Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ceritalah lagi…

0 comments

1- Emak saya suka bercerita pada anak-anaknya sewaktu kami kecil dulu. Ceritanya lebih kepada dongeng tapi masih melekat di ingatan saya sehingga ke hari ini.

Mungkin sebab saya gunting rambut anak saya tadi di kedai gunting rambut, buat saya teringat cerita mak saya itu

Ceritanya tentang seorang bapa dan anaknya. Si bapa mahu menggunting rambut anaknya di kedai gunting rambut. Malangnya pada hari itu hari ahad, kedai gunting rambut tutup. Mereka tinggal di kawasan perkambungan. Jadi si bapa berpesan kepada anaknya, ” ayah akan bawa kamu ke kedai gunting. Tapi ada syaratnya, kalau dalam perjalanan ada kamu nampak apa-apa, jangan tegur, faham?”

Si anak menganggukkan kepala bersetuju. Maka berbasikallah si bapa membawa si anaknya yang duduk di belakang bapaknya. Mereka melalui jalan dalam kawasan kebun getah yang menghala ke hutan. Si anak semakin suspen kerana bapanya kata mahu ke kedai gunting rambut, tapi dia takut untuk bertanya. Tiba-tiba dalam perjalan si anak terlihat satu batang tubuh yang bukan manusia, tak tau makhluk apa. Maka tanpa dia sedar dalam ketakutan dia pun bertanya pada bapanya,” apa tu ayah?”

Tiba-tiba makhluk itu bersuara dengan suara yang garau dan garang.

Katanya,” akulah Ganggo Mino”, tempiknya sambil ketawa…ha ha ha

Jadi cerita mak saya ni sampai di situ saja. ha ha ha, saya pun tak tau apa motif cerita tersebut tapi cara mak saya bercerita memang menarik walau dah berulang ulang kali bercerita tentang cerita ‘ Ganggo Mino’ tersebut.

Kita waktu itu tinggal di kampung, belakang rumah hutan banat. Lampu letrik belum ada lagi waktu itu, jadi dengan suasana yang malap-malap terang pelita, memang saya rasa seramlah.ha ha ha

2- Hari ini perjalanan hidup macam biasa, Jadi saya pun tak ada apa nak cerita atau komplen itu ini, otak pun letih. Anak bini sudah tidur ..perut pulak meragam, mungkin saya akan masuk toilet kejap lagi.

3- Berak dan kencing adalah nikmat yang paling tinggi bagi kita umat manusia, jadi kita wajib menghargainya. Bayangkan kalau kita tak boleh berak atau kencing…ha ha ha


Bila kepentingan hidup sudah tiada lagi

0 comments

1- Sekarang ini saya pun tak tahu nak makan apa lagi. Kebanyakan makanan, lauk-lauk yang sedap serta minuman yang lazat dan manis saya perlu kurangkan, semuanya atas faktor kesihatan. Lepak kedai mamak, dulu order teh tarik, hari ini sudah ditukar dengan horlick kosong beserta air suam. Lama-kelamaan mungkin saya ini akan menjadi seorang pertapa yang menjauhkan dirinya dari manusiawi..habis nak buat apa lagi? Lepak kedai mamak pun level kesempurnaannya pun sudah semakin kurang. Macamana tak kurang, teh tarik sudah tak boleh minum, roti canai sudah tak boleh telan..ha ha ha

2- Apapun inilah kehidupan. Saya sedang membiasakan diri dengan suasana baru. Episod demi episod telah kita lalui. Takkan kita nak cerita yang ceria sahaja. Cerita sedih pun kita perlu hadapi.

3- Kita membaca cerita tentang dunia hari ini pun semakin jelaslah kepada kita bahawa alam mungkin semakin enggan meraikan kita lagi, padahal kita ini dikatakan makhluk yang paling istimewa berbanding makhluk lain di mukabumi Tuhan ini. Tsunami di Jepun, pergolakan kuasa dan kemusnahan melanda bumi Mesir dan Libya. Rakyat menderita dan menjadi mangsa. Amerika masih menonjol sebagai simbol penyelamat dunia sebagaimana hero-hero rekaan mereka seperti Superman dan lain-lainnya. Skrip lakon layar politik tanahair semakin memualkan..Bumi ini sudah terlalu tua untuk meraikan kita yang semakin lupa siapa kita juga siapa Dia.

4- Apabila hidup kita sudah tiada fungsinya lagi, untuk apa kita masih di sini?

5- Wallahualam


mengapa takut pada kekayaan?

