Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
Ikon dan Lennon
Aku mula dengar lagu Beatles,tahun 80 dulu,agak lambat sebab duduk kat kampung,zaman Sweet Charity dan Blues Gang tu..hahaha..dan aku juga peminat Rock yang tegar..band rock pertama yang aku beli Iron Maiden,album Number of the Beast dan Black Sabbath..beli nya kat Dinding Supermarket..Sitiawan ..
Sesatu Band perlukan chemistry sebenarnya..umpama Lennon-McCartney(Beatles)Gilmour-Waters(Pink Floyd)Steven Tyler-Joe Perry(Aerosmith)Jonnie Mars-Morrisey(The Smith)Elton John pun memerlukan Bernie Taupin untuk lirik-lirik lagu dia..itu sebab Chemistry.
Berbalik pada John Lennon(9/10/1940-8/12/1980)..Dia ni ikon yang masih relevan sampai bila-bila..Dan karakter dia dah mula terbentuk sewaktu Beatles mengecap populariti di awal pembabitan mereka diawal tahun 60an dulu.Sikap atau attitude dia yang rugged,senget dan tigasuku sudah boleh kita nampak sampailah dia keluarkan statement Beatles lebih popular dari Jesus..hahaha…Dia memang dipilih Tuhan untuk jadi legend..dan aku juga suka Harrison,dia ni space..spiritual dan penuh dengan elemen hinduism dan free spirit dalam jiwa dia..lagu-lagu dia dalam Beatles macam something dan while my guitar gently weeps memang berkualiti..dan yang paling aku menyampah dalam Beatles Paul McCartney,dia ni belia 4B kampung dusun..tapi aku sangat kagum dengan lagu-lagu yang dia bikin..dia yang terbaik dalam Beatles dari segi songwritting..sampaikan lagu-lagu dia diangkat sebagai salah satu lagu yang terbaik diabad ke 20.Lagu hit nya Yesterday dinyanyikan oleh 3,700 orang artist diseluruh dunia..dari segi penciptaan lagu,aku respek habis McCartney..long and winding road,Martha my dear,i will,here there and everywhere,yesterday,another day,a day in the life,eleanor rigby…banyak lagilah..Cuma McCartney masih bergantung pada Lennon juga,sebab Lennon banyak buat lirik untuk lagu-lagu McCartney..jadinya hak cipta dan karya atas nama john-McCartney..dan jadinya juga dua orang ini yang paling kaya dalam Beatles.. kita boleh tengok karakter atau watak-watak dalam Beatles..semuanya ada direction atau misi..Lennon dengan dunia dia yang mengalahkan pemimpin-pemimpin dunia dengan lagu dan misi aman dia untuk dunia.McCartney dengan dunia bisnis dan star dia yang cerdik-cerdik bodoh,Harrison dengan dunia spiritual dia dan Ringgo dengan dunia filem yang tak berapa gemerlapan dia..Ringgo pun menyanyi jugak dalam beatles dan lagu-lagu yang dia bikin simple je..banyak ke rentak county sikit..yellow Submarine,dont pass me by,octopus’s garden,dan dari segi permainan drumnya..memang diakui dan Lennon pun respek mamat ni dari segi permainannya..
Orang atau kita yang suka pada elemen rugged akan rasa berbangga kalau dapat pakai baju gambar John Lennon..sebab dia ikon untuk bangsa manusia..gambar McCartney?hahaha…cute sangat mamat ni..
Aku tak tengok Lennon ni macam orang putih atau apa agamanya..dia ni mewakili semua bangsa..dan dia memang revolutioner..
Apa lagi nak dikata,aku memang membesar dengan lagu-lagu Beatles..aku hafal 80 persen lagu-lagu Beatles masa start main gitar dulu sampai dok kat KL tahun 85 dan 86..aku beli buku lagu let it be..cari semua lagu-lagu Beatles,dulu buku let it be,tak la mahal macam hari ni..aku beli dalam harga rm 40 je ditahun 85 dulu..mana yang tak ada dalam list,aku pergi buat dubbing dari record ke kaset di Pertama Complex..dululah..la ni pun dah banyak lupa lagu Beatles..ha ha ha..tapi masih ingat juga kalau setakat nak Busking..
