Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Hidup dan Nasib

0 comments

Hidup kita memang bersandarkan nasib. Nasib yang menyebelahi atau tidak menyebelahi kita. Apapun sebelum nasib adalah usaha. Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan kerana nasib tidak menyebelahinya selepas berhempas pulas bertarung . Saya salut atas usaha Chong Wei itu kerana nampak jelas pada kita dia memang berusaha untuk menang dan memang nasib tidak menyebelahinya. Usaha adalah kerja. Jadi dalam hidup kita perlu berusaha ke arah yang lebih baik.

Ini cerita tentang kawan lama saya juga. Seorang yang sihat tubuh badan, mempunyai kemahiran dalam bidangnya yang mana ianya boleh dijadikan sebagai satu kerjaya yang hebat jika dia mahu berusaha ke arah itu. Malangnya kawan lama saya ini pemalas. Dari seorang pemuda yang punya kredibiliti dan sepatutnya punya kerjaya yang boleh menanggung hidupnya
dia memilih untuk menjadi seorang pemuda yang pemalas, suka berjudi dan hidup atas belas ehsan kawan-kawan. Sampai ke mana kawan-kawan akan membantunya?

Hari ini saya mendapat khabar hidupnya hancus, gelandangan dan tidur di kaki-lima jalan. Adakah nasib tidak menyebelahinya? Sudah tentu nasib tidak menyebelahi kerana dia tidak pernah berusaha untuk mengubah nasibnya.Ini sangat mengecewakan sebenarnya kerana dia gagal dan kecewa dalam hidupnya. Tak tahulah jika dia yang memang selesa memilih watak yang sebegitu.

Gagal adalah sebahagian dari cerita kita selama di sini. Mengapa mesti menafikan kegagalan padahal itu adalah lumrah insan yang mana itu juga bukanlah sepatutnya menjadi noktah dalam perjalanan hidup kita.

Semangat itu mesti terus kita nyalakan kerana itu adalah rahsia roh dari sang pencipta.

Dalam hidup saya contohnya- Saya memang selalu gagal untuk menjadi artis yang popular dan berjaya. Tapi sebab-musababnya saya yang memilih takdir saya sendiri. Jadi kalau dinilai pencapaian itu dari segi kehendak jiwa saya sendiri, saya berpuas hati juga kerana sehingga ke hari ini saya masih berkarya mengikut kemahuan jiwa saya. Cuma tegang, kendur dan sederhana itu proses perjalanan hidup kita, kena terimalah. Sampai masa kita akan semakin faham tentang pembawaan watak kita. Hidup ini memang seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa di bawah.

Bekerjalah, jalankan tugas kita di dunia ini. Kecuali orang gila, saya percaya kita masih memerlukan ringgit untuk terus hidup. Ikan kembung yang kecil pun 8 ekor harganya sudah rm 11. Gila!! Ha ha ha

Jim Croce – I Got A Name Lyrics

Like the pine trees lining the winding road,
I got a name, I got a name;
Like the singing bird and the croaking toad,
I got a name, I got a name.

And I carry it with me like my daddy did
But I’m living the dream that he kept hid.

Moving me down the highway, rolling me down the highway
Moving ahead so life won’t pass me by.

Like the north wind whistlin down the sky,
I got a song; I got a song.
Like the whippoorwill and the baby’s cry,
I got a song; I got a song,

And I carry it with me and I sing it loud;
If it gets me nowhere, I’ll go there proud.

Moving me down the highway, rolling me down the highway
Moving ahead so life won’t pass me by.

(Lead Break)

And I’m gonna go there free…

Like the fool I am and I’ll always be,
I got a dream, I got a dream.
They can change their minds but the can’t change me,
I got a dream, I got a dream;

Oh, I know I could share it if you’d want me to;
If you’re goin’ my way, I’ll go with you.

Movin’ me down the highway, rollin’ me down the highway
Movin’ ahead so life won’t pass me by.


Cahaya

0 comments

Kita memerlukan matahari dan bulan dalam kehidupan siang dan malam kita. Kita memerlukan cahaya untuk membantu kita meneruskan hidup ini. Tanpanya kita mati.

Cahaya malam kita akan terpesona jika kita menatap keindahannya sinar bulan. Cahaya siang akan membuatkan kita buta jika kita menatap sinarnya mentari. Itulah perbezaannya.

Seorang sahabat saya suka sangat bermain dengan api sehingga terbakar jasadnya, yang tinggal hanya Dia semata. Adakah itu yang di namakan kesempurnaan? Dia tidak tahu atau sedar waktu itu kerana asyiknya dia untuk tinggal diam yang kita namakan tempat itu Antah Berantah. Maknanya tempat yang kita tidak tahu di mana tetapi ada.

