Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kaki yang melangkah

0 comments

Kaki kita akan melangkah untuk sampai ke arah, maksud dan tujuan. Kadang arah kita ke kiri, kadang lurus, kadang tegak.
Kalau kita tersalah langkah, kita akan menyesal tak sudah. Tapi jika sudah duduk di dalam kekesalan, biasanya ada 2 solution di situ, samada bunuh diri atau teruskan kehidupan walau hidup seakan di dalam neraka.

Kawan saya memang ramai, yang sukses mahupun yang gagal. Kalau yang sukses tu saya berbanggalah manakala yang gagal pula saya simpati tapi saya tidak membenci sebab itu jalan yang telah dipilih. Apa boleh buat, takdir memang tidak selalu menyebelahi kita.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk busking, ianya permulaan yang sangat sukar untuk di mulakan sebenarnya. Kerana apa? Malu yang amat.
Pernah waktu itu saya masih bekerja di Yamaha Music dan kawan baik saya dia juga waktu itu bekerja sebagai driver. Dia memang sangat berbakat sebagai pemuzik.

Kami dah sampai ke Uptown Damansara malam itu untuk cuba berbusking, tapi rasa segan yang amat buat kami tersadai dan hanya melepak. Sudahnya kamipun pulang dengan hampa kerana percubaan untuk menjadi busker gagal.ha ha ha

Beberapa tahun kemudian saya tidak bertemu kawan saya itu sehinggalah saya bertemu semula dengannya. Saya waktu itu sudah menjadi busker sepenuh masa dan dia pun begitu juga. Cuma kehidupan yang dia pilih saya agak tidak bersetuju. Saya boleh faham mengapa dia menggunakan ubat untuk menjadi busker. Kawan saya yang saya kenal adalah seorang yang pemalu sebenarnya, jadi untuk menghilangkan rasa malu mungkin dia menggunakan ubat. Ubat itu dadahlah.

Jadi espisod dukanya mungkin bermula dari situ. Daripada seorang pemuda yang punya keluarga bahagia dan anak-anak, dia akhirnya menjadi duda dan memilih hidup dalam dunia ciptaannya. Saya memang simpati, tapi itu jalan yang telah dipilih, apa yang boleh saya katakan lagi?

Dia pun seakan suka dan menerima siri-siri hidupnya yang penuh dengan dukacita dan keluar masuk pusat sudah menjadi perkara biasa baginya. Akhirnya dia mungkin mendapat apa yang dia mahu dalam hidupnya, kesengsaraan itu kadang-kadang boleh juga membawa kita kepada makna kebahagiaan. Bak kata Morrisey dalam lagunya, ‘heaven knows im miserable now’.

Apabila berjumpa dengan kawan saya ini, saya lihat dia semakin jauh dengan saya. Kami seperti orang asing. Dia lebih selesa bergaul dengan kawan-kawannya yang sealiran. Saya pun faham tentang itu.

Cuma itulah, ramai juga kawan-kawan busker saya yang terkandas di celah ranting kehidupan. Ada yang berjaya melepasinya dan bab itu saya salute! Seperti seorang rakan busker saya Syed Amran, bagi saya dia adalah contoh seorang busker yang boleh dicontohi. Dari hidup sebagai penagih negar dia boleh bangkit dan kembali bersemangat untuk meneruskan hidup. Hari ini kawan saya Syed ni sudah punya keluarga yang bahagia, berkereta dan punya kehidupan. Berbeza dari Syed yang saya kenal dulu. Saya berbangga kerana saya yang menggalakkan dia busking dulu, kerana waktu itu dia sudah punya dua anak. Daripada dia menganggur lebih baik dia busking sebab dia memang berbakat besar.

Akhirnya itulah kerjaya yang dipilihnya, di pertengahan jalan agak senget sikit tapi baguslah sebab dia boleh kembali tegak dan teruskan perjalanan dengan penuh semangat. Yang itu yang kita mahu!

