Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

orang itu kita itu asing

1 comment

Alangkah seronok dan berbahagianya kita bila bercerita tentang apa yang kita suka,tentang muzik yang kita minat contohnya.Yang kita minat itu bukankah asing pada selera dan minat ramai?Kita pun tahu tentang itu..Itulah,dan kita bersetuju juga bila kita ini tersangkut dizaman keagungan muzik 70an..penghujung 60an..awal 80an..Betapa kita letakkan Nick Drake itu atau Bob Dylan itu ditempat tinggi,atau Leonard Cohen,atau Jim Morrison,Jimi Hendrix,jimmy Page..Ritchie Blackmore..Ohh…terlalu hebat mereka-mereka ini..Pink Floyd?Wah..kita pernah hampir terbabas kerana asyiknya melayan album Pink Floyd,Animal..kocakan yang macam ribut dari gitar David Gilmour,membuatkan naluri kita segar dan mahu memandu dengan laju,seperti pemandu F1..malangnya kita cuma pakai Kancil saja..pun kerana asyik mashuknya dengan irama muzik..kita hampir jalan..ha ha ha..Mernjengah pula ke musim spiritual..kita jumpa hampir terlupa akan cerita dunia yang bergemerlapan..asyik sangat dengan lagu Kitaro..terutamanya lagu Straight away to Orion dari album Journey beliau….betapa menusuknya muzik Kitaro,maklumlah..segala macam bunyi boleh dibuatnya,angin,awan berarak,ribut,sedih,murung..segala macam..bukankah itu pengaruh LSD?..Atau betapa asyiknya melayan semangat kita bila mendengar lagu-lagu Ozzy Osbourne terutama bila menceritakan tentang album Diary of Madmannya..Siapa lagi kalau bukan gitaris hebatnya,Randy Rhoadnya yang dianggap antara gitaris hebat diawal 80an dulu…yang kita anggap sangat hebat dan revolutioner..oH betapa gahnya kita menghormati mereka..JOhn Lennon,Cat Steven,Jackson Browne,Van Morrison ..Oh sangat hebat dengan album Astral Weeks yang dianggap masterpiece yang terhebat diantara sekian banyak album beliau..Dan kitapun menyanyi lah lagu..moondance atau The young that lovers do…Oh betapa bersemangatnya kita menjiwai lagu itu..Lagu hit beliau yang tajuknya kita pun dah lupa..kita tak heran pun…ha ha ha…..Atau kita melayan album Cat Steven..mona Bone Jakon atau Numbers..oh betapa seronoknya jiwa kita bila menyanyikan lagu Novim’s Nightmare..bukankah itu siri episod pencarian yang belum menuju titiknya?Dan kita tidak heran pun tentang lagu Wild World..sebab biasa sangat pada kita..Kita tak heran pun bila dikata mereka minat Cat Steven,tapi bukannya mereka faham pun..kalau setakat melayan Greatest Hits,tak payah sembang la beb!!hahaha..betapa eksyennya kita masa itu..Ye lah..kita duduk didalam muzik itu sendiri..mereka hanya mendengar muzik yang taklah sampai ketitik pun..dan kita pun ketawa sampai pecah perut..Beatles?ohhh!!semua collectionnya kita ada..Lennon adalah wali..itu saja yang ada dalam code yang kita simpan dalam list otak…Harrison adalah wali…spiritual..hebat-hebat..Mccartney?itu kita buang dalam tong sampah..kecuali dia adalah pembikin lagu yang hebat yang kitapun tidaklah menafikan..Yang penting pada kita attitude..attitude..attittude…yang lain pergi mampos…Mnejengah pulak kezaman Punk..ohh..terlalu banyak band yang bagus..faham lah kita tentang kesamarataaan penilaian tentang manusia..kamu tahu 3 kord..jom bikin band..bikin muzik sendiri..pun boleh jadi hebat..Sex Pistol,Ramones..legend…Clash?wah!!hebat-hebat..should i stay or should i go…yang kita pentingkan adlah attittude..yang lain pergi mampos…!!!mereka ini bikn album dan meletup..itu hakikat…

to be continued…


Sehari-hari yang malas..

