Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Jumaat yang redup

0 comments

Jumaat adalah hari yang redup, walau cuaca panas. Dalaman kita perlu redup selalu.

Beberapa hari ini saya masih terkenangkan sahabat saya, arwah Amirul Fakir yang telah meninggal dunia minggu lepas. Walau jauh tapi arwah selalu ada dalam ingatan. Saya yakin rohnya akan tenang di sana, disisiNya selalu.

Sejak saya berhijrah semula ke kota, kami tidak pernah berjumpa. Saya pun masih kelam-kabut dalam menguruskan hal-hal yang melibatkan duniawi. Faktor kewangan dan kemudahan juga satu hal. Apapun inilah kehidupan.

Kawan-kawan datang dan pergi. Inilah kenyataan hidup.

Kawan saya pernah berkata, ‘kemiskinan menjurus kepada kekufuran’. Saya simpan kata-katanya itu. Saya masih merasakan yang kemiskinan adalah subjek yang subjektif untuk kita tafsirkan. Cuma saya bersetuju jika kita kurang berduit atau tidak mampu banyak benda yang kita tak boleh buat.

Contohnya jika kita ni dah berkeluarga. Nak melawat ibu yang uzur di kampung eloklah ada kenderaan. Nak bawak anak bini pun susah. Nak melawat kawan yang uzur pun payah. Kita masih bergelut mencari nafkah di kota yang keras ini untuk menyara kehidupan.

Hari ini semuanya duit. Tak ada duit memang susah. Ada juga benda yang tidak boleh dibeli dengan duit, contohnya persahabatan dan kepercayaan.

Kawan saya yang dah pencen sebagai seorang tentera sudah relax banyak. Tiap-tiap bulan ada pencen, ada rumah sendiri, ada kereta besar. Dia mampu keluar dari garis kemiskinan untuk duduk di level pertengahan atau middle class. Saya ni masih kelam-kabut mencari nafkah, berkejar sana-sini. Ha ha ha

Apapun kita manusia ni wajib bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki. Saya masih punya keluarga yang saya sayang, isteri dan anak-anak. Mereka ada di depan mata, berlegar-legar mengusik dan bermain dengan saya. Kebahagiaan yang saya miliki ini lebih bermakna dari segala harta yang ada di muka-bumi ini.

Cuma itulah, kita buatlah apa yang patut untuk memajukan kesejahteraan hidup kita. Insyaallah


Memahami kerenah anak-anak

0 comments

Saya seronok mendengar cerita kawan saya bagaimana caranya dia mendidik anak-anak. Yang kawan saya lagi seorang pula bercerita juga tentang anaknya juga. Saya pun bercerita tentang anak-anak saya juga.

Kami para bapa yang ada anak macam ni lah. Memahami kehendak anak-anak kadang-kadang cukup memeningkan kepala sebenarnya. Orang rumah saya, saya boleh faham mengapa dia selalu pening sampai nak pitam.

Kerenah anak yang ini macam ni. Yang itu pula begini. Yang lagi satu begitu pula pe’elnya. Manakala yang seorang lagi begini pulak caranya. Kerenah mereka ini memang secukup rasa. Secukup rasa dan ramuan yang mana merekalah suka dan mereka jugalah duka.

Saya pulak agak gagal di situ. Kawan saya kata saya perlu ‘downgrade’kan level dan kefahaman saya dalam mendidik anak-anak. Saya suka kepada solution. Dalam mendidik kita perlu ada elemen provokatif. Saya bersetuju juga dengan pendapatnya.

Entahlah, saya ni terlalu memahami kehendak anak-anak pun iya juga. Terlalu memahami pun tak bagus juga, nasib baiklah ibu mereka lebih tegas dalam hal ini. Kalau ikut saya, entahlah..Ha ha ha

Anak saya nak tuisyen, saya masukkan dia ke kelas tuisyen. Lepas satu sessi dia cakap tak best, saya cakap ok, saya tak marah langsung. Ibunya bising-bising. Ha ha ha

Saya cuma risaukan tentang pergaulan mereka. Takut tersalah bercampur dengan kawan-kawan. Kalau ikut level dan kepandaian itu saya rasa saya boleh faham kerana bagi saya bukan semua manusia dilahirkan pandai dalam akademik dan mendapat kelulusan yang baik di dalam peperiksaan.

Semua kita ibu dan bapa saya percaya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Saya pun begitu juga. Kawan saya sangat jarang memuji anak-anaknya walau anak-anaknya menghasilkan keputusan yang baik di dalam peperiksaan. Itu caranya, saya setuju juga.

