Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kawan-kawan dan saya

0 comments

Saya suka menjenguk blog kawan-kawan. Ada mereka yang rajin update blog, ada yang senyap terus, ada yang marah-marah, ada yang cool. Ada juga yang provokatif. Ada yang neutral, ada yang kiri, ada yang kanan. Bagi saya semuapun ok. Mereka sedang meraikan watak mereka di dunia ini. Saya perlukan pengetahuan dan cerita. Bukan semua benda dalam dunia ini kita tahu sebenarnya. Saya cerdik bab itu, bodoh bab ini. Itu biasalah.

Saya pun semenjak dua menjak ni agak rajin memblog. Ini kita boleh katakan musim. Nanti musim malas datang, sayapun akan senyaplah juga.
Saya suka baca blog kawan saya, Dollah Jones. Hari ni ceritanya tentang harijadi Bob Dylan. Bila saya baca blog kawan saya ni barulah saya teringat tentang Dylan.

Saya suka Dylan yang dulu dan sangat tidak suka Dylan yang hari ini. Dylan selepas album Saved dah tak best bagi saya. Ha ha ha..Saya cuba dengar juga umpamanya album empire apa entah dan album barunya modern times atau time out of mind. Maaf tak boleh masuk langsung. Suara dia makin kecik dan tak sedap langsung..Ha ha ha..itu pendapat sayalah.

Mungkin sebab tahap respek saya pada setiap watak di dunia ini semakin terbatas. Bagi saya semua manusia ada watak masing-masing. Itu saja.
Bagaimanapun Dylan adalah Dylan. Itu sahaja.

Biasanya semasa muda kita ghairah sesuai dengan usia kita yang muda. Kita impikan ruang bebas yang tidak terbatas mungkin. Mungkin juga kita expect bila sampai ke tempat yang tinggi kita akan merasa seronok untuk dipuja dan disanjung.

Cuma biasanya jika yang berjalan itu geraknya dari jiwa, biasanya cuaca akan menjadi semakin redup dan sunyi. Apabila sampai ke tempat yang tinggi, kita pun tak boleh beza mana yang tinggi atau rendah, sebab bukankah kita katakan tadi semua kita punya watak masing-masing? Ha ha ha

Bila saya baca blog kawan-kawan, banyak benda yang saya boleh dapat di situ. Mereka sedang berseronok dalam meraikan hari riang dan sedih mereka.

Saya suka pada subjek’ sedekah’..Saya suka melihat dunia ini penuh dengan orang yang baik hati dan suka bersedekah. Saya berpendapat mereka akan mendapat lebih rezeki dan berkat jika banyak bersedekah.
Saya suka jika saya akan berada dalam golongan tersebut.

Apapun bila saya membaca blog atau cerita tentang politik, saya akan pening. Ha ha ha ha…Saya rasa ianya tidak baik untuk santapan jiwa kita kerana itu hanyalah permainan watak-watak yang sedang bekerja kearah kebaikan atau sebaliknya. Jadi saya baca juga sekadar ambil tahu. Apapun saya sukakan kebenaran.

Kebenaran yang lahir dari jiwa itu adalah sesuatu yang magik dan menakjubkan, berbanding kebenaran yang lahir dari mulut yang manis. Apabila segalanya manis, bukankah itu nampak janggal dan akibatnya mungkin kita akan dapat penyakit kencing manis? Ha ha ha

Saya suka jika kita jangan take it serious sangat tentang hal-hal hidup dan mati ni. Kita jalankan watak kita seadanya, itu lebih baik.

Lead Vocals: Paul Di’Anno
Bass and backing vocals: Steve Harris
Guitar: Dave Murray
Guitar & backing vocals: Dennis Stratton
Drums: Clive Burr


Keseimbangan 2

0 comments

Orang rumah saya selalu mempersoalkan tentang apa yang saya tulis di blog saya terutamanya tentang hal-hal yang melibatkan subjek keseimbangan. Dia kata tulisan saya tak seperti apa yang saya lalui dan pegang, katanya kadang-kadang saya senget juga. Ha ha ha

Saya setuju dengan kritiknya, tak apa. Saya cuma sukakan subjek keseimbangan. Apabila saya bercerita tentang hal-hal keseimbangan, bukanlah bermakna saya ini seorang yang sempurna dan seimbang.

1- Saya selalu membelikan anak saya mainan, harganya kalau boleh bawah rm 10. Mainannya cuma robot yang boleh dipasang-pasang. Saya cuma mampu membelikan barangan robot yang murah yang apabila dipasang, akan senang patah dan apabila patah, mukanya akan monyok masam cuka.

Saya rasa kalau saya seorang jutawan mungkin saya akan belikan anak saya itu kilang robot, atau robot transformer setinggi bangunan dua tingkat untuknya. Kalau saya kayalah. Ha ha ha

Kadang-kadang bila singgah ke tempat barang mainan yang mahal, rasa ralat juga sebab saya tidak mampu membelikan barang mainan yang mahal-mahal kepada anak saya. Itu mungkin tabiat saya, terlalu meraikan kehendak anak-anak.

