Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Jenguklah ruang keterbukaan itu..

0 comments

Saya suka membaca artike-artikel bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri yang disiarkan di blog mahupun di akhbar. Saya berpendapat beliau adalah contoh orang yang beragama yang faham apa isi dan kandungan di dalam agama Islam itu sendiri. Tidak hairanlah banyak anak-anak muda hari ini yang seperti saya, salut atas keberanian beliau atas dasar kebenaran juga prinsip yang dipegangnya.

Malangnya orang yang seperti beliau ini tidak ramai, hanya segelintir sahaja. Apabila agama itu terllau dipolitikkan memang masaalahlah.
Saya bersetuju dengan pendapat beliau tentang isu murtad. Beliau berjaya menterjemahkan makna kehidupan ini sejujurnya. Maknanya kita di sini atas dasar insani.

Dulu sewaktu saya bekerja di Yamaha Music, saya banyak berkawan baik dengan Pastor, Paderi dan kawan yang beragama Kristian. Salah satu sebabnya kerana pihak gereja banyak membeli barang peralatan muzik di tempat saya bekerja. Jadi saya akan ke sana untuk setting sound system, audio dan sebagainya. Seperkara yang sangat nyata, mereka ini memang orang yang baik. Orang yang baik itu bagi saya bukanlah kerana mereka itu Pastor, Paderi mahupun ulama Islam kerana imej hanyalah sekadar imej semata. Nilai ikhlas yang di luar itu hanya terjemahan iman atau rasa kesedaran pada diri kita untuk jadi begitu atau begini. Yang saya lebih utamakan apa yang ada di dalam. Jiwa yang bersih itu yang kita mahukan. Ikhlas kita pada kehidupan ini biarlah kita simpan di langit sana.

Mereka membantu atas dasar kemanusiaan semata. Kita manusia sesama manusia ni saling menyatu sebenarnya. Roh kita satu..mungkin faham kita berbeza, tapi semuanya akan kembali ke situ juga. Mengapa di rumitkan keadaan sehingga menjadi nanah, luka dan berdarah?

Saya kenal baik seorang paderi di sebuah gereja. Beliau suka berkawan dan bercerita dengan saya, juga mengkagumi karya dan semangat saya yang berjuang dalam bidang seni secara indipenden. Salah satu sebabnya cerita saya banyak keluar di akhbar Star. Jadi akhbar Star ni orang Melayu bukannya nak baca sangat. Seperkara juga beliau melihat saya sebagai seorang manusia yang ‘humble’. Ha ha ha..Cuma satu hal yang pasti, beliau tidak pernahpun mempengaruhi saya untuk menjenguk ke dalam dunia dan pegangannya. Sayapun bukannya mudah untuk dipengaruhi juga, sebab kita jadilah apa yang kita ada sekarang. Apa masaalahnya?

Saya tidak ada masaalah atas dasar untuk mencari ilmu dan pengetahuan, belajar tentang apa agamapun. Mana ada agama menyeru umatnya berbuat jahat sesama insan? Kalau mereka ada agenda lain, itu bukan masaalah saya. Benih iman yang tertanam dalam jiwa saya cukup untuk menjadi pendinding untuk saya menjalani watak saya seadaanya. Benih iman itu bukanlah kita boleh capai dalam sehari dua. Ianya proses. Proses itu belajarlah. Inipun kita sedang belajar juga. Cuma di sini kita sedang mempraktikalkan makna hidup itu sendiri, bukan hanya teori semata. Yang masalahnya jika kita kata kita orang yang beragamapun dalam diri kita penuh dengan rasa hasad, tamak dan haloba. Itulah punca segala masalahnya. Dengan Tuhanpun kita nak berkira. Mana ikhlasnya?

Kita tak boleh expect semua orang akan ikut kita. Hidup ini bukan dalam bentuk uniform dan keseragaman. Kita bebas memilih cara hidup kita, asal kita tahu siapa kita dan siapa mereka. Itu bagi pendapat sayalah. Sayapun ada pegangan hidup yang saya faham dan anuti. Tidak ada beza dengan umat manusia lainnya, kerana tujuan kita ke situ juga, cuma caranya mungkinlah berbeza sikit. Pun sebagai seorang muslim, saya cubalah setakat kemampuan saya menyariatkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang mengikut ajaran yang saya faham sejak lahir ke dunia ini. Tidak ada masalah, sebagai Islam itu jika kita faham ianya mudah. Semakin mendalami semakinlah kita faham. Semakin kita faham makin terbukalah hijab untuk kita mengenal apa itu jauhari, apa itu manikam. Jadi yang terbaik letaklah kebenaran itu di tempat yang paling atas, kerana Tuhan menyukainya. Insyaallah