Itu hanyalah permulaan, bukan pengakhiran sebenarnya. Apapun itulah definisi syorga bagi sahabat saya yang hanya tinggal Dia semata itu. Dari satu titik ke satu titik dia berjalan, terlalu asyik dia sehingga antara nyata dan ilusi pun sudah di satukannya.

Saya boleh faham kerana biasanya setiap manusia itu mencari syorga di dunia mahupun akhirat. Apa juga kefahamannya syorga adalah bahagia dari segi materi mahupun kejiwaan manakala neraka adalah frustasi dan bencana, pun dari segi materi mahupun kejiwaan.

Antara putus dengan tidak, sahabat saya itu berjalan dan terus berjalan. Putus kerana bagi manusia yang berpandukan akal mungkin akan melihat sahabat saya itu gila kerana, walaupun dia tidak berkasut, berbaju berjalan di merata pekan, dia juga tidak pernah mandi sejak dia mengenal dirinya, katanyalah…

Siapa yang membawa kawan saya itu ke sana dan ke sini? Tentulah itu datang dari kehendak jiwanya juga. Siapa pula yang memandunya kerana walau dia ‘gila’ di mata ramai, tak pernah dia sakit mahupun mati dilanggar kereta.

Pada suatu hari tatkala sahabat saya itu memandang cahaya mentari di siang yang rembang, dia seakan terjaga dari tidurnya. Dia mula membelek tubuhnya yang tidak keruan itu. Kakinya lusuh dan reput kerana berjalan lama tanpa kasut.

Ah! Dia sudah memasuki fasa yang berikut rupanya.. Dia cuba ke belakang semula mencari kasut yang dia tinggalkan dulu. Berjalan punya berjalan barulah dia tahu yang sudah tersangat jauh dia mengembara ke alam diri rupanya.

Itulah, kehendak rohani dan jasmani itu perlu seimbang. Apabila seiya dan sekata, apa yang boleh kita nafikan lagi.

Kita memerlukan cahaya matahari dan bulan di dalam kehidupan kita. Cuma kita perlu faham yang bulan itu untuk kita tatap, matahari itu untuk kita rasa nikmat indahnya.

Untuk hari berikutnya sahabat saya sudah mula menjalani hidup sebagaimana manusia biasa seadanya, Alhamdulillah..


Muzik

0 comments

Saya pun tidak pasti sebenarnya sampai ke mana hala tuju saya dalam muzik ni. Mungkin ending saya seperti hero saya suatu masa dulu, Nick Drake. Ianya menyedihkan, tapi itulah kebenarannya. Hidup ini memang memenatkan bahkan mungkin akan mengecewakan dari segi hasilnya jika terlalu dalam kita menjelajah ke dasarnya.

Seorang kawan pemuzik saya berbangsa India. Dia saya anggap seperti abang saya, sangat baik dengan saya. Kawan saya ni juga sangat dalam perjalanan jiwanya sampaikan katanya dia selalu bercakap-cakap dengan gitarnya. Ha ha ha

Untuk berjaya dalam bidang muzik di Malaysia, kita perlu jangan bagus sangat. Kita perlu gitu-gitu sahaja. Kita perlu ada rasa ghairah dalam meniti tangga demi tangga. Saya ni bukan suka sangat naik-naik tangga ni. Saya nak naik lif je kalau boleh. Ha ha ha

Jangan bagus sangat seperti kita bikin lagu yang stereotype dan melankolik, tema cinta budak sekolah. Kalau kita bikin lebih dari itu, lepas tu lepaslah, tapi setakat lepas sajalah. Ha ha ha

Bukanlah saya kata saya bagus sangat dalam muzik ni. Tapi kalau kita dengar lagu dan lirik yang ada di Malaysia ni melodinya seakan sama, mudah diduga. Lirik pun satu hal juga, temanya memang cintalah sampai naik layu bunga dipuja. Jadi apa cabarannya untuk menjadi artis di sini?

Kalau saya tak main muzik, saya nak jadi apa? Umur dah separuh abad, tenaga pun dah semakin kurang. Busking lama-lama pun penat juga. Ha ha ha

Saya bekerja di Yamaha Muzik selama 10 tahun. Itu satu jangkamasa yang panjang sebenarnya. Saya kenal baik ramai pemuzik hebat yang sebenarnya hebat jika kita nak bandingkan dengan pemuzik piring-hitam yang hanya penuh glamour saja.

Jerry Ventura salah satunya. Dia ni berbangsa Cina saya rasa. Multi Instrumentalis dia ni. Saxophone bagus, main dram bagus, perkusi pun bagus..menyanyi lagilah bagus, main bass pun bagus. Semuanya bagus. Dia mengajar di tempat saya bekerja. Bass, dram, vocal, gitar, percussion..semuanya dia ajar. Tapi orangnya sangat biasa-biasa saja. Sangat baik dengan saya. Ramai lagilah..Jerry Felix, Andy Peterson, Josie Thomas dll.