2- Apabila kita menghargai setiap sesuatu yang penting untuk kita, kita tidak akan penat atau jemu untuk melakukan yang terbaik untuk mereka. Saya percaya bahawa kehidupan dan jalan kita akan lebih terang jika kita banyak memberi di dalam kehidupan kita.

Jika suatu hari jika kesan dari apa yang kita beri hari ini tidak memberikan pulangan dari segi rohani atau spiritualnya, atau suatu hari nanti bila anak-anak sudah dewasa dan mereka mungkin lupa apa yang saya telah tumpahkan hari ini, saya akan anggap itu sebahagian dari subjek dukacita yang perlu saya tempuh juga.

Saya tidak bersedia untuk dilupakan sebenarnya dan saya tidak sanggup menghadapi jika itu yang bakal terjadi tetapi itulah yang selalu kita lihat hari ini. anak-anak melawan ibubapa, ibubapa ditempatkan di rumah orang tua lantaran anak-anak terlalu sibuk dengan hal-hal dunia yang remeh.

3- Hari ini saya punya sebuah kehidupan dan keluarga untuk saya tumpahkan tanggungjawab saya sebagai kepala keluarga. Saya rasa inilah puncak kebahagiaan hidup saya dalam meraikan makna hidup dan kebahagiaan.

4- Setiap kejadian itu punya kehidupan mereka yang tersendiri. Saya masih bersimpati pada mereka yang kurang bernasib baik dalam menangani hidup dan takdir mereka.

Betapa hari ini kita dibezakan cuma dengan nilai ringgit dan kuasa. Ringgit buat kita sedar di mana dan siapa kita di dunia ini. Kekurangan adalah subjek yang menyedihkan untuk dihadapi.

Kita sebenarnya secara tidak langsung telahpun bersetuju bahawa Tuhan yang nyata di dunia ini adalah ringgit dan kuasa. Manusia mampu berbuat apa sahaja jika mereka punya ringgit dan kuasa. Kemana akhirnya mereka-mereka itu jika mereka punya ringgit dan kuasa? Oh, rupanya mereka juga akan kembali ke tempat asal. Jadi lakukah ringgit dan kuasa itu jika itu yang mereka persembahkan untuk sang pencipta?
Oh, tidak laku rupanya. Jadi tidak ada bezanya mereka yang berduit atau tidak berduit, kerana semua kita akan kembali ke tempat yang sama, tiada beza. Cuma yang menjadi masalah mungkin mereka yang bertuhankan ringgit dan kuasa itu tadi akan mengalami kekeliruan yang amat kerana apa yang sepatutnya mereka cari di dunia ini sebenarnya bukanlah kebendaan atau material yang setinggi gunung. Bahkan jika itu yang membuat mereka lupa tentang siapa dan ke mana mereka nanti, itulah nilai kesesatan yang paling nyata yang bakal mereka hadapi.

5- Keseimbangan? Saya sukakan subjek itu..Ha ha ha

I sit beside the dark
Beneath the mire
Cold grey dusty day
The morning lake
Drinks up the sky

Katmandu I’ll soon be seeing you
And your strange bewildering time
Will hold me down

Chop me some broken wood
We’ll start a fire
White warm light the dawn
And help me see
Old satan’s tree

Katmandu I’ll soon be touching you
And your strange bewildering time
Will hold me down

Pass me my hat and coat
Lock up the cabin
Slow night treat me right
until I go
Be nice to know

Katmandu I’ll soon be seeing you
And your strange bewildering time
Will keep me home


Keseimbangan

0 comments

Apapun, keseimbangan adalah subjek yang paling saya titikberatkan di dalam hidup ini. Saya percaya kita manusia telah dan sedang melakukan proses hijrah demi hijrah dalam hidup kita.

Ada yang hijrah mereka dari menjadi seorang yang normal menjadi abnormal. Itupun hijrah juga. Ha ha ha

Saya pernah melalui satu musim yang mana saya berasa sangat shahdu apabila berada di dalamnya, dikelilingi mereka yang menggunakan ayat-ayat agama yang mana ianya jelas membuatkan saya hiba dan untuk satu musim, bermukimlah saya di situ.

Tetapi itu bukanlah saya, jadi setiap hijrah yang telah kita lalui adalah ilmu dan pengetahuan. Ilmu tidak menuntut kita berubah secara fizikal atau penampilan, kerana ianya untuk disemat di dalam dada. Ismi kita akhirnya tidak akan menjadi selesa jika menjadi sesiapapun di dunia ini, kerana kita perlu menjadi diri kita sendiri walau dalam apa keadaanpun.

Jika sesuatu perubahan yang kita lakukan itu walau di awal cerita, niat kita adalah atas subjek keluhuran jiwa dan atas keredhaannya namun mungkin di pertengahannya akan datang sifat-sifat yang akan membawa kita ke lembah yang penuh dengan ketakburan, ujub dan riak mahupun tamak, pun tak guna juga. Kelebihan kita adalah adalah untuk tontonan mereka. Kelebihan kita? Apa yang ada pada kita? Ha ha ha

Semuapun bersifat pinjaman sahaja, jadi itulah pada saya, keseimbangan dalam apa halpun adalah subjek yang terbaik.

