Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Mencari hero

0 comments

Tahun 1990 adalah tahun rebel bagi saya dalam muzik dan ideologi.Waktu itu saya cukup suka dengan lagu-lagu dan imej Jim Morrison, penyanyi kumpulan muzik Amerika The Doors. Saya mula dengar lagu The Doors tahun 87.Saya suka betul dengar karakter Jim Morrison sebab saya rasa sesuai dengan jiwa saya yang rebel watu itu.

Tahun 1990 saya hari-hari melepak di Pasar Seni. Selalu melepak di kedai T-Shirt kawan baik saya Wan. Kawan saya ni memang pandai cetak t-shirt design artis yang dia suka je. Ha ha ha
Yang dia suka seperti Jimi Hendrix dan Stevie Ray Vaughn contohnya. Saya gila Jim Morrison sampaikan saya tempah poster gambar besar Jim Morrison di Campbel shopping complex. Saya gantung di bilik saya. Di bawah poster saya gantung tasbih pulak. Ha ha ha

Saya ada beberapa koleksi video The Doors. Buku-buku pasal Jim Morrison pun saya beli banyak juga. Bukan sebab saya banyak duit , tahulah buku-buku import kebanyakan harganya 100 ke atas. Cumanya saya kenal seorang brader yang kita panggil Robin Hood. Brader ni drug addict. Kerjanya mencuri. Jadi selalulah dia datang jumpa saya jual buku-buku yang dicurinya. Harga yang dijualnya tidak melebihi rm 20. Ha ha ha

Banyaklah saya beli buku dengan brader ni. Buku Pink Floyd, Jimi Hendrix, U2, The Doors dan banyak lagi..dan yang paling best kita boleh buat pesanan buku apa yang kita nak. Ha ha ha

Waktu itu saya agak rapat dengan arwah Loloq. Saya bagitahu arwah yang saya dah gantung poster Jim Morrison di didinding rumah saya. Arwah kata suatu hari nanti saya akan gantung gambar dia pulak. Ha ha ha

Tapi itu dulu, musim itu sudah berlalu. Kita waktu itu masih tercari-cari watak yang sesuai dengan kita. Sekejap nak jadi Ebiet, Fals, Gombloh, Lennon, Morrison, Cat Steven. Itulah…

Semuanya adalah proses. Hari ini saya pun dengar muzik sekadar ambil tahu saja. Dah tak ada hero imero lagi.

Tapi itulah, moment itu datang sekali dan ianya sangat mahal sebenarnya. Datang dan pergi..

The Doors – Break on through
Lyrics:
You know the day destroys the night
Night divides the day
Tried to run
Tried to hide
Break on through to the other side
Break on through to the other side
Break on through to the other side, yeah

We chased our pleasures here
Dug our treasures there
But can you still recall
The time we cried
Break on through to the other side
Break on through to the other side

Yeah!
C’mon, yeah

Everybody loves my baby
Everybody loves my baby
She get
She get
She get
She get high

I found an island in your arms
Country in your eyes
Arms that chain us
Eyes that lie
Break on through to the other side
Break on through to the other side
Break on through, oww!
Oh, yeah!

Made the scene
Week to week
Day to day
Hour to hour
The gate is straight
Deep and wide
Break on through to the other side
Break on through to the other side
Break on through
Break on through
Break on through
Break on through
Yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah


Syorga dan Neraka

0 comments

Syorga dan neraka itu ada di sini. Itu sebab orang yang banyak duit jika jiwanya tidak tenteram, hidupnya umpama berada di dalam neraka. Bagi orang yang tak ada duit jika jiwanya tidak tenteram juga lagi masalahlah. Ha ha ha

Ketenteraman jiwa adalah subjek yang perlu kita utamakan selama kita di sini. Jalannya kita sudah tahu dan kita sedang mempraktikalkannya. Kita tolak, darab, bahagi dan campur mengikut tahap faham dan cara kita. Kita terkandas, menang dan kandas lagi dalam percaturan hidup yang jika kita hitungkan secara logiknya memanglah tidak adil dan kejam. Kita jatuh dan bangun dan jatuh lagi.

