Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Memahami musim..

0 comments

Sekarang ni musim demam, musim orang tak sihat. Hari itu saya dapat banyak rezeki, lebih dari biasa. Banyak bagi kita golongan biasalah, golongan marhaen. Jadi rasa sukalah juga. Balik ke rumah agak senang hati.

Sampai rumah bini saya bagitau salah seorang anak saya, Aqeef demam dan batuk. Pun saya susah hati juga. Ada duit pun susah hati juga..ha ha ha. Duit kalau tak ada saya tidak susah hati sangat. Sebab ianya hanya keperluan untuk kita hidup. Saya boleh cari duit, itu tak ada masaalah sangat. Tapi kalau anak-anak sakit demam saya akan rasa tak best. Ternyata duit bukanlah jawapan untuk segala-galanya di dunia ini. Saya pun bawak anak saya ke klinik.

Tapi kenyataannya juga bukanlah anak-anak kita atau siapa-siapa yang kita sayang itu tidak akan sakit demam. Ianya sebahagian dari rencah hidup juga. Tapi itulah, saya masih ada kerisauan untuk itu sebagaimana sifat-sifat manusia yang masih berkehendak.

Memahami kehendak anak-anak pun satu bab juga. Anak perempuan saya, umurnya 14 tahun. Ibunya selalu bising-bising. Biasalah anak perempuan yang sedang menuju ke dunia remaja. Kita pun faham, sebab kita pun pernah melalui musim remaja juga. Dia nak jumpa kawan-kawannya. Kalau tak diizinkan, mukanya akan masam sehari suntuk macam cuka dan dia akan lepaskan geram pada adik-adiknya. Kalau diberi kita ni sebagai ibubapa agak risau juga. Bukan senang nak jaga anak perempuan ni. Anak perempuan saya ni memang banyak ikut genetik saya. Dengan saya dia sangat jarang bercakap. Tapi saya tahu dia sayang saya indirectlynya..ha ha..

Ada juga saya bersembang-sembang pasal anak-anak ni dengan kawan baik saya, Syed. Dia pun ada anak perempuan remaja. Jadi itulah, yang terbaik bagi saya, cubalah kita memahami dunia dan kehendak mereka sebaiknya asal dia tahu jaga diri. Anak perempuan saya ni kalau muzik dia cukup suka Lady Gaga dan yang semusim dengannyalah. Saya cukup pening kepala bila dengar lagu Lady Gaga. Tapi itulah, dah itu yang dia suka, saya pun downloadkanlah lagu-lagu Lady Gaga untuk dia.

Saya lebih suka kalau dia dengar lagu-lagu Sinead O’ Connor, Kate Bush, Joni Mitchel atau yang bagus-bagus bagi sayalah. Tapi itulah, dah itu yang dia suka, apa yang saya boleh buat. Kalau itu yang membahagiakan halwa telinganya, saya pun tumpang bahagia.

Pagi tadi saya hantar dia berjumpa kawan-kawan sekolahnya di Pizza Hut Wangsa Walk. Seronok sungguh dia, saya pun tumpang seronok. Bila dia balik saya akan ambil, nampak jelas di wajahnya rasa kepuasan. Betul juga, takkan nak suruh dia duduk rumah jaga adik-adiknya saja. Itu tidak adil juga untuk dia. Saya pun kata pada dia, lain kali jumpalah lagi kawan-kawan sekolah dia, nak berjalan-jalan ke Jaya Jusco ke, tak apa. Kebahagiaan dia, kebahagiaan kita juga.

Anak lelaki bujang saya, Adam yang mengidap Autisma, itu yang melengkapkan siri dukacita saya tentang nasib dia. Ianya akan menghukum saya seumur hidup. Saya mahu dia sembuh dan normal seperti budak-budak lain, tapi apa daya saya untuk itu. Kenyataan hidup kadang-kadang sangat melukakan. Bayangkan jika segunung intan dilimpahkan untuk saya, untuk membayar harga sebuah dukacita saya terhadap nasib anak saya Adam, ianya tidak bermakna sama-sekali. Tapi itulah, kenyataan hidup perlu kita hadapi, perlu kita terima dan jangan kita nafikan takdir yang datang. Wallahualam..


Ikon-2

0 comments

Pink Floyd. Saya mula dengar album Pink Floyd waktu di kampung ‘The Wall’ tahun 1984, kaset original yang dibeli oleh seorang kawan. Dari situ saya mula tertarik pada muzik-muzik Pink Floyd. Structure lagu, sequal antara melodi ke melodi yang seterusnya. Dasyat band ni.

