Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Tuhan ada dimana-mana

5 comments

Tuhan ada dimana-mana.Semalam gua mengadu hal dengan dia dan ada marah-marah sikit.Lepas tu,dalam 1 jam selepas itu,dia datang selesaikan masaalah gua,yang buat gua bermenung dari semalam sampai ke hari ini..Tajali sifat nya nyata,dan gua bermenung lagi sampai saat ini..sebahagian hidup kita adalah keajaiban yang bukanlah luarbiasa sebenarnya,kerana dia itu maha tau dan sangat memahami..

Terimakasih…

lagu gua sajak dollah jones…


Ayah,jangan le tua..

4 comments

Semalam gua sembang lagi dengan anak gua,Aqeef yang gua panggil dia Achik..dia cakap..mula-mula dia tanya umur gua dah berapa..Gua pun bagitau,dah 40 lebih..Ibu?Ibu dah 30 lebih..

Lepas tu dia cakap..Ayah jangan le tua..Dan dia serius..haha..

Gua pun bagitau,Achik,kita manusia semuanya akan jadi tua..Achik pun nanti akan jadi tua juga..Nanti bila Achik besar,akan faham..

Hidup ini sebahagian besar rencahnya adalah kesedihan,itu sebab bila lahir kita akan menangis..itu fitrah..kamu tengok bumi sebahagian besarnya adalah lautan..itu fitrah alam…jadi memang gitu..apaa yang boleh kita bikin?Bukankah itu kenyataan alam yang tak pernah menipu..

Anak-anak gua pun bila besar akan ada perjalanan dan takdir mereka sendiri..itu fitrah kemansiaan,dan kita pun sampai masa akan melepaskan segala apa yang kita ada..Dan kasih sayang Tuhan itu saling bertaut..Itu sebab blog gua namanya pestajiwa..sukaduka bercampur…dosapahala bercampur,jadi warna yang masing-masing kita boleh terjemahkan mengikut faham masing-masing..

Tapi bila gua tengah haru biru..gua suka nyanyi lagu ini…yang dibawah ini..hahaha..


tak seindah wajah..

3 comments

Ini lagu yang bagi gua antara yang terbaik dari kolobrasi Ibrahim Bachik dan S.M Salim..tak seindah wajah..Liriknya tajam,berkias,beradat,dan penuh dengan elemen kemelayuan..Gua sangat suka dan respek lagu ini..ini lagu gua suka untuk nyanyi masa busking..ceritanya menyindir sikap-sikap kita..orang Melayu terutamanya..\

KUKIRA AUR DIPINGGIR TEBING

RUPANYA TEBU DIPINGGIR BIBIR

KUKIRA JUJUR PANCARAN BATIN

RUPANYA PALSU PENGHIAS ZAHIR

KUKIRA HATI JIWA NURANI

JUJUR SEINDAH WAJAH TERBAYANG

KUKIRA PUJI SEIKHLAS BUDI

KULUPA LIDAH TIDAK BERTULANG

DIMANIS GULA SEMUT BINASA

KAIL BERDURI BERSALUT UMPAN

DIMANIS KATA INSAN TERLENA

KERANA BUDI HAMBA TERKORBAN

INIKAH DIA LAKONAN HIDUP

DIPENTAS DUNIA INSAN BERPURA

TIPU DAN DAYA MENCAPAI MAKSUD

BUDI DAN HARTA MERANGKUM NODA…


kita adalah pengembara..

2 comments

Suka atau tidak,minat atau tak minat,kita terpaksa mengakui bahawa kita ini hanyalah seorang pengembara.Resah,bahagia,sakit-hati,benci,irihati dan entah apa-apa lagi,adalah rencah dan permainannya.Miskin,kaya,papa,gagal,berjaya..itulah kita,kerana kita adalah watak yang sedang kita lakonkan mengikut srip yang ditetapkan,dan kita tak punya pilihan sebenarnya.Kesempurnaan adalah bahagia mengikut persepsi dan kefahaman individu tentang wataknya.
Kita pilih apa yang kita mahu,hidup terus atau bunuh diri.Itulah pilihan kita.Ketidakadilan Tuhan sebab mengapa ada orang baik,ada orang jahat,ada orang macam baik tapi jahat,dan ada orang macam jahat tapi baik?Dan,ketidakbenaran begitu bermaharajalela memainkan pranan dalam mencorak isi cerita dimukabumi ini sejak adanya habil dan Qabil.

Ya,kalau itu mengikut logik hukum akal,boleh saja jika kita mahu memaki Tuhan atas sebab yang kita rasa perlu,sebab benci dan menyampah juga adalah sebahagian rasa dan nikmat cinta pada Tuhan yang tak berpenghujung.Ianya akan tetap kekal misteri sehingga kita mengadapnya.

Untuk aku,aku sedang memahami apa yang sedang aku lalui.Solutionnya memang tidak ada jika kamu bertanya aku tentang cerita-cerita kartun tentang dunia hari ini.Seperti kata Fanky Sahilatua dalam lagunya..”aku heran,aku heran yang salah dipertahankan,aku heran..aku heran…yang benar disingkirkan…”

Jadi jangan heran…ha ha ha..Sebab memang macam gitu cerita dan kehendaknya.kita cuba untuk meratap dan berdoa..pun jika jawapannya masih begitu?Berdoa lagi sampai ianya jadi tidak telus juga pada keputusan dan hukum alam..maka jadilah kita seorang yang suka mengharap belas dan ihsan Tuhan melalui takdir yang telah pun direncanakan sejak segala kejadian belum lagi ada.

Imej ..terlalu banyak imej..sedang imej bukanlah statik..ianya berubah-ubah,sehingga bila diteruskan akan menjadi fesyen pula..jadi apa yang nak dibanggakan dengan imej manusia?Aku lebih suka jika pokok-pokok itu dipelihara tahap suburnya,dipakaikan baju dan cermin mata,atau anjing-anjing itu diberikan akal mengikut tahap fahamnya tentang alam ini..

Hari ini orang sembahyang jumaat,kalau tak nak sembahyang..pegi buat taik mata…atau bersuka-suka gelak ketawa dikedai makan sementara masuk kerja balik pada 2.45 petang..memang tak bagus,tapi itulah kenyataannya cerita kita hari ini..he he..

ini lagu fav..dan guitarist fav aku..Dominic Miller..bekas guitarist Level 42..dan Sting..shape of my heart


Page 1 of 212