Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TAKDIR DAN CERITANYA – PART 2

0 comments

Jika ditanya apa perasaan saya kerana mempunyai anak yang cacat dan kurang sempurna akalnya? Terus-terang saya masih sukar menerima kenyataan yang anak saya tidak sempurna dari segi akalnya. Tapi itulah, inilah kehidupan..ada suka, ada dukanya. Kena terimalah, kerana ini yang tertulis untuk kita. Hidup perlu kita teruskan…

Semalam, 11hb september anak saya, Adam menyambut hari lahirnya yang ke-13. Dia gembira dalam dunia yang hanya dia yang tahu. Walaupun anak saya itu suci tanpa dosa, saya masih merasa sangat berdosa dan bersalah kerana melahirkannya ke dunia ini dengan cerita dan skrip takdir yang kurang menarik. Saya cuma mampu memujuk hati yang rawan dari masa ke semasa.

Menjenguk ke belakang, Adam dilahirkan dalam keadaan yang payah. Lahirnya sebagai bayi yang pramatang. Di usianya 3 tahun baru saya dan orang rumah dapat mengesan penyakitnya. Terduduk lesu saya bila mendapat tahu tentang penyakitnya( Autism). Sayapun bukan faham apa itu Autism, jadi dari situ kita cuba belajar untuk memahami dalam menerima takdir dan kenyataan. Apa yang boleh kita berikan hanyalah kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi terhadapnya. Siapa kita untuk mengubah takdir Tuhan?

Terlalu banyak yang saya fikirkan tentang anak saya itu. Masa depannya, misteri kewujudannya, ketawanya, tangisannya, segala-galanya. Semuanya tidak ada jawapan, cuma untuk sedapkan hati, ya..biarlah takdir yang menentukan. Ini bahagian saya, saya terima seadanya.

Adam masih bersekolah khas di sekolah biasa. Di Malaysia ni ada NASUM, pusat komuniti yang khusus untuk golongan Autisma, malangnya kalau nak ke situ, kosnya agak tinggi dan hanya golongan yang mampulah yang boleh menghantar anak mereka ke situ. Untuk golongan biasa macam kita ni, tak banyak kemudahan sangat kerana segalanya memerlukan duit dan perbelanjaan yang besar. Inilah istimewanya negara kita, yang kaya makin kaya, yang miskin terus menjadi mangsa golongan kapitalis yang kerja mereka menindas dan lebih mementingkan kasta dari menilai manusia dari segi kemanusiaannya.

Kita sedihpun bukannya boleh mengubah keadaan, kita komplenpun bukannya anak saya itu akan kembali normal, cuma inilah cerita dan bahagian untuk saya sekeluarga, dan kami sedang memamahinya bersama-sama. Masalah ada, kita hadapi kenyataan, itu saja.


TAKDIR DAN CERITANYA..

0 comments

Nasib kita bukannya akan sentiasa baik sentiasa. Semalam kita melalui jalan yang mudah, hari ini mungkin berliku, esok mungkin menjunam. Hari ini kita bersuka-sukaan, esok mungkin berduka-dukaan. Jawapannya mudah. Hidup ini bukan milik kita. Kita hanya pemandu, yang mencipta jalan yang terbentang untuk perjalanan kita adalah Dia. Setiap kita jalannya tidaklah sama. Ada yang lurus, ada yang senget, ada yang berliku..berbagai lagilah..

Dalam tempoh itulah kita melalui berbagai cerita rasa dan emosi yang mana ianya milik takdir yang mutlak. Mungkin kita akan ketawa kerana dilahirkan kedunia sebagai anak orang berada atau bangsawan, mungkin kita akan menangis kerana dilahirkan ke dunia sebagai anak pengemis atau pelacur kelas 3. Mungkin kita akan memaki kerana dilahirkan ke dunia sebagai manusia kurang upaya atau cacat. Jika ada ketidakadilan atau ketidakpuasan dari segi hukum dan kita bebas memberikan bersuara, ya..hidup memang tidak adil!