Kalau setakat pemuzik yang hanya pakai kot lawa, main gitar pejam mata goreng macam Malmsteen itu tak ada benda pun bagi saya.

Betul, sepanjang bekerja di sana, selalu kita menjemput pemuzik hebat dunia.. Akira Jimbo( drummer Casiopea) Issei Noro(Gitaris Casiopea) John Myung( Dream Theatre bassis) pernah datang ke Yamaha Music tempat saya bekerja. Abraham Laboriel(bassis) juga.

Mereka yang hebat tidak akan tahu yang mereka itu hebat kerana waktu itu biasanya mereka sudah faham dan kenal siapa mereka sebenarnya. Biasanyalah..

Kita di sini untuk bekerja . Bekerja itu tanggungjawab. Tanggungjawab itu ibadah. Ibadah itu tuntutan agama. Main muzik itu bekerjalah..itu bukan main-main, jadi kita kena fahamlah benda-benda gini.


Ilmu itu penyuluh hidup

0 comments

Kita hidup di dunia ni janganlah statik semata. Statik itu begitulah dari mula sampai habis. Saya belum jumpa lagilah cerita yang happy memanjang dari awal sampai habis. Ha ha ha

Pancaroba akan datang tanpa kita minta. Dua perkara sahaja. Menghadapi atau kita tinggalkan. Kesannya mendewasakan atau mengecewakan. Bagi saya kita bukannya diberi banyak pilihan pun dalam hidup ini, maka itu janganlah kecewa atau putus asa jika gagal.

Setiap subjek adalah ilmu. Untuk mendapatkan ilmu, kena belajarlah. Mana ada jalan singkat untuk itu. Jika kita nak lulus periksa, kena baca buku banyak-banyak. Baca dan fahamkan betul-betul. Itu jika kita nak lulus dan berjaya dalam akademik. Pun itu bukanlah solutionnya. Itu hanya sebahagian dari cerita tentang manusia.

Jika nak bercerita tentang orang miskin, kita kena memahamilah apa cerita mereka, jerit payah mereka. Kalau kita setakat simpati, bersedih bergenang airmata pun bukannya dapat mengubah keadaanpun. Kita tak perlu menjadi mereka, cuma bagus jika kita belajar untuk memahami dan bantulah sebab cerita dunia ini bukannya yang indah di mata semata. Siang dan malam itu pelengkap cerita. Kalau tanpa malam maknanya dunia ni nak padamlah.

Jadi itulah, ada seorang brader yang dipanggil Gold Man sudah dicekup oleh JKM. Brader ni busking, bukan mengemis mintak duit pada orang lalu lalang. Busking ni bukan setakat melalak pegang gitar je. Apa saja nilai seni yang ada pada kita, jika kita persembahkan walau di depan khalayak itu dikira sebagai satu kreativit. Dia kilatkan badannya dengan warna emas untuk menjadikannya unik. Dia tetapkan harga sebanyak rm 2 pada sesiapa yang nak bergambar. Terpulanglah pada public. Bukannya dia mengemis pun. Masyarakat kita bagi sayalah sudah maju dari segi pemikiran. Tapi itulah, Takkan benda mudah macam ni pun tak boleh nak faham? Saya rasa elok jika pekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat ni dihantar ke negara maju, berkursus kat sana, untuk mematangkan pemikiran dan memahamkan mereka dalam membezakan antara pengemis dan busking.

Dulu saya pun nyaris nak diangkut ke JKM Mersing gara-gara busking di Subway KLCC. Setelah saya jelaskan butir perkara dan tunjukkan kepada pegawai JKM itu fail biografi juga album-album saya , terkejut pulak pegawai tersebut. Tau apa yang dikatanya? ”Ini bukannya di Jerman bro, ini Malaysia”..Ha ha ha

Kalau ginilah , memang negara kita tidak akan maju dan ke depan dengan akta-akta lapuk yang masih diguna pakai. Kita ni dah di abad ke 21, bukannya di tahun 70an lagi.

MUZIK – Saya cukup salut dengan muzik padang pasir arwah Ahmadi Hassan. Dulu sewaktu kecil arwah bapak saya selalu memutarkan kaset-kaset lagu arwah. Sehingga hari ini saya berpendapat kalau dalam kategori nasyid, inilah muzik yang paling berkualiti, progresif dan bijak. Malang kita masih suka mendengar lagu-lagu nasyid yang tahap muziknya macam tadika. Tapi itulah yang kita suka…Ha ha ha


Page 2 of 512345