Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sehari itu sedetik cuma

0 comments

Baru-baru ini sewaktu saya busking di KL Sentral, adalah 2-3 orang bertanyakan hal anak saya, Adam. Saya selalu bawak 2 orang je anak saya, Aqeef dengan Gibran. Aqeef dah 9 tahun dan Gibran 6 tahun. Adam hari ini sudah berumur 13 tahun, dah jadi orang bujang. Jadi bila saya bawak anak-anak saya, yang bertanya tu ingat Aqeef dan Gibran ni Adam. Mungkin sebab saya ada menulis tentang anak saya Adam dalam buku STJ saya. Saya juga ada menulis tentang anak perempuan saya, Amy(Kamelia). Amy sekarang dan 15 tahun, dah jadi anak dara.

Adam pulak susah nak dibawa ke sana-sini kerana selain dari rumah dan sekolah, dia tidak akan berasa selesa. Dia suka berjalan tapi dalam tempoh yang sekejap. Dia mudah bosan dengan persekitaran dan bila jadi gitu memang masalahlah. Kadang-kadang masyarakat melihatnya sebagai anak yang normal kerana fizikalnya sempurna. Di rumah Adam sudah boleh berdikari, cuma dia tak suka bila adiknya Aqeef suka sangat atau sedih sangat. Dia akan meraung bila tengok adiknya itu ketawa atau menangis. Saya dan ibunya pun pening kepala. Adiknya Gibran tak ada pula dia berkelakuan begitu. Itulah, hal-hal yang begini memang sayapun tak ada jawapannya. Seakan ada sistem sarafnya yang terganggu bila dia melihat adiknya Aqeef itu ketawa atau menangis. Jadi masalahnya takkan adiknya itu tak boleh menunