Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

sama antara sesama..

0 comments

Meor yusof aziddin terbentuk bukan dalam satu hari.Ianya melalui proses yang panjang.segala suka duka proses..dosa,pahala,nestapa,syorga mahupun neraka..takdir sejak benih peratama wujud didalam rahim ibunya selama 9 bulan,lahir kedunia dan diberi nama..membesar sebagai seorang manusia yang punya agama, duduk dibawah tanggungan ibubapa,lantas sehabis sekolah meninggalkan orang tua dikampung..ke Kotaraya yang menjanjikan sebuah skrip/cerita yang tak berpenghujung..Disini pada mulanya memang ada impian..Sebab takdirnya adalah muzik.Bukan sekadar minat..tapi hidup/nyawa..Impian untuk menjadi pemuzik yang berjaya..namun dipertengahan jalan disebabkan oleh permainan yang kotor didalam industri muzik itu sendiri..bukan muzik,hiburan sebenarnya..dia memilih jalannya sendiri..Jalannya tidak menjanjikan apa-apa sebenarnya..sebab kehendak jiwa itu bukan material atau bernafsu yang basa basi cirinya.bernafsu hanya sebagaimana seorang manusia yang masih berkehendak itu dan ini dalam konteks yang minimal..asas..Jadi sejak album pertama…impian sebenarnya sudah mati disitu..sebab nirvana itu bukan ambisi..nirvana itu bahagia yang ada dijiwa..bahagia pulak tidak ada pengertian yang khusus..definisinya kamu cuma campurkan suka dan duka menjadi satu..itulah bahagia..Ditengah perjalanan juga penuh dengan cerita itu ini yang penuh dengan filosofi untuk meyakinkan batang tubuh agar lebih mantap dan tegap sebagaimana layaknya seorang manusia yang dikurniakan roh atau semangat,cuba menyatu dalam keakuan wujud diri yang tanpa nama..dan diberi nama..begitulah…innalillah akan segalanya kerana disini sekadar permainan cuma..melayan watak demi watak,juga tanggungjawab insan yang tetap akan berjalan sehingga keakhirnya.
Cuma saat ini aku sedang meraikan suasana..diterima atau dibenci..sementara aku masih disini..

Meor yusof aziddin juga boleh disuka atau dibenci..aku telah halalkan perasaan suka duka dalam persepsi kefahaman manusia,bergantung pada tahap fahamnya .

Aku cuma mahu meraikan suasana kehidupan dalam dunia yang aku faham dan jalani..sebelum ketitik permulaan sebuah kehidupan yang abadi..itu ketentuan..dan itu kepercayaan..

dulu pun muzik aku hanya berlegar disekitar yang minoriti..tanpa ada angan-angan,aku mungkin pejalan yang resah walau itulah kemahuan jiwa yang agak kejam membentuk jatidiri,membunuh mimpi..tapi apalah daya..aku hanya pejalan..sampai saat ini pun setiap mimpi yang datang aku tidak pernah percaya atau indahkan…sebab ianya hanya sekadar moment yang datang dan pergi..

ada review/reply komen yang aku baca dari seorang ..orang Indonesia yang menyatakan ..tidakkan kamu berbangga dengan artis kamu..Aku mahu betulkan kenyataan..aku suka pada sikap dan perjalanan seorang artis yang biasa-biasa saja..bukan sebab dia orang indonesia atau malaysia..aku suka yang sesuai dengan citarasa aku sebagai pemuzik..kebenarannya..kalau kamu temukan aku dengan iwan fals,sawong jabo,leo kristi,atau dylan,atau cat steven..aku tak rasa aku akan menyapa mereka sebab namanyal.semuanya aku sudah tidak perlu lagi..tapi sudah tentu aku akan menyapa dan menyatakan sokongan pada rakan-rakan pemuzik aku..atau para aktivis/penyajak yang rapat dengan aku..Black lebih bagus dari iwan fals..Nik jauh lebih bagus dari sawong jabo ..rahmat haron jauh lebih bagus dari rendra atau sutardij,mahupun chairil anwar..Pak samad jauh lebih hebat dari semua sasterwan ulung didunia ini..aku rasa aku lebih hormat dengan kawan-kawan seperjuangan dari yang lain-lain.,.yang hebat-hebat hanyalah semalam..guide..
Cumanya disini cerita muzik/industrinya tidak ada yang bagus untuk dibuat rujukan…sebab semuanya bengap dan sukakan hiburan..bukan ilmu muzik itu sendiri..itu lah..

