Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup yang redup

0 comments

Paerjalanan ini memang tidak kita pernah akan dapat menduga apa cerita dan mimpinya. Kadang selalu sangat kita leka dan lupa dalam meniti usia yang menuju senja, segalanya semakin menguncup dan redup.

Saya rindukan suasana remaja. Bermain bola di padang bersama kawan-kawan sekampung, membonceng basikal ke sekolah yang jaraknya 6 km dari rumah, bila sampai ke sekolah badan berpeluh-peluh. Bermain ping-pong dari pagi sampai ke petang. Begitulah kehidupan remaja saya. Bagusnya sebab waktu itu kita aktif.

Hari ini semua itu tidak ada lagi. Saya pun secara tidak langsung sangat memanjakan diri sehingga lupa akan hal-hal kesihatan. Kemudahan kadang melalaikan kita. Pemakanan juga buat kita sentiasa berselera sehingga satu tempoh yang mana akan buat kita terpaksa merenung semula dan mengambil sikap bersederhana dalam segala hal.

Sebenarnya sejak dua minggu lepas kesihatan saya kurang baik. Selalu saja pening lalat, tenaga pun tak segagah dulu. Jadi semalam saya menjalani ujian darah di sebuah farmasi dan sahlah saya kini pengidap Diabetes. Umur 44 tahun, inilah masanya penyakit-penyakit tegar akan mula mahu berkawan dan bermesra dengan kita. Kita tak nak, tapi dia datang juga..ha ha..Diabetes, darah tinggi, jantung….itulah..Semua itu akan datang pada kita bila sampai waktunya..jadi mahu tak mahu kena bersedialah…

Teh tarik minuman kegemaran saya sejak 25 tahun terpaksalah saya hentikan. Makan yang sedap-sedap pun terpaksalah dikurangkan..

Nikmat di dunia ini sifatnya pinjaman sahaja. Sampai masa dia nak ambil, dia ambillah..Teh tarik, itu satu nikmat dalam hidup saya yang telah diambilnya..Takkan kita nak komplen..ha ha ha..
Tenaga pun semakin kurang..busking lama-lama kita akan terasa penatnya..

Yang nyata semakin banyak kehendak hidup yang kita lalui dan ingini ini, prosesnya semakin menguncup dan redup.

Kenyataannya saya secara fitrahnya akan meraikannya dalam bentuk yang paling sederhana..

Atau kita akan merancakkan semula peranan kita dengan menyalakan semangat itu dan padamkan semalam yang telah berlalu? Sepatutnya begitulah kalau kita mahu hidup lama..ha ha ha..Hidup pun bukan kita yang tentukan, tapi untuk kebahagiaan semua..lakukanlah apa yang patut..


Meniti hari tua dengan senyum dan bahagia

0 comments

Sewaktu kecil saya suka menonton TV rancangan ‘drama minggu ini’ yang waktu itu siarannya hitam putih. Tahunnya saya sudah tidak ingat. Maklumlah saya ini jenis yang tidak suka beratkan folder banyak-banyak,
nanti berat. Mana yang tak penting saya delete je dari ingatan.
Pun begitu saya tetap ingat kalau sesuatu itu penting untuk kita ingat.
Umpamanya lagu ‘Habibah Yaakob’ ini yang judulnya ‘madah ibu’.
Lagu ini penuh dengan elemen nasihat dan mendidik kita menjadi seorang
manusia yang faham dan mempraktikalkan makna kasih-sayang dalam hidup ini. Mari kita kaji apa cerita dalam lagu ini yang saya pertamakali menontonnya di kaca TV hitam putih waktu itu..

Tidurlah anakku tidurlah..
esok kau akan dewasa
alam ini untuk mu merangkumnya
Bahagia untukmu menghirupnya

Penuhkan dadamu dengan ilham
Untuk mengharung hidup berliku
bajai hatimu dengan kasih
biar hidupmu senyaman syorga

Tapi sebelumnya tidurlah
pejamkan mata hai sayang
biar ku hantar kau ke alam mimpi
di alam peri bermain kecapi

Saya suka lagu ini kerana muziknya..Muzik dimainkan secara live recording dengan iringan orkestra saya rasa. Ada beberapa ayat dalam lagu ini yang berkesan di hati saya. Pertamanya..’alam ini untukmu merangkumnya, bahagia untukmu menghirupnya’. Kata-kata ini sangat bijak dan solid..Alam dan bahagia adalah subjek yang paling penting dalam kehidupan. Kemudian, ‘Penuhkan dadamu dengan ilham, untuk kau tempuh hidup berliku’. Di sini ayat-ayatnya lebih berkesan dan perlukan kita berfikir kalau kita ini suka berfikirlah..ha ha ha..Kenapa dia tak kata penuhkan dadamu dengan ilmu? atau ilmu di dada? Kenapa dengan ilham? Apa beza ilmu dengan ilham? Yang membezakannya adalah ilham itu adalah lebih tinggi darjatnya dari ilmu..kerana dari gerak atau niat barulah akan terbentuk garis..Ilham adalah wahyu.
Untuk kau tempuh hidup berliku..Hidup ini memanglah tak semudah yang kita gambarkan.