Entahlah, saya rasa peranan saya sebagai seorang bapa agak pincang sikit. Macam dalam filem lama ‘ anakku Sazali’. Ha ha ha

Saya masih belajar untuk menjadi seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anak. Mungkin sebab saya ini terlalu memahami kehendak mereka kot? Ha ha ha

Lyrics to People Get Ready :

People get ready, there’s a train comin’
You don’t need no baggage, you just get on board
All you need is faith to hear the diesels hummin’
You don’t need no ticket you just thank the lord

People get ready, there’s a train to Jordan
Picking up passengers coast to coast
Faith is the key, open the doors and board them
There’s hope for all among those loved the most
There ain’t no room for the hopeless sinner whom would hurt all mankind
Just to save his own
Have pity on those whose chances grow thinner
For there is no hiding place against the kingdoms throne

People get ready there’s a train comin’
You don’t need no baggage, just get on board
All you need is faith to hear the diesels hummin’
You don’t need no ticket, just thank the lord


Berjalan di jalan dan jalan lagi

0 comments

Di kiri saya ada abang saya, Sohaimi Meor Hassan…Di kanan saya pula ada Mishar(Mior Sariman), abang saya yang tua. Ke dua-duanya punya nama besar dalam industri. Tiada siapa mampu menafikan kehebatan dan pencapaian mereka dalam bidang seni.

Saya tersepit di tengah-tengah sebenarnya. Memang payah. Ha ha ha

Sohaimi sukses sebagai penyanyi yang punya trademark/identiti pada tahun 1982 bilamana albumnya ‘prolog’ meletup di pasaran walau tanpa publisiti yang meluas di akhbar atau media elektronik. Kehadirannya di arena hiburan tanahair memang misteri, dia mampu berdiri bersebelahan dengan salah seorang idolnya penyanyi Ebiet G Ade.

Mishar pula berjaya sebagai pelukis, kartunis dan klimaks kerjayanya adalah sebagai pengasas majalah kartun Gila-Gila pada tahun 1976 atau 77 kalau saya tak silap. Pencapaian beliau dalam dunia kartun dan penerbitan memang mengkagumkan saya dan masyarakat.

Saya? Ha ha ha

Di awal pembatitan saya ingat laluan saya untuk berjaya di dalam bidang seni ini mudah, apatah jika menumpang nama besar Sohaimi dan Mishar. Jangkaan saya silap. Karya saya ditolak mentah-mentah oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1986 dulu.

Sejak itu saya terpaksa melalui proses demi proses dalam menuju kesempurnaan dalam berkerjaya.

1993 saya berjaya melepasi sesi ujibakat dengan M.Nasir. Itu saya kata saya dapat melalui apa yang ada dan miliki, bakat saya semata. Itu saya tidak menggunakan nama sesiapapun untuk saya lepas atau naik.

Cuma masalahnya waktu itu, proses ‘soul searching’, faktor keseimbangan antara karya, glamour dan populariti banyak bersangkut paut dengan jatidiri dan kemahuan jiwa. Jadi banyaklah permasalahan di situ yang mana akhirnya saya memilih untuk membawa haluan sendiri dalam berkarya. Sehinggalah hari ini saya sudah memilik 9 album. Semuanya indipendent. Bikin sendiri, jual sendiri. Ha ha ha

Dari segi pencapaian saya mampu berbangga juga kerana apa yang saya hasilkan itu dari apa yang jiwa saya mahu. Cuma jika dikira pencapaian dari segi ringgit, saya agak tersangkutlah..sebab dunia singer/songwritter di sini waktu itu masih kecil dan kita tidak mendapat sokongan yang meluas dari pihak media mainstream juga masyarakat.

Tapi tidak mengapa, bukankah kita di sini sedang melalui proses demi proses dalam munuju bahagia? Bahagia dalam kerjaya mahupun kehidupan. Insyaallah…

From the album Pink Moon

Please beware of them that stare
They’ll only smile to see you while
Your time away
And once you’ve seen what they have been
To win the earth just won’t seem worth
Your night or your day
Who’ll hear what I say.
Look around you find the ground
Is not so far from where you are
DonĀ“t too wise
For down below they never grow
They’re always tired and charms are hired
From out of their eyes
Never surprise.

Take your time and you’ll be fine
And say a prayer for people there
Who live on the floor
And if you see what’s meant to be
Don’t name the day or try to say
It happened before.

Don’t be shy you learn to fly
And see the sun when day is done
If only you see
Just what you are beneath a star
That came to stay one rainy day
In autumn for free
Yes, be what you’ll be.
Please beware of them that stare
They’ll only smile to see you while
Your time away
And once you’ve seen what they have been
To win the earth just won’t seem worth
Your night or your day
Who’ll hear what I say.

