Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sesuatu perkara yang namanya dosa

0 comments

Hari itu sepatutnya merupakan hari yang murung dan sugul bagi sebuah keluarga kerana mereka telah kehilangan bapa mereka untuk meninggalkan dunia untuk sebuah tidur yang panjang untuk lebih mengenal dirinya.

Di saat semua ahli keluarga bersedih menyambut kematian, si anak yang usianya baru melepasi akhil baligh bertanya soalan tentang arwah kepada abangnya yang tua yang nyata semakin matang menghadapi saat-saat genting dalam hidup mereka.

Tanyanya,” macamana keadaan bapa? Adakah amalannya selama di dunia ini akan diterima? Aku tidak melihat bapa sebagai manusia yang sempurna kerana di dalam dirinya penuh dengan nilai-nilai amarah dan benci walau dia seorang yang dipandang alim di kampung kita”.

Abangnya yang sedang termenung agak tersentak dengan sapa dan tanya adiknya yang seorang itu. Memang dia tahu sikap bapa. Mereka hanya dua beradik di dalam keluarga, tiga beradik sebenarnya. Seorang ahli keluarga mereka telah meninggal dunia sewaktu usia 5 tahun kerana mengidap mengidap demam panas yang berpanjangan hingga membawa mati.

” Walau apapun, bapa telahpun dikebumikan dengan selamat. Semua tanggungjawabnya sebaga manusia di mukabumi ini telah selesai. Selainnya itu urusan Tuhan”.

” Aku melihat bapa sebagai manusia yang berdosa kerana hatinya kotor dengan daki duniawi. Dia memperlakukan ibu dengan kejam semasa hidupnya, dia memperlakukan aku anaknya dengan kasar, sekalipun dia tidak pernah mencium aku, aku tidak merasai kasih-sayangnya sehingga ke hari matinya”

”Ibu kita menangis. Itu luahan yang jujur dari hatinya walau dia tahu suaminya tidaklah sesempurna mana, kerana dia tahu bapa hanyalah seorang manusia, apa yang kamu expect tentang tahap kesempurnaan seorang yang namanya manusia?”

Si adik masih tidak berpuas hati, dipersoalkannya lagi..mengapa dan mengapa..

”Bagi aku bapa seorang munafik, dia hebat di mata masyarakat. Menjadi imam di kampung kita, dihormati kerana ilmu syariat dan hukum-hakamnya, tetapi sebagai ketua keluarga dia gagal berfungsi sebagai sepatutnya”.

”Dosa pahala hanya dalam perkiraan kita sebagai manusia adikku. Apa yang kamu faham tentang dosa? Apa yang kamu faham tentang pahala?
syorga dan neraka juga hanya dalam perkiraan kita, manusia. Apa yang lebih penting bagi kita mendoakan kesejahteraannya. Dan yang lebih penting, buangkanlah sifat amarah dan dendam dalam diri kamu sendiri. Itu sesuatu yang tidak baik untuk perjalanan nafasmu di dunia ini, yang akan menjadikan hidupmu lebih singkat dan penuh dengan elemen yang negatif. Apa guna kita benci membenci tentang cerita semalam dan hari ini. Selepas berpisah jasad dengan nyawa, itu bukan urusan kita lagi. Itu urusan pencipta yang telah menzahirkan tajalli sifatnya di dunia ini sebagaimana watak yang dia mahu kita lakonkan”

Nyata jawab abangnya yang terakhir memberikan jawapan yang sangat memuaskan kepada adiknya dan sejak itu dia tidak pernah bertanya lagi apatah membenci arwah bapanya.

Copyright 1994; Anthem Records, Mercury Records
Its Rush’s music video to Nobody’s Hero, from Counterparts.

Nobody’s Hero by Rush/Lee, Lifeson & Peart

I knew he was different in his sexuality
I went to his parties as a straight minority
It never seemed a threat to my masculinity
He only introduced me to a wider reality
As the years went by, we drifted apart
When I heard that he was gone
I felt a shadow cross my heart

But he’s nobody’s hero
Save the drowning child
Cure the wasting disease
Hero — lands the crippled airplane
Solves great mysteries
Hero — not the handsome actor
Who plays a hero’s role
Hero — not the glamour girl
Who’d love to sell her soul
If anybody’s buying,
Nobody’s hero

I didn’t know the girl, but I knew her family
All their lives were shattered in a nightmare of brutality
They try to carry on, try to bear the agony
Try to hold some faith in the goodness of humanity
As the years went by, we drifted apart
When I heard that she was gone
I felt a shadow cross my heart

But she’s nobody’s hero
Is the voice of reason against the howling mob
Hero — is the pride of purpose
In the unrewarding job
Hero — not the champion player
Who plays the perfect game
Hero — not the glamour boy
Who loves to sell his name
Everybody’s buying
Nobody’s hero

As the years went by, we drifted apart
When I heard that you were gone
I felt a shadow cross my heart

But he’s nobody’s hero
Save the drowning child
Cure the wasting disease
Hero — lands the crippled airplane
Solves great mysteries
Hero — not the handsome actor
Who plays a hero’s role
Hero — not the glamour girl
Who’d love to sell her soul
If anybody’s buying,
Nobody’s hero


Perihal hidup dan keseimbangan.

