Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

mari kita bicara pasal kejujuran..

4 comments

Walaupun istilah kejujuran sering dimanipulasi oleh golongan yang berkepentingan,namun aku masih suka untuk bercerita tentang subjek dan permainannya..
Tadi pagi aku dan Nik dijemput untuk perform/busking di KL Sentral..diorang nak lancar program diorang..jadi aku dan Nik pun bikinlah,support apa yang patut…

Itulah,bagi aku,seperti yang aku sembangkan tadi dengan seorang kawan..Kalau nak dikira jujur..Pemusik,penggiat seni,Busker,penyajak..mereka adalah orang-orang yang jujur..yang tak berkepentingan sangat..Sepatutnya disokong oleh pihak gomen..berbanding dengan golongan politikus..permainan mereka bagi aku sangat teruk..korupsi,bodoh,gila kuasa,gila pangkat,kapitalis,yang diorang tau macmana nak bikin duit banyak dan berkuasa dan terus berkuasa..
Ini macam kita ni yang nak dikacau..kita ni apalah sangat..Dah lah hidup tak sesenang mana..mungkin sebab kita tak pandai dalam bab ampu mengampu..jadi payah sikit..yang itu kita terimalah..
Macamanapun bukan semua golongan politician yang begitu..yang bagus- tu baguslah..
Aku penat sebenarnya melayan satu demi satu bab-bab dalam kehidupan ni..

Kejujuran bukan ada maknanya sangat pada hari ini..

Ni aku tengah pening ni..kereta meragam..gear box rosak…mampos!!hahahahhahaha…mana nak cekau duit..hahaha

apapun kita layan ini lagu fav gua masa dulu..jangan salah faham..gua suka lagu ni sebab ada part lirik dia ..bila engkau disampingku,kembalilah warna-warna ungu..warna ungu tu..hahaha..ungu ni bagi gua warna psychedelic…dia tak cakap warna putih ke atau hitam..dia cakap ungu…hahaha


mari bertuhankan duit!!

1 comment

Hidup la ni makin payah,makin banyak orang tak kerja,susah nak cari makan,hanya segelintir yang boleh lepas.Tak ada duit memanglah susah,sebab kos sara hidup tinggi beb!!nak kencing/berak dah 50 sen..air suam 30 sen..pendekata semuanya duit.banyak kawan sebab duit.Hilang kawan pun sebab duit.Tak ada duit,adik beradik pun tak pandang..Dan kawan-kawan pun suspen je nak dekat..ha ha ha…Jadi duit ni memang berperanan dalam membantu perwatakan manusia dari level insan ke level hewan.Orang gila tak suka duit,orang politik suka duit sebab dikatakan ianya mampu membeli jiwa rakyat yang miskin ilmu.Orang yang tak suka duit selain orang gila,itulah orang yang bukan orang..bukan Tuhan.Mereka itulah yang duduk didalam peliharaan Tuhan semesta alam.di alam Tuhan tidak ada material sebab jiwa itu tak memerlukan apa-apa..yang mahu itu ini..nafsu..kita semua bernafsu.
Aku kenal banyak perwatakan hidup dan manusia,sebab aku selalu ada dijalanan,walau aku belum sampai kehujung usia,tapi aku rasa aku cukup faham tentang sikap manusia,pun begitu hidup adalah proses.Melalui riak muka,kita boleh kenal sebab yang didalam itu tak mampu menipu.yang didalam itu satu,dari yang satu..permainan nafsu terbatas sebenarnya,ianya hanya diruang lingkup akal fikir yang tak kemana,sebagaimana usia kamu yang bila sampai masanya mati,tubuh kamu jadi jasad yang tak berfungsi,ditanam didalam kubur atau tanpa kubur.Dan dimasa itu segala apa yang kamu miliki bukanlah milik kamu lagi..
Namanya pun hidup ini,hal..hal itu dunia,dunia itu sendiri adalah masaalah..Pun bukanlah kita menafikan masaalah.bahkan kita duduk dan bergaul dengan perihal masaalah itu sendiri.Maknanya kita tidaklah menafikan.

Tapi itulah.tak ada duit susah juga..dah berduit makin nak banyak duit,dan dari situ datang la macam-macam sifat yang tak baik seperti tamak dan bakhil dalam diri kita.Dah makin banyak duit,mulalah nakkan kuasa,dah macam Tuhan le pulak.Pun sebagaimana Firaun,tak sampai kemana pun.

