Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Yang tegang, kendur dan seimbang..

0 comments

Perkara yang paling baik dalam hidup kita bagi saya ialah apabila kita cuba memahami kehidupan ini seadanya. Sekelilingnya, segalanya yang termampu oleh kita.

Apabila kita ingin mereka mendekati kita, maka kita perlulah memahami apa yang ada di dalam pemikiran mereka. Toleransi amat perlu untuk tujuan itu. Mana mungkin pemikiran kita ini sama. Kita dilahirkan ke dunia dengan cerita dan mimpi yang berbeza. Untuk tujuan baik, kita bersetuju untuk singgah dan bermukim di wilayah yang kita rasa selesa berada di dalamnya.

Keseragaman adalah tuntutan dunia semata. Mana mungkin rambut kita semua wajib belah tepi dengan minyak rambut gel tersisir rapi atau seluar dan baju yang bersih berkilat sekilat serbuk pencuci Feb? Kita perlu bebas atas dasar hak kita sebagai seorang manusia yang bebas berfikir untuk tujuan baik bagi diri kita. Baik bagi diri kita mungkin tidak baik bagi orang lain.

Dari itu kita boleh lihat ada orang berambut panjang, ada yang disisir rapi, ada yang macam duri landak. Ada yang berambut dreadlock ..macam-macam lagilah..

Jadi kita janganlah menilai manusia melalui luarannya sahaja. Itu tidak adil sebenarnya.
Burung yang terbang, jika kita patahkan sayapnya, macamana dia nak terbang? Itu maknanya kita telah menguhukum alam dan kejadiannya. Bagus jika kita berfikir begini – kita biarkan mereka terbang, setinggi manapun pasti mereka akan kembali ke sarang juga.

Saya bersetuju atas subjek keseimbangan. Saya suka melihat orang tua yang cuba memahami dunia anak muda walau jelas itu bukan dunia mereka. Kita bukan di zaman kolonial lagi. Kita hidup dengan berbagai kemudahan yang kita sendiri tidak pernah jangkakan.

Seperti kawan-kawan saya yang suka ikut kepala sendiri. Saya suka mereka begitu kerana kita semua sedang melalui proses kehidupan. Oleh itu kita kena faham yang di dunia ini ada seribu satu macam watak yang sedang melakonkan watak-watak mereka seadanya mereka..

Dulu saya selalu memberi panduan kepada kawan-kawan yang mahu tahu tentang subjek yang mereka kurang faham. Apabila saya jelaskan tentang asas dan kefahaman subjek itu, selainnya mereka berusaha sendiri dan jelas ada yang lebih bagus dari saya dari segi kefahaman dan kepercayaan atas apa yang mereka faham. Saya tak bolehlah berasa irihati walau kadang-kadang merekapun pusing-pusingkan semula kata-kata saya. Ha ha ha
Itu saya anggap lawak jenaka dalam kehidupan.

Ada yang tegang sangat, ada yang kendur sangat..yang terbaik adalah keseimbangan. Apa salahnya kita bagi orang senang hati..Bahkan diri kita sendiri akan merasa bahagia bilamana kita merasakan kehidupan kita ini masih saling berkait antara satu sama lain.


Matahari Syawal

0 comments

Matahari syawal

Dan Syawal menyinar

Fajar memanggil mentari

Terang benderang, tuan

Hancur luluh

Dan kulihat dunia

Dengan mata biasa

Mata insan berdosa

Dari sebelas bulan

Selamat menyinar Syawal

Menyinar dalam dada

Bagai matahari sakti

Lahirlah manusia baru

Pabila awan beredar

Dan pohonan mekar

Raikanlah fitrah

Selamat mengabur dosa

lirik:Jimadie Shah Othman
lagu: meor yusof aziddin

Matahari syawal final mix


Tentang Tuhan dan kefahamannya

0 comments

Saya mula belajar mencipta lagu sejak tahun 1984. Lagu pertama yang saya cipta tajuknya ‘secebis cinta yang hilang’. Apa yang hilang saya pun bukannya faham sangat pun. Ha ha ha
influence banyak sangat waktu itu. Konsep nak ketuhanan saja. Itu kita kata proses pramatang. Biasalah…

Sejak awal saya sukakan konsep ketuhanan. Jadi bila saya belek-belek lirik-lirik naif saya, itulah kita boleh nilai tahap faham kita tentang Tuhan itu sentiasa berubah bergantung pada tahap kefahaman kita sendiri dalam mengenalnya.

Umur kita 5 tahun, tahap faham kita begitu, menginjak ke usia remaja, begini pulak. Apabila menjadi anak muda dah terlebih pandai pulak. Ha ha ha

Ya, waktu usia anak muda saya itulah yang paling menarik. Menarik sebab waktu itu kita mungkin terlebih faham. Ha ha ha..

