Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Orang-orang hebat…

7 comments

Semalam gua menonton video Michael Jackson..dengan anak-anak gua di rumah…Bayangkan, setiap saat pergerakan yang dia lakukan..Penonton akan menjerit, menjerit dan menjerit…Itulah Michael..Satu dunia kenal dia..

Dia bukan manusia biasa, dia luar biasa..Mega star..seperti kata M.Nasir suatu waktu dulu, bila aku bersembang-sembang dengan dia..aku setuju..

Kalau kamu menonton video live dia..kamu tak akan bosan..memang menghiburkan, dia memang dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi seorang penghibur..dia seperti lilin yang menerangi hidup kita..

Adakah dia bahagia? Aku tidak rasa dia bahagia dengan kehidupannya..tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang bintang..umur 10 tahun sudah bergelar jutawan..

Dia tidak boleh ke sana-sini, dia terpaksa mencipta dunia dan fantasinya..Dia mahu hidup 150 tahun..tapi umur 50 tahun dia mati..

Kehidupannya dieksploitasi semaksimumnya kerana dia adalah ringgit..Kalau seluar dalamnya dicampak ke penonton, mereka akan menciumnya walau sebusuk dan setengit mana pun baunya….

Kamu pergi ke ceruk manapun dalam dunia ini..hatta ke perkampungan orang asli sekalipun..mereka akan kenal susuk yang bernama Michael Jackson..

Setiap kali gua menonton videonya..gua akan menggeleng-geleng kepala..sangat hebat..Anak-anak gua akan melompat-lompat..

Levelnya sampaikan kalau dia berdiri tegak tanpa bercakap sepatahpun..itupun peminatnya sudah menjerit-jerit histeria..

itulah Michael Jackson…Aku tak rasa akan ada pengganti..

Ya, di dunia ini dia memang hebat..sebab dia dilahirkan untuk menjadi orang hebat..

Aku bukan peminat Michael Jackson..haha..tapi aku dan kebanyakan orang akan bersetuju yang dia memang orang hebat…

Tuhan? itu tidak boleh dibandingkan dengan apa atau siapapun..kalau dibandingkan maknanya dia bertempat..Kita bercakap atas dasar kita sesama kita..manusia..sehebat manapun..kita hanyalah manusia..itu sahaja..

*Selamat menyambut hari merdeka..


Hari tua…dan mati..

0 comments

Semalam gua praktis dengan kawan gua di rumah kawannya..Kawannya itu orang putih dan isterinya bebangsa India..Di rumahnya ada 2 ekor anjing..Bila berkesempatan aku pun berbuallah dengan isterinya..perihal anjingnya..seekor tu muda lagi…itulah katanya umur anjing kalau paling lama boleh hidup pun 18 tahun..sekarang anjingnya yang tua berumur 15 tahun, dah tua dah..Dah tua dah..kesian juga aku tengok anjingnya yang tua tu..memang baik, ikut cakap tuannya..berjalan pun dah slow..

Dan kematian adalah subjek yang sangat melukakan..walau penyerahan adalah tempat yang paling atas, kita dikurniakan perasaan..Mereka tak punya anak..itulah aku tengok, memang perhubungan anjing ni dengan tuannya sangat akrab..dia anggap macam anak sendiri..

Aku dulu masa budak pernah membela burung pipit, aku ambil dari sarang masa tu..memang aku sayang..bila balik sekolah aku panggil je burung tu akan datang, bermanja…walau aku lepaskan dia akan datang pada aku…jadi bila dia mati dimakan kucing..aku sedih yang amat…terasa betul kehilangan..

Itu aku bagitau macamana kalau anjing dia mati nanti..dia boleh take it ke? Dia kata susah ..sangat melukakan…cuma dia sedang meraikan hari-hari akhir anjingnya dengan membahagiakan anjingnya..
Memang sedih..kesedihan akan datang juga..tapi kalau kita berikan kasih sayang sepenuhnya…ianya adalah kesedihan yang matang untuk dihadapi..itulah…

Hari-hari keluar dalam akhbar manusia buang anak..ianya menyedihkan untuk kita melihatnya..

Kasih-sayang perlu hadir dalam jiwa..dan kita perlu menghargainya..dalam masa yang sama kita juga perlu bersedia ..untuk kehilangannya..Kalau tidak ada sifat kasih-sayang..jangan jadi manusia..