Andainya setiap hari kita memaki takdir atas alasan hidup kita yang selalu dirundung malang atau mungkin kita dari keturunan yang malang, maka luahkanlah makian kita itu kepada pencipta sampailah kita penat sendiri. Bangun tidur saja kita mula memaki, nak tidur pun memaki, waktu tidur tak dapat nak makilah, sebab Dia kasi otak kita berehat, nanti bila kita bangun kita nak memaki lagi. Bayangkan adilkah Tuhan itu, kita komplen, dia cool..bahkan direhatkannya otak kita ..untuk kita komplen, lagi dan lagi..

Pernah seorang kawan saya bertanya tentang masalah dan takdir yang tidak selalu menyebelahinya, duka dan malang selalu. Tanyanya, bolehkah kita salahkan takdir? Saya kata ‘boleh’! Tanyanya lagi bolehkah kita komplen pada Tuhan? Saya kata boleh, apa salahnya? Komplenlah..Ha ha ha

Sebab hidup dan kejadian ini memang miliknya yang mutlak. Mengadulah kepadanya. Dia yang menjadikan setiap kita mengikut skrip dan ceritanya. Kalau tak puas hati, komplenlah..Ada yang mengadu di dalam doa dan solat, ada yang mengadu secara informal tanpa protokol. Ada yang marah..Yang penting jarak perhubungan antara kita denganNYA. Kalau kita rasa Dia itu di luar, memang di luarlah Dia. Kalau kita rasa Dia itu di dalam, memang di dalamlah Dia. Tahap kenal kita bergantung pada tahap kefahaman kita dalam mengenalNya. Kalau kita main gitar untuk sekadar gitu-gitu, gitu-gitulah jadinya. Kalau kita mahu lebih jauh, kita kena hidup di dalam irama itu sendiri, menjadi darah dan daging. Apabila minat itu 100%, kita akan menjadi sebahagian watak di dalam permainan, kita bukan lagi sebagai penonton.

Saya dulu, selalu juga menyuarakan rasa tak puas hati perihal takdir dan kejadian. Terlalu menyalahkan takdir dan kehidupan pun bukanlah pilihan yang bijak, kita terlalu emosi dalam satu-satu hal. Tapi akhirnya kita akan lebih rileks dan belajar untuk menerima. Kena terimalah apa yang datang untuk kita. Proses kita dalam kehidupan ini tiada penghujungnya.

Akhirnya barulah kita akan mengerti bahawa Dia itu memang bersifat ‘rahman’ dan ‘rahim’.

Off the debut album by The Stone Roses (one of the most important albums ever), one more brilliant song performed by the classic Roses line up: * John Squire – guitars, paintings
* Ian Brown – vocals
* Mani – bass
* Reni – drums, backing vocals, Piano on She Bangs The Drums


Kita yang hanya kadang-kadang..

0 comments

Kita? Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa..Mari kita ketawakan kelemahan diri kita sendiri. Ha ha ha

Susah untuk kita sentiasa ingat sebenarnya. Dunia selalu membuat kita lupa siapa kita. Dunia ceritanya hanya nafsu dan hal. Di dalamnya ada buruk dan baik, dosa dan pahal bercampur tanpa kita edari mahupun tidak.

Selalu saya bertanya kepada diri, dalam 24 jam kita bernafas, adakah kita sentiasa ingat selalu dan berada dalam dakapan rahmatnya? Adakah dia sentiasa ada di dalam buruk dan baik laku kita? Adakah perjalanan ini memang sudah tertulis begini?

Yang confirm, sewaktu kita tidur, roh kita akan keluar dari jasad. Kemana? Wallahualam. Kita tidak mampu menafsirkan tentang mata hati kita yang melihat ke mana roh kita itu pergi? Ke rumahnya? Ke mana? Dulu saya ingat saya mampu mengenalNya se dalam lautan yang paling dalam. Saya tertipu kerana itu hanya andaian dari minda yang terbatas. Semakin kita menyusup ke dalam, semakin jauh dia pergi. Semakin kita tinggalkan, dia datang pula menjenguk dan mengingatkan. Apa boleh buat, hanya Dia yang maha tahu. Bukankah kita ini miliknya yang abadi?

