanya rasa duduk diawan yang biru dan kelam..biru sebab ingat diorang tinggi sangat dan kelam sebab at the end tak ada benda pun sebenarnya..Hanya angan dan perasan dari jiwa yang hampas disangka kalbu..ha ha ha.
Teringat juga cerita dari langit perihal ulama-ulama Yahudi yang cara berdakwahnya sangat merakyat..Contoh,mereka akan bergaul bersama rakyat,memahami budaya mereka,bukan budaya ulamak..Dan dari situ barulah dakwah boleh dilaksanakan..Sebab untuk mendidik hati,kamu kena masuk kedalamnya…..bukan menafikan dan menentukan yang ini atau yang itu..Kemudian menghukum..Itu sebab pada gua,memahami itu lebih baik dari menghukum..
Dan dari situ ..gua punya banyak collection’s buku-buku Pak Samad..beliau memang legenda..the one and only..Dan dia kasi gua tiga buah buku-bukunya yang tebal..Allahuakhbar…

Itu ada Nan Blues kasi tau,masa dia busking di Subway KLCC…Kalau Pak Samad lalu,dia gerenti menderma dan sempat singgah untuk bertanya khabar dan bercerita..Bukankah itu satu sifat tawadhuk yang sangat terpuji dan disukai Tuhan semesta alam?

Apa pun..terimakasih


Dari bapa untuk bapa..selamat hari bapak..

2 comments

Marah dan benci itu sebahagian dari cerita kita yang namanya manusia..Berikut adalah contoh marah seorang anak pada bapanya yang sudah meninggal dunia berpuluh tahun yang lalu..

Mat: Bapak aku ni tak adil dalam pembahagian harta pusaka..anak ada ramai..6 orang.. ada yang kaya,ada yang miskin..anak yang sudah sedia kaya diberinya lagi tanah..Aku dan kakak aku yang sorang lagi tu yang miskin tak dapat apa pun..Dua kakak aku tu,yang la ni dah kaya-raya..dapat lagi tanah,aku ni yang dah sedia miskin,habuk pun tak ada..bla bla bla..’

Gua: Kamu marah ke Mat?Jangan diungkit kisah orang yang sudah mati..Lagipun dia bapak kamu..Ugama pun tak suka..

Mat:Ya,memang aku marah dan tak puas hati,itu hak aku sebagai anak..Aku kena luahkan,kalau aku simpan aku boleh jadi berong..Dan itu yang akan aku tanya Tuhan bila aku mengadap dia nanti,kenapa bapak buat aku macam ni?Padahal dia seorang yang warak dan dihormati orang kampung..why,why and why….’

Gua: Gini Mat,kamu marah je Tuhan..itu lebih adil..nanti dia akan bagitau kamu jawapan..’

Gua: Selamat hari bapa Mat….’

He he…


dari tuhan untuk tuhan

12 comments

Semalam gua perform sana sini..Dan jumaat lepas(8hb mei)malam,gua dah start recording album D.R.U.R..masukkan basic track untuk 9 lagu..wah!!pakai metronome,separate track..rancangannya akan dimasukkan 12 lagu..jari penat menari,selagi ianya sebuah keselesaan..bebaskan..cuma jangan dipaksa,nanti lumpuh satu badan..
Semuanya akan berjalan lancar..Tuhan ada..
Dan semalam selepas busking,ke annexe pulak menemankan Rahmat yang melancarkan pelancaran buku syaira amira..ditemankan black..
dan malamnya ke pelita hati..pun menemankan rahmat bernyanyi dan black juga nik bergitar..hehe..

Bertanya pada diri,kenapa tak banyak sastrawan atau ahli sastera seperti pak samad?dan sudah semestinya tak sehebat pak samad..sebabnya yang lain perasan mereka masih mendengar lagu sharifah aini awal 80an dulu,diawan biru..duduk diawangan..macam dewa dewi..ha ha ha..payah sebenarnya kalau kita rasa hidup ini milik kita beb!!
nasib baik gua sudah allahyarham sejak tahun 92 dulu,kalau tak masih hidup dalam kelompok perasan yang tak kemana-manapun sebenarnya…hahaha


Page 2 of 4«1234»