Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Iwan Fals-legend series 5

7 comments

Aku mula kenal lagu-lagu Fals tahun 86 dulu .Masa tu dah mula melepak di Pasar Seni,berkawan dengan member-member seniman…Dulu Pasar Seni best..pure..original…La ni plastik..gara-gara kapitalisme yang membikin seni itu dari otak yang penuh nafsu-nafsi dan kebendaan..nasib baik ada kedai mamak Annexe..boleh juga dok melepak dengan kawan-kawan.Aku mula berhijrah ke Kl,Kota Lumpur ni tahun 1985..bersekolah kat Vanto Academy masa tu..Cuba membentuk proses mencari identiti diri.Jadi aku pun belilah kaset Iwan Fals di Chow Kit..Album sarjana muda..itu yang first aku beli..Dan aku mula baca pasal Fals pada tahun 82 lagi,masa kat kampung..baca pun dalam majalah URTV..agak menarik masa tu,sebab dikatakan Iwan Fals ni yang biasa-biasa saja dong,nanti mati pun jadi tanah juga…hahaha..jadi Fals sangat berbeza dengan Ebiet dari segi acuan,bentuk dan sifat.Tujuannya sama juga,menuju yang satu..Tapi itulah ..manusia ini kan ada berbagai-bagai watak.
Fals(3/9/1941) anak orang senang juga..bapak dia jenderal ..Jadi Fals ni rebel,boleh dikategorikan sebagai penyanyi Folk protes.Dan amat sesuai dia kalau dibandingkan dengan Bob Dylan..sebab Fals pun banyak lagu-lagu yang romantik yang menarik..menarik sebab walau lagu-lagu romantik dia bertemakan cinta tapi susun katanya rugged,realistik dan jujur.Sama juga bila kamu dengar lagu-lagu cinta Dylan..tak lah macam lagu-lagu melayu yang kebanyakan tema lagu-lagu cintanya sangat lemah,stereotype dan lembik.Tapi itulah yang disogokkan pada kita sejak dulu lagi,sampai lah kehari ini.

Jadi Fals ni album dia yang fisrt CINTA DALAM NADA(1979) tak laku dipasaran…Aku dok kira ada 30 lebih album dia ni..PERJALANAN(1980)SARJANA MUDA(1981)OPINI(1982)SUMBANG(1983)BARANG ANTIK(1984)SUGALI(1984)KPJ(1985)SORE TUNGGU PANCURAN(1985)AKU SAYANG KAMU(1986)ETHIOPIA(1986)LANCAR(1987)WAKIL RAKYAT(1987)1910(1988)ANTARA AKU,KAU DAN BEKAS PACARMU(1988)MATA DEWA(1989)SWAMI(1989)KANTATA TAKWA(1990)CIKAL(1991)SWAMI 2(1991)BELUM ADA JUDUL(1992)HIJAU(1992)DALBO(1993)ANAK WAYANG(1984)ORANG GILA(1994)LAGU PEMANJAT(1996)KANTATA SAMSARA(1998)BEST OF THE BEST(2000)SUARA HATI(2002)IN COLLOBRATION WITH(2003)MANUSIA SETENGAH DEWA(2004)IN LOVE(2005)50-50(2007)

jadi Fals ni album dia ada banyak..Album dia aku suka…Cikal,anak wayang,belum ada jodol dan yang terbaik bagi aku adalah album rock dia..Mata Dewa yang diproduce oleh Ian Antono gitaris Godbless yang dibikin tahun 1989..Aku dapat dari member yang beli kat Indonesia masa tu.Fals ni teamwork dia dengan rakan-rakan penyanyi folk lain pun bagus juga…macam dengan Franky atau Sawong Jabo..Dan dalam album-album dia ni..Ian Antono banyak membantu.Album belum ada jodol dan Cikal pun bagus juga..
Fals ni sangat besar di Indonesia.Itu sebab Nasir nak tembus pasaran sana,diorang tak heran pun.Diorang suka yang pure,Nasir pulak dah makin plastik dan gemerlapan..untuk masyarakat di Malaysia boleh la..Lagi satu dari segi kejujuran dalam berkarya,Fals lebih jujur..Nasir ni dah makin tua,makin tak bagus dan kreatif..mengada-ngada..hahaha…Fals dia masih boleh jadi dirii dia sendiri kalau atas stage,bertshirt simple,menampakkan nilai kerohanian dari segi imejnya..Sebab dia tau kalau dia tak pakai bajupun orang akan tengok dia juga..Tapi Nasir?ha ha ha,…Apapun asal dia bahagia dan kaya oklah..atleast bangun pagi mata masih hijau akan harta,konon-konon gila kemewahan..bak kata Doel Sumbang …Tapi lagu kena Ketuhananlah..sebab umur makin tua,imej pun islamik yang nampak liberal..Sebab mungkin dia tahu,nak memanipulatekan pemikiran orang-orang melayu ni bukan susah sangat..hahaha….

