Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ADA APA DENGAN LORONG MARHAEN?

1 comment

Tak ada benda pun..lorong Marhaen adalah lorong yang biasa..kehidupan yang biasa.Selesa dan bahagianya hanya dijiwa.Sebab kita belajar untuk melihat apa yang didalam diri..bukan rupa..Kebahagiaan hanyalah moment..saat dan ketika..bila bahagia,segalanya akan selesalah..tak kiralah kat mana kamu duduk..kat reban ayam ke,kat istana ke..bukankah sudah dikatanya..kemana kamu mengadap..kamu sedang mengadap dia..tajali sifat-sifatnya danb alam ini..
Aku pilih lorong Marhaen sejak dulu lagi..tak ada sebab,itu kemahuan jiwa..Aku pun tak suka kadang-kadang..tapi dah itu mahunya..Hasilnya memang tak seindah yang kita harapkan..Tapi kita tidak diajar untuk berharap selalu..kita diajar untuk cuma meletakkan semua subjek itu cuma sekadar harapan…boleh ada dan tidak ada.Apa ada hal pun..
Golongan Marhaen adalah majoriti..Politician’s memerlukan kita..Politician’s kata kita itu mereka..Tapi selalunya mereka memanupilasi kan kita cuma untuk kepentingan mereka..Pemimpin berjiwa rakyat?hahahahahaha..Tapi dah itu namanya politik..Apa yang kita boleh buat..Tapi jangan anggap golongan marhaen itu bodoh,tidak tahu berfikir..Kalau dulu bolehlah yob!..Tapi la ni..zaman berubah,cara fikir berubah..Satu yang betul-betul kena faham..Kita yang pilih mereka..bukan mereka pilih mereka..Mereka cuma guna kita untuk mereka pilih antara sesama mereka..

Dalam muzik..itu yang aku lebih suka penyanyi yang berkarya melalui karya mereka..dan itu sebab aku suka Lennon,Dylan.Cat Steven,Joni Mitchell,Gilbert O sullivan,Marley,Fals..Ebiet,..Dan bila aku bikin album pun itu yang aku buat..Sebab itu lorong yang aku pilih dan itu sequal perjalanan hidup dan cerita aku.Cuma untuk album sakrat dan yang terbaru aku berkolobrasi dengan penulis lirik..yang aku hormatlah..Itu untuk satu penghargaan untuk mereka yang berkarya..Untuk album Sakrat contohnya..Aku select sajak-sajak Amirul Fakir dari buku Fosil dan sajak-sajak naifnya..Sebab aku hormat dia sebagai sahabat yang punya bakat..yang perlu diketengahkan..Sebab pengaruh audio dan visual itu lebih membantu untuk orang lebih kenal kita.Dan sajak-sajak dalam Sakrat adalah bagus bagi yang suka untuk belajar mengenal Tuhan dan alam dengan lebih dalam..dalam konteks kejiwaan khususnya..Itu nilai kejujuran yang akan membahagiakan kita kalau kita faham lebih dalam apa itu hidup dan kehidupan.Pun aku taklah buat duit dari menjual album-album aku..Sebab kita menjual nilai kejujuran dalam berkarya.Bukan semua orang suka pada subjek jujur.Orang cuma suka bercakap tentang jujur yang dimata..bukan hati..Orang tak suka sangat kita bercerita tentang bab-bab rabak,pecah dan berserabut..atau masaalah..walhal itulah makna kejujuran yang mahu kita sampaikan..

Folk singer selalunya biasa saja..sama macam orang biasa..Marhaen..Tak ada elemen gemerlapan dalam konteks karya..kemeriahan hanya berlegar didalam diri..Ianya tidak terbatas..ianya kebahagian yang sudahnya menjadi milik Tuhan yang mutlak..Kita disini hanya meraikan suasananya mengikut apa yang kita faham dan selesa serta suka dengannya..