Jadi untuk anak-anak muda walaupun bukan busker, tolonglah jangan jangan jadi penagih, lingkup hidup dan masa depan!

Artist: The Verve
Song: The Drugs Don’t Work
Album: Urban Hymns

Lyrics

All this talk of getting old
It’s getting me down my love
Like a cat in a bag, waiting to drown
This time I’m comin’ down

And I hope you’re thinking of me
As you lay down on your side
Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

But I know I’m on a losing streak
‘Cause I passed down my old street
And if you wanna show, then just let me know
And I’ll sing in your ear again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

‘Cause baby, ooh, if heaven calls, I’m coming, too
Just like you said, you leave my life, I’m better off dead

All this talk of getting old
It’s getting me down my love
Like a cat in a bag, waiting to drown
This time I’m comin’ down

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

‘Cause baby, ooh, if heaven calls, I’m coming, too
Just like you said, you leave my life, I’m better off dead

But if you wanna show, just let me know
And I’ll sing in your ear again

Now the drugs don’t work
They just make you worse
But I know I’ll see your face again

Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again
Yeah, I know I’ll see your face again

I’m never going down, I’m never coming down
No more, no more, no more, no more, no more
I’m never coming down, I’m never going down
No more, no more, no more, no more, no more
(Repeat and Fade Out)


Bila poket kosong

0 comments

Biasanya kalau poket kita penuh, kita akan suka hati, kalau poket kosong segalanya murung dan memasalahkan. ha ha ha..

Duit punca segala cerita, yang indah mahupun yang tidak indah.

Untuk saya, tak ada duit dalam poket adalah suatu benda yang biasa. Seronok juga bila dalam keadaan yang begitu, kita akan berfikir macamana nak cari duit.

Kalau tak ada duit langsung, rm 5 ringgit pun besar nilainya. Nilai ringgit kita semakin kecil hari ini. RM 50 macam rm 5 sahaja, beli beras, gula dan minyak masak, habislah. Tapi kalau tak ada duit dalam poket, rm 5 itu tetap berguna juga..ha ha ha

Sekurang-kurangnya kita akan rasa nikmat suka duka hidup ini. Itu yang penting bagi saya. Bayangkan kalau hidup ini tak ada masalah, untuk apa kita di sini lagi? Kalau poket kosong, kita boleh isi, sedikit pun tidak mengapa. Kalau hal lain yang namanya masalah juga? Yang tak boleh dibeli dengan duit?

Kawan saya bercerita tentang kisahnya yang bercinta dengan orang kaya. Memang kaya, rumah ada kolam renang, kereta sport.

Kata kawan saya lagi, kekasihnya itu sudah bercerai dengan suaminya. Punca?, suaminya curang, dan kecurangannya disaksikan di depan mata sendiri. Bertambah lagi bila yang berasmara dengan suaminya itu adik kandungnya sendiri. Kesannya kekasih kawan saya ini mendapat penyakit migrain yang sangat teruk, dia menangis siang malam mengenang nasib diri seperti kisah Kasim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku.

Hasilnya kekasih kawan saya ini jika dibedah akan menyebabkan matanya buta. Itulah ceritanya..

Itulah, baik kita tak ada duit dalam poket daripada berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh kekasih kawan saya ni tadi.

Tetapi bagi saya semaksimum manapun masalah yang kita hadapi, ianya hanyalah sekadar masalah. Mengapa perlu mengaku kalah dan berserah, melayan subjek dukacita sehingga merana badan? Bukankah itu bodoh namanya? Dalam hidup, kita perlu bijak dan jangan dibodohkan oleh subjek-subjek yang membodohkan diri sendiri. Sebabnya yang membodohkan kita itu adalah iblis. Dia sangat suka jika kita kecewa dan putus asa, kesal dan sebagainya. Sebabnya jika kita gagal macam-macam kita boleh buat. Bunuh diri dan membunuh terutamanya. Kecewa sampai buta mata bagi saya membodohkan diri sendirilah. Tuhan pun tidak suka, dia dah bagi nikmat melihat, kita tidak menghargainya.