Open up the broken cup
Let goodly sin and sunshine in
Yes that’s today.
And open wide the hymns you hide
You find reknown while people frown
At things that you say
But say what you’ll say
About the farmers and the fun
And the things behind the sun
And the people round your head
Who say everything’s been said
And the movement in your brain
Sends you out into the rain.


Usia

0 comments

Saya tak pernah meraikan hari lahir saya pun sebelum ini, seingat sayalah. Usia pun kadang-kadang saya confuse, 44 ke 45 tahun dah saya ni hidup?
Cuma bila orang rumah nak raikan juga, kita belilah barang makan sikit lebih kurang. Kek pun tak ada.

Untuk berkongsi cerita, tahun ini hijrah saya agak drastik. Terutamanya dari segi dunia muzik saya. Kita sedang berjuang di arena yang lebih terbuka. Saya pun semakin terbuka dan cuaca pun semakin redup seadanya. Begitulah…

Apabila peluang itu hadir, kita perlu mengambilnya. Jadi inilah yang sedang saya lakukan. Tidak ada apapun sebenarnya. Cuma itulah, setelah puas bermain di’ghetto’ ini, kita sesama kita, apa salahnya kita cuba meneroka ke ruang yang lebih besar dan terbuka.

Jika kita baca sebuah kitab, kitab usul terutamanya. Kita baca helai demi helai. Kefahamannya bukan boleh kita dapat dalam satu hari sahaja. Musim yang lain kita baca lagi, faham kita sudah semakin ke depan dan ke depan.
Musim datang dan pergi, kita pun begitu juga.

Saya pun terfikir juga mengapa baru sekarang saya cuba beralih musim? Dalam usia yang semakin ke depan, peluang baru sampai. Apa yang boleh saya nafikan juga kerana perjalanan hidup bukan kita yang rencanakan.

Takdir sedang berjalan tanpa kita rancang. Kita kata kita rancang, kadang-kadang yang kita rancang itu begini, sudahnya jadinya begitu.

Saya diperkenalkan dengan seorang anak muda oleh kawan saya. Berserabut budak ni, dari segi fizikalnya cukup sifat cuma attittudenya ada masalah. Rupanya dia dulunya seorang anak muda yang berkelulusan tinggi juga, cuma itulah…takdir sudah menjadikannya dari seorang yang punya wawasan sehinggalah dia menjadi kaki judi dan gelandangan. Itupun takdir, tapi itulah..kita yang berjalan…kita yang mahu dan tahu apa yang ada di depan mata. Kalau yang kita mahu itu hitam, hitamlah jadinya. Kalau yang kita mahu itu putih, putihlah..

Mungkin yang hitam itu pilihan kita sesuai dengan kehendak nafsu kita.
Kalau ikut nafsu semata, habislah..ha ha ha

Seorang kawan kepada kawan saya dalam hidupnya suka bereksperimen. Dari seorang yang bekerjaya hebat dan ada masa depan, dia berhenti kerja. Macam-macam dieksperimennya. Sampailah dia nak merasa bagaiamana rasanya menjadi seorang penagih dadah.
Sudahnya bila sudah menagih, dia gagal mencari jalan pulang. Dia menjadi seorang penagih yang tegar sehingga ke hari ini dengar ceritanya.

Jadi saya pun tak boleh nak kata apa, sebab derita kepada kita yang melihatnya. Bagi mereka yang merasainya itulah..mungkin itulah definisi kebahagiaan bagi mereka.

Semuanya di tangan kita….cuma janganlah cuba bermain dengan api..panasnya boleh membakar jasad. Hakikat semata pun tak realistik juga. Sudah-sudahlah, mari kita terokai ruang dan seimbangkan apa yang patut. Kita pun bukannya budak-budak lagi..

Mari kita raikan hidup sambil kita kita dengar sajak arwah Amirul Fakir yang saya lagukan dalam album ‘ sakrat’. Judulnya 99..Semoga kita akan mendapat sesuatu daripadanya…terimakasih juga kepada tukang bikin ini videoklip, saudara Zulhisham Tokasid. Tq Yeop..

99

sembilan puluh sembilan namamu
kulakar pada kartu iman
ikut ku titip kepadang mimpi
awankah bakal menutup siluku

tika linglung menafsir
segala yang pernah bermula
padang mimpi ku pun rentung
menghirup nafas renta
pada segala yang punya nama
apakah aku juga didalamnya

sembilan puluh sembilan
oh namamu
kunaksir agar ruangmu masih
dapat ku nyeroboti

aku ingin diam sang bayi
aku ingin nyala pertapa
bergulir dalam lengkung bianglala
sembilan puluh sembilan namamu
dimanakah awal yang akhir
akan kukenderai jahar angin kepusarmu
mencicipi gizi maknawi

lagu: Meor Yusof Aziddin
lirik: Amirul Fakir

2008


Page 2 of 41234