0 comments

Ketawa sungguh saya bila bersembang-sembang dengan kawan saya. Subjeknya ‘kaya’. Kawan saya ni dia tak mahu kaya. Saya pun terkejut, semua orang mahu jadi kaya, kenapa dia tak nak pulak? Kecewa saya dengan jawapannya. Katanya dia tak mahu jadi orang yang lupa diri. Gitu pulak? Saya katakan padanya, berusahalah untuk menjadi kaya, bukannya berdosa pun. Kalau sungguh dia kaya, boleh le kawan-kawan menumpang sikit.ha ha ha..

Saya? Saya pun nak jadi kaya juga. Lepas tu kalau dah kaya boleh dapat gelaran ‘datuk’ kot, datuk M..ha ha ha.

Saya tidak anti orang kaya sebenarnya, cumanya kalau mereka kaya, tolonglah orang yang susah dan memerlukan. Ujian orang miskin, tak ada duit mereka berhutang atau meminta sana sini, atau jika terdesak sangat mereka akan mencuri atau merompak. Ujian orang kaya adalah harta dan kekayaannya . Kaya mungkin akan buat kita jadi bongkak, lupa diri, lupa asal usul, lupa segalanya. Malang sangatlah kalau ada orang kaya yang bersifat begitu. Bagaimanapun jika mereka berjaya mengatasi sifat-sifat hodoh tersebut, merekalah sesuci insan di mukabumi Tuhan ini, insyaallah.

Jadi saya haraplah kawan saya itu ubah cara fikirnya. Berusahalah untuk kesenangan dunia, selesai semua masaalah, dunialah..ha ha

Walaupun saya agak tidak sehaluan dengan keluarga saya, tapi saya respek dengan kejayaan hidup yang mereka capai hari ini, terutamanya salah seorang kakak saya. Mereka suami isteri bermula dari bawah, sehinggalah hari ini mereka dapat segala apa yang mereka inginkan. Jadi pencapaian dan kejayaan yang mereka kecapi hari ini adalah berpunca dari kesabaran dan kerja keras.

Kenyataannya jika kita gagal mencapai kesenangan atau kejayaan, bagi saya ianya bukanlah subjek kegagalan pula. Janganlah kecewa . Sekurang-kurangnya kita masih punya Tuhan yang maha tahu dan bijaksana.

Tips kesihatan: Minum air masak banyak-banyak. 8 gelas besar sehari. Jangan jadi macam? saya…he he

Agreement- Kitaro& Jon Annderson

Watching the world

From our window of life

Can we see all there is

That is real

That is right

To the distance so far

>From our true understanding

Making us want more

Making us see less

The fire

Making me clean

Making me fly

Spinning me ’round

Spinning me ’round

The fire within your eyes

This mystic time

I’ve known before

Once before

The flame within my heart

Agreements made

Are now realized

Like before

Agreements of Trust

Agreements of Faith

Agreements of Truth

Agreements of Liberty

Speaking of worlds

Driven far far apart

How the (industry) innocence

Crushes the nature of things

To the point that we lose

All we’re trying to gain

Making us want more

Making us see less

The fire

Making us clean

Making us fly

Spinning us ’round

Spinning us ’round

The fire within your eyes

This mystic time

I’ve known before

Once before

The flame within my heart

Agreements made

Are now realized

Like before

Agreements of Trust

Agreements of Faith

Agreements of Truth

Agreements of Liberty

The fire

Making us clean

Making us fly

Spinning us ’round

Spinning us ’round

The (fire) flame

Making us clean (dream)

Making me fly

Spinning me ’round

Spinning me ’round

Agreements of Trust

Agreements of Faith

Agreements of Truth

Agreements of Love

Agreements of Liberty

Agreements set you free

“Under the Power of Love” {Must be a Huey Lewis song rejected for the

Disney movie “Under the Sea”}

Ok, there’s one more…


Yang lama dan yang baru

0 comments

1- Salah seorang pelajar gitar saya adalah seorang yang berjaya dalam hidupnya dan yang lebih penting, dia bermula dari bawah. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui dalam menempa kejayaan. Kami selalu bersembang di kedai mamak sambil makan dan minum, selalulah saya mendengar dia bercerita tentang keluarga dan kerjayanya. Salah satu subjek yang agak menyentuh hati bila dia menceritakan tentang keluarganya. Anaknya yang pertama meninggal sewaktu lahir, yang ke dua pun gitu, yang ke tiga barulah selamat. Adik kesayangannya meninggal akibat perbuatan kianat orang.