Dulu aku sampai tulis lirik ‘Across the universe kat baju pagoda yang aku lukis gambar yang berkonsepkan ..living is easy with eyes close,misunderstanding all you see…hahahahha..
Aku ingat lagi masa Paul Gilbert(Mr Big) buat guitar workshop di Bentley music,tempat kerja aku tahun 1995 dulu…bilamana sorang mamat tanya..macamana nak improve skill permainan..Gilbert cakap..’you just listen to the Beatles’..ha ha ha..
Gitar dan musik
Aku mula belajar main gitar ni sejak tahun 82 lagi…ada gitar kawan yang dah dibuang dalam tong sampah,yang dah tak ada bridge..brand Lark kalau tak salah..tuning pun aku tak tau..so aku taruk bridge,gap dia jadi tinggi..nak main punya la susah..belajar gitar sebab expactation orang kampung tinggi, sebab nya juga,diaorang ingat aku ni pandai main gitar..padahal aku tak tau apa pun masa tu..satunya sebab nama Sohaimi meletup-meletup dengan album dia di Bruas masa tu..tahun 82,dan Sohaimi pun taklah pandai sangat main gitar pun masa tu…Jadinya aku pun practise la siang malam,malam ke siang..lepas bermaghrib kat surau dekat rumah,berlari balik rumah sebab nak tengok kartun Harold Lyod..lepas tu practis lagi..info untuk belajar gitar tak ada sangat masa tu..ye lah,kat kampung..cuma aku sangat rapat dengan anak sedara aku..Abu..dia main gitar,dan dia lebih tua dari aku..maknya kakak tiri aku,maknanya arwah bapak aku kawin 2..cerai dengan first bini,di kawin dengan mak aku..
Cuma relationship aku dengan kakak tiri dan anak-anaknya sangat rapat..jadi aku selalulah tidur rumah kakak tiri aku..melepak dengan Abu,adik dia sebaya dengan aku,Shah Johan..dah duduk kat Melaka,dulu dia jadi Askar kat kem Sungai Udang..la ni dah buat bisnes…
Jadinya,sebab aku gila musik,aku sanggup tidur rumah kakak tiri aku,jamming dengan Abu..melalak-lalak dikawasan perumahan awan kat situ..sampai polis datang buat rush..Aku tengok Abu ni strumming dia sangat perfect..dan aku selalu rasa aku tak best main gitar dibanding dengan dia..jadi aku selalu ambik kesempatan dan perhati betul-betul jari-jari dia,strumming dia yang sangat groove..
Gitar ni yang paling penting strumming..maknanya tangan kanan..tangan kiri untuk kita taruk chord..yang tu boleh belajar…
Jadi kalau kita nak jadi bagus …kena praktis dan belajar sampai kamu akan rasa kamu disatu level yang namanya..kebahagiaan dan kepuasan..
Aku pun masih lagi belajar gitar walau aku sudah mengajar gitar..
Dan salah satu cara yang paling berkesan untuk belajar..Busking..itulah praktis yang terbaik..
Bab-bab solo ni pun aku bukan pernah belajar pun..cuma dah lama sangat main gitar..lama-lama kita akan tau sendirilah..at the end..kreativiti..yang penting kalau nak belajar..satu kena tahu gitar ada 6 tali,note-note nya kena hafal…tali atas mengikut susunan..E,A,D,G,B,E..dan bila kita dah faham basic..kita belajar group chord,progessionnya…dan lepas tu kita pecahkan chord-chord itu mengikut apa yang kita faham tentangnya..
yang paling penting..kena ada minat,mendatangkan nilai cinta,hidup dan menjadi darah dan daging..
Kalau bini kamu lari,kamu masih boleh main gitar..kalau awek kamu larii..pun kamu masih boleh bergitar..hahaha…bahkan mungkin akan jadi lebih kreatif sebagaimana Rumi yang kehilangan Mentornya..Shamsi Tabriz…
Klimaks kekecewaan akan lebih mendekatkan kita dengan makna alam,fitrah dan Tuhan..