Syorga dan neraka itu ada di sini rupanya. Contohnya saat ini bayangkan saya sedang berada di neraka atas hal-hal keserabutan yang tersangkut dan tersesat di jalur otak saya. Walaupun saat ini saya ada duit, tapi jika masalah dan serabut saya ni boleh bikin saya gila, segunung intan pun tak ada maknanya. Hal-hal serabut ni sebabnya itulah, kita manusia ini kurang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita mahu dan mahu lagi. Hal yang mudah kita rumitkan, sudahnya jiwa kita terpaksa menanggung bebannya. Apabila luar dan dalam tak balance, macam-macam boleh jadi.

Jadi pentingkah nilai syorga yang ada di dalam jiwa kita? Sangat penting sebenarnya kerana itulah inti cerita kita di sini. Kita boleh berdoa agar kita di panjang atau di pendekkan umur mengikut kemahuan kita.Namun yang menentukannya adalah Dia juga.

Saya salut kepada mereka yang selalu duduk di dalam level sejahtera.

America-The Lonely People Demo

Lonely People
Written by Dan Peek and Catherine L. Peek, ©1974
Found on Holiday, History, America’s Gold, The Very Best Of America, Horse With No Name, Highway, The Definitive America, The Complete Greatest Hits, and Here & Now.

This is for all the lonely people
Thinking that life has passed them by
Don’t give up until you drink from the silver cup
And ride that highway in the sky

This is for all the single people
Thinking that love has left them dry
Don’t give up until you drink from the silver cup
You never know until you try

Well, I’m on my way
Yes, I’m back to stay
Well, I’m on my way back home (Hit it)

This is for all the lonely people
Thinking that life has passed them by
Don’t give up until you drink from the silver cup
And never take you down or never give you up
You never know until you try


Ajal, maut, hidup dan mati

Comments Off on Ajal, maut, hidup dan mati

Ajal dan pertemuan adalah subjek yang menarik untuk kita tatap dan fikirkan. Cepat atau lambat masa kita akan sampai juga. Hidup akan bertemu dengan pasangannya ‘mati’ dalam apa cara sekalipun. Bila dan di mana, kita tidak tahu. Kita cuma mampu berdoa untuk menambah yakin kepada diri sendiri tentang itu.

Hari ini salah seorang sahabat kita, Avroco Nasir telah pulang ke rahmatullah dalam usia 37 tahun. Saya kenal arwah sejak tahun 2000 lagi bersama kawan-kawan lain waktu itu. Walau tidak kenal secara rapat, saya kenal dan ikut juga perkembangan hidup beliau.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan salut kepada kawan-kawan rapat arwah terutamanya Joekidd kerana mengambil berat tentang hal-hal dan kebajikan kawan-kawan yang memerlukan pertolongan terutamanya dari segi financial. Anda memang hebat!

Bila kita bercerita tentang kemanusiaan, kita tidak bercerita tentang apa pegangan atau ideologi atau apa saja yang melibatkan hal-hal kepercayaan yang personal. Kita terus kepada maksud dan tujuan. Fokus kita kemanusiaan. Menolong antara sesama manusia adalah perkara yang sangat baik disisi Allah taala.

Kebaikan hati bukannya untuk kita perdagang atau niagakan. Apabila ianya berlaku secara terus dari jiwa itulah keselesaan yang paling nyata disisi Tuhan.

Suatu waktu dulu saya pernah kena cekup dan terpaksa bermalam di pudu jail selama 4 malam, yang menolong saya inilah, kawan-kawan yang muka mereka tak semenggah, tak hensem, selekeh, tak mandi..mereka inilah yang bersama-sama mengumpul donation duit jaminan untuk saya keluar dari lokap. Rahmat Haron, Sei Hon, Azmyl, Joe kidd, Amin Iskandar dan beberapa nama lagi. Mereka-mereka inilah yang banyak bersusah payah atas dasar prihatin antara sesama kawan.

Itu sebab kita jangan menilai manusia dari sudut luarannya. Luaran itu apa yang nampak di mata sahaja. Mereka-mereka ini walaupun berpenampilan yang sangat sederhana tapi mulia hati.

Jalanan banyak mengajar saya tentang hal-hal yang sebegini.

Al-fatihah Avroco Nasir( 19th may 1974-14hb julai 2011)

Nick Drake – I was made to love magic

I was born to love no one
No one to love me
Only the wind in the long green grass
The frost in a broken tree.