Bangun dari tidur, kita ucapkan Alhamdulillah kerana kita masih hidup lagi. Mungkin bukan mulut yang berbicara kerana kita ucapkan itu kepada diri kita, dalaman kita. Perhubungan kita denganNya bukanlah penting untuk orang lain tahu, sebab kita di penghujungnya akan faham bahawa hidup dan mati kita hanya untukNya. Di dalam tidur kita masih bernafas, jantung kita berdenyut, otak kita berhenti berfikir. Begitu kasih-sayang dan ingatannya kepada kita. Maka kitapun berehat, berhenti dari berfikir dan bekerja.

Mengapa kita takut bila berbicara tentang roh dan rahsia alam ini? Bukankah itu kebenaran yang paling nyata untuk kita fahami kerana Dia itu ada di sini selalu. Mengapa kita masih takut akan subjek kesesatan jika masih di dalam naungannya?

Mengapa perhubungan insan dengan khalik itu mesti di misterikan sebegini rupa? Bukankah akhirnya kita akan mengadapnya jua? Mengapa?

The answer my friends, is blowiin in the wind…the answer is blowin in the wind…Jom kita ke Bara 1 ini malam…

Oh I’m on my way, I know I am, somewhere not so far
from here
All I know is all I feel right now, I feel the power growing
in my hair
Sitting on my own not by myself, everybody’s here with me
I don’t need to touch your face to know, and I don’t need to
use my eyes to see
I keep on wondering if I sleep too long, will I always wake
up the same (or so)?
And keep on wondering if I sleep too long, will I even wake up
again or something
Oh I’m on my way I know I am, but times there were when
I thought not
Bleeding half my soul in bad company, I thank the moon I
had the strength to stop
I’m not making love to anyone’s wishes, only for that god I see
‘Cause when I’m dead and lowered low in my grave, that’s gonna
be the only thing that’s left of me
And if I make it to the waterside, will I even find me a boat
(or so)?
And if I make it to the waterside, I’ll be sure to write you
a note or something
Oh I’m on my way, I know I am, somewhere not so far
from here
All I know is all I feel right now, I feel the power growing
in my hair
Oh life is like a maze of doors and they all open from the
side you’re on
Just keep on pushing hard boy, try as you may
You’re going to wind up where you started from
You’re going to wind up where you started from


Muzik dan pegangan

0 comments

Dunia saya adalah muzik dan saya menyukainya. Satu hal yang paling penting bila sesuatu itu kita lakukan dengan cinta, ianya adalah kebahagiaan yang nyata. Saya suka berkawan dengan sesiapa yang menyintai muzik juga yang tidak mencintainya. Cuma muzik itu lebih menyatu dan mengeratkan kerana di dalamnya adalah cerita-cerita mengenai irama dan alunan
rasa sanubari. Ianya universal. Siapa saja boleh menyukainya, milik mutlak siapa saja jika itu yang mereka mahu.

Ada yang berpendapat muzik itu haram kerana ianya melalaikan. Bagi saya ianya bergantung kepada nawaitu kita sendiri. Hal yang mudah jangan kita rumitkan.

Inilah perkara yang saya tahu buat dan saya bahagia tinggal di dalamnya.

Saya pernah mewakili sekolah sebagai pemain bolasepak. Saya main bola tak pakai otak sangat, saya guna lutut. Sebabnya saya bukan pemain bola. Saya berusaha keras untuk menjadi pemain bola sekolah kerana kawan-kawan rapat saya semuanya pemain bola yang mewakili sekolah. apa pun saya sukakan sukan bolasepak. Cuma saya tak ada bakat sangat, yang itu saya terpaksa akui.

Selepas 25 tahun, kawan saya mengajak saya bermain bola futsal dan dia tanya samada saya ini pandai main bola ke? Saya katakan kepadanya yang saya adalah pemain bola yang mewakili sekolah pada 25 tahun lepas. Apabila bermain selama 5 minit, saya terus pitam dan langsung tidak dapat bermain. Akhirnya kata-kata saya itu menjadi bahan jenaka kawan saya itu. Ha ha ha

Dalam muzik ada 2 hala ataupun jalan. Kiri atau kanan. Kita andaikan itu sebagai idealisma kita. Atau kita andaikan seperti Ibrahim yang punya anak Ismail dan Ishak. Yang Ismail itu jalannya kita kata kanan. Manakala Ishak itu kiri. Dari Ishak sehinggalah lahirnya Black jew sehingga ke Bob Marley dan yang sewaktu dengannya.