Sibuk yang tak sibuk
la ni gua ada kat Ipoh jap,tadi pagi keluar rumah..dari Kl ke Ipoh,satunya sebab nak settlekan pertukaran sekolah anak-anak,so semuanya dah selesai dalam keadaan yang tenang dan selamat,dan terancang..gua suka gini,semuanya smooth je..hahaha..pun lagi satu gua sudah serahkan kunci tuan rumah masa menyewa di Ipoh..Ok pun semuanya smooth…
Memang sibuk Yob..pun juga dah jarang online..ni pun kat CC diIpoh,dekat area rumah gua..lepas ni ke KL..gua suka Ipoh,lebih relaks..tapi sebab bini gua dia semenjak abah dia meninggal,jiwanya tak keruan,nak duduk dekat sedara mara dia,juga dekat mak dia…Akhirnya gua pun mengalah la..Ok juga,asal dia bahagia dengan kehidupan ini ok la..Dan gua pun kat KL ni dah memang tempat gua berkubang…dan cari makan…kawan-kawan semua kat sini,tempat jin bertandang pun kat sini..kat Ipoh tu ada juga jion bertandang..cuma itu jin betul,bukan konsepsual..hahaha..yang ini jin konsepsual,elitas,..hahaha..yang bodoh-bodoh cerdik gitu..bukan yang cerdik-cerdik bodoh..hahaha..yang cerdik-cerdik bodoh tu macam orang politik yang rakus dan kurang cerdiklah,macam cerdik tapi dah rakus,kat mana diletaknya cerdiknya tu?melainkan kat lutut..segala cakap manis syorga indah dimulut,untuk kehendak dikerongkong yang kalau boleh indah nafsu dunia ini mahu ditelannya,walau dia tau bila sampai kat perut dan usus..semuanya jadi tahi..
Tak ada apa yang lu boleh expect bro pada lidahnya seorang pemimpin yang hanya pandai berkata-kata perihal kebenaran,walhal semuanya omongan dan manupilasi belaka..kesian member gua,dia ni jadikan satu produk yang tak ada nilai,sampailah produk itu bernilai-nilai sampai kan hijaunya harta..yang tukang menengok dan menyebok ni dulu masa dulu masa tak ada apa nilai,tak diherannya pun..tapi bila produk itu dah bernilai-nilai..mulalah berduyun-duyun datang..yang kaki bodek,yang mangkuk hayun,yang tak faham apa benda pun..mulalah datang..lepas tu dok fikir yang jahat-jahat belakalah..sebab kalau dia betul nak tolong,ditambahnya lagi modal,diserikannya lagi nilai produk itu..bukannya dirampas begitu saja..apa ni?ni mangkuk hayun jenis apa ni?yang paling ralat..itu muka pemimpin yang member gua sanjung sejak dulu nih….duluuu…sampaikan bersajak berlagu memuja pemimpin yang satu ni..kebenarannya?Apa yang nak diherannya pun pada pemuja yang memuja..dah memang dasarnya orang yang hanya pandai bercakap pehihal kebaikan itu ini..dari segi praktikalnya inilah hasilnya..memang hampas…lebih hampas dari hampas kelapa..sebab hampas kelapa pun masih boleh dibuat duit..lebih jijik dari taik…sebab taik pun masih dibuat baja..hehe…
Politik?apa yang lu boleh expect bro bilamana subjek sebenarnya adalah kebenaran…
ha ha ha..
lagu sofa biru-live 2005..no black Tie
ini lagu masa gua perform di No Black Tie,tahun 2005 dulu,anjuran memebr gua,Joe Kidd..ini performance gua yang terbaik kata Joekidd..haha..masa ni full time Busker…lepas perform dalam pukul 11.40 mlam gitu,busking pulak di Jalan Alor,sebab dalam poket tak ada duit..hahaha..kat rumah beras dah habis,susu anak dah berkurangan…survive beb!!that moments was beautiful..gua dapat ini video dari member juga..Mohamad Farez..tq bro…