Cuma saya luangkan banyak masa untuk membaca, mengaji dan mengkaji tentang sifat dan zat. Biasalah, bila kita rasa kita kenal kita agak terkejut kerana waktu itu kita tidak sedar yang kita sedang beralih musim. Jadi kita hidup mengikut acuan yang kita bawa. Tahun 90an saya banyak menulis tentang ketuhanan mengikut versi yang saya faham waktu itu. Banyak yang mempertikaikan apa yang saya bawa sebabnya saya ini tidaklah nampak sangat islamik secara zahirnya. Jadi bentuk-bentuk makna pun banyak dalam elemen yang surreal dan provokatif. Cuma itulah, saya setuju jika waktu itu kita sedang terkejut dengan angin perubahan dalam diri. Ianya memungkinkan saya menjadi orang yang macam pandai tapi bodoh, macam tahu tapi tak tahu apa bendapun. Pendekata tak cool, senang cerita.

Apapun itu hanyalah sekadar proses. Bagi saya semakin lama, kita tak perlulah nak faham dan canangkan kepada semua orang yang kita ini sangat faham tentang apa yang kita faham, kerana apa yang kita faham tu bukannya kita faham sangat pun. Ha ha ha

Semua kita bagi saya boleh bercerita tentang Tuhan dalam apa jua yang difahamnya mengikut tahap faham pendengar. Jadi yang kita perlu faham sebenarnya adalah kehendak jiwa itu sendiri bukannya duduk di level nafsu. Kalau kita dok bertaki memaki hamun, itu maknanya kita sendiri sedang keliru tentang apa yang kita sedang faham.

Proses pembelajaran memanglah tiada penghujungnya. Cuma progresnya perlulah kita sedar dan kita fahami betul-betul melalui hidup yang sedang kita jalani ini.

Usia akan semakin mematangkan kita, insyaallah.

Private Investigations

It’s a mystery to me – the game commences
for the usual fee – plus expenses
confidential information – contained in a diary
this is my investigation – not a public inquiry

I go checking out the reports – digging up the dirt
you get to meet all sorts in this line of work
treachery and treason – there’s always an excuse for it
and when I find the reason I still can’t get used to it

And what have you got at the end of the day?
what have you got to take away?
a bottle of whisky and a new set of lies
blinds on the windows and a pain behind the eyes

Scarred for life – no compensation


Kita dan ceritanya

0 comments

Siang tadi anak saya, Aqeef menyambut hari lahirnya yang ke-9 tahun. Jadi kami sekeluarga pun membelikan kek dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Saya sebagai seorang bapa turut merasa bahagia melihat anak-anak membesar di depan mata kita. Ye lah, dari mereka bayi kita jaga dengan penuh kasih sayang. Tahun demi tahun mereka membesar kemudian akan melangkah ke alam dewasa. Saya rasa inilah saat yang paling menarik, melihat anak-anak membesar. Apapun kredit tentulah lebih kepada ibunya yang 24 jam bersama anak-anak, melayan kerenah mereka sampai kepalapun naik pening.

Sewaktu saya bekerja di Yamaha Music tahun 1998 dulu saya suka melihat karekter seorag brader. Saya waktu makan selalu makan di warung mamak belakang bangunan KL Plaza. Jadi saban hari saya akan melihat brader ni mendukung anaknya yang mungkin berumur lebih kurang 5 tahun mungkin. Menarik kerana dari pengamatan saya brader ni mungkin dari golongan ‘street’ atau gelandangan mungkin kerana dari gayanya memang jelas kelihatan penat diwajahnya melayan citarasa kota yang tak punya perasaan ini . Pun walaupun begitu dia masih punya nilai kasih-sayang dalam dirinya. Saya dapat rasakan kasih-sayang yang terjalin antara mereka. Saya rasa kita patut bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki hari ini.

Kehidupan ini bukanlah semudah yang kita gambarkan, itu saya sedia maklum namun kitalah watak-watak yang sedang melakonkan babak-babak dari skrip dan ceritanya. Takdir akan membawa kita ke mana-mana mengikut citarasa kita sendiri. Saya waktu lepas SPM dengan kelulusan gred 2 pernah memohon untuk menjadi polis tetapi gagal sewaktu proses ujian penglihatan kerana saya ni buta warna. Kalau tidak mungkin saya akan menjadi anggota polis sehingga hari ini. Ha ha ha

Atas sebab itulah bagi saya apabila kita cuba faham tentang watak-watak yang ada di sekeliling kita, kita perlu belajar untuk memahami cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Kita tak bolehlah meletakkan setiap watak yang ada ni watak baik semata. Mana boleh begitu. Kesilapan telah menyebabkan Adam dan Hawa tercampak ke bumi maka dari situlah adanya kita di dunia ini. Kesilapan mereka perlu atas sebab musabab kehadiran kita di mukabumi ini.

Saya selalu berfikir jika kita ada sifat untuk cuba memperbaiki kelemahan diri dengan membuka mata menilai kehidupan ini dengan sejujurnya, kita telah bersedia untuk menghadapi setiap ujian yang datang dariNya, Tuhan semesta alam. Wallahualam


Page 3 of 512345