Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup dan permasalahan

0 comments

Hidup adalah pengalaman. Hidup juga adalah pengajaran. Masa lalu mahupun masa kini. Setiap detik cerita yang kita lalui itu sangat berharga kerana setiap orang ada ceritanya. Setiap orang ada kerjanya. Kita sepatutnya menerima watak kita seadanya.

Tidak kiralah apa watak dan kerja kita di dunia ini. Tukang sapu, peniaga, doktor, engineer, lawyer, surirumah, peniaga dan banyak lagilah. Pendekata kita manusia yang bekerja.
Jika kita suka tidur, itupun dikira kita sedang bekerja kerana tidur itu fungsinya untuk merehatkan otak dari berfikir. Fikir itu satu kerja juga, jadi otak kena berehat kalau tidak banyaklah masalah nanti.

Bagi saya tidak ada bezanya kerja seorang pemuzik itu dengan lain-lain kerja. Masalahnya sikap orang kita sendiri yang sukakan sesuatu yang glamour. Itu masalah mentaliti budaya pemikiran kita masyarakat melayu khususnya. Kita mengagungkan kemasyuran dalam masa yang sama masih ada irihati juga mungkin kerana setiap manusia itu dilahirkan berlainan rasa dan citarasa.

Tuhan bukan tanya apa kerja kita di dunia ini. Siapapun kita dia terima kerana kita adalah sebahagian dari skrip dan ceritaNya. Apa masalahnya di situ? Jika kita memandang golongan yang penuh dengan kekurangan itu dengan elemen yang negatif, itu masalah kita, bukan masalah dia. Bagi saya orang yang suka berpandangan begitu orang yang ‘sakit’ dan perlukan bimbingan rohani yang berterusan.

Itu sebab sangat bagus jika kita ada inisiatif untuk mendalami ilmu ke’tuhan’an kerana ianya berkaitan dengan jiwa, apa dan siapa kita di dunia ini. Ianya akan menanamkan ke dalam diri kita bahawa kita ini adalah sebahagian dari ceritaNya. Skrip dia yang bikin, kita lakonkanlah di layar kehidupan ini.

Kalau dalam diri kita masih ada rasa sombong dan bodoh, itu masalah individu. Saya pernah kenal dan suka melihat telatah seorang pemuda yang OKU berkerusi roda. Perangainya sangat sombong dan kurang ajar. Semua orang dimakinya termasuklah pihak penguasa. Ha ha ha

Itu wataknya di dunia ini. Peribadi boleh berubah dari masa ke semasa. Kita tidak akan tahu lebih dari apa yang Dia tahu. Jadi yang terbaiknya kita perlu belajar untuk memahami sikap manusia. Pemuda itu akan memandang saya dan sekeliling juga dengan rasa menyampah yang amat. Entah apa yang dibencinya kitapun tak tahu.

Dalam diri kita semua ada. Saya tidak percaya mulut yang manis itu akan manis juga di dalamnya. Saya percaya sifat manusia itu suka memanupilasi masa dan keadaan demi untuk kepentingan. Kepentingan asasnya adalah fitrah juga kerana setiap bayi yang baru lahir itu akan tahu dengan sendirinya untuk mencari makan, siapa yang mengajarnya?

Entahlah, hidup ini memang memening dan memenatkan kadang-kadang. Otak akan jadi penat sebelum kita sampai kepada konklusinya. Apa boleh buat, setiap kita ada bahagian masing-masing. Wallahualam

“Against The Wind” Lyrics ~

It seems like yesterday
but it was long ago
Janey was lovely she was
the queen of my nights
There in the darkness
with the radio playing low

And the secrets that we shared
the mountains that we moved
Caught like a wildfire out of control
‘Til there was nothing left to burn
and nothing left to prove

And I remember what she said to me
how she swore that it never would end
I remember how she held me oh so tight
wish I didn’t know now what I didn’t know then

Against the wind
We were runnin’ against the wind
We were young and strong, we were runnin’
against the wind

The years rolled slowly past
and I found myself alone
Surrounded by strangers
I thought were my friends
I found myself further and
further from my home

And I guess I lost my way
there were oh so many roads
I was living to run and running to live
Never worried about paying
or even how much I owed

Moving eight miles a minute
for months at a time
Breaking all of the rules that would bend
I began to find myself searching
searching for shelter again and again

Against the wind
A little something against the wind
I found myself seeking shelter
against the wind

(instrumental)

Well those drifter’s
days are past me now
I’ve got so much more to think about
Deadlines and commitments
What to leave in
what to leave out

Against the wind
I’m still runnin’ against the wind
I’m older now but still
runnin’ against the wind