Hari ini saya bawa anak bini menonton saya berbusking di KTM atas jemputan mereka, saya pun buskinglah di sana bersama rakan busking saya yang hebat, Syed Amran. Saya pula poket tengah kosong, jadi bila datang tawaran macam ni, memang bestlah..ha ha ha

Bayaran untuk kami busker ni bukanlah lumayan sangat. Ada artis jemputan juga yang dijemput pihak KTM dan mulanya mereka mahu saya back up penyanyi undangan itu, Anna Raffali? Saya tak kisahlah sebab saya ni busker je. Cuma secara peribadinya penyanyi-penyanyi perempuan terutamanya yang pegang gitar tong ni seperti Yuna atau siapa sajapun bagi saya mereka ni budak-budak pramatang dengan lirik-lirik budak sekolah, jadi untuk saya simpan atau ingat nama mereka di ingatan pun bagi saya adalah satu kerugian. Bila sesuatu itu tidak penting untuk diingat, jangan simpan. Tapi bukanlah saya benci pula, cuma tidak penting.

Saya pun tak tahulah, saya memang tidak suka suara penyanyi perempuan. Yang saya suka dalam dunia ni ada 2-3 orang sahaja. Kate Bush dan Joni Mitchel atau Roberta Flack. Yang lain tu bagi saya biasa saja.Mungkin saya melihatnya secara package. Saya suka singer/writter. Tengok pula apa yang nak mereka ceritakan dalam lagu mereka. Kalau lirik macam budak umur 10 tahun, tak sesuailah untuk saya. Lagu pula kalau cara melodinya stereotype atau clean sangat, macam muzik programming, pun saya tidak berkenan. Itulah..mungkin inilah kelemahan saya..ha ha ha..apa pun saya tak lah maksudkan cuma hanya point of view sahaja.


problema dimana-mana..raikanlah!

0 comments

lahir saja kita atau keluar saja kita dari rahim ibu kita dah problem, orang kaya mahupun yang miskin..akan menangis, sebab hidup memang problem.

Menangis kerana dua sebab, suka dan duka. Suka kerana kita yang dipilih hatta para malaikat pun tidak sanggup untuk menanggung amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Duka kerana ujian yang maha berat bagi kita dalam menanggung amanah yang diberi. Namun ini semua ceritanya, kita hanya menjalani.

Untuk kita menangani masalah, kita perlu duduk di dalam masalah itu. Raikan murung dalam mood yang segar. Jangan nafikan walau sedetik perjalanan nafas dan takdir kita. Kita perlu memahami makna suka dan duka kerana kita manusia. Jika kita sedang memahami yang kita ini manusia, kita masih boleh tidur lena walau dalam situasi murung yang hebat.

Apa yang kita boleh expect tahap kesempurnaan kita manusia?

Kita tidak sukakan kesempurnaan yang calculatif sifatnya. Kita sukakan kesempurnaan yang apabila dosa dan pahala itu kita terima seadanya. Sebagaimana kita memerlukan matahari dan bulan, begitulah kita masih memerlukan dosa dan pahala di dalam hidup kita selagi kita ini bernama manusia. Selainya adalah proses.

Memahami kehendak diri adalah sebahagian dari subjek kesempurnaan.
Memahami makna kesempurnaan adalah apabila kita terjun di tasik yang kita tidak tahu apa yang ada di dalamnya, dan walaupun kita lemas, kita tidak akan mati kerananya selagi masih ada percaya.

Sebenarnya saya sedang cuba untuk memahami mengapa dunia ini tidak berlaku adil kepada umat manusia dan kehidupannya. Ada pengemis yang menghiasi pinggir jalan mengharap simpati, ada kerakusan yang apabila sampai satu tahap lupa manusia itu tidak ubah sifatnya seperti haiwan. Ada mendung dan langit biru. Ada orang kaya yang walaupun hartanya melimpah ruah, namun penyakit yang dihidapinya masih belum ada ubatnya. Dan akhirnya dia pun mati juga, sama seperti pengemis tadi. Semoga segalanya dihalalkan demi Tuhan.