aku lebih suka pada asal usul persaudaraan..roots..this is my roots..aku membesar dengan kawan-kawan disekeliling yang faham muzik dan karier..kami perlu membesar..membentuk ruang menjadi lebih luas..aku 100% tidak memelukan liputan di TV mahupun media arus perdana..yang cenderung sifatnya kearah hiburan yang bodoh semata..im not into it…kamu boleh sebut semua artis komersial hebat dimalaysia..aku untuk menyebut atau menceritakannya pun aku akan merasa rugi..jadi ianya tidaklah penting,sebab aku tidak merasakan perlu untuk disimpan dalam list otak dan pemikiran…cuma aku hanya menganggap mereka adalah sebahagian dari cerita hidup didunia ini..jadi aku bukan Tuhan untuk menghukum itu ini..

album DRUR dah siap..ini cover nya…terimakasih atas sokongan kawan-kawan..meor-dari-rakyat-untuk-rakyat-cover-2-02

terimakasih..


Memali dan KLUE

5 comments

http://klue.com.my/articles/2305-Remembering-Memali-a-Freedom-Film-Fest-2009-Competition-winner

Gua sudah diajak oleh Rahmat Haron untuk jadi pelakon pembantu,disamping watak utamanya Amin Iskandar untuk berlakon dalam satu dokumentari movie pendek selama 30 minit ..Jodolnya Alfatehah Memali..Lagu Shuhada Memali yang juga terdapat dalam album baru gua..D.R.U.R diguna untuk filem dokumentari ini.Idea Rahmat Haron ini bagus..sebab movie ini bukan hanya untuk generasi hari ni..bahklan untuk tatapan anak bangsa dimasa-masa yang akan datang..this is the real one..Jadi filematau short movie ini sangat bagus untuk ditonton sebenarnya…


satu hari raya..

5 comments

Raya pertama..Aku bangun 8.30 pagi,bini dok bising-bising..Pi solat raya ,penuh,pi pulak Seven-11..beli suratkhabar..balik rumah..jenguk rumah mertua ,bersalam-salam lebih kurang..buat syarat..balik rumah balik..Tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..bangun pukul 3 petang..dapat 2-3 mesej SMS Pyanhabib..pukul berapa mau datang rumah gua?..hahaha…Gua pun bangun tidur…lapar…terus pi rumah Pyan yang terletak di AU4..Gua AU3..Tahun ni Pyan tak balik Bukit Gantang…hahaha…Sampai rumah Pyan,makan dan makan lagi..datang pulak si Imuda..dok bersembang-sembang dengan dialah..Bini dan anak-anak gua pi beraya dirumah sanank saudara handai taulan..Lepas tu datang pulak si Nik..makan dan makanlah..hahaha..Lepas tu gua balik rumah ..petang gua melepak kat rumah Nik lagi..sampai le kemalam..kul 10 gitu gua balik rumah..Pun perut rasa tak kena pulak sebab dalam satu hari belum jamah nasi lagi..Gua balik rumah..mesej member gua si Man Phuket yang dok kat Bukit Antarabangsa..ajak dia pi cari mana kedai mamak yang bukak..dia kata Suzy Corner yang kat Ampang tu bukaklah..Ok gua pun cakap ngan bini nak pi makan…cari kedai mamak..hahaha…Kul 12 kitorang pi..Last minute member ajak pi Bukit Bintang pulak..jumpa member dia yang datangt dari Ipoh..Jadi gua pun ikutlah keBukit Bintang..Hidup tempat tu,macam kat Thailand..Jadi gua dan member gua pun pi makan kat Steven’s mamak..sebelah KFC..Man Parking nun kat jalan Alor sana…jadi berjalan la gua dan Man disepanjang Jalan Alor..orang makan punya la ramai..teringat gua..disinilah tempat gua busking dulu…sorang-sorang je..hahaha…Bukit Bintang..bising,sibuk,pening,hidup,mati…macam-macam..Actually gua memang tak nak kesini..tapi dah member ajak..pi lah..lepas tu dok tengah makan ada pulak accident…kereta ..Orang Kulit Hitam Africa yang bawak..dia langgar kereta orang Cina..sikit je..tak calar apapun..terus jadi gadoh besar…kecoh betul..tapi gua nampak..orang Cina,India dan Melayu memang bersatu dalam hal ni..pun sebenarnya..tak payah la nak bergadoh-gadoh..kita semua kan ke bangsa manusia..benda pun kecik je..ni sebab ego punya pasal..haha..seperkara di Bukit Bintang ni..penuh dengan warga Africa je la ni..dan depa ni kerek semacam jugak..dan lagi satu depa memang ramai dan berkumpulan…Kecoh punya kecoh…dua kereta peronda Polis pun sampai…siap bawak senapang..settle!!