Biasanya orang yang berduit dan berharta dipandang tinggi oleh masyarakat yang cetek ilmu tentang Tuhan.Imej itu permainan,maka janganlah tertipu olehnya..

Itu hari bini aku dok tanya,kenapa aku tak takut mati..sebab aku ini dilihatnya miskin dalam hal ibadat malah miskin juga harta dunia..Bila aku senyum tanpa jawab,disanggahnya pula..lepas tu aku ketawa menampakkan gigi-gigi yang semakin kurang..jadi aku ini subejk yang hodoh lah mungkin..Aku bagitau bini aku..aku tak boleh nak jawab..tapi aku bersetuju bila sampai masa segalanya akan jadi ok..sebab aku positif..Dan aku setuju tentang solat..atau apa-apa juga hukum halam yang boleh menjadikan manusia itu mulia disisi manusia.Disisi Tuhan?he he..itu kita tak tau,sebab terpulang kepada dia..bukankah kita ini miliknya?Dah dibagi nyawa itu dah cukup bagus.Bagi akulah..Jadi kalau aku bersolat itu untuk menambah baikkan level dalaman atau jiwa aku sendiri.Itu yang sepatutnya..Dan contoh juga untuk anak-anak.

Jadi mahukah kita bertuhankan duit?atau pun itu yang sedang kita alami tanpa kita sedar?he he..


Busking..jom!!

7 comments

Setiap jumaat,sabtu dan ahad…gua akan busking di KL Sentral..pukul 2 keatas gitu dengan Nik.Ianya menyeronokkan..practise yang ddapat duit..Ianya membantu,sebab jadi penyanyi Folk,bukannya senang sangat hidup..itu kenyataanlah..dan gua setuju itu..tak ada hal,sebab itu yang gua pilih..Cuma bagi gua busking tetap istimewa..duit dari hasil busking walaupun taklah banyak tapi ianya menyeronokkan..tak sama dengan duit jual CD..
Sebenarnya CEO KTM yang baru yang punya idea ni..dikhabarkan dia dapat idea ni bila berkunjung ke London,disana ada banyak Busker,jadi bila dia balik sini,dia nak bikin program yang macam gitu,ianya bagus dan gua sokong,tapi itulah…next CEO kita tak tau macamana pulak idea dia..ha ha ha..walaupun kita tidak dibayar kecuali ada program,ianya tak ada hal..

Jadi kalau ada masa jom kesana..semalam,sabtu brother Pyan pun ada melepak dengan kitorang..

Benda yang bagus bagi gua,gua kena sokong..keadaan pumn teruk sekarang ni..survival beb!!


terimakasih Tuhan..sebab bagi aku pening

4 comments

Semalam ada seorang pembeli dari utara,sms tanya macamana nak beli DRUR..Jadi aku pun reply la,bagitau cara pos la,bagitau juga harga sekian sekian..so ok lah aku rasa,rm 20 saja..jadi pembeli ni tak reply balik,kebetulan aku masih ada no dia,jadi aku pun tanya..jadi ke nak order DRUR?

Lepas tu dia reply,dia cakap..’malam ni nak buat sunat isthikarah dulu,besok baru boleh bagitau nak beli ke tidak..hahaha…aku termenung,tak tau nak cakap apa..hahaha..Lepas tu aku reply juga,aku cakap..”benda ni jangan bagi complicated,bukannya ada hal sangat pun..rm 20 saja..kalau ada was-was atau rasa tak selesa,atau masih fikir boleh ke tidak dengar muzik macam ni..tak payah le beli..
Aku pun tk tau apa orang lain fikir,sebab itu pegangan masing-masing..cuma inilah pertama kali aku dapat jawapan yang macam ni…Apapun tak kisahlah..dengar muzik,apalah sangat..bukannya boleh bawak ke mati..tapi kalau kita calculative sangat pun tak elok juga,itu pada aku la..hidup ni bergantung pada nawaitu kita,cuma aku rasa tak akan ada pembeli yang rasa berahi atau bernafsu gelora,sampai naik shahwat bila dengar lagu I.S.A,atau bapakku seorang YB,atau memali?atau lagu pasal Shamsiah Fakeh..ha ha ha..ke ada yang jadi gitu bila dengar lagu-lagu dalam album DRUR ni?hahaha..sakit tu beb!!

apapun itulah SMS yang terbaik yang aku terima dari pembeli album DRUR…terimakasih


Page 1 of 212