Saya beli buku Bob Isabella yang tajuknya ‘Aku, Isabella dan Tok Kenali’ dan membaca ceritanya yang susunan bahasanya bagi saya agak merapu, tidak indah, dari segi package agak tangkap muat dan tidak menarik sangat berbanding bila saya membaca buku ‘From Cat Steven’s to Yusuf Islam’.

Apapun saya beli buku Bob itu kerana salah satunya dia cucu Tok Kenali, dan Bob ada pencapaiannya yang tersendiri di dalam bidang yang diceburinya suatu waktu dulu.

Walau apapun, walaupun hari ini Bob sudah berserban dan sedang bermukim di suatu musim yang shahdu bersama dunianya dan apa yang sedang dipegangnya, secara peribadinya saya lebih suka melihat watak Bob yang sebiasanya, yang menjadi juri raja lawak atau apa saja yang melibatkan kesenian, kerana itulah wataknya di dunia ini. Itu bagi pendapat sayalah. Apapun perubahan kadang-kadang menuntut pengorbanan, yang itu kita perlu hormatlah.

Bagi saya dalam subjek atau penampilan yang sesebiasanya kitapun, kita masih boleh berdakwah dan menyampaikan apa yang baik yang menjadi tuntutan agama mahupun alam.

Sepertimananya Yusuf Islam yang akhirnya kembali bergitar, berlagu seperti sebelumnya selepas 20 tahun menyepi dan tidak memetik gitar atas alasan ianya mungkin akan melalaikan jiwa dan umat.

Saya tidak melihat itu sebagai subjek kesempurnaan sebenarnya, saya melihat proses atau musim itu sebagai satu musim yang ghairah dan sebu dengan angan-angan dan mimpi indah. Mungkin ianya akan mengendur atau menegangkan atas faktor ghairah itu sendiri. Jadi ianya bagi saya hanyalah satu proses demi proses. Wallahualam


Sejenak di ‘toilet’

0 comments

Saya biasanya tidak merokok di dalam rumah, melainkan di toilet. Maknanya saya dapat lesenlah untuk merokok di dalam toilet. Asalnya anak saya yang sulung mengidap penyakit asma sewaktu dia kecil dulu, jadi isteri saya bising jika saya merokok di dalam rumah. Jadi untuk kebaikan bersama, saya mengalahlah.

Jadi toilet adalah perkara yang penting dalam hidup saya sebenarnya. Di situlah dunia kecil saya, ruang saya untuk berfikir, membaca, merokok melihat asap yang berkepul dan mencari idea. Saya suka membaca di dalam toilet kerana disamping dapat merehatkan minda juga melepaskan hajat, saya boleh merokok. Ha ha ha

Biasanya saya akan berada di dalam toilet selama beberapa waktu juga, bergantung pada lamanya urusan dan proses di dalam perut. Saya sukakan kesunyian apabila di dalam toilet. Biasanya saya tidak akan penuhkan air di dalam baldi sebab bunyi bising paip yang mengalir akan mengganggu konsentrasi saya juga, tapi kadang-kadang saya penuhkan juga air sambil membaca, sambil merokok, sambil berfikir seselesanya sayalah.

Kadang-kadang orang rumah akan bising-bising kerana adamasanya saya terlupa membuang puntung rokok ke dalam tong sampah. Orang rumah saya pentingkan kebersihan, dia tak suka kotor-kotor. Ha ha ha
Saya pun layanlah kehendaknya, bagus juga. Semua manusia yang normal cintakan kebersihan.

Apabila saya enjoy membaca bahan bacaan yang saya suka, biasanya saya akan merasa bahagia kerana saya telah mendapat manfaat dan pengetahuan walaupun berada di dalam toilet. Ha ha ha

Perut sayapun bukannya konsisten sangat dari segi kesihatannya. Itulah, kadang-kadang ianya merisaukan juga. Tapi semua manusia saya percaya sangat memerlukan toilet untuk melepaskan hajat, walau siapa dan di mana kita berada. Ha ha ha

Apa salahnya dengan subjek melepaskan hajat atau berak? Bukankah najis itu juga sebahagian dari tanggungjawab dan cerita yang penting dalam kehidupan kita seharian? Kita ibaratkan ianya sebagai ‘ benci tapi rindu’. Tak gitu? Ha ha ha

Novim’s Nightmare by Cat Stevens Numbers album.

Once I had a dream, that worried me
Like a drunken guillotine
Lingering just above my head
Why, why, why, why?
Why was I born “The Nine”
Cursed repeatedly
Who would know if I should die.
No one needed me
Doo doo doo doo doo

Dark and empty was the place to which I’d come
Cold and silent was the house my name was on
Nine rooms and a tomb in every one
S’dark and empty was the place to which I’d come

All at once my bones began to change
I was tall and young again,
Sweet as rain falling on the snow
Who, who, who, who?
Who is he, who am I, and
What laid in between?
How can I say goodbye? No one let me in
Can’t see no need for Nine no more
Now it’s too late to open the door.


Page 2 of 512345