Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kita yang terlupa

0 comments

Kata isteri saya, semenjak dua menjak sejak saya menjenguk ke alam mainstream ni, saya agak ghairah atau excited dengan benda dan panorama baru di hadapan saya. Saya katakan tidak, saya macam biasa sahaja.

Sebelum inipun saya adalah seorang singer/songwritter yang biasa-biasa saja. Semua hero-hero saya dulupun biasa-biasa juga.

Tapi saya akui agak terkejut dengan musim yang sedang saya hadapi hari ini. Hari ini saya bekerja keras untuk sukses walau dalam usia yang semakin ke depan ini.

Itulah, kalau saya boleh hidup dengan menjual album-album saya sebelum ini dan show yang banyak di sana sini, saya tidak akan berubah haluan. Kenyataannya walau sudah punya sejumlah album dan dikenali oleh ramai orang walau bukan kesemuanya, saya masih bergelut mencari duit untuk terus hidup menanggung keluarga. Kenyataannya juga saya tidak mampu pergi lebih jauh jika saya ikut kepala sendiri.

Dunia indipendent adalah unik dan misteri. Kita berjaya di satu sudut, tapi mungkin kita akan gagal di satu sudut yang lain.

Dari segi bayaran untuk artis indipenden dan komersial sangat jauh bezanya. Macamana kita nak tanggung 5 kepala jika dalam setiap persembahan kita cuma dibayar rm 100 hingga ke rm 300 ringgit?

Inilah kenyataannya. Saya tidak punya banyak pilihan dalam hidup ini sebenarnya. Saya perlu keseberang sana berjuang di arena yang lebih terbuka jika peluang itu berada dihadapan mata. Kita tidak perlu terperangkap di wilayah yang kita rasa selesa kerana di ‘ghetto’ ini hanya kita-kita yang faham apa itu cinta dan rasa. Kita hanya memuji sesama kita. Sampai kemana sudahnya?

Apalagi perbezaannya? Abang saya akan dibayar rm 1000 untuk sebuah lagu yang dinyanyikan secara minus one. Saya akan dibayar rm 100 untuk 3 buah lagu yang saya nyanyikan sambil memetik gitar sampai berpeluh-peluh. Sampai bila saya boleh take it benda-benda yang macam gini? Ha ha ha

Semakin kita mengadap permainan yang kadang-kadang membodohkan, pun buat kita penat juga kadang-kadang, kita terpaksa akui inilah jalannya jika kita mahu ke sana.

Jalannya kurang menariklah, sebab hari ini kita berjalan atas dasar tanggungjawab, ada impian dan sedikit calculative yang kadang-kadang tidaklah dapat saya nafikan kita akan kelihatan bodoh di sesetengah sudut yang kita berasa janggal melakukannya. Ha ha ha

Itulah, berikanlah cermin itu jika saya terlupa menilik diri sendiri. Saya akan menghadapi wajah hodoh ini jika itu yang terpampang tatkala saya menatap wajah saya sendiri.

Muhasabah masih subjek yang terbaik jika kita selalu merasa yang kita ini mula tersasul, lupa, terlupa, bodoh mahupun bongkak.


Susah nak tidur

0 comments

Dulu saya susah nak tidur malam, pukul 3 baru letak kepala kat bantal, pun bukannya tentu dapat lena terus. Ni saya tengok anak-anak saya sedang tidur dengan lena, saya pun cemburu juga.

Kita ni jenis susah nak lena. Banyak sangat benda yang nak difikir. Kena pulak waktu tengah bermenung datang pulak cerita-cerita yang tak best di ingatan, langsung tak dapat tidur. Ha ha ha

Jenuhlah pulak saya cuba melupakan dan fokus semula pada hakikat kejadian, zikir nafaslah, itulah, inilah…leceh. Ha ha ha

Suatu masa saya suka bermeditasi, sayup-sayup dan sayup dalam puji-pujiannya sepertimana kata Sawong Jabo dalam lagunya, ‘mencintaimu adalah mencintai hidup’. Sayup dan sayup sampailah sidia menggelodak nak keluar. Saya takut pulak menghadapi situasi yang sedemikian. Bayangkan itu seperti roh yang mahu keluar dari jasad. Ha ha ha. Berpeluh-peluh saya waktu itu. Takut tapi nikmat.