0 comments

Biasanya manusia cepat berubah mengikut musim. Bila senang, lupa diri. Bila susah baru sedar diri. Itu biasa bagi saya, kalau sedar diri walau dah senang itu baru luar biasa bagi saya. Lupa adalah sifat yang lumrah bagi kita manusia.

Untuk membuat kita selalu sedar diri walau hidup dah senang senang saja. Walau kita ada kereta mewah, naiklah tren sekali sekala, naiklah bas sekali sekala. Berjalanlah di lorong pejalan marhen dan praktikalkan makna kehidupan itu sendiri.

Banyakkan bercermin kerana di dalamnya ada wajah kita yang sebenar. Wajah kita yang di dalam itu bukannya indahkan hal-hal dunia sangat sebab dunia itu hal, hal itu nafsu dan nafsu itu kehendak.

Wajah kita yang di dalam itu tidak berminat tentang cerita riak, takbur, bangga diri kita sebab materi dunia itu hanya untuk di dunia. Jadi sangat baik jika kita duduk di tempat yang tinggi, selalu-selalulah menjenguk yang di bawah, itu yang wajah kita yang di dalam itu suka dan bila dia suka jiwa kita akan tenang.

Saya pernah melalui musim di mana ianya umpama jika tali itu terlalu tegang, ianya akan putus. Musim di mana kita terlalu jujur mentafsirkan makna hidup.

1990 adalah period yang praktikal juga kritikal. Ianya musim ghairah, soul searching. Saya waktu itu bekerja di kilang plastik, gaji rm 12 sehari. Waktu kerja 7 pagi hingga 3 petang atau mungkin terus menerus sehingga 48 jam. Saya akan berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 2 km, pakai singlet koyak rabak dan seluar yang kotor serta berselipar jepun.

Itulah rutin hidup saya sebagai seorang pekerja kilang. Bercampur dengan pekerja anak-anak muda yang kebanyakan mereka mat metal berambut panjang, ghairah bersosial yang hidup mereka penuh dengan aktiviti arak, seks dan dadah.

Musim itu juga pegangan hidup saya agak heavy dan tak pernah ambil pusing tentang hal-hal dunia sangat mahupun keseimbangan. Dalam diri sangat sarat dengan ilmu hakikat itu, hakikat ini, mengenal diri, berbagai lagilah. Cuma saya bernasib baik wayar dalam tak putus, tapi ada senget sikit..Hari raya lepak sorang-sorang, makan maggie. ha ha ha

Waktu itu terlalu ghairah nak mengenal diri sangat kot, sehingga kita lupa hal-hal keseimbangan dan dari situ saya belajar banyak perkara. Yang paling penting tentang kesederhanaan dan keseimbangan. Jika kita serius dan jujur kita akan dapat apa kita mahu. Saya dapat apa yang saya impikan waktu itu, jadi ianya proses yang tak berpenghujung.

Jadi bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika kita akan berubah tanpa kita duga kerana hal ubah mengubah ni bukan kerja kita sebenarnya. Kita lihat penyanyi Cat Steven. Dari dunia glamour dan gemerlapan sebagai seorang penyanyi yang berjaya dan kaya raya, secara drastik beliau berubah sehingga menjadi seorang muslim yang sejati. Mempraktikal hukum hakam agama sehingga muzik pun dia tinggalkan. Beberapa tahun kemudian beliau mengeluarkan album nasyid tanpa muzik, cuma gendang. Dan hari ini beliau kembali lagi dengan album ‘road singer’. Kembali bergitar dan bernyanyi seperti beliau yang dulu. Cuma dulu prosesnya mencari dan hari ini prosesnya keseimbangan. Pun kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan esok.

Jadi bila saya lihat pelawak Bob Lokman secara drastik memilih hala tuju hidup dan pegangannya, saya hanya melihatnya sebagai suatu musim dan satu ketika. Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang kekal kerana manusia biasanya berubah mengikut musim. Saya lebih suka tentang hal-hal keseimbangan.

Apapun jika di situ ada kebahagiaan di jiwa, bermukimlah di situ.

From the album “ROAD TO HELL”, 1989. Live footage from The David Letterman Show, 1991.