2 comments

Sehari dua ni gua malas.Memang dalam kategori pemalas pun.Dok melangok,melayan hari yang murung,hujan,beku,macam nak demam tapi tak demam.Malas membaca,menulis,nak update blog pun malas..ha haa ha..itu lah,dulu masa gua dok melepak di Luncai Emas,tahun 94 dulu teringat kata-kata Wan Rastari,dia ni sound engineer..kerja dengan Nasir..dia kata ..Lu tak serius untuk jadi artis..La ni gua setuju apa yang dia cakap..Tapi serius yang macamana tu?Sebab kalau nak jadi artis yang gilang gemilang,kemilau cahaya bintang..gua memang tak nak..yang gua nak yang macam ni la..macam tak serius,tapi serius beb!!Ini hidup dan bentuk yang gua mahu..yang biasa saja,tidak berlebihan sebab yang berlebihan itu penyakit.Memang tak glamour,memang tak laku sangat..tapi tak apa lah..lu hidup puas dengan glamour dan kayaraya pun ,sampai dipenghujung jalannya lu jalan jugak..Memang bukan senang nak senang..tapi kalau senang buat kita lupa itu ini..pun tak kemana juga..

Apapun disini gua nak ucapkan terimakasih pada yang datang ke program TAF..Tabung untuk Amirul Fakir..seronok dan sukahati sebab ramai yang bagi sokongan pada Amirul dalam meniti hari-hari yang begitu menekan dan menduga hidup dia dan keluarganya.Apa yang boleh kita bantu,itulah…moral support semoga dia kuat dan tough dalam menjalani hidup yang memanglah tak semudah yang kita janjikan.Mengikut perkiraan collection hari tu..lebih kurang 4k..Alhamdulillah..Kalau boleh gua nak 40 k…tapi 4k pun ok lah..sebab duit la ni kecik sangat valuenya..dulu nasi lemak dan mee goreng 15 sen..la ni dah rm 2..dulu beras murah sangat..la ni semuanya dah jadi barang dagangan milik kapitalis,yang kerjanya bermuka-muka dan menindas golongan bawah..macam kita.La ni beras 10 kg..dah rm 28..apa diorang peduli pun masaalah rakyat..hehe..Malas nak cerita,sebab solutionnya pada dioranglah..ha ha..
Apapun..Alhamdulillah..pada yang bagi sokongan pada Amirul…terutama Datuk Lat dan bapak A.Samad Said..

tq


Neutral….sebiasanya kita

6 comments

Agak sibuk la ni..ada perform sana sini juga..banyak kawan-kawan suka album baru..DRUR..Ada juga buku,SEMBANG TEPI JALAN..Baru di release 24/10 lepas..di Annexe,Pasar Seni..Semalam perform di Chinese Assembly Hall..untuk program malam prihatin Padang..first time gua nyayi lagu ..Lagu Aman Lagu Damai..sajak Ubilepih..orang tepuk tangan dari awal sampai habis lagu..itulah..muzik itu hidup disana sini..RS Murti back up gua gitar..

Tadi gua jumpa member lama,Azmie Burger…dia beli CD DRUR..dengan buku gua..di Wangsa Melawati..dia ni gua respek dan kenal dah lama sejak Pasar Seni bukak lagi..sebab dia antara yang mula sekali bukak gerai Tshirt dan cenderamata disana..Dan code dia yang gua suka..BEKERJA SENDIRI LEBIH BAIK DARI MAKAN GAJI..First of all..kita rapat sebab taste muzik sama..dia suka Dylan,Ebiet,Jim Croce,Fals..Allman Broters..Jadi itulah..Dia pun dah sukses..Azmie ni dulu dia kartunis di majalah kartun BATUAPI milik abang gua,Mishar..
Jadi gua jumpa dia..sembang-sembang..

(more…)


Jom ke Ipoh,14hb ni..TAF..

2 comments

Kita hidup ni bagus kalau boleh berkongsi nikmat hidup,bersembang-sembang,santai..sambil lepak-lepak..bercerita tentang butir-butir masaalah dan riangria hidup yang akhirnya dan sebiasanya akan jadi bahan lawak jenaka..Sebab kita tahu dan sedar ianya hanyalah sekadar nikmat hidup yang kita sedang melaluinya..

Aku kenal baik dengan Amirul Fakir..sejak lepak di Ipoh..2006 dulu..ye lah,kat Ipoh masa tu geng kurang..Syed,Hanim,Kamal Sabran..Jadi Kamal pun aku kenal masa di rumah Hanim.Dan kitorang selalu berjumpa disana..Di YKP..Terutama kalau ada aktiviti Seni..Jadi hidup aku tak la rasa sunyi sangat..Aku tinggal di Meru Permai,Hanim di Bercam..belakang Tesco Extra..Amirul mula-mula aku ingat dia tinggal di Manjoi..rupanya tinggal Di Meru juga..ha ha ha..Kamal pulak di Silibin..semuanya dekat-dekat..Macam Kamal aku selalulah berjumpa dia selalu..lepak-lepak..di kedai mamak Rahim,Jelapang..Selalu dia datang bawak anak dia yang bersekolah Tadika..

(more…)