Dari segi value atau nilai..penyanyi yang berkarya dengan karya mereka sendiri adalah jauh lebih bagus dari penyanyi atau artis yang menyanyikan lagu komposer..Sebab penyanyi itu sekadar menyanyi..hanya penyampai..dia tidak mampu untuk menulis atau mencipta apa yang nak dilagukan..Macamana kamu boleh kata penyanyi atau artis yang top itu lebih bagus kualitinya dari penyanyi(singer/songwritter)Jangan itu macam beb!!Bila kita menyanyi dengan hasil karya sendiri..Kita pun berceritalah tentang apa yang nak kita ceritakan..Kalau cerita kita dalam lagu-lagu itu boleh menambah nilai fikir para pendengar,bukankah ianya sesuatu yang amat baik..Oleh sebab itu perlulah kita letakkan nilai penyanyi(singer/songwritter)ditempat yang lebih istimewa..berbanding dengan penyanyi atau artis yang hanya tahu melalak,berposing,berskandal,bergosip sana sini..
Dinegara kita ni..Sudah banyak penyanyi(singer/songwritter)yang sudah muncul dengan album..Kenapa hasil karya mereka tidak dihargai selayaknya?Nik,Black,Estrella,Mei Chern..banyak lagi..Jadi perlulah kita hargai bakat-bakat mereka ini.

Aku dah ada 6 album..dan akan keluarkan album baru dalam sedikit masa lagi..Pun umur dah pun semakin tua..Akan ada banyak pelapis selepas ini..Apa kepentingan yang kita ada..?Tidak ada..cuma kita tumpang suka sebab Lorong yang kita pilih sudah makin banyak yang menyusurinya..The rest is history..Pun aku tidakllah menafikan wujudnya penyanyi-penyanyi yang banyak itu…Tapi kamu perlu sediakan ruang untuk kami berkarya..Itu lorong Marhen adalah milik kita semua..Dan kita sedang dan akan terus melaluinya..Sebabnya itulah kejujuran yang hakiki.


Pentas kita,Karya Kita..

9 comments

Gua telah dijemput untuk buat persembahan di Sg Sumun oleh Meor Lantera Jiwa.Tak sempat dibuat review sebenarnya.Bila dah habis baru dibuat..hahaha..Dia mengajak sebulan sebelum ni.Jadinya gua dan Nik yang dijemput sama pun setujulah..Jadi dalam tempoh sebulan,bentuk program tu dah semakin besar dan merebak..bilamana Pyan,Kulupsakah,Dollah Jones,Airmas pun dijemput sama..hahaha..Hasil promosi berterusan Meor Lantera jiwa.
Kereta gua,timing bell ada problem sikit..jalan sangkut-sangkut..Jadi naik kereta Nik,Pyan pun tumpang sama..sebab dia jiran gua ..hahaha..Dia AU4..Gua AU3..Nik kat wangsa maju..semua dekat-dekat..
Jadi kita pun bertolak jumaat petang dalam pukul 3 gitulah..ikut kuala Selangor..jalan bengkang bengkok..Dulu kalau balik kampung gua selalu ikut jalan Kuala Selangor ni,jumpa mak gua yang tinggal diManjung..
Jadinya disepanjang perjalanan ke Sg Sumun..kita dihiburkan dengan lagu-lagu merdu yang dinyanyikan secara live oleh Pyanhabib..Silap gua tak bawak Recorder..kalau tak boleh jual…hahaha…lagu-lagu pilihan Pyan untuk menghiburkan gua dengan Nik,semuanya lagu-lagu 60an..Jefriddin,lagu La Obe..banyak lagilah..semuanya lagu 60an..hahaha…Tak pa..Nanti kita akan jemput Brader Pyan menyanyi atas pentas yang akan kita anjurkan dimasa yang akan datang..