Apapun Fals adalah legend..dia pun dah makin cool sejak anak dia Galang Rambu mati sebab overdose ..

Oklah tu…Kita boleh pilih apa kita mahu dalam hidup ini sebenarnya…


Nick Drake-legend series 4

6 comments

Aku mula tau pasal Nick Drake pada tahun 90 dulu,itulah masa tu aku selalu beli majalah VOX ..jadi ada review pasal Nick Drake..masa tu juga aku dok tolong member aku Wan,dia ada kedai print t-shirt kat dalam pasar seni..jadi sambil tolong dia jaga kedai,aku dok melepak la..Jadi bila aku baca pasal Nick Drake ni..aku jadi suka karakter dan sifat-sifat dalam lagu dia..depresif,masaalah,lonely,misteri,darkness..soul seaching..dan segala macam bentuk lagu dia aku sukalah..lepas tu dapat juga aku CD dia..pink moon.itu pun pinjam pada seorang kawan..jadi lagu ‘things behind the sun ni lagu favourite akulah..Nick Drake ni dia mati baru legend,itupun sebab Volkswagen ambik lagu dia jadi iklan..Dia mati pun muda..Yang aku suka sebab lagu-lagu dia ni original dari segi finger-picking dan playing dia..bak kata Billy Joel dalam lagunya..’only the good die young…’
Tahun 2003 gitulah aku kenal dengan sorang member yang juga Producer album aku ‘itu padang…aku disitu’…R S Murthi..dia ada full collection album Nick Drake..album Nick Drake ni pun tak lah banyak..cuma ada 3 album je..jadi Murthi burnkan lagu-lagu Nick Drake ni untuk aku..


Ebiet..legend series 3

1 comment

Ebiet..Semua orang atau pendengar musik kebanyakannya suka lagu-lagu Ebiet.Aku pun tidaklah dapat menafikan Ebiet,sebabnya lagu-lagu Ebiet membuka ruang untuk aku jadi lebih faham tentang apa itu hidup,manusia,alam dan Tuhan dalam konteks keindahan.1980..abang aku balik dari Indonesia,dibelinya album-album Ebiet Camellia 1,2,3 dan 4..Masa tu diMalaysia pendengar lagu-lagu Ebiet tak ramai mungkin.Ebiet ni pada aku seorang yang baik.Lagu-lagunya menyuruh kita berbuat baik antara sesama kita,alam mahupun Tuhan.Jadi bila brader aku bawak lagu-lagu Ebiet,aku jadi terkejut dan mula pasang angan nak jadi macam Ebiet..sampaikan buat t-shirt nama Ebiet,pendekata segalanya Ebietlah..hahaha..Masa tu aku tak kenal Fals lagi,atau Doel Sumbang..sebab masih dok kat kampung,,form 1 masa tu.Jadi lagu hidup iv ni antara lagu yang aku sangat suka sebenarnya.Bila dengar lagu ini,ingatan akan terus ke kampung dan suasananya.ye lah,orang kampung..pagi subuh kesurau,kalau tak pergi kena rotan dengan bapak aku..lepas tu kesekolah naik basikal yang jauhnya 6 km dari rumah,balik sekolah main bola kat padang sekolah Dendang,maghrib dah kena kesurau balik untuk jadi bilal..kalau tak pergi bapak aku akan mengamuk dan aku sangat tidak suka kalau dia mengamuk..hahaha..habis maghrib mengaji quran dengan Pak Derih,imam kat surau.Surau tu dekat je dengan rumah aku..kalau bapak aku menjerit panggil nama aku..aku akan dengarlah..’AZIDDINNNNNNNN!!!Jadi bila aku dengar je suara bapak aku..biasanya aku akan terkejut….dan kelamkabut..Jadi aku ni membesar dengan lagu-lagu Ebiet sejak kecil lagi sebenarnya..

