Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Semalam telah pergi, esok belum tentu.

0 comments

Hari ini, esok dan semalam sama sahaja. Perjalanannya sahaja yang tidak sama. Keindahan itu sifat yang dipinjamkan kepada kita oleh si peminjam. Ianya di dalam fikiran kita dan bergantung kepada kita bagaimana untuk menterjemahkan makna keindahan itu.

Keindahan itu mendatangkan bahagia yang subejktif. Ada yang awal bulan kita selalu bersiul-siul riang sebab dapat gaji. Ha ha ha. Itu terjemahan dari sifat kita. Ada yang bahagia jika dapat melakukan banyak kebaikan antara sesama kita. Dan mereka terjemahkan dalam bentuk yang paling sederhana atau mereka kembalikan nikmat memberi itu kepada yang empunya yang mana dialah yang lebih berhak atas segalanya.

Hari ini saya masih di sini. Perjalanan hidup sepanjang setahun ini banyak suka dan duka. Ianya proses. Saya terima baik atau tidak baik seadanya. Saya pun bukanlah mempunyai banyak pilihan untuk dipilih dalam hidup ini. Apa yang datang saya terimalah. Ada sifat yang tidak baik dalam diri, kita belajar untuk mengikisnya dalam bentuk terjemahan sifat kita sendiri yang hanya kita yang tahu siapa kita.

Saya suka duduk dalam kesejahteraan dan damai. Saya tidak suka jika jiwa saya kusut disebabkan sifat negatif saya sendiri. Itu sangat tidak baik untuk jiwa kita. Bila saya berjaya mengatasinya, saya rasa sangat makna damai itu di dalam diri. Ianya penting, sangat penting jika kita tahu yang kita ini hanyalah seorang manusia.

Cuma yang paling saya rasakan nikmat itu bila saya tahu saya tidak keseorangan di dunia ini. Saya punya ramai kawan dan sahabat yang percaya kepada terjemahan sifat ikhlas dalam diri saya. Bila anak dan bini pun bahagia, saya pun tumpang bahagia juga.Ianya banyak membantu saya secara ilmiah dan surreal. Ianya menambahkan nilai percaya pada diri tentang kejadian dan alam ini. Kita hanyalah watak yang dipinjamkan untuk kita di dunia ini . Berjalanlah seadanya.

Di sini saya ucapkan terimakasih kepada keluarga, sahabat dan mereka yang banyak membantu dan membentuk diri saya untuk saya lebih memahami sifat saya sebagaimana saya seadanya.

Muzik- Saya mula mendengar lagu-lagu Alan Parsons Project pada tahun 86 dahulu, kawan saya pinjamkan. Alan Parson ni seorang produser dan saound engineer yang hebat. Namanya sangat besar dalam industri muzik dunia. Kualiti rakamannya antara yang terbaik di dunia. Lagu-lagu dalam albumnya pun sedap dan bijak. Kalau di Malaysia kita boleh berbangga dengan Roslan Aziz. Cuma level masyarakat kita sendiri yang masih terkebelakang dalam menilai mana intan atau permata. Masyarakat perlu di dedahkan dengan muzik atau bunyi yang lebih berkualiti untuk santapan minda mereka.

Original Audio Liberty Concert 95
Subtitulado EspaƱol

Old and Wise- Alan Parsons Project.
Lyrics:
As far as my eyes can see
There are shadows approaching me
And to those I left behind
I wanted you to know
Youve always shared my deepest thoughts
You follow where I go

And oh when Im old and wise
Bitter words mean little to me
Autumn winds will blow right through me
And someday in the mist of time
When they asked me if I knew you
Id smile and say you were a friend of mine
And the sadness would be lifted from my eyes
Oh when Im old and wise

As far as my eyes can see
There are shadows surrounding me
And to those I leave behind
I want you all to know
Youve always shared my darkest hours
Ill miss you when I go

And oh, when Im old and wise
Heavy words that tossed and blew me
Like autumn winds that will blow right through me
And someday in the mist of time
When they ask you if you knew me
Remember that you were a frined of mine
As the final curtain falls before my eyes
Oh when Im old and wise

As far as my eyes can see

Alan Parsons Project, Ammonia Avenue,1984


Ranting kenangan..

0 comments

Saya bikin album sejak 1993 lagi sebenarnya..waktu itu dengan kumpulan muzik saya ‘Society’..sebuah lagu saya yang berjudul ‘Holocaust’ telah dimasukkan ke dalam album yang diterbitkan oleh Joekidd.

Album tersebut adalah ‘cult’ untuk anak-anak muda waktu itu yang suka dan memberikan sokongan pada muzik alternatif. Sehinggalah ke hari ini, ramai mereka kenal saya sebab lagu ‘Holocaust’ itu. Walau saya dah ada 9 album..mereka tetap suka lagu itu..ha ha ha…Saya pun tak boleh nak kata apa..Yang saya tahu saya cuma dapat rm 300 sahaja untuk lagu ciptaan saya yang saya nyanyikan sendiri dengan dibantu oleh Che Mat(drum) dan Mamal(bass)

Album itu sangat berjaya sebenarnya, dan credit harus diberikan kepada Joekidd. Dia memang antara manusia hebat yang saya kenal dari pertengahan 80an sampailah ke hari ini. Kami pun semakin berumur. Itulah kenyataannya.