Kemudian ada elemen rugged dan fantasi..Biarku hantar kau ke alam mimpi..di alam peri bermain kecapi..ha ha ha..Kalau kita fikir, siapa yang hantar ke alam mimpi tu..di alam peri bermain kecapi..Siapa yang melihat mimpi kita ketika di alam mimpi?ha ha ha…

Jadi elemen nasihat dalam lagu ini adalah penting, jujur dan berguna untuk kita mempraktikalkan kata-katanya dalam hidup ini.

Umur pun dah makin tua, penyakitpun mula nak berkawan dengan saya. Saya pun sedang belajar untuk menerima kenyataan demi kenyataan. Inilah kenyataannya, dari bayi, kanak-kanak, remaja menuju ke dewasa dan tua. Apapun, kita perlu menghadapinya dengan
senyum dan bahagia..


Ektrimis

0 comments

Dalam apa-apa hal, kita perlulah rasional dalam menilai sesuatu konsep kehidupan itu dengan minda yang terbuka.

Agama sepatutnya mendidik kita kearah itu. Agama tidak menuntut kita menjadi seorang yang bertindak mengikut nafsu dan emosional melulu.

Apabila kita bersikap rasional dalam menilai hidup ini, kita akan lebih bersikap timbang rasa dan terbuka dari segi pandangan dan penilaian.

Jika di saat sakratul maut apatah lagilah, wajiblah kita bersikap tenang dan rasional untuk berhadapan dengan saat kematian. Bagaimana kita mahu pulang dalam keadaan level amarah dan emosional?

Samalah juga keadaannya dalam kita menangani hidup ini. Agama, tanpa mengira apa agamapun konsep asasnya mengajar umatnya berbuat baik antara sesama. Agama tidak mengajar umatnya untuk mengaibkan antara sesama. Bahkan itu dosa yang sangat besar dan hina jika kita suka mengaibkan orang. Sepatutnya kita sudah jelas dan faham apa fungsi agama dalam kehidupan seharian.

Apabila kita bersikap ekstrim dalam segala hal terutama yang melibatkan agama, memang masaalahlah. Kita nak bergaul pun payah. Apa yang kita boleh expect apabila kita bercerita atau berdiskusi dengan golongan yang kalkulatif, kuat berangan dan suka mengharap bahkan menghukum? Kalkulatif sebab mindanya tertutup. Kalau yang difahamnya Alif maka Aliflah..sedang Alif itu sendiri boleh dihuraikan dengan pelbagai makna dan tafsiran, asal kita ini suka mengambil sikap terbuka dan seperkara yang penting, apa juga pandangan atau pendapat jika ianya di diskusikan perlukan berkonsepkan dua hala. Dari situ barulah ada solutionnya. Kalau pandangan sehala, itu maknanya kita ini di negara komunislah. Payahlah kalau begitu.

Jujur saya berpendapat, saya lebih selesa bergaul dengan golongan yang cetek pengetahuan agamanya tapi mempraktikalkan apa yang diajarkan oleh agama itu sendiri dari golongan yang berpengetahuan tinggi tapi jahil dan miskin dalam bab-bab pelaksanaan atau praktikal.
Manakan tidak jika yang di lihat hanya kulit bukan isinya..Yang nak balik bukannya kulit. Tapi kebanyakan golongan yang dikatakan ahli agama ini suka menilai masyarakat melalui luarannya lantas merekapun dengan mudah menghukum mengikut apa yang mereka faham.

Kalau tali itu terlalu tegang, ianya akan menyebabkan ketidakseimbangan..jika terlalu kendur pun begitu juga..yang paling baik adalah keseimbangan..bersederhanalah dalam segala hal..


Mari meniru

0 comments

Dunia muzik kita sebenarnya tidaklah boleh dibanggakan sangat. Tak banyak komposer yang original. Kalau tahun 50an, 60an, 70an lagi teruk. Lagu banyak saduran. Itu tak apalah tapi ada lagu dan muzik 100% sama, dikatakan lagu asli. Kadang-kadang pemuzik hanya dilahirkan untuk menjadi
pemuzik bukan pencipta lagu. Cuba kita dengar lagu-lagu di bawah ini dan bandingkan dengan yang asli.

Malaysia
Composer/Lyricist – A Rahman Hassan / A Rahman Hassan
Copyright Controlled
(P) 1996 Musicland
Video by Audio One Entertainment

Mari kita dengar versi asal lagu ini…

Mari kita dengar pula lagu ini…

Ini pula versi asal..

Ini pula…

Ini versi yang asal..

Kalau lagu-lagu itu di akui saduran atau copyright controlled kita pun boleh faham..tapi kalau jika dikata karya asli saya rasa mereka patut malu dengan diri sendiri. Tapi itulah..masyarakat kita bukannya faham sangat pun..ha ha ha


Page 2 of 512345