Ebiet ni muka tak hensem,muka jawa..tapi sebab dia sangat berbakat dalam penulisan lagu dan suaranya sangat unik..dan dia pulak bagaikan direstui proses perjalanan seninya..dapat Produser yang sangat bagus dan kreatif..Billy apa ke namanya aku dah tak ingat..boleh refer balik isyu-isyu lepas.Proses pembikinan album pulak dengan budget yang setaraf artis-artis hebat.Jadi keluarnya Ebiet dipasaran menjadi satu fenomena pagi peminat-peminat musik Indonesia masa tu.

Aku punya terpengaruh dengan Ebiet sampaikan cara nyanyi aku pun nak macam Ebiet..lirik pun nak macam tu,musik pun nak buat macam Ebiet..ye lah..itu kan proses namanya..1984 dulu.Tapi lagu,lirik atau nanyi aku taklah sesedap Ebiet.hahaha..
Ebiet ni album 1-4 dia sangat bagus dari segi bahasa,pengucapan dan makna,berserta musik juga.Bila selepas album ke -4..segalanya nampak berubah..Dah jadi kurang best sangat ..pun masih aku beli juga..itulah,album langkah berikutnya..Yang lagu hitnya senandung pucuk pinus..Dan bila album ke-6nya..tokoh-tokoh kalau tak silap..Ebiet sudah ada form baru dan dia berjaya lari dari mood album-album lamanya..Sebab peminatnya termasuk aku,sebenarnya masih expect Ebiet buat konsep musik macam album 1-4 dia.Tapi itu cuma sekadar musim atau moment yang datang dan pergi.Kita tak akan boleh ambik masa lalu.Aku dengar album Ebiet sampai album ke-12nya..Lepas tu aku dah tak follow..

Apapun Ebiet adalah Ebiet..dan dia memang bagus…Dengarlah lagu-lagu dia..kamu akan dapat sesuatu..bergantung pada tahap kefahaman kamulah..Tapi jiwa kamu akan lebih relaks..


Billy Bragg-legend series 2

2 comments

Untuk legend series berikutnya inilah Billy Bragg…Penyanyi Folk Sosialis British yang aku suka..Kenapa dia bagus?Ada satu lagu dia bertajuk ‘capitalism is killing music’s’.Kalau kita kaji sejarah muzik negara kita ni..dari tahun 40an sampaila ke la ni..Semuanya dikontrol oleh para Kapitalis yang mengawal kualiti dan imej produk untuk menjadi subjek barangan untuk dijual.Contoh akulah dulu..masa jadi recording artis Luncai Emas milik M.Pasir.Sebagai artis rakaman aku dapat dua kupang.Luncai sebagai production keluarkan budget untuk bikin album.Selepas siap disub pada pengedar iaitu BMG yang dah pun gulung tikar sejak lama dulu.Jadi dalam hal ini.Aku rugi sebenarnya..Tapi bila dikira balik aku untung juga,sebab dah ambik advance gedebak-gedebuk adalah 3k kot…sebab Luncai lembab sangat dan tak kreatif,sibuk nak buat duit atau itu ini.Cuma aku rugi dari segi masa..dan bahagia aku pun bukan disitu,apa nak buat.Asasnya aku tak setuju dengan deal antara artis dan syarikat rakaman atau jika kamu dibawah sesebuah produksi yang mengeluarkan budget album untuk album kamu.
Nampak sangat artis dibodohkan dengan perjanjian kontrak yang nyata menguntungkan syarikat rakaman.Jadi golongan kapitalis ini ada dimana-mana..Apa yang boleh dimanipulate,diorang akan manipulate.Sampaikan ke pemilihan lagu untuk artis pun syarikat rakaman yang carikan.Semuanya melibatkan duit dan kroni.Disini artis hanya jadi mangsa sebenarnya,Dapat le glamer pakai spek hitam besar sana-sini,sengeh-sengeh depan kamera,tapi yang sebenarnya habuk pun tak ada.Apa yang kamu boleh expect seseorang penyanyi itu boleh dapat atau sebagus mana pun dia dalam nyanyiannya,dia hanyalah penyanyi yang sekadar menyanyikan lagu-lagu pilihan para komposer yang kerjanya bikin lagu-lagu stereotype yang akan dan telah melembabkan otak fikir anak-anak muda dengan purata 98 persen lirik-liriknya berceritakan keputusasaan dalam percintaan,jatuh tersungkur,putus asa,masih mengharap,kecewa lagi tapi taklah bunuh diri,tapi hampir bunuh diri jugalah…tak bunuh diri sebab masih ada ugama.Inilah lirik-lirik yang penulis lirik diMalaysia pandai bikin.Kalau lagu patriotiknya pulak mesti ada strok pattern lagu macam RTM yang penggubahnya Ibrahim Bachik atau Johari Salleh atau siapa lagi?hahaha,Kita ni dah diabad ke 21 yob oi!!.