Hari ini saya tubuhkan semula Society dalam bentuk yang baru. Banyak sebab sebenarnya. Dari segi pencapaian saya dalam muzik walau dalam konteks yang sederhana saya dapat apa yang saya mahu. Penghargaan walau dalam kolompok yang minoriti itu sudah mencukupi bagi saya. Tidak ada apa yang perlu saya buktikan lagi. Terer? ha ha ha..Saya pun tak tau nak kata saya terer/hebat ke atau tidak..Saya ni tak ada apa sangat sebenarnya, cuma saya berjaya capai apa yang saya mahu dalam muzik. Ego, kita perlu ada ego..Itu prinsip..

Waktu makin kedepan..Musim berubah..Saya pun mahukan kejayaan juga dalam bentuk material, bukan untuk saya..untuk keluarga, itu sahaja. Saya mahu mereka bahagia dan dapat mengecapi hidup dengan lebih ceria dan bermakna. Untuk mereka. Saya macam ni lah, tidak ada yang berubah..ha ha ha..

Selama ini bini pun asyik mengeluh je mengenangkan nasib dan karier muzik saya. Album dah 9, cerita dalam suratkhabar Inggeris memang hebat-hebat belaka, show pun banyak juga, cuma bayaran untuk show je yang tak banyak. Ha ha ha..Tapi tak apalah, sebab itu jalan yang saya pilih..

Jadi itulah..musim berubah, manusia pun berubah juga..sama-samalah kita meraikannya..


Kesempurnaan adalah proses..

0 comments

Kita manusia tidak pernah sempurna. Kita sukakan cerita tentang kesempurnaan, pun ia hanyalah sebuah proses menuju ke situ..Cuma kita di bekalkan dengan elemen kejujuran pada diri. Apabila kita jujur pada diri kita, kita akan merasakan nikmatnya pada diri kita sendiri.

Saya memang tidak suka jika ada unsur negatif dalam diri. Perasaan itu memang tidak bagus dan nyata ianya menghukum jiwa kita sendiri, buatkan kita seperti berada di dalam neraka kejiwaan. Bila kita berjaya menyelesaikan segala permasaalahan yang bersangkut-paut dengan hati dan perasaan, kita akan kembali duduk di singgahsana ketenangan. Yang terbaik, selalulah bercermin.

Kita tidak boleh menafikan buruk dan baik sikap manusia . Ianya sebahagian dari skrip yang telah kita persetujui sewaktu di alam perjanjian jika kita percaya pada qada dan qadar. Kita boleh memilih apa yang kita mahu dalam hidup ini. Mungkin ianya bukanlah yang terbaik dan mungkin ianya khilaf kita juga. Itu sebab bagi saya kesempurnaan adalah proses yang tak berpenghujung. Saya masih melaluinya. Selagi kita berkehendak, selagi itu kita akan melalui berbagai proses dalam menuju kesempurnaan.

Kita berhak untuk mempersoalkan tentang hidup ini atau siapa kita atau siapa mereka. Kita boleh untuk bersetuju mahupun tidak dalam sesuatu isu itu. Bagaimanapun penyelesaian yang berakhir dengan ketenangan tanpa rasa sakit hati adalah yang terbaik bagi kedua belah pihak.

Yang paling penting kita selesa dengan apa yang kita sedang lakukan.
Hidup terus hidup mengikut jalan kita sendiri.

TRY JAH LOVE – THIRD WORLD…

Produced and arranged by Stevie Wonder. It was the first time ever that a black american wrote a song for the rastafarian movement. Retrospect and enjoy…Peace!

Music by Stevie Wonder
Lyrics by Stevie Wonder and Melody A. McCully

A lonely soul was I without direction
I didn’t know which way that I had to go
I sought the clues to life’s unanswered
questions
My mind’s heart had to know

I heard you call while wandering through
the darkness
I’d walk a million miles to find that endless
voice
That speaks to me when I am in temptation
Echoing my choice

Then you said, “Seek ye shall find
I’ve been with you through all time”

(Chorus “A”)
“And if you’re thirsty I will quench you
With my love
And if you’re hungry I will feed you
With my word
And all I ask of you is that you love as I do’

(Chorus “B”)
“And if you lose your way I’ll lead you
To my love
From a sinful life I’ll cleanse you
In my love
For creation bears a witness of my love”
(Repeat once)

I know that
(Chorus “C”)
You should know it’s time for the world to
(Try Jah Love)

The only love that can bring peace is
(Jah, Jah Love)
So won’t you try, try, try, try, try, try, try
Jah Love
Love,Love,Love,Love

I know that
Without it there’d be no tomorrow (Try Jah Love)
Who lifts broken hearts up from sorrow
(Try Jah Love)

So won’t you try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love

I know that
(Chorus “C” -repeat once)

You know that
(Chorus “C” -repeat once)
(Guitar Solo)