Jadi kalau kita ada kekuatan diri dan semangat, beramal atau berzikirlah untuk mendapatkan jawapan tentang wujudnya pada diri kita sendiri. Setakat cerita tentang percaya, itu tak ada benda sangat bagi saya.
Solutionnya kita akan lebih mengerti tentang hakikat hidup ini. Trust me!

Suatu masa pulak saya lost dalam ideologi yang pelbagai. Kalau lukisan tu kita boleh gambarkan sebagai lambang abstrak insan dalam proses mengenal. Berserabut juga, tapi bagi saya jika nawaitu kita tidak kearah kebendaan atau nafsu nafsi, kita akan ditemukan jalan pulang juga.

Hari ini saya cuba mempelbagaikan cerita-cerita malam dan siang. Malam kita tak nampak, tapi ada. Siang pula kita nampak, sebab diberi kita nikmat melihat.

Jadi hari ini sayapun cubalah meraikan makna kehidupan seadanya. Berjalan-jalan dengan anak bini, singgah di Wangsa Walk, ada pertandingan Karaoke, saya pun menjadi penonton. Menonton mereka yang bercita-cita dan ghairah untuk menjadi penyanyi.

Ada yang berbaju kurung, berdandan sakan, bergaya seakan artis yang penuh glamer. Ha ha ha..inilah kehidupan..Cuma belum sampai satu lagu, saya dan anak binipun balik. Saya tetap berpendapat inilah budaya orang kita, yang mana artis adalah ‘ikon’ yang mampu memberi impak dalam pemikiran dan kehidupan mereka. Ada yang nak jadi Anuar Zain, Siti Nurhaliza. Ha ha ha..Begitu hebat sang artis berperanan dalam membentuk nadi dan rentak fikir orang kita. Ha ha ha

Saya pernah jadi juri dalam pertandingan karaoke 5 tahun dulu di Temerloh. Saya bagi markah yang tertinggi pada seorang pemuda orang asli yang menyanyikan lagu dari kumpulan Spring, tajuknya saya tak ingat dah. Ha ha ha

Apapun hari demi hari kita masih dalam kandungan dan ceritanya. Tidak ada bezanya di dalam perut mahupun di luar perut. Di dalam perut, kita duberi makan. Di luar perut kita belajar hidup untuk cari makan. Ha ha ha


Luka, sakit dan duka

0 comments

Luka adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Duka adalah pasangannya. Luka akan menambah duka. Siapa yang tidak pernah melalui siri luka dalam hidup mereka? Saya percaya semua kita pernah mengalaminya.

Mereka manusia yang sempurna. Saya belum jumpa lagilah manusia yang hidup mereka yang jenis riang ria, gelak dan ketawa sejak lahir ke dunia ini sampailah ke mati. Ha ha ha

Saat ibu melahirkan anak ke dunia, itu adalah proses luka, sakit yang membahagiakan. Mengapa ianya tidak semudah satu tiupan cuma? Mengapa perlu menahan sakit saat melahirkan kita ke mukabumi ini? Itu tandanya sakit dan luka itu adalah sebahagian dari proses sebuah kesempurnaan yang hakiki.

Cuma ianya adalah subjek yang bikin hati dan jiwa kita sakit mungkin, menempuh satu musim duka yang mungkin sekejap atau mungkin juga berpanjangan. Musim biasanya tidak selamanya. Anggap itu ujian. Biasalah, kita perlu mengajar diri kita agar selalu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bercerita tentang episod duka ni, saya ingin bercerita tentang perhubungan seseorang yang saya kenal. Antara seseorang yang saya kenal ini dan anaknya. Seseorang ini kita panggil dia kawan sayalah, senang cerita.

Kawan saya ni bercerai dengan isterinya dalam situasi yang penuh konflik yang membawa dendam kesumat sampai ke mati mungkin. Apapun saya salahkan kawan saya ni lah, tapi benda dah terjadi, apa yang kita boleh buat lagi? Kita wajib menerima hukum alam seadanya.