The Road to Hell- Chis Rea

Well I’m standing by a river
But the water doesn’t flow
It boils with every poison you can think of

And I’m underneath the streetlights
But the light of joy I know
Scared beyond belief way down in the shadows

And the perverted fear of violence
Chokes a smile on every face
And common sense is ringing out the bells
This ain’t no technological breakdown
Oh no, this is the road to Hell

And all the roads jam up with credit
And there’s nothing you can do
It’s all just bits of paper
Flying away from you

Look out world take a good look
What comes down here
You must learn this lesson fast
And learn it well
This ain’t no upwardly mobile freeway
Oh no, this is the road to Hell


Pentas politik umpama pentas wrestling

0 comments

Pilihanraya di Sarawak tinggal esok lusa je lagi. Yang paling menyeronokkan berbagai cerita-cerita sensasi akan keluar, semuanya hebat-hebat belaka. Mereka sedang menyambut suasana perayaan di sana.

Pentas politik ni bagi saya macam pentas wrestling. Hari ni The Edge jadi watak baik, esok jadi jahat. Lusa jadi baik, tulat jadi jahat. Itulah politik..Jadi kalau kita emosi sangat, kitalah yang sedang dibodohkan.

Jadi yang terbaiknya berfikirlah secara bijaksana. Permainannya memang begitu dari dulu lagi. Kerana permainannya sering menghampakan, jadi saya rasa elok kita berfikir secara rasional dari kita melayan sangat emosi kita. Yang penting kehidupan perlu diteruskan!

Mereka adalah watak-watak penting yang mencorakkan masa depan negara kita sebenarnya. Saya pun bersetuju tentang itu. Cuma apabila permainan itu melibatkan ringgit dan kuasa yang melibatkan mereka, saya rasa kita sedang menjadi alat untuk kejayaan mereka. Modalnya kejujuran. Kejujuran adalah subjek yang paling murah dan boleh dijual beli dalam politik.

Dahulu, sewaktu saya kecil, apabila seorang wakil rakyat datang ke kampung kita, singgah untuk makan kenduri contohnya, amboi betapa orang kampung sangat meraikan kedatangannya, siap peluk sambil menangis lagi. Suka sangat kot. Walau muka yb itu memang muka korupsi, apa susahnya berlakon senyum, datang 5 tahun sekali.
Orang kita ni sangat mudah dibeli sebenarnya. Hanya dengan sekuntum senyuman, cair!! ha ha ha..

Tapi itu dulu, hari ini suasananya berubah, rakyat makin bijak berfkir, itu yang saya nampak dan itulah kenyataannya.

Saya suka BN dan Pakatan kuat. Sama-sama kuat. Sebab bila sama-sama kuat, yang untungnya adalah kita, rakyat. Suara kita akan didengar, sebab bila yang itu buat tak betul, yang ini akan bising. Jadi mereka akan bekerja keras untuk keselesaan rakyat. Jadi keseimbangan kuasa itu perlu untuk kemenangan rakyat.

Apa boleh buat, selagi hidup selagi itulah kita akan berkepentingan dan berkehendak. Jika kehendak itu atas dasar hak dan memang milik kita, itu ibadah namanya. Tanggungjawab kita di sini untuk cari rezeki untuk kita meneruskan hidup.

GET UP, STAND UP
(CHORUS)
Get up, stand up
Stand up for your rights
Get up, stand up
Don’t give up the fight
(2x)

You, preacher man don’t tell me
Heaven is under the earth
You a duppy and you don’t know
What life is really worth

It’s not all that glitter is gold
And half the story has never been told
So now we see the light
We gonna stand up for your rights
Come on

CHORUS

Cause you know most people think
A great God will come from the skies
Take away everything
And left everybody dry

But if you know what life is worth
Then you would look for yours on earth
And now you see the light
We gonna stand up for your rights

CHORUS

We’re sick and tired of this game of technology
Humbly asking Jesus for his mercy
We know and we know and understand
Almighty Jah is a living man

You fool some people sometimes
But you can’t fool all the people all the time
And now we see the light
We gonna stand up for our rights.


Inilah diri kita.

0 comments

Kata isteri saya, yang katanya kalau saya bercerita tentang dunia muzik saya, falsafah saya, sastera saya, memang hebat, tapi bila saya berada di dunia yang nyata, katanya saya ni tak tahu apapun. Saya kata betullah tu..ha ha ha

Saya ni jenis manusia yang tidak malu untuk mengakui kelemahan dan diri sendiri. Jadi apa pandangan pun saya terimalah.