Lagu lama, lagu baru..Orang lama, orang baru

0 comments

Saya kalau dengar radio hanya dua channel yang menjadi pilihan. Klasik Nasional dan BFM Station. Saya suka lagu lama Melayu Nusantara era 50an, 60an, 70an dan 80an. Paling suka penghujung 50an dan awal 60anlah. Era itu bagi saya terbaiklah. Kita ada P. Ramlee, R.Azmi, Sam Saimun, Ahmad C.B, Bing Slamet, M.Bakri, Oslan Hussein, Tiar Ramon dan beberapa nama lagi yang memang hebat. Bertambah bagusnya kerana era ini masih menitik-beratkan mutu senikata lagu dan melodi.

Selain lagu-lagu P.Ramlee, lagu-lagu seperti ‘sumbangsih'( M.Bakri), ‘cincin belah rotan'(Ahmad C.B) Di wajahmu ku lihat bulan( Sam Saimun), menimbang rasa( Oslan Hussein) bujang dara ( Sam Saimun) adalah antara lagu-lagu yang sangat berkualiti dari segi lirik dan melodi terutamanya. Lirik yang bagus bagi saya adalah lirik yang punya isi, penuh dengan makna tersirat yang boleh buat kita berfikir.

Apabila masuk era a go go, era Beatles 60an, pengaruhnya sampai ke sini dan irama pop yeh yeh meletup. Nama-nama seperti A. Ramlie dan grupnya, Swallows, A. Romzi, L. Ramlee, Jefridin, M.Sharif dan lain-lain lagi. Seperkara yang saya faham, di waktu ini bagi saya zaman ho ha, zaman yang enjoy dan penguasaan bahasa dalam lagu agak kurang dititik-beratkan. Di waktu ini jelas anak-anak muda kita suka berkhayal dengan lagu-lagu dan lirik-lirik meleleh, meratap dan kecewa. Namun melodinya rancak, rock n roll dan raw. Saya suka muzik pop yeh yeh. Pun ada juga lirik-lirik yang bermutu seperti di pinggir kali( J. Sham) .

Era 70an pula kita ada penyanyi hebat A. Ramlie. Beliau beruntung kerana banyak lagu-lagu yang dicipta untuknya bermutu ditambah dengan kualiti suara yang sangat mantap. Zaman itu saya suka dan salut Ahmad Jais( Datuk). Salut kerana banyak lagu dan lirik diciptanya sendiri. Suaranya juga mantap dan berkualiti. Antara lagunya yang saya suka ‘seraut wajah’, ‘budi setahun segunung intan’, ‘mengharap sinar menelan kabus’ dan banyak lagi lagunya yang bagus-bagus. Mungkin zaman itu zaman analog atau manual. Jadi kualiti rakaman bagi saya terbaiklah. Mungkin saya ni jenis suka sound yang agak raw walau dalam konsep orkestra. Maknanya masih ada rugged walau dalam bentuk yang formal. Kita dengar lagu ‘keluhan dara’ ( Wan Salman) lagu ini sangat bermutu dan liriknya juga berkualiti. Arrangement dan posisi kord lagunya unik. Zaman 70an juga banyak melahirkan penyanyi bersuara merdu seperti A.Ramlie, Ahmad Jais, J.Mizan, Ismail Haron dan banyak lagi.

Satu yang saya rasa, zaman itu bukan zaman rebel. Kita tidak ada band-band atau penyanyi yang rebel. Yang paling rebel dari segi muzik saya nampak Mike Ibrahim, Ismail Haron, Oslan Hussein, Swallows, The Hooks dan beberapa nama lagi yang mungkin saya terlupa.

Masuk ke era 80an kita ada Kembara yang dikemudikan oleh M.Nasir, A.Ali dan Shahlan. Waktu itu barulah kita ada lagu-lagu yang bermesej dari kumpulan Kembara. Konsep muzik mereka seperti U2, Pink Floyd, Emerson, Lake and Palmer dan band-band rock 70an barat. M.Nasir adalah antara pengkarya yang berpengaruh yang dapat menakluk pasaran muzik Malaysia dengan lagu-lagunya yang berkualiti dan unik. Manan Ngah juga bagus, beliau antara komposer dan producer yang hebat. Sohaimi Meor Hassan juga muncul di era 80an dengan lagu-lagu puisinya dan beliau berjaya menembusi pasaran dengan lagu-lagu hitnya seperti Epilog cinta dari Bromley. Beliau dianggap sukses waktu itu kerana walau tanpa promosi hebat, albumnya laku keras di pasaran. Kelebihan Sohaimi bagi saya adalah kerana lagunya mudah diterima dan suaranya memang mantap dan berkualiti.