Ada orang miskin yang terpaksa mencuri demi untuk sesuap nasi.
Jika ada permintaan dan doa, halalkanlah salah mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak bertuhankan ringgit. Mereka hanya memerlukan ringgit untuk meneruskan hidup. Alangkah malang bagi si kaya yang hartanya berlebihan yang masih terkial-kial mencari makna kemanusiaan.

Saya sedang cuba untuk memahaminya. Saya sedang cuba mentafsirkan makna keindahan dalam elemen yang abstrak dan penuh teka-teki. Hidup ini memang indah. Indah? Indahlah pada yang indah.
Betapa indahnya apabila kita sedang melayani masalah kerana akan mendewasakan kita secara tidak langsung. Kegagalan adalah sebahagian dari kesempurnaan. Bersyukurlah jika kita diberi ujian, itu maknanya kita masih disayangi.


Kota pusat segala cerita

0 comments

Kota ini kejam. Tidak ramah langsung. Kos sara hidup makin tinggi. Kadar sewa rumah sangat mahal. Sewaktu saya tinggal di Ipoh, kadar sewa sebuah rumah teres 3 bilik, 2 bilik air sewanya cuma rm 300. itu tahun 2007.
Di KL ni rumah apartment kos rendah tingkat 5 pun sewanya mencecah rm 500.

Saya mula tinggal di Kuala Lumpur sejak tahun 1985. Suatu waktu saya fed up dengan suasana dan persekitarannya. Pernah saya cuba untuk tinggal di kampung sewaktu proses rakaman album di studio Luncai tertangguh. Saya cuba buat perancangan untuk tinggal di kampung dan hanya akan ke kota jika ada aktiviti atau tawaran menyanyi.

Tapi itu semua tidak terjadi seperti yang saya rancang. Paling lama saya boleh tahan 2 bulan.

Di kampung suasananya nyaman, oksigennya segar cuma minda kita tidak berkembang. Saya perlukan kawan-kawan yang sealiran. Saya perlukan muzik dan yang paling penting semua aktiviti dan gedung ilmu berpusat di sana.

Apa pilihan yang saya ada waktu itu? Semua kawan sekampung sudah berhijrah dan bekerja di kota. Takkan saya nak bercampur dengan budak sekolah?
Dengan siapa saya nak berkongsi cerita mengenai muzik dan falsafahnya? Siapa yang kenal Jim Morrison, Dylan, Lennon, Cat Steven, The Jam, Pau Weller dan sebagainyalah. Apa yang saya suka bukan semua orang suka. Itulah kenyataannya.

Saya suka mengkaji agama waktu itu. Bukan agama islam saja, semua agama saya nak kaji kalau boleh. Saya sukakan cerita yang lain dari biasa. Yang biasa-biasa saja dalam buku pun banyak.

Di Pasar Seni semuanya ada. Orang gila muzik,gila itu, gila ini jadi saya yang gila ni merasakan dunia dan diri saya tidaklah sunyi sangat. Sekurangnya saya boleh berkongsi banyak hal dengan kawan-kawan yang sama aliran dan kefahaman.

Semakin lama saya di sini, saya untuk memahami kota dan isi ceritanya. Cuba untuk memahami adalah jalan atau solution yang paling baik. Lagipun apa pilihan yang kita ada? Kita bukannya orang yang berada. Boleh tinggal di mana-mana negara yang kita suka, bila-bila masa yang kita mahu.

Yang penting saya tidak keseorangan di sini. Selainnya, kita kena layan hidup ni brader! Ini yang kita pilih!

R.I.P Franky Sahilatua yang telah meninggal dunia pada 20 april 2011 pada usia 57 tahun.


Page 2 of 712345...Last »