Kawan saya kata saya suka berkhayal. Bila saya renungkan kembali kata-katanya, betullah kot. Dulu waktu bekerja di Yamaha Music kawan sekerja panggil saya ‘stone’. Mungkin sebab saya ‘blur’ je kot..Kencing pun masih boleh bersandar ke di dinding..ha ha ha

Separuh dunia dan pandangan saya sebenarnya telah lenyap ditelan masa. Maknanya zahir dan batin saya agak seimbang. Cuma dalam hal yang nyatapun saya kadang-kadang berkhayal juga, itu yang kurang bagus sikit..

Dulu banyak orang suspek saya penagih, kawan-kawan pun fikir saya begitu, keluarga pun ingat saya hisap dadah..Itu sebab sudah 3 kali saya dicekup polis dan dibawa ke balai untuk ujian air kencing..ha ha ha

Bagusnya berkhayal untuk kita berkarya sebenarnya. Asyik dalam dunia kita yang kita pun tidak sedar, asyik melayani tempoh waktu dan ruang.
Saya rasa kalau saya ni seorang penagih, sudah lama saya mati..ha ha ha

Bagaimanapun saya bersyukur, isteri dan anak-anak saya begitu memahami dan kenal saya luar dan dalam. Itu sudah memadai bagi saya. Ye lah, ahli keluarga sendiri pun boleh cop saya hisap dadah apatah lagi mereka yang tidak mengenali saya.

Apapun saya terima semua dugaan mahupun cemuhan, atau jika ini dikatakan ‘karma’ atau takdir hidup saya pun saya terima juga.
Terima kerana ini yang saya pilih dan ini jalan hidup yang saya rasa selesa bermukim di dalamnya. Tiada yang lebih membahagiakan selain dari menjadi diri kita sendiri.

Mungkin apa yang kita mahu itu bukan apa yang mereka mahu, itu tidak mengapalah kerana masing-masing kita manusia ini punya kemahuan kita sendiri.

Saya tidak pernah terfikir apa yang akan jadi pada saya dan dunia saya walau sesaat ke depan. Saya pun tidak sangka saya boleh berfikir tentang kesenangan dan dunia dalam tempoh umur yang sebegini. Semuanya atas dasar tanggungjawab pada keluarga. Saya rasa keseimbangan adalah moment yang paling matang bagi seorang manusia.

Muzik- Semenjak dua menjak ni saya layan balik lagu-lagu Peter Tosh. Saya memiliki 2 album beliau, Legalize it dan Bush Doctor pada tahun 88 dulu. Peter Tosh ni menubuhkan kumpulan muzik reggae yang paling popular di Jamaica, The Wailers bersama Bob Marley dan Bunny Wailer.
Cuma bila dua-dua nak menonjol, dan Bob Marley yang lebih menonjol, itu buat Tosh keluar dari band tersebut dan bikin album solo.
Apapun Peter Tosh adalah ikon rebel bagi muzik reggae yang penting untuk di ingati terutamanya bagi peminat reggae seluruh dunia.
Beliau mati dibunuh oleh sekumpulan perompak yang mahu merompaknya. Dan lagu ‘stand firm’ ni lagu yang paling saya suka dulu.

Peter Tosh- Stand Firm

Live clean, let your works be seen
Stand firm, or you gonna feed worm
Live clean, let your works be seen, my brothers
Stand firm, or you gonna feed worm

Warn bald hed tell me say
Dis ya bald hed a tell me say
Put on me cloze and come wid im
A mek we go to church Sunday
Soul Seekers, Soul Seekers, I say

All you got to do
Live clean, let your works be seen, my brothers
Stand firm, or you gonna feed worm
Live clean, let your works be seen, my sisters
Stand firm, or you gonna feed worm

Dis a one, come tell I say
Another one, come tell I say
If you want to be saved son
You got to go in your grave son
Pack of Bull shit, that is Bull shit, I say

The other one come tell I say
The other one come tell I say
If you want to be in the light son
You got to love Jesas Crise son
Dat is fantasy
A whole pack of ignorancy, I say

All you got to do
Live clean, let your works be seen
Stand firm, or go feed worm
Live clean, let your works be seen
Stand firm, or go feed worm

Den a parson, tell I say
Den a parson, tell I say
If I want to be pure widin
I got to come confess my sins
Another pirate, another pirate, I say

All you got to do
Live clean, let your works be seen, my sisters
Stand firm, or go feed worm
Live clean, let your works be seen, my brothers
Stand firm, or you gonna feed worm

Dis ya one, come tell I say
Dis ya one, come tell I say
He tink it wize dat
I shoulda get baptize
But wen I realize
It was de Devil in disguise

Dis ya one, come tell I say
Another one come tell I say
To be in the light
Got to check Jesas Crise
You talk it like gladness
But that is madness, I say

All you got to do
Live clean, let your works be seen
Stand firm, or you gonna feed worm
Live clean, let your works be seen
Stand firm, or you gonna feed worm
Live clean, let your works be seen


Page 4 of 7« First...23456...Last »