Jadi sampai di Teluk Intan dalam pukul 6 petang,makan diGhulam Rasul mamak terus kita bertolak secara konvoi..Si Jones..dia dok call gua tanya jalan..gua mana tahu area Teluk Intan ni sangat..jadi dia pun tanya Meor Lantera Jiwa.Gua masa buat kerja diPerak buat inspection menara telekomunikasi,kita dah buat diseluruh pelusuk Perak ni termasuklah di Sg Sumun.Tu yang gua perasan tempat lokasi tu juga sikit-sikit..sebab sebelum sampai ke rumah Pak Karamu yang bermurah hati meraikan gua dan kawan-kawan,ada kuil Hindu..yang kuil hindu tu gua perasanlah sebab belakang dia ada menara telekomunikasi yang gua ada singgah untuk buat kerja disitu.

Jadi kita pun sampailah ketempat lokasi malam dalam pukul 8 gitu..Pukul 9.30 baru kita start program..Gua pada mulanya ingat program ini biasa saja..Tapi sambutannya amat meriah.Si Nik yang buat launching album dia pun seronok sebab album dia banyak dijual malam tu..hahaha..Dan Dolah Jones..yang agak segan silu orangnya,kita jemput juga untuk menyampai sepatah dua kata di atas pentas tu..Dan dia pun naik pentas menyampaikan dua tiga patah kata..hahaha..lebih sikit dari sepatah dua kata..Gua rasa semua yang perform malam itu bagus-bagus belaka..Si Kulup Sakah..yang juga terlibat menjayakan persembahan melakukan tugasnya dengan bagus..Airmas pun bagus dengan lagu-lagu sajak dia..Jadi insyaallah dimasa-masa akan datang kita akan jemput kawan-kawan untuk duduk dalam kroni marhaen kitalah..hahaha..

Kita kena support each other,baru kita boleh jadi besar..Kita kena kembangkan ini konsep sebab inilah yang kita mahu.Kita tak perlukan konsep karaoke atau nak panggil Tomok atau suki.Itu sapa tu.?.Apa yang dia ada..?Ini subjek-subjek berahi ni tak payahlah kalau nak dikembangkan..kalau setakat nak menyuburkan otak dengan elemen-elemen nafsu serakah nak buat apa.?Tu yang Suki tu apa yang dia ada?setakat melalak nyanyi dengan musik iringan minus one,tak payahlah yob..pegi le ke program-program gomen yang memang dah begitu cara pikir dan olahnya..Pun Pakatan nak ikut sama cara gitu?hahaha…2 x 5 lah..Kalau tak faham,cuba belajar untuk jadi faham itu tak apa.Kalau tak faham..dan tidak berminat untuk faham..payah la…itu kita kata transformasi..sama saja..
Sebabnya kita tak suka sebab kita tengok program kesenian ni kita bukan nak dengar dia nyanyi lagu putus cinta terjun dari flet,atau memuja bunga sampai layu,kembang siamang atau atau nak tengok rambut tomok,nak tengok kasut tomok,nak tengok mata tomok,atau nak tengok tetek dan burit artis perempuan yang melalak macam pelawak..tapi kalau nak keraskan kote bolehlah..itu lebih baik lu pegi ke Kelab malam atau pusat karaoke,lagi berlambak kat sana.
Untuk program seni kita, lagu-lagu yang kita dendangkan perlu ada sikap mendidik khalayak dengan lagu-lagu yang bersifat mendidik,memotivasikan diri untuk lebih bersemangat dalam hidup yang real..bukan fantasi beb!!

Gua pun suka tengok Hariry bikn performance monolog dia..dia memang berbakat..dia dulu ada berlakon dalam teater bili sulit..di bar Council sedikit masa lalu.Keep it up bro..

Pyanhabib usah cakaplah…dia bintang…hahaha….

Apapun..disini kita ucapkan terimakasih bayak-banyak pada Pak Karamu dan keluarganya..kawan-kawan di Sg Sumun..termasuk pada DJ malam tu,Brader Saman Kati..kawan-kawan gua yang turun dari Lekir..dan dimana saja..terimakasih atas sokongan kalian..