Bersembang-sembang..pukul 3.30..Gua pun balik dengan member gua..Kul 4 pagi sampai rumah….nasib baik bini dah tidur…kalau tak dia akan bising-bisinglah..macam biasa..sebab gua janji pi 1 jam saja…hahahah…

ok..Ini lagu Dylan..antara album dia yang gua suka..Blood on the tracks(1974)..tajuk lagu ..if u see her ..say hello…

Dan lagi satu..Alhamdulillah..gua dah pi ambik master copy DRUR..Dah siap mixing semua..tunggu lay out siap saja..jenuh gua,Black dibantu Rahmat pi cari duit sana sini..pinjam sana sini..ada yang sokong,ada yang tak..ada yang kita rasa kita ingat kita boleh percaya,tapi menghampakan kita pulak..itulah…


Cat Stevens-Legend Series 7

0 comments

Cat Stevens(21/7/1948) adalah antara Singer/Songwritter yang banyak mempengaruhi muzik-muzik dan bentuk lagu yang aku bikin dulu.Beliau adalah seorang pencipta lagu yang sangt berbakat,ditambah pula mempunya suara yang merdu dan rupa yang tampan,beliau tidaklah sukar untuk mendaki tangga kejayaan dalam karier muziknya.Bagi sesiapa yang nak belajar buat lagu,bagus kalau jadikan lagu-lagu Cat Stevens sebagai contoh atau rujukan,sebab progressionnya,bentuknya atau arrangementnya menarik.Aku first time dengar lagu Cat Steven ni di tahun 1983 dulu,mas di tingkatan 4,sekolah kat kampung.Itupun brader aku yang belikan album the best of Cat Stevens.Jadi aku dalam album the best tu aku suka semua lagu..Yang paling berkesa ‘hard-headed woman’,sebab nak mencari lagu ni agak susah,complicatd sikit.Changin chordnya berubah-ubah dan unpredictable.Yang paling suka masa tu wild world,oh very young dan banyak lagilah.

Jadi bila aku dok Kl pada 86 aku start collect album-albumnya yang lain..yang paling berkesan pada aku album ‘Mona Bone Jakon’.Ini bagi aku album masterpiece beliau dan juga album Numbers.Album Numbers ni sangat unik sebab lagu-lagu banyak berkait dengan nombor dan pencarian(soul seaching).Ye lah,masa ni beliau masih dalam proses mengenal diri.Semua ugama dicubanya..Budhha,Hindu,macam-macam..hehe..Akhirnya dia putuskan untuk menjadi umat Islam sampailah kehari ini.Aku memang peminat Cat Stevens dari dulu sampailah ke hari ini..Bukan sebab dia masuk islam,tapi sebab dia memang seorang singer/songwritter yang sangt berbakat bagi aku.

Antara album album beliau…Matthew and son(1967)New Masters(1967)Mona Bone Jakon(1970)Tea for the tillerman(1970)Teaser and the firecat(1971)Catch Bull at four(1972)Foreigner(1973)Budhha and the chocalate box(1974)Numbers(1975)Izitso(1975)Back to Earth(1978)Selepas dia masuk Islam dia ada juga buat banyak album yang berunsurkan keugamaan seperti the Life of the last Prophet(1995)..Studio album dia yang baru an other cup(2006)dan terbaru roadsinger(2009).Mamat ni sejak dia keluar dengan first singles..i love my dog(1966),dah meletup…Tak ada masaalah untuk dia mengecap kemasyuran melalui dunia muziknya.Antara album-album Cat Stevens yang aku ada..Mona Bone Jakon,Forreigner,Numbers,Budhha and the chocalate box.Selain tu album the best dia,footsteps in the dark(1984).


Page 1 of 212