Well I’m older now and still runnin’
Against the wind
Against the wind
Against the wind

(against the wind)
Still runnin’
(against the wind)
I’m still runnin’
(against the wind)
I’m still runnin’
(against the wind)
I’m still runnin’ against the wind

(against the wind)
Still runnin’
(against the wind)
Runnin’ against the wind
Runnin’ against the wind
(against the wind)

See the young man run
(against the wind)
Watch the young man run
(against the wind)
Watch the young man runnin’
(against the wind)
He’ll be runnin’ against the wind

(against the wind)
Let the cowboys ride
(against the wind)
Let the cowboys ride
They’ll be ridin’ against the wind
(against the wind)

(repeat to fade)


Hidup ini perjalanan

0 comments

Kita sedang berjalan-jalan kerana kita adalah pengembara. Kita singgah dari satu musim ke satu musim kerana itu memang sifat kita yang tak pernah puas dengan apa yang kita ada dan miliki. Sampai di satu musim yang kita rasa udaranya segar untuk jiwa, kita pun berkata,” inilah sudahnya destinasiku”. Walau kita sebenarnya tidak pernah tahu melainkan hanya mengagak mengikut hukum akal yang kita kata kita sedang merasa redupnya alam maya ini walaupun kita tahu juga bahawa itu hanyalah jawapan untuk sebuah kelesaan.

Mungkin kita sedang keliru kerana kita sangat takut jika kita akan berpindah musim hatta sesaat ke depan. Tahulah kita bahawa hidup ini hanyalah sebuah perjalanan cuma.

Cerita tentang jiwa itu tidak kemana-manapun sebenarnya. Hanya berlegar di singgah-sana shahdu dan rindu. Shahdu yang berlebihan mungkin akan buat kita terperangkap dalam dunia angan-angan seperti di alam kayangan sana.

” Syorga itu tidak wujud, neraka juga tidak ada,” kata kawan saya yang berfahaman bebas dan liberal(katanyalah). ” Apabila kamu bercita-cita ke syorga, kamu telah lupa untuk apa kamu di sini sebenarnya,” katanya lagi. ” Oleh itu jika kamu ada rasa percaya kepada pencipta melebihi segala nikmat dan ganjarannya, kamu perlu belajar bagaimana untuk memadamkan angan-angan”. Saya simpan kata-katanya suatu waktu dulu, anggap ianya sebahagian dari kata-kata yang penuh ilmiah untuk kita renung dan fahamkan.

Kita harus menilai kehidupan ini pada hakikatnya. Apabila kita belajar untuk memahami, kita akan mudah untuk lebih memaaf atau meminta maaf akan setiap salah dan betul akan apa yang telah kita lakukan.

Kita juga harus melihat dunia ini seperti mata burung yang mana dari situ kita akan lebih bersikap adil dan saksama terhadap alam dan kejadian. Jika kefahaman kita terbatas, apa yang kita boleh expect yang kita akan bercakap lebih dari apa yang kita tahu sebenarnya?

Bukankah seorang pengembara yang benar itu kerjanya mengembara sambil mengutip setiap pengalaman dan kejadian untuk dijadikan renungan dan iktibar? Maka dari situ akan penuhlah isi di dadanya dengan ilmu demi untuk subjek kebenaran.

Mudah-mudahan…


Siapa kita disisinya?

0 comments

Saat suka duka itu sudah berlalu. Adakah kita dapat mengecapnya semula? Tentulah tidak. Ianya hanya moment di waktu dan ketika di waktu itu. Saat manis sangat indah untuk dikenang, saat pahit pula bisa mengundang duka dan jiwa kacau. Apapun atau sejauh manapun tahap dukanya, itu hanyalah moment di waktu itu.

Segalanya bergantung kepada kita. Jika kita sukakan tempoh duka itu agar berpanjangan, akan meranalah jiwa dan itulah hasilnya. Jika kita dapat memahami cerita tentang perjalanan takdir kita, kita telah menang sebenarnya.

Tahap sempurna kita sentiasa ada limitnya.Mana mungkin kita dapat menerima semua cerita tentang kita, manusia? Dapat memahami itu sudah baik bagi tahap sempurna kita.

Apabila menilai tentang manusia, disitu akan ada cerita tentang baik dan buruknya. Itu kita katakan sebagai kelemahan. Itu juga boleh kita katakan sebagai termasuk dalam kandungan buruk dan baik.

Apabila kita dapat memahami dan menerima sikap kita dan mereka seadanya, kita akan faham mengapa Tuhan itu sangat menyayangi kita.

