Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Mudah

0 comments

Kalau dah memang itu jalan ceritanya..segala-galanya akan menjadi mudah. Ruang dan peluang itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu kita mencari dan menyelongkar macam nak rak..

Kita berusaha seperti biasa, jalankan kerja kita di mukabumi Tuhan ini sesebiasanya kita. Saya tidak menafikan masa lalu walau ianya di penuhi dengan watak-watak kandas dan kekecewaan terutamanya hal-hal yang melibatkan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi folk.

Saya tidak menafikan kerana saya suka berjalan di lorong itu walau ianya gelap, semak, sunyi dan walau ianya sebuah lorong yang tidak menjanjikan gemerlapan cahaya sinar, saya tetap melangkah..Saya pun sudah terbiasa dengan cerita-cerita yang biasa saja.

Seorang kawan saya seorang penyanyi berkumpulan terkenal pernah berkata kepada saya bahawa saya ini bagus cuma tak tahu macamana nak marketkan saya dan lagu-lagu saya. Saya hanya ketawa dan ianya buat saya berfikir juga apa yang di kata.

Cuma sangat susah untuk saya keluar dari lorong yang sedang saya lalui walau bersebelahan lorong yang saya tempuh itu ada jalan yang terbentang luas, di penuhi lampu-lampu jalan yang indah bergemerlapan yang mana segalanya menampakkan cerita yang penuh sukacita. Pun tak tentu juga..Sebab sesuka manapun kita, tetap ada bab duka juga di situ.

Bahagia itu ada di mana-mana dan ianya akan beserta kita jika kita sabar melaluinya.

Saya bersyukur kerana masa lalu banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang sebenar. Saya tidak dapat bermimpi tentang hari esok yang bakal bergemerlapan mahupun malap kerana saya tidak di didik sebegitu. Saya cuma di ajar tentang saat ini. Bagusnya saya tidak akan bersikap terlalu mengharap atau calculative tentang segala hal yang belum atau baru nak jadi dan positifnya kepala saya tidak pening. Pening itu datang tapi saya tetapkan di fikiran saya bahawa..it just a matter of moment..

dan walau ianya sesukar mana..ianya hanya sekadar moment..Hasilnya saya masih mampu ketawa bersama keluarga dan kawan-kawan..ha ha ha…

Slug Line Lyrics
Artist(Band):John Hiatt

I went to the marketplace
They said they liked my face
Better than a digital watch
You got it, we’re pros and we can spot it
So I thought it was some disease
But they were all on their knees
Shakin’ hands with my picture
First we sterilize it
Then we merchandise it
Everybody tries
Everybody buys it

Well that’s fine
Put me on the slug line
Punch a pretty hole in my mind
Show me where to sign
And put me on the slug line

They told me how to behave
Like any other public slave
Keep a smile on the face of the consumer
Or you’ll become a rumor
So I got a band of angry sons
Now we’re havin’ so much fun
Tearin’ up the nation
Weapons out of mic stands
Bitin’ on the glad hand
They still don’t understand
That they were marketing a madman

And that’s fine
Put me on the slug line
Punch a pretty hole in my mind
Show me where to sign
And put me on the slug-
Well that’s fine
Put me on the slug line
Punch a pretty hole in my mind
Show me where to sign
And put me on the slug line

You made one mistake
You made me wait

That’s fine
Put me on the slug line
Punch a pretty hole in my mind
Show me where to sign
And put me on the slug-
Well that’s fine
Put me on the slug line
Couldn’t lay a glove on my mind
So show me where to sign
And put me on the slug line


RTM- SATU PENGHARGAAN

0 comments

Saya selalu dihubungi oleh pihak wartawan atau media yang berminat berkongsi pengalaman dan bertanya-tanya tentang dunia busking yang saya ceburi sejak tahun 2000 lagi. Mereka memberikan sokongan dan penghargaan. Dewan Budaya contohnya, majalah berbentuk akademik kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa pernah menemubual saya secara ekslusif untuk majalah keluaran mereka pada penghujung tahun lepas. The Star, New Strait Times, Utusan Malaysia dan beberapa tabloid pernah menemubual saya juga.