I was made to love magic
All it’s wonder to know
But you all lost that magic
Many many years ago.

I was born to use my eyes
Dream with the sun and the skies
To float away in a lifelong song
In the mist where melody flies.

I was made to love magic…

I was born to sail away
Into a land of forever
Not to be tied to an old stone grave
In your land of never.

I was made to love magic…


Kalau saya ada rm 40 juta? Ha ha ha

0 comments

Saya tak boleh bayangkan kalaulah saya ada rm 40 juta dalam poket. Saya rasa eloklah Tuhan putuskan wayar dalam saya, sebelum jiwa rasa rosak binasa dek kerana terlalu cintakan harta dunia jika saya duduk dalam level yang seperti itu.

Saya tak faham mengapa kita masih merasakan duit dan harta adalah jawapan untuk cerita suka-duka kita untuk hidup di dunia ini. Mengapa kita terlalu mengagungkan sangat ringgit. Ada rm 40 juta, nak tambah lagi. Kemana sudahnya tu?

Dari kulit hitam kita cerahkan menjadi putih, dari kedut kita adjust hingga jadi kejang dan berseri. Selepas itu? Akhirnya demi untuk sebuah kepuasan kita sanggup membeli ‘roh’ jika ianya sudah menjadi barang dagangan yang boleh dijual beli. Next? Kita pun cuba mengambil alih semua kerja Tuhan pencipta alam. Apa bezanya kita dengan Firaun kalau begitu?

Saya bayangkan anak saya, saya belikan dia robot yang berharga rm 3, lepas itu dia nak upgrade ke rm 20. Sudahnya bila dia nampak yang lagi mahal beratus-ratus harganya dia akan menuju ke situ. Dia tidak akan pernah puas sampailah klimaksnya kita belikan robot setinggi bangunan sebiji macam dalam filem Transformers. Ha ha ha

Kita bersetuju dengan subjek nafsu serakah kerana biasanya itulah sikap kita manusia. Jiwa kita kehendaknya sangat minimum sebenarnya bahkan tidak langsung berkehendak akan hal dan cerita-cerita dunia yang melalaikan. Mengapa tidak kita cuba mendekati kehendak jiwa itu sendiri? Sebab mungkin cerita jiwa itu tidak hensem dan glamour atau tidak ada ciri-ciri kebendaan untuk kita banggakan? Ha ha ha

Kenyataannya semakin kita kaya, semakin kita jauh daripada fitrah alam itu sendiri. Semakin kita kaya, kita cuba untuk membeli segalanya yang ada di mukabumi ini hatta nilai ibadah kitapun kita niagakan untuk mendatangkan keuntungan dan keyakinan pada nafsu. Kita cuba untuk meyakinkan Tuhan yang walaupun kita ini kaya, kita tetap ingat dia. Adakah itu nawaitu sebenar kita? Kita mungkin terlalu mengharapkan yang baik-baik belaka sebenarnya, sudahnya mungkin kita akan sedar itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengenal sesuatu yang kita bayang dan agungkan.

Saya serahkan pada angin lalu tentang semua persoalan dan jawapan. Cuma bagi saya, gilakan harta dunia, ringgit atau kuasa ni memang satu penyakit yang tidak ada ubat yang boleh dibeli di kedai ubat melainkan kita didik jiwa kita dengan cerita-cerita yang serba sederhana.

Kalau kita kaya dan kaya lagi, mungkin kita akan takut untuk hilang apa yang sedang kita miliki. Kita cuba untuk tambah lagi nilai kekayaan, sudahnya umur kitapun semakin tua, semakin tua automatiknya segala nikmatpun semakin berkuranglah. Sedarlah kita waktu itu bahawa harta yang banyak bukanlah satu pencapaian yang boleh dibangga atau dipersembahkan kepada pencipta melainkan ianya hanya untuk kepuasan nafsu kita semata.

Saya berdoa semoga saya akan mati dalam level yang paling minimum dari segi kehendak dan angan-angan di mana waktu itu saya telah bersedia untuk melepaskan segala apa nikmat yang dipinjamkan untuk saya selama menjadi khalifah di mukabumi ini. Inysaallah


Page 2 of 41234