Kita andaikan juga di dalam agama dan pegangan. Adanya syariat dan hakikat. Perjalanan syariat itu penuh dengan tatatertib dan peradaban demi menyesuaikan antara sesama kita umat islam. Yang kita katakan hakikat itu agak tidak terbatas, melepasi hukum akal kerana kita diajar untuk mengenal ‘rasa’. Selebihnya bergantung kepada kefahaman kita sendiri.. Tidak hairanlah ramai yang agak tersasar dari landasan hidup dan kenyataan.

Apapun setiap kita punya cerita dan takdir, yang itu kita perlu hormatlah. Selainnya wallahualam. Saya tidak akan menghukum setiap kejadian alam ini, yang baik mahupun buruk kerana saya hanyalah sebahagian dari ceritanya sahaja. Saya bukan pencipta.

Apabila saya menoleh ke belakang, sejak 1982 saat saya mula belajar memetik gitar dan bernyanyi sehinggalah hari ini, memang terlalu banyak cerita dan peristiwa yang saya katakan ‘warna warni alam’ yang memenuhi diari hidup saya. Adakah saya mengejar ‘materi’ selama niat saya menjadi seorang pemuzik? Malangnya itu tidak pernah terjadi atau lahir dari jiwa saya. Itulah malangnya. Ha ha ha..Bukankah lebih baik saya menjadikan seorang M.Daud Kilau( Datuk) atau Hail Amir sebagai idola, bukan Bob Dylan, Gombloh, Fals dll yang sewaktu dengannya? Ha ha ha…

Saya boleh katakan album terbaik saya sehingga kini adalah ‘ itu padang…aku di situ yang diterbitkan pada tahun 2003. Banyak sebab. pertamanya album itu di rakamkan selama 5 jam. Ke dua kerana itu musim terbaik saya sebagai seorang singer/songwritter. Saya lakukan dalam kepentingan yang sangat minimal. Saya tidak pernah angkat pot samada album itu akan disukai mahupun tidak. Jadi saya hanya bereksperimen dengan genre dan acuan yang saya miliki. Saya percaya apabila sesuatu itu kita lakukan tanpa kepentingan yang besar, ianya akan menghasilkan kepuasan dari segi bahagia jiwa. Inti cerita pula saya lepaskan sehingga ke langit sana, seperti burung yang terbang sambil menceritakan panorama alam, matahari dan bulan dalam visi yang surreal.

Hari ini? Baru siang tadi saya mendapat tawaran untuk bermain muzik di luar negara selama beberapa bulan. Peluang yang menjanjikan pulangan dari segi ringgit yang sangat mencukupi untuk satu tempoh jika saya menerima tawaran itu. Entahlah, selalunya saya akan lepaskan atas dasar komitmen itu dan ini. Sebelum ini banyak peluang yang datang saya lepaskan atas alasan komitmen itu dan ini dan ini juga. Peluang banyak datang dalam hidup saya sebenarnya, banyak pula yang saya hampakan atau gagal atapun tersangkut.

Bermula tahun 94 sewaktu menjadi artis rakaman Luncai Emas, menjadi busker, mendapat ruang dan peluang untuk lebih menonjolkan diri ke arena mainstream yang bagi saya hanya menjanjikan angan-angan, glamour, pura-pura dan plastik, maka itu saya mengambil keputusan untuk memilih apa yang saya suka mahu buat, bukan apa yang mereka mahu saya buat apa yang mereka mahu. Jadi itulah, ha ha ha

Hidup ini memang real bro! Ha ha ha

If I cried out loud
Over sorrows I’ve known
And the secrets I’ve heard
It would ease my mind
Someone sharing the load
But I won’t breathe a word

CHORUS
We’re two of a kind
Silence and I
We need a chance to talk things over
Two of a kind
Silence and I
We’ll find a way to work it out

When the children laughed
I was always afraid
Of the smile of the clown
So I close my eyes
Till I can’t see the light
And I hide from the sound

CHORUS

I can hear the cry
Of a leaf on a tree
As it falls to the ground
I can hear the call
Of an echoing voice
And there’s no one around


Page 2 of 3123