Selagi tujuan mereka menulis untuk memberi sokongan, saya alu-alukan.
Saya busking kerana minat yang mendalam dengan aktiviti tersebut. Saya pernah menjadikan busking sebagai satu kerjaya tetap selama setahun lebih..
2004 sehingga penghujung 2005 dan ianya adalah pengalaman terbaik bagi saya sebagai seorang busker. Saya belajar banyak benda di situ. Ianya terlalu berharga yang tidak dapat di beli dengan nilai segunung intan sekalipun.
Saya bangga kerana saya menjadikan kerjaya busking waktu itu dengan niat untuk menyara anak bini. Anak saya waktu itu 3 orang. Memang tough dan susah. Berhadapan dengan pelbagai pandangan dari masyarakat. Semuanya saya terima sebagai pengalaman.
Ada yang memuji dan ada yang mengeji, itu biasalah. Apabila kita pilih jalan yang kita suka, kena terimalah kesannya samaada suka mahupun duka.

Musim ini saya masih di sini, busking walau saya ada buat benda lain juga seperti mengajar gitar, menulis dan bekerja. Musim yang ini saya dapat merasakan segala hasil penat lelah saya selama ini sebagai seorang pembusker dan pengkarya mula mendatangkan hasil.

Ianya sebuah perjalanan yang panjang. Proses demi proses. Saya terima seadanya, mungkin ini rezeki untuk anak bini saya.

Saya tidak mahu kehilangan ‘roots’ saya walau di mana atau siapa saya, saya akan busking jika ada kelapangan.

Saya tidak merasakan apa-apa sangatpun, sebab ianya bila-bila masa dan terpulang kepadanya jua. Umur pun makin meningkat dan saya bahagia menjadi diri saya sendiri. Sokongan dari kawan-kawan dan keluarga banyak membantu nasib saya, hasilnya saya masih hidup sehingga ke hari ini dan masih saya yang dulu.

Saya selalu bayangkan jika kesenangan itu jika ianya akan membuta atau membantutkan perjalanan hidup saya sebagai seorang pengembara, saya bersedia untuk kembali kepadanya. Ambillah nyawa saya. Hidup pasangannya mati.Itu kenyataan alam.

Baru-baru ini saya di temuramah lagi di RTM, mulanya saya agak keberatan sebab saya sudah melaluinya sejak dulu lagi, di kenali atau tidak di kenali saya tetap jalan terus dan saya sangat konsisten mengenai hidup dan pilihan. Ini yang saya pilih dan tiada penafian walau sedikitpun tentang itu.

Memandangkan usaha pihak RTM yang punya inisiatif dalam memartabatkan golongan busker ke tahap yang lebih baik, saya bersetujulah.

Hasilnya saya terharu dengan kesungguhan dan kejujuran mereka dalam misi untuk memartabatkan kami ke satu arah yang lebih terang dan cerah. Saya tidak tahu dari mana datang idea ini, tapi RTM mewakili pihak kerajaan telah melakukan satu usaha yang murni dan patut di puji. TERIMAKASIH.


Hari-hari Akustik? Hari-hari Autistik.

0 comments

Anak saya sudah berumur 13 tahun. 13 tahun yang statik dan rutin. Saya terjumpa video klip yang dibikin oleh siapa ye? dalam youtube. Tajuknya pun salah..Tajuknya Hari-hari Autistik. Lain kali tolonglah minta izin dari saya. Bukannya kena bayarpun. Lagu ini lagu saya dan sudah tentulah saya berhak keatasnya. Umpama kalau kamu nak berjumpa dengan anak saya, sudah tentulah perlu melalui saya. Benda-benda begini adalah sesuatu yang serius. Nama umpamanya, perlu ditulis dengan betul, bukan main hentam saja. Nama saya Meor Yusof Aziddin, bukan Meor Yusoff Aziddin. Lain kali buatlah homework sikit. Pasal interprasi menngenai lagu tersebut bagi saya itu mengikut kefahaman masing-masing. Makna Akustik dengan Autistik bukankah jauh bezanya? Walaupun lagu itu terdapat dalam album filem KAMI yang saya pun tidak menontonnya atau apa tajuk yang ditulis pada lagu tersebut, kamu perlu meminta izin daripada saya. Saya tidak perlukan publisiti sangat sebenarnya dalam hal ini.

Sewaktu mahu membuat pertukaran sekolah Adam anak saya, saya semak nama saya yang ditulis oleh jabatan pendidikan, pun tak betul. Tak bolehlah begitu. Sebab ianya sesuatu yang penting. Cuba kamu isu cek tulis nama tak betul, sudah tentu cek kamu akan di reject.