Bersambung..


Kenikmatan dan pencapaian itu kadang membutakan

0 comments

Kita hidup kalau boleh memang mahukan kejayaan demi kejayaan. Banyak rahsia mahupun misterinya di situ. Apa ada selepas pencapaian yang gemilang?

M.Nasir( Datuk) selepas mendapat gelaran datuk, kini menjadi duta cokelat Kit Kat. Itulah pencapaian gemilangnya sebagai seorang seniman. Mana karya-karya hebatnya hari ini? Tidak seperti dulu, sewaktu berkasut Fung Keong, berbaju kemeja Western, penuh kharismatik..Itu dululah, suatu masa dulu. Hari ini di depan kamera bukan main bergaya sakan, tak ada lagi muka ketat bila berhadapan kamera. Mungkin inilah harga yang perlu kita bayar untuk menjadi seorang seniman yang bergaya, kaya dan ternama. Ha ha ha ..Apapun saya ucapkan tahniah kepada beliau. Apa boleh buat, perjalanan ini bukan kita boleh duga permainannya.

Kita hanya manusia biasa. Itulah kenyataannya. Kita bukan Gautama Budha yang sanggup meninggalkan kemewahan untuk masuk dan merasai ruang dan musim penderitaan. Kita bukan wali-wali atau ahli sufi hebat seperti Shekh Siti Jenar yang sanggup meninggalkan kemewahan untuk menyatu dengan sang pencipta dan meninggalkan cerita-cerita hampas dunia yang tidak membawa kita kemana-manapun sebenarnya. Kita bukan Jalaluddin Rumi yang membuang kenikmatan dunia dan pangkat setelah berguru dengan gurunya Shamsi Tabriz sehingga kematian gurunya membawa kesengsaraan yang maha hebat . Dari situ barulah terhasil karya-karya masterpiece beliau termasuk ‘ Diwan Shamsi Tabriz’, salah satu kitabnya yang agung di mata dunia dan kyalayak. Kita kata kita baca kitab ‘ Mushawarrah burung’ atau Conference of birds karya agung Fariuddin Attar, malang kita gagal menterjemahkan maknanya dalam bentuk yang praktikal.

Nyatalah, kita di sini hanyalah manusia biasa yang masih perlukan itu ini..nafsu nafsi..

Itu sebab saya salute perjalanan hidup Gombloh, penyanyi folk hebat yang pernah dimiliki Indonesia, hidupnya masih biasa-biasa, masih bergaul dengan komuniti bawahan seperti golongan pelacur bahkan sebahagian hartanya banyak di sedekahkan ke arah kebajikan untuk golongan marhen khususnya. Arwah masih naik bas turun bas walau albumnya laku keras di pasaran, padahal dia mampu memiliki segala kemewahan dunia ini jika itu yang dia mahu.

Apabila saya merenung kembali ke belakang, saya boleh faham apa makna kenikmatan dunia yang ingin sangat kita capai ini. Malang jika kita mencapainya, hanyalah untuk masyarakat menilai. Kita telah menjadi manusia yang sunyi sebenarnya..sunyi dan kosong tanpa kehadiranNya. Wallahualam..mungkin inilah harga yang perlu kita bayar untuk tujuan itu..

3600 Detik – Gombloh (Lyric)

malam tunjuk pukul 2
emper toko kaki 5
duduk bersimpuh wanita tua
bersama orok perempuannya

berbaju setengah ludes
itu pun satu-satunya
sandal usang sudah tipis
di pakai cukup setengahnya

angin malam meniup dengan garang
dingin di badan menusuk tulang
menggigil badan perempuan tua
tapi semua itu tak di rasa

lolong anjing di kejauhan
menyelinap dingin malam
orang lalang tak hiraukan
ia bagai orang terbuang

kaum pinggiran di rasakan
lihat anaknya kedinginan
ingin hatinya membahagiakan
tapi bagai jangkau rambulan

Tuhan tunjukan jalan padanya
hambamu yang dalam sengsara
Tuhan berikan terang padanya
supaya dia hidup selayaknya

malam tunjuk pukul 3!