A timeless thought a touch of close encounter
Your love embraced me and took over my life
And now I’m new your strength has made me
Change my ways from wrong to right

Please Father please this world we live
has faltered
Deliver us from all this evil and pain
God Bless the heart that loves unto his brother
Praising out your Name

Then he said, “Be not Afraid
Those who believe I will save”

(Chorus “A” -repeat)

I wonder
When will the world wake up and start to
(Try Jah Love)
People have to make up their mind to
(Jah, Jah Love)
So won’t you try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love

I know that
Once you begin you won’t regret you
(Try Jah Love)
The ultimate life satisfaction (Jah, Jah Love)
So won’t you try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love

You know that
There’s no excuse for no one not to
(Try Jah Love)
You’ll be grateful you let inside you
(Jah, Jah Love)
So won’t you try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love

I know that
But Right is the only reason to (Try Jah Love)
The key to inner satisfaction (Jah, Jah Love)
So won’t you try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love

Try Jah Love
Jah,Jah Love

Try, try, try, try, try, try Jah Love
Love,Love,Love,Love


setiap hari adalah permulaan untuk subjek perjalanan

0 comments

Adanya kita di sini kerana kita saling memerlukan. Konsep kasih-sayang adalah yang paling lumrah dan umum dapat menerima pendekatan bahkan meraikannya dalam hidup ini.

Dalam kandungannya terkandung berbagai sifat termasuklah sayang dan benci. Selagi tali itu masih ada, ianya akan sentiasa bertaut walau dalam konteks apa sekalipun.

Setiap hari adalah permulaan untuk kita meraikan hidup ini. Kita sedang meraikannya. Hari ini saya sibuk menguruskan hal anak-anak yang bersekolah walau sekolah masih belum dibuka. Ianya sangat membahagiakan apabila kita dapat menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang bapa walau dalam medium yang sederhana. Anak saya Gibran akan bersekolah tadika tahun depan, tinggal beberapa hari saja lagi. Kawan saya pula seronok mendapat keputusan PMR anaknya yang diumumkan hari ini. 8A..saya ucapkan tahniah kepada beliau. Kepuasan jelas terpancar di wajahnya.

Sebagai seorang bapa saya juga akan berperasaan begitu, cuma saya tidaklah menaruh sebarang harapan yang menggunung pada anak-anak saya. Saya selalu tekankan janganlah kecewa jika kita gagal kerana ada banyak jalan lain untuk berjaya selain kejayaan akademik, namun tidaklah pula saya menidakkan akademik. Setiap kita saya percaya di kurniakan tahap akal dan pencapaian yang berbeza. Itu sebab adanya tukang kebun, doktor, engineer, pemandu, penulis, pelukis, penyanyi, technician..Mungkin mereka tidak berjaya di dalam akademik tapi siapa tahu mereka akan lebih berjaya di dalam bidang kemahiran?

Di sekolah saya dahulu kalau di setiap tingkatan ada 9 kelas. Kawan saya seorang pelajar berbangsa Cina, memang dia tidak cemerlang di dalam pelajaran. Dia menduduki kelas 3A9..kelas yang tercorot. Apabila habis waktu sekolah dia akan bekerja di bengkel motor. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Dia sudah merancang masa depannya. Apabila dia kantoi peperiksaan SRP, dia meneruskan kerjayanya sebagai seorang foreman dan akhirnya dia berjaya membuka perniagaan sendiri. Hari ini dia telah berjaya dan punya segala apa bentuk material jika itu menjadi sebuah kayu ukur pada setiap kejayaan.

Kita perlu berfikir begitu sebenarnya. Cuma kita perlu berusaha ke arah itu jika kita mahu ke situ.

Nick Cave and The Bad Seeds – There Is a Kingdom

Album: The Boatman’s Call (1997)

Lyrics:

Just like a bird that sings up the sun
In a dawn so very dark
Such is my faith for you
Such is my faith
And all the world’s darkness can’t swallow up
A single spark
Such is my love for you
Such is my love

There is a kingdom
There is a king
And he lives without
And he lives within

The starry heavens above me
The moral law within
So the world appears
So the world appears
This day so sweet
It will never come again
So the world appears
Through this mist of tears

There is a kingdom
There is a king
And he lives without
And he lives within

Nick Cave – Saya diperkenalkan produk Nick Cave ini oleh Joekidd pada tahun 87 dahulu. Saya ada videotape live beliau dengan groupnya The Bad Seed. Paling menarik karakternya di pentas..Dia akan merokok tanpa henti dan puntung-puntung rokok memenuhi ruang pentas. Adamasanya dia terjatuh dari stage dan itu memang part yang menarik bagi saya..ha ha ha..Dia seakan sukar dikawal ketika persembahannya tapi segalanya akan berjalan lancar dan pemuzik-pemuzik yang mengiringinya memang hebat. Lagu ‘ there is a kingdom’ ni terdapat dalam album The Boatsman’s call yang diterbitkan pada tahun 1997. Semua lagu-lagu dalam album tersebut menarik belaka.


Page 1 of 212