Kepada Meor Lantera Jiwa..tahniah..dan teruskan lagi..kembangkan lagi apa yang dah dibikin semalam…


ikon dan musik-3(kecewa bukan mati)

4 comments

Kekecewaan bukanlah kematian,sampai kamu dah putus-harap dalam hidup.Ianya cuma proses untuk memajukan tahap yakin kita pda fitrah alam dan kejadian.Jadi kalau kamu frust,jangan menonggeng..Kamu kena banyak merenung jauh kedalam diri,itu semangat kasi dia bangkit semula.Kalau kamu boleh melepasinya kamu akan jadi lebih baik dari kamu yang semalam.Tapi bila kita sedang duduk dalam kekecewaan memanglah kecewa.Jadi enjoy the moment and feel the pain.Hahaha.

Aku masa frust dulu memang menonggeng,ini cerita lama,17 tahun dulu,thats why aku boleh cerita,sebab kita bukan sedang duduk dimasa lalu.Kita sedang menikmati saat ini,hari ini.Sebab apa kecewa?Sebab dalam hidup ini kita selalu ingat hidup ini milik kita.Kita dapat dia,yang kita sayang dan puja,kita terlalu calculative terhadap ciptaan,walhal kita tau semuanya kerja Tuhan.Jadinya dalam satu hari ada 24 jam..Kita akan bilang i love u..berulang-ulang pada dia..ye lah,dah dia itu kita punya,dan dia pun akan bilang begitu juga..hahaha..Kita sebenarnya cuba mengambil alih kerja-kerja Tuhan.Kita cuba merangka perjalanan takdir sebagaimana yang kita mahu.Dan kita juga mengganggap segalanya akan berjalan baik,selagi ada perasaan.Tapi perjalanan perasaan bukanlah statik.Ianya kepercayaan yang hanya bermain diotak,bukan jiwa kita.Perasaan dan rasa adalah dua sentimen yang berbeza.Kita makan,kita yang rasa..sedapnya hanya diotak.jawapannya kita kenyang..lepas tu berak,jadi najis.jadi value sedapnya adalah dilingkungan perasaan cuma.Kamu makan nasi tak berlauk,kalau kamu tak ada duit.Pun sedap juga.Kamu makan dengan beraneka lauk pauk bagai dalam syorga.Pun sedap juga.Itu bergantung pada nilai individu itu sendiri.

Dua hati tidak akan jadi satu beb!!Itu cerita bohong nak menyedapkan perasaan.Dua hati tidak akan bersatu..Jadi apapun boleh terjadi.Untuk kebih detail tentang bab kasih-sayang dan hukum alam..elok kita baca buku Kahlil Gibran selalu.ha ha ha..

Apa yang ada pada kita hanyalah moment.Anak,bini,harta,kaya,miskin,itu semuanya bersifat sementara.Anak kita pun sampai masa dia akan tua,dan bila dia berumur dewasa,selepas akhil baligh value kasih sayang kita terhadap dia pun akan menjdi lebih rasional dan matang.Berbeza kalau dia masih kecil,kita agak excited dan seronok melayan kerenah dia.Sebabnya dia belum cukup umur,jadi itu tanggungjawab kitalah sebagai bapak yang masih punya sifat kemanusiaan,kecuali kalau kita bersifat iblis atau binatang..itu lainj ceritalah..