Tahun 85 saya melepak tinggal dengan kakak saya, suami dia ada koleksi piring hitam album Pink Floyd ‘Dark side of the moon’.

Bila mula melepak di Pasar Seni tahun 1986 dengan kawan-kawan yang hardcore pada muzik Pink Floyd seperti Foad dan Wan, saya bertambah seronok dan sangat suka hati sebab berjumpa dan kenal dengan kawan-kawan yang sama-sama gila muzik.

Tahun 93 saya selalu ke studio Luncai Emas, membelek koleksi piring hitam milik Nasir pun ada album Floyd..ha ha ha

Dari situ saya beli buku dan kaset-kaset Pink Floyd. Antara period Syd Barret dan Gilmour kita boleh nampak jelas perbezaan dari segi muzik Barret dan Gilmour dan diantara itu Roger Waters bagi saya yang paling hebat, sebab lirik-lirik banyak dia yang bikin. Tapi Gilmour dan Water punya Chemistry yang hebat seperti McCartny dan Lennon.

Best of the best diantara semua pada saya Syd Barret. Sebab Pink Floyd di era beliau nampak jelas perbezaan muzik yang dibawanya. Nampak jelas dia adalah Pink Floyd. Barret memang gila. line up lain seperti Waters, Mason dan Wright tidak begitu menonjol. Itu sebab pagi peminat Floyd especially yang dengar earlier Floyd banyak yang lebih suka muzik Barret.

Apa boleh buat, tali kalau tegang sangat boleh putus. Saya suka lagu Arnold Layne dan see emily play juga album solo beliau yang banyak dibantu oleh Gilmour yang jodolnya ‘baby lemonade’. Waktu itu Barret sudah selesa tinggal di dunia yang hanya dia yang faham.

Pink Floyd selepas era Barret adalah Waters. Gilmour bagi saya hanyalah seorang pemain gitar yang hebat dan seorang pemuda yang baik hati. Umpama sebuah lukisan, Gilmour saya ibaratkan lukisan pemandangan realistik yang cantik dan menawan berbeza dengan Waters, lukisannya seperti saya menatap lukisan expressionist hebat Pollock atau Van Gogh. Expression atau luahan.

Muzik di era Gilmour sorry to say, saya tak berminat sangat. Bila Waters bikin album solo pun saya tak minat juga walau dia panggil Jeff Back main gitar untuk album dia. Waters- Gilmour adalah Pink Floyd selepas era Barret. ‘Animal’, Dark Side of the Moon dan wish u were antara album yang sangat saya suka.

Floyd banyak menjadikan Barret sebagai sumber inspirasi untuk lagu-lagu mereka yang hebat seperti ‘shine on you crazy diamond’.

Shine on you crazy diamond (part I-V)
——Pink Floyd

Remember when you were young, you shone like the sun.
Shine on you crazy diamond.
Now there’s a look in your eyes, like black holes in the sky.
Shine on you crazy diamond.
You were caught in the cross fire of childhood and stardom.
Blown on the steel breeze.
Come on you target for faraway laughter.
Come on you stranger, you legend, you martyr, and shine!

You reached for the secret too soon, you cried for the moon.
Shine on you crazy diamond.
Threatened by shadows at night, and exposed in the light.
Shine on you crazy diamond.
Well you wore out your welcome with random precision.
Rode on the steel breeze.
Come on you raver, you seer of visions.
Come on you painter, you piper, you prisoner, and shine!

Pink Floyd – Shine On You Crazy Diamond (Video is reportedly Syd Barrett’s first documented acid trip – Summer, 1966) R.I.P. Syd


Antara lagu yang bagus-4

0 comments

Saya sebenarnya agak memilih tentang perihal artis-artis baru yang real dan hebat pada sayalah. Jadi ada juga yang bagus, bukan tak ada. Kawan saya si pelukis hebat Kamal Sabran antara fav artist singer/songwritter dia Damien Rice dan Jeff Buckley. Kamal ni taste muzik dia bagus juga. Sebab dia pun kaki eksperimen.

Itu 2 tahun lepas bila saya selalu berjumpa dia di kedai mamak di Jelapang dan selalu juga ke rumah dia di area situ. Saya tak angkat serius sangat waktu itu pasal Damien Rice terutamanya. Ha ha..Itu mungkin kelemahan saya dalam menilai mana yang bagus dan tak bagus. Leonard Cohen pun saya suka dengar tapi saya lebih selesa dengan finger picking Nick Drake dan lirik-lirik gelap dan murungnya. Itu tak boleh buat apalah.