Jika kita ingin merasa disayangi, kita perlulah memahami konsep ke’tuhan’an. Memahami konsep bukanlah bermakna kita mahu menjadi Tuhan pula. Itu maknanya kita adalah sebahagian dari ciptaan alam ini, bahkan kitalah yang telah dipilih sebagai makhluk yang teristimewa di antara sekian makhluk di mukabumi ini. Bukankah itu pemberian maha agung dari sang pencipta untuk kita bangsa manusia? Adakah kita bersyukur untuk itu?

Biasanya begitulah. Di sini kita samada suka atau tidak, perlu menerima kelemahan dan kelebihan watak yang sedang kita jalani seadanya.

Kadang-kadang kita lupa apa peranan kita sebenarnya. Di dunia ini ada pelbagai watak. Ada pelukis, penyanyi, pelawak, penghibur, penulis, doktor, engineer, surirumah dan sebagainyalah. Hatta pengemis itu juga adalah sebahagian dari watak yang dicipta Tuhan untuk menguji kita manusia. Mengapa kita sentiasa membezakan tentang tahap kesamarataan itu?

Dalam apa jua bidang yang kita lalui ada peranan kita di situ. Semuanya bergantung kepada siapa kita disisinya. Wallahualam


Arah

0 comments

Pertamakali saya menyanyi di atas pentas pada tahun 1986. Waktu itu terlibat dengan grup teater ANGKA Kuala Lumpur. Lagu yang saya nyanyikan saya cipta sendiri judulnya saya pun dah tak ingat. Waktu itu saya anggap zaman pramatang saya dalam mencari identiti diri sebagai peyanyi folk. Pertamakali naik pentas saya agak gabra juga, tapi cuba control gabra dengan gaya menyanyi pejam mata untuk dapat feel.Pun tak feel juga. Ha ha ha

Lama juga saya melalui musim pembelajaran. Bukan mudah sebenarnya. Cuma yang paling penting bagi saya, hidup ini adalah praktikal. Kita pratikalkan hidup ini mengikut gaya kita, kita akan dapat feelnya juga nanti.

Saya ingat bila album pertama saya diterbitkan, karier saya akan bungkus kerana dari segi kualitinya agak kurang sikit. Tapi itulah, saya redah je ikut apa yang saya mahu dan suka. Selepas 6 bulan saya bikin album ke dua pulak, kualitinya pun kurang baik juga. Pun saya teruskan juga berkarya sehinggalah album ‘masterpiece’ saya, ‘itu padang…aku di situ diterbitkan oleh R.S Murthi.

Waktu itu saya akui saya memang penyanyi yang selekeh dari segi imej. Pakai selipar jepun je waktu launching album. Sebabnya saya fikir, saya ini penyanyi indiependent manakala konsep yang saya bawa pulak ‘folk’. Jadi banyak ‘excuse’nya di situ. Sayapun tidak bergantung pada kehendak syarikat rakaman yang kecil mahupun besar. Jadi advatagenya saya buat apa yang saya rasa bahagia.

Sehinggalah hari ini saya terbitkan album baru Society. Segalanya berubah. Muzik yang komersial dari segi nilai dan kualiti. Sayapun bersetuju dengan angin perubahan dalam karier saya. Semalam saya berjumpa dengan kawan yang menyokong album-album saya sebelum ini. Kata kawan saya itu, inilah saat yang dia tunggu. Tunggu apa? Ha ha ha

Mereka mengambil berat tentang karier saya sebenarnya. Saya merasa terharu juga tentang itu. Terutamanya Murthi. Walau dia bukan suka sangat arah yang saya bawa hari ini, dia hormat dan sokong apa yang saya lakukan hari ini.

Dalam muzik tidak ada jalan lain untuk sukses. Pasaran kita kecil. Seperkara lagi, inilah benda yang saya tahu buat, yang saya mahir tentangnya. Untuk sukses, lagu kita perlu ke udara di radio. Pengorbanannya banyaklah yang kita kena tempuh, yang kita suka mahupun tidak.

Tapi tak apalah, ini sebahagian dari proses pembelajaran juga. Apabila peluang itu datang, apa salahnya kita ambil?

Hero saya Nick Drake mati muda dalam keadaan depresif yang amat walau beliau sangat berbakat. Muziknya mendapat kritik yang positif dan hebat, namun jualan album dan kehidupannnya yang pasif sangat sukar dimengerti. Sehinggalah dia mati, barulah muziknya diterima dan diiktiraf sebagai legenda.

Saya pun tak pasti sampai ke mana arah dan karier muzik saya akan berlabuh nanti. Hidup dan perjalanan adalah terlalu nyata untuk kita nafikan ceritanya. Wallahualam


Page 1 of 41234