Apapun kejadian itu sudah berlalu selama 20 tahun mungkin. Hari ini untuk kawan saya ni menagih kasih sayang anaknya adalah suatu yang mustahil mungkin. Ini kerana anaknya tidak dapat langsung memaafkan kesilapan ayahnya di masa lalu. Kesannya itulah saya kata, memang pedih dan menyakitkan.

Mungkin anaknya akan membawa dendam dan bencinya itu sampai ke mati, mungkin. Atau mungkin juga akan terbuka jalan untuknya belajar untuk lebih memaafkan setiap kejadian atau apa yang berlaku itu dan menganggap segalanya sudah ditentukan. Saya suka jika anaknya akan memaafkan ayahnya dan segalanya kembali bertaut sebagaimana kasih seorang ayah terhadap anaknya.

Tapi itulah, kesan luka itu saya pun dapat merasakan memang sangat dalam dan terlalu berkesan. Walau lukanya hilang, parut masih ada lagi.

Bagaimanapun ayah dan anak, keduanya selagi masih ada percaya wajib juga percaya kepada yang menjadikan. Subjek kemaafan tetap menjadi perkara yang paling penting bagi saya juga kita semua, insyaallah.

Apa yang kita boleh expect tentang level kesempurnaan seseorang insan? Kita ini kan manusia, ada cerita, ada suka, ada duka, ada sakit..ada segalanya.

Sahabat yang nyata untuk seorang pendendam itu adalah iblis. Dari benci membawa ke dendam. Apa sudahnya? Takkan kita nak habiskan riwayat hidup kita sebagai seorang pendendam di mukabumi Tuhan ini.

Sealim atau sewarak manapun kita, jika ada sifat-sifat hodoh yang sebegitu kita adalah sahabat iblis tanpa kita sedari. Wallahualam.


Cari makan

0 comments

Semua orang perlu cari makan untuk terus hidup kecuali orang gila. Macam gua, main muzik dan duduk dalam dunia seni dan hiburan pun begitu juga. Pun sebelum ini gua main muzik untuk cari makan tapi ikut cara gualah. Cara gua bukannya semua orang suka. Ha ha ha..Kawan-kawan sukalah. Itu hanyalah minoriti, kelompok yang kecil. Itu sebab gua dah bikin 9 album, hidup tak senang-senang juga. Ha ha ha..

Apapun itu tak ada hal, sebab hidup ini kita yang pilih. Suatu masa kita rebel sangat, sampai suatu masa kita mula berfikir tentang tanggungjawab. Tanggungjawab itu sebahagian dari ibadah wajib kita sebagai seorang manusia.

Jadi musim ini gua rasa gua bikin muzik untuk cari makan, ikut kehendak semasa. Ha ha ha..Pun ada juga nilai-nilai seninya di situ.

Benda ni datang dalam waktu yang telah direstui. Segala yang kita rancangkan menjadi, itu saja. Timing pun sesuai. Gua pun usia dah semakin ke depan.

Bila projek album baru band gua on, ramai orang sukahati dan bergumbira dengan melodi dan citarasa anak muda hari ini. Gua tak rasa apa sangat, tapi atas dasar tanggungjawab elok kita raikan juga suasana dan moodnya.

Hari ini tak ada duit susah juga. Nak ke toilet kalau di KL tu dah 50 sen. Duit rm 50 sekali pecahkan beli beras, itu ini tinggallah rm 5. Air suam kalau di kedai mamak dah 30 sen. Belanja lain lagi?

Walaupun ringgit itu bukan tiket untuk ke syorga, kenyataannya kita masih hidup lagi. Selagi hidup kita perlukan duit untuk terus hidup. Selagi mata kita tidak dikemilaukan oleh hijaunya harta, gua rasa kita harus bekerja untuk mencari duit untuk tiket kita hidup di dunia ini.

Tapi dari gila duit baik kita kita jadi orang gila. Ha ha ha


Page 1 of 512345