Cerita dalam lagu ini mengenai anak saya, Meor Muhammad Adam, dia pengidap Autisma. Ianya sudah tentulah sesuatu yang penting bagi saya sebab saya menulis lagu tentang anak saya. Ianya bukan cerita yang indah-indah atau lela mengejar majnun di atas pokok kelapa. Ianya tentang kepercayaan dan penerimaan hukum alam dalam konteks spiritualiti.

Benda-benda begini perlu diberi perhatian sebenarnya. Tak apalah, benda dah jadi. Lain kali tolonglah perbetulkan. Kita bukannya budak yang pramatang lagi. Seperkara lagi semua lagu saya sudah di daftarkan ke MACP. Terimakasih.

Hari Hari Autistik

Dan Adam ada disini…
dunianya teka-tekiku
pandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…
walau kubiar…dia berlari
dan kan kubuka semua ikatan
agar dia…bebas apa saja
untuk bermimpi tentang apa saja
walau sebenar semua jawab
ada didiri…tak kunafikan…
dia adalah hidup ku…
dia adalah nafasku…
dia..alasan, agar aku lebih berdiri…
disini…
tiada kunafikan…
dialah pembimbing…
untuk aku…lebih beralasan dalam menghargai…


Waktu

0 comments

Jika kita berkira-kira tentang waktu, ianya seakan kita mendekatkan tempoh hayat atau hari mati kita dan kita semakin tahu dan sedar tentang proses ke’tua’an kita. Memanglah kita akan tua, saya pun sedang menuju ke situ. Semua kita sedang menuju ke situ.

Lahir, membesar dari bayi sehinggalah dewasa dari segi akal dan fikiran. Pun saya melihat anak-anak membesar dengan kasih-sayang. Ianya tetap sebuah kesempurnaan walau dalam kandungan yang sederhana. Mereka pun akan melalui proses seperti kita. Membesar sehingga menjadi manusia yang dewasa.

Kadang-kadang terselak chapter masa lalu yang masih berkesan di ingatan. Tahun 78 pertama kali saya mendengar lagu ‘no woman no cry’ Bob Marley..atau Street of London oleh Ralph McCTell..Saat saya terjaga kerana mendengar alunan azan subuh abang saya, Sohaimi dari surau yang jaraknya kira-kira 30 meter dari rumah. Suaranya jelas dan merdu sehingga saya saya terjaga dari tidur. Saat saya dirotan oleh arwah bapak pada tahun 1980..Itu peristiwa yang masih berkesan.
Saat saya berlari macam ribut selepas solat maghrib lantaran tidak mahu ketinggalan mengikuti program lawak orang putih’ Harold Lloyd.
Saat saya dicubit oleh arwah bapak kerana tersengguk-sengguk mengantu tatkala menjadi makmum solat subuh yang di imamkan olehnya.

Dan hari ini saya di sini. Kita padamkan banyak kenangan masa lalu kerana ianya seperti folder yang sangat berat dan memberatkan jika di simpan. Pun bukanlah kita enyahkan dari ingatan. Kadang-kadang ianya datang dan pergi seperti angin lalu.

Muzik- Saya suka mendengar suara Geof Tate dari kumpulan muzik progresif rock Queensryche dari Washington, Amerika. Kumpulan muzik ini di tubuhkan pada tahun 1981 dan di anggotai oleh Geoff Tate sendiri selaku vokalis, Michael Wilton, Eddie Jackson dan Scott Rockenfield. Mereka sudah hasilkan 12 album sejak tahun 1983 hingga 2009. Album mereka pun sudah terjual lebih 20 juta copies di seluruh dunia.

Saya suka album mereka operation:mindcrime(1988) dan Empire(1990). Mereka bagi saya adalah kesinambungan dari segi konsep muzik Pink Floyd. Suara penyanyinya dari suara bass sehinggalah ke note yang tinggi memang sangat berkesan. Banyak penyanyi rock punya suara yang bagus dan tinggi. Kalau saya dengar suara Lan Meet Uncle Hussein itu bagi saya tak ada apa sangat pun sebab ianya sekadar tinggi. Kalau saya dengar suara Steven Tyler itu bagi saya unik dan berbeza. Dia punya trademark yang tersendiri atau Robert Plant. Walau suaranya tinggi tapi ada intonasinya di situ.


Page 1 of 3123