Sebab yang nyatanya para Komposer lagu-lagu melayu kat sini bukannya bagus sangatpun.
Tapi sebab pilihan ditangan mereka,media,audio atau visual..Apa yang sang artis boleh bikin?Glamer punya pasal,jalan sajalah…yang nyatanya artis hanyalah penyebab kepada kekayaan para towkey yang membuat untung juta-jutaan..itupun kalau artis itu boleh bikin duit untuk company..Kalau tak,dia campakkan gitu aje..

Aku paling kesian tengok nasib-nasib band-band Rock di Malaysia.Kenyataannya apa?Itulah..yang buat duit cuma penyanyi..Contoh macam wings atau Search..atau Sweet Charity..Kalau Sweet Charity,Ramli Sariplah yang buat duit..dia pun boleh pegang gitar tong jadi penyanyi folk atau lagu-lagu nasihat..walau dia sebenarnya penyanyi Rock.Ahli-ahli lain dia kalau ada show dia bayar sebagai sessionist je..Aku peminat Sweet Charity juga,cuma aku bukan peminat Ramli Sarip,tidak ada dalam list pun..Itu sebab Rosli Muhalim nyatanya masih survive dan struggle sebgai gitaris diMalaysia ni.Padahal beliau antara gitaris melayu yang terbaik yang kita pernah miliki.Atau Wan Ahmad yang masih struggle main disana-sini untuk survive.Kenapa band-band Rock Dimalaysia tak nak buat lagu sendiri?bukannya susah sangat pun..semuanya nak mengharap pada komposer popular yang bikin.Jadi yang ruginya adalah band itu sendirilah.Sebab pengagihan royalti itu akan pergi ke komposer atau penulis lirik atau produser.Ahli-ahli band?dapatlah 15 sen sorang..hahaha….Inilah industri kita sejak lama dulu sampailah ke pertengahan 2005.lepas tu artis dah cerdik sikit bikin album keluar duit sendiri.Oklah juga gitu…ye lah,recording company pun dah makin banyak yang gulung tikar…
Jadi kesimpulannya disini yang buat duit adalah towkey-towkey rakaman.Inilah golongan Kapitalis yang kerjanya buat duit,memanipulasi pemikiran anak-anak muda dengan lagu-lagu yang tidak mendidik.Dan inilah yang sebenarnya yang kita suka dan dok layan sejak lama dulu..hahaha…

Kalau di luar negeri..jika artis itu buat album secara DIY..dan dia burn sendiri CD’s dia dan dijual..para pembeli lagi suka sebab dari segi kualiti cd terjamin,hand made,dan original..berbanding kalau kita print dikilang..Tapi diMalaysia ni terbalik pulak…jatuhnya kalau kita buat hand-made dikatanya second grade..hahahhahaha…..Malaysia oh tanahairku….


Page 1 of 3123