Suatu waktu tengahari saya melepak dengan Black(Amin Iskandar), dia mainkan sebuah melodi yang menarik. Saya tanya lagu apa yang dia mainkan? Katanya lagu Damien Rice. Black ni kalau dia suka artis singer/songwritter tu maknanya mamat tu memang bagus dan ada attitude. Kebetulan taste muzik kami lebih kurang sama.

Jadi dia pun ceritalah pasal Damien Rice dan perjuangannya dalam muzik. Yang penting mamat ni pernah jadi Busker juga di Eropah. Jadi saya pun tertarik untuk kenal lebih detail pasal Damien Rice ni. Bila saya baca pasal dia, memang dia bagus dan menarik untuk kita dengar lagu-lagunya.

Jadi Black ni indirectlynya dia berjaya buat saya suka dengar lagu-lagu Damien Rice..ha ha ha..Lepas tu dia mainkan lagu Ben Harper. Saya tahu pasal Ben Harper ni juga sejak awal 90an lagi. Tapi tak le nak dengar sangat lagu-lagunya. Jadi saya pun dengar le lagu Ben Harper. Memang menarik juga dan ada soul atau feel..ha ha ha..

Tahun 80an dulu, awal 80an saya selalu melepak dengan seorang ‘otai’ yang kita panggil brader. Dia suka main gitar lagu-lagu band Amerika yang sangat popular hujung 60an dan awal 70an dulu, C.C.R. Brader ni memang saya respek habis masa dulu sebab dia menyanyi dengan main gitar..dasyat sangat dia masa tu saya tengok. Jadi saya pun mula suka dengar lagu-lagu C.C.R sejak itu. Line up diorang masa tu John Fogerty, Tom fogerty, Doug Clifford dan Stu Cook.

Dasyat band ni, budak-budak kampung yang rebel berjaya jual album sebanyak 26 juta unit di seluruh dunia. Timing diorang pun kena masa tu especially masa perang Vietnam. Jadi lagu-lagu diorang banyak pasal kemanusiaan dan kehidupan.

Saya cukup suka videoclip lagu ni’ looking out my back door’, memang rabak habis..masa tu memang tak banyak kepentingan sangat kot..happey je..ha ha ha.. Dulu banyak saya hafal lagu-lagu C.C.R dan selalu nyanyi dengan kawan-kawan masa busking lagu have u ever seen the rain terutamanya. Dari generasi demi Generasi busker, mereka akan nyanyikan lagu ni.


Antara lagu yang bagus-3

0 comments

Kita akan melalui hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun dalam situasi yang pelbagai. Kita akan belajar melalui siapapun makhluk di mukabumi ini tentang subjek-subjek yang kita telah dan sedang lalui saban waktu hatta dari musuh kita sekalipun.

Saya suka lagu ‘perfect day’ nyanyian Lou Reed. Ianya sangat mendamaikan jiwa. Salah satu sebabnya ada elemen rebel walau dalam mood yang relax. Anak-anak muda yang keras bagus kalau suka lagu ini. Ianya attitude dan ianya rugged. Ianya juga persetujuan antara kehendak jiwa dan raga. Ianya penyatuan dan kesederhanaan dalam konteks yang minimum.

Bayangkan kita sedang melepak dalam suasana yang sangat santai sambil menghisap rokok di kedai mamak sambil melayan panorama petang yang nyaman. Bukankah itu kebahagiaan yang sangat mendamaikan. Itu kefahaman saya sahaja dan saya tahu kita semua ada versi masing-masing.

Saya kalau tengah berserabut memang suka dengar lagu ini. Itu sahaja. Melodinya menarik dan lembut. Lou Reed adalah legenda dalam dunia muzik dengan band punknya ‘ Velvet Underground’. Untuk detail sila ke wikipedia..

Lou Reed
Transformer (1972)
Perfect Day

Just a perfect day,
Drink Sangria in the park,
And then later, when it gets dark,
We go home.
Just a perfect day,
Feed animals in the zoo
Then later, a movie, too,
And then home.

Oh it’s such a perfect day,
I’m glad I spent it with you.
Oh such a perfect day,
You just keep me hanging on,
You just keep me hanging on.

Just a perfect day,
Problems all left alone,
Weekenders on our own.
It’s such fun.
Just a perfect day,
You made me forget myself.
I thought I was someone else,
Someone good.

Oh it’s such a perfect day,
I’m glad I spent it with you.
Oh such a perfect day,
You just keep me hanging on,
You just keep me hanging on.

You’re going to reap just what you sow,
You’re going to reap just what you sow,
You’re going to reap just what you sow,
You’re going to reap just what you sow…

Ini lagu duet beliau dengan Elvis Costello, antara legenda singer/songwritter hebat yang saya homat. Salut!


Page 2 of 3123