Kehidupan, kemanusiaan dan Gombloh

0 comments

Saya mula mendengar lagu Gombloh tahun 1986 dulu. Itulah, berkumpul dengan kawan-kawan sealiran di Pasar seperti Johari Hamid, Ajeed, Bob, Imuda, Pakya dan lain-lain kawan termasuk dari geng anak alam, banyak knowledge yang kita boleh dapat. Saya ke Kuala Lumpur tahun 1985, mula dengar lagu folk sejak 1982 dengan Ebiet. Folk adalah untuk santapan jiwa, memang tak hensem tapi itulah, kehendak jiwa ni bukannya nak tengok yang hensem pun. Sebabnya jiwa itu matahati yang merasa kenikmatannya.

Jadi kelompok kawan-kawan saya ni memang spesis yang rare. Jenerasi Woodstock, muzik 70an, apa lagi? Ha ha ha..Hari-hari melepak di Pasar Seni yang memang menempatkan orang-orang macam kami, waktu itulah..

Berbalik kepada cerita penyanyi folk Gombloh yang lahir di Jawa Timur 14hb julai 1948 dan meninggal dunia pada 9hb januari 1988 ni tadi, itulah seperti saya katakan tadi..saya membesar dengan lagu-lagu folk. Yang terbaik untuk reference adalah Indonesia kalau dari rumpun nusantara kita. Pertamanya kerana kalau di sana, tukang sapu jalanan pun jenis golongan yang faham seni dan budaya dalam konteks yang lebih terbuka. Kalau di sini, maaf cakaplah..kita tidak dididik dengan knowledge muzik yang pelbagai. Jadi kelompok yang menjadi ikutan anak muda kita dulu hanyalah URTV dan yang sewaktu dengannnya. Jadi apa yang kita boleh expect dengan level pemikiran masyarakat dalam menilai seni dan budaya? Kita hanya meletakkan muzik hanya dilingkaran angan-angan yang buat kita jadi manusia yang jenis suka berangan tentang Hollywood dan Bollywood. Pengisian untuk jiwa kita khususkan pada kategori nasyid? Ha ha ha

Gombloh – Saya dengar Ebiet, Franky Sahilatua, Iwan Fals, Leo Kristi, Sawong Jabo dan beberapa nama lagi. Cuma Gombloh bagi saya muzik dan liriknya terutama waktu beliau bersama dengan grup Lemon Trees agak ke depan dan lebih mantap. Dengan konsep muzik art rock, blues, folk dan lirik-lirik yang penuh dengan elemen kemanusiaan, kehidupan, nasionalisme, ketuhanan, saya kagum dan banyak ilmu pengetahuan yang kita boleh dapat melalui karya-karya Gombloh.

Semangat nasionalismanya kuat, cerita tentang kehidupannya memang untuk rakyat marhen. Cerita tentang Tuhannya penuh dengan elemen-elemen mistikal dan kejawaan seperti lagunya ‘sekar mayang’ dan Hong Wilaheng’.

Cuma apabila Gombloh beralih ke karier solo dengan album Apel(1983) saya rasa idealisme dalam berkarya agak mengendur sedikit, pun masih lagi hebat.

Bermula dengan album Nadia dan Atmosphere(1978) sehinggalah Gombloh& Lemon Trees berjaya menghasilkan 10 album pada tahun-tahun berikutnya sehinga tahun 1983. Selepas itu beliau beralih ke karier solo yang mana lagu hitnya ‘kugadaikan cintaku'(1986) meletup di pasaran muzik Indonesia.

Gombloh memang real, bagus kalau anak-anak muda hari ini menjadikan karya muzik dan lirik Gombloh sebagai bahan rujukan.

Gombloh Lemon Tree’s Anno 69 – Pesan Buat Kaum Belia (1981)

Proloog :
“sebetulnya aku tidak begitu suka basa-basi. tetapi karena desakan hati nurani dari seorang anak manusia yang merasa tidak akan berarti apa-apa dalam masyarakat. sekiranya tidak ada simpati dan bantuan dari teman dan kerabatnya yang berupa doa semangat, prinsip peranan, dan tenaga dalam soal apapun.

maka aku sebagai yang bersangkutan sudah seharusnya mengucapkan banyak-banyak terima kasih. semoga tuhan melimpahkan rachmat pada umat yang sepantasnya menerima rachmat itu.

dan terimakasihku pada para penggemar yang sudi meluangkan waktunya untuk mendengarkan oleh-olehku ini

(Gombloh, Des 1981)

musisi :
Gombloh, Ratih, Sulih, Sunatha Tanjung, Joko, Dewak Dewabrata, Simon Keriting, Saud Happynes Hutatimur, Wachid Aji


Page 1 of 512345