Siapalah kita tanpa kasih-sayang…


Ikon dan musik-2

9 comments

Tahun 86 aku ada band,Broken Doors..line up nya Imuda,Johari Abdul Hamid,Ajeed,Pak Ya Elvis..Kita tubuh band ni di Pasar Seni,Si Joe dengan Ajeed ni mai dari Penang,dan memang diorang ni gila Beatles dan style-style woodstock..Mat-mat Penang dulu banyak dressing macam hippies,sebab banyak pelancong yang mai melancong kat Penang banyak mempengaruhi jiwa anak-anak muda kat sana.Imuda pulak dia suka Joe Cocker dan musik-musik Blues kulit hitam..yang si Pak Ya pulak dok gila kat Elvis,sampai dia keluar statement..”Aku dengaq Elvis dulu sebelum aku dengar P.Ramlee..”ha ha ha..kitorang ada sorang pengurus..Ari..dia pakai kereta mini Cooper..hahaha..so kita selalu lah jamming di Pertama Complex..tapi masa tu Imuda dah start mula popular dengan sitcom kg seri wangi dia..Si Joe dengan Ajeed pulak dah start berkecimpung dalam bidang perfileman..jadi krew dan Joe akhirnya dah jadi Art Director..dia selalu bekerja dibawah pengarah filem tersohor Uwei Hj Shaari.Aku pulak masa tu tahun 86 tu,dok gila The Doors..sampai tempah poster besar Jim Morrison dok gantung dalam bilik..ha ha ha..so banyakla buku-buku The Doors masa tu aku beli dan simpan..Jadi knowdlege musik aku berkembang dengan cepat bila dah jumpa member-member yang sekepala..semua pun baru nak mencari arah dan hala tuju dalam hidup.But that was moment yang terbaik bagi akulah..Aku pun tak bekerja dan melepak dengan kakak,sampaikan baju dan seluar dalam pun semua dia support,Jadi ruang untuk meneroka kedunia misteri dan unik itu terbuka luaslah masa tu..ha ha ha..Aku memang minat Jim Morrison dulu..sebabnya dia mistikal habis..dan sangat berkarisma diatas pentas,adalah beli video yang Olive Stone bikin pasal Jim..

Lepas tu,beberapa waktu aku balik ke Lumut,familiy panggil suruh masuk IKM,member aku Joe dan Ajeed dah bikin band dengan Loloq,Wan dan Zainal bikin band Rastari.Sempatlah diorang release 1 album..90 aku balik KL,kerja kilang dan ambik keputusan lepak di rumah member-member kartunis ..diorang kerja dengan abang aku Mishar,buat majalah Batu Api..so aku rapatlah dengan pekerja-pekerja dia..Aloy terutamanya,Acai,Awang,Bidi,Non..

Tahun 91 aku dah bergirfriend,tapi sebab masa tu kepala dok penuh dengan ideologi yang berbagai..maksudnya dalam diri aku penuh dengan elemen dan falsafah Hindu,Budhha,free thinker,free spirit,tapi bukan Atheis..ha ha ha…jadinya girlfiend aku ni pun dok fikir ‘ini ke yang nak aku jadikan suami aku..dalam hati dialah,aku rasa..sebab masa bergadoh dengan dia aku dok maki Tuhan se extremenya..depan dia..sampai dia dok ternganga..kelu dia sampai lidah tak boleh nak bercakap sepatah pun kata..until next day dia mintak putus..hahahaha..Aku pun frust macam nak rak…Jadinya masa tu juga arwah Loloq memang rapat dengan aku,dia tahu aku ada girlfrien dan aku pernah introduce dia pada girlfriend aku masa tu..jadinya juga Loloq ni kalau ada masaalah dengan awek aku selalu mintak nasihat dia…Tup tup x-girlfriend aku tu dah berkawan dengan Loloq pulak lepas dia putus dengan aku,dan seterusnya berkahwin sampai ada anak 3..hahaha..Adoi..masa putus hati aku memang remuk dan redam tapi masih hidup lagilah…Tapi aku ok..rasional juga akhirnya..itulah bila Loloq call bagitau aku..”Aku cair dengan budak tu Meor”..So aku cakap ok lah…itu destini..Jadinya diorang hidup berbahagia happily ever after,sampailah Loloq meninggal..Dan aku pun dah berfamili..X-girlfriend aku ni betul; direction dan misi dia..at least dia tak ada masaalah kewangan,royalti Loloq sebagai penulis lirik boleh tampung hidup dia dan anak-anak sampai ke cucu cicit..Alhamdulillah..kalau dia pilih aku belum tentu dia akan happy sebab aku tak dipilih untuk jadi kaya mungkin..hahaha..jadi masaalah itu akan sentiasa ada dimana,bila dan hanya masa yang menentukan..


Page 1 of 3123»