Itu dugaan dia sekeluargalah dan dia tabah menghadapi. Salut kawan saya ni. Pun walaupun sudah sukses dan sangat berjaya dalam bisnis, gaya dan hidupnya masih sederhana, dia boleh lepak kedai mamak, sembang-sembang dan berkawan dengan orang marhaen macam saya..ha ha

Asal kenal studen saya ni pun kat tempat busking di KL Sentral tu. Saya sedang asyik melayan lagu yang saya nyanyi dan dia asyik mendengar, kemudian dia beli album saya, dan katanya dia berminat nak belajar gitar dengan saya, ok lah saya kata.

2- Kita perlu membunuh kenangan jika ianya sesuatu yang menyakitkan jika dikenang. Memanglah yang lama itu bagus, itu kerana kita sudah terbiasa dan tersimpan dalam memori kita. Bila saya fikir-fikir, kita perlu menerima yang baru dan biasa-biasakan dengan mood dan suasana yang baru. Deletekan terus yang lama kerana ianya adalah semalam yang hampas. Hampas itu seperti hampas kelapalah. Jadi inilah pilihan yang terbaik yang kita ada buat masa ini, sekurang-kurangnya musim ini. Kita perlu menghargainya dan hikmah atas segala yang terjadi itu adalah benar belaka.

3- Itulah, sepertimana anak kawan saya yang meninggal sewaktu lahir itu. Anak pertama meninggal, ke dua pun begitu, jadi dia tabah mencuba dan akhirnya dia berjaya mendapat pengganti. Kalau dia kenang benda semalam yang mengecewakan, mungkin dia akan jadi gila. Jadi yang terbaik adalah hidup perlu diteruskan!!

4- Kepada semua ini satu tips kesihatan: Banyakkan minum air masak, 8
gelas besar sehari paling kurang. Jangan jadi macam saya, bila macam-macam penyakit datang barulah saya kelamkabut minum air masak sampai satu baldi besar sehari.ha ha ha..Kalau dulu saya tak heran sangat pasal hal-hal kesihatan ni. Tapi bila kita berhadapan dengan penyakit, barulah kita tahu alangkah baiknya kalau kita sihat dan cergas sepanjang hidup kita di dunia ini. Amalkan cara hidup sihat, bersenam selalu dan jadikanlah diri saya sebagai pengajaran, bila penyakit dah hinggap barulah kelamkabut nak bersukan itulah, inilah..ha ha ha

5- Jadi saya pun ketawakanlah diri saya ni, bukanlah maknanya saya kecewa pula sebab itu seolah kita menafikan takdir pula. Saya ketawa kerana kelakar sangat dengan hidup saya dulu dan hari ini. Apapun kita perlu membina yang baru, yang lama buang dalam tong sampah, jangan ingat-ngat lagi. Memanglah kita banyak lupa dan alpa tentang diri dan kesihatan kita. Tapi hidup perlu diteruskan bro!!

6- Sekali lagi!! Minumlah air masak banyak-banyak, 8 gelas dalam satu hari paling kurang. Dan yang paling penting? Jangan jadi macam saya..he he

Bush Doctor is an album by Peter Tosh. It was released in 1978.

A British record retailer banned the album upon its release because of a scratch-n-sniff sticker on its cover, that apparently smelled of ganja.

* Peter Tosh, born Winston Hubert McIntosh (19 October 1944 — 11 September 1987) was a reggae musician who was a core member of The Wailers who then went on to have a successful solo career as well as being a trailblazer for the Rastafari movement.

Peter Tosh was born in Petersfield, Jamaica with a father and mother too young to take care of him. He grew up raised by his aunt, speaking out for those who could not fight for themselves. Nicknamed ‘Stepping Razor’, he began to sing and learn guitar at a early age inspired by the American stations. After an illustrious career with The Wailers and as a solo musician, he was murdered at his home during a robbery.

(Walk and) dont look back-Peter Tosh& Jagger

If it’s love that you’re running from
There is no hiding place
(You can’t run, you can’t hide, you can’t run)
Just your problems no one elses problems
You just have to face
(You can’t run, you can’t hide, you can’t run)

CHORUS:
So if you just put your hand in mine
We’re gonna leave all our troubles behind

We gonna walk
And don’t look back (Don’t look back)

We gonna walk
And don’t look back (Don’t look back)

VERSE:
Now if your first lover let you down
There’s something that can be done
(You can’t run, you can’t hide, you can’t run)
Don’t heal your faith in love
Remembering what’s become

CHORUS:
So if you just put your hand in mine
We’re gonna leave all our troubles behind
We gonna walk
And don’t look back (Don’t look back)
We gonna walk
And don’t look back (Don’t look back)


Page 2 of 612345...Last »