Blur…

2 comments

Mellow..bulan puasa ni mellow je…udara pun mellow..suasana dalaman pun mellow, redup, lembut…gua selalu berhati-hati di bulan puasa ni, maklumlah biasa selalu berteman kan candu…jadi bila tak ada candu, selalu terlupa..biol sikit, itulah yang tak baiknya merokok ni..itu hari member gua dia cakap nak berhenti sebulan merokok di bulan puasa ni..tup tup…3 hari puasa dia bagitau gua tak boleh tahan..gampang betul!!haha….gua cakap sama dia macam dalam babak Haji Bakhil dok ngorat Cikgu Murni..”Bagus, begitu cara berfikir”..hahaha…

Gua busking juga bulan pose ni, itulah…siang tak ada apa buat pun, bila busking..mood pun mellow, candu tak de…lagi le mellow…Apa pun sekarang ni bini gua menambahkan munajatnya berdoa pada yang kuasa semoga laki dia berenti hisap rokok…Dulu gua cakap sama dia gua hisap rokok 5 batang satu hari..dia cakap..”banyaknya”..Akhirnya gua kantoi juga, dia dapat tau gua hisap rokok 1 kotak besar 1 hari..Dah 15 tahun kawin ni, pandaile sikit dok tepis sana sini ikut olgik semasa…ha ha…sebab gua dengan bini ni tak boleh pakai logik fitrah alam, spiritual, falsafah…awal-awal lagi dia dah reject..jadi gua kena pusing sikit, tepis-tepis..dan akhirnya gua cakap sebagaimana seorang suami cakap kat bini dia..”tolonglah berdoa untuk suamimu”, gua sebab kalau berdoa gua suka berdoa ..”tolong jangan dulu Tuhan, aku suka hisap rokok”, macamana nak berhenti..? Sebab gua suka bersikap telus pada diri ..memanglah tabiat yang tidak baik bagi logik akal dan kesihatan, tapi apalah gunanya kita jika suka menipu diri sendiri..?

Cuma channel sebenarnya ada kat anak gua yang umur 8 tahun tu kot, kalau dia yang sound gua, gua mungkin surrender..Dia lain macam sikit..dia betul maksudkan bila dia sound..tapi la ni, gua dok lari-lari bila dia keluar tune dia yang tak best…haha…Apa lagi yang kita ada dalam hidup ni, anak le..dia pernah sound gua masa makan kat kedai mamak,”ayah Achik tak suka le tengok ayah hisap rokok, buang sekarang!!”, Adoi, dah la hari itu, itu rokok pertama yang gua hisap..potong stim betul..akhirnya selepas di desak 10 kali, gua pun buang la rokok yang baru di sedut 2-3 pam. Tak apa la, dia bukan suruh kita buat benda tak elok..

selainnya? marilah kita layan lagu fav gua ini…

keterangan/info untuk video clip dibawah:

yang belah kanan sekali tu legend flamenco singer, Camaron de la isla, dia ni umur 8 tahun dah dok busking di bas stand, ada juga Paco de Lucia, yang memang amat terkenal..antara gitaris flamenco terhebat sepanjang zaman,tapi dia dok belah kiri sekali…yang dok main gitar tu famous juga, Paco Cepero..dia otai, antara yang terkenal..dan yang menyanyi yang mula-mula sekali, tu El Turronero..gua tak tau apa masaalah dia semua keluar dalam lagu dia..gaduh dengan bini kot…hahahaha..penuh perasaan..sangat berkesan..maklum la..kepala tune banyik punya…haha


Apa pun boleh…

3 comments

Dalam hidup ini nak jadi apa pun boleh..Di bulan puasa ni, ada yang berpuasa dan ada yang tidak berpuasa..pun boleh, itu masing-masing punya hidup…Anak gua first day puasa, adoi…kesian gua tengok dia…pucat mukanya, tak bermaya langsung..sampai muntah-muntah..dia 8 tahun, jadi esoknya, jangan puasa..tunggu dah umur 12 tahun ok le kot..macam kakak dia..

Bagi seorang perokok, bulan puasa adalah mellow, kena banyak dengar lagu Nick Drake..atau mood yang moody, gelap, murung, blur, mendung..apa lagi? Jadi memang tak best..ha ha ha..at the end..?

Gua suka bulan puasa..sebab makanan waktu siang susah nak dapat, dan kalau yang tak puasa tu, akan merasa kesedapan kalau dapat makan walaupun nasi putih dengan telur goreng, lepas tu makan depan orang yang sedang berpuasa…dan untuk yang berpuasa akan menduga imannya..sabar….sabar dan sabar…

Jadi konklusinya…kalau yang tak puasa tu, jangan sibuk nak beraya , pi dok diam-diam ..makan lemang dan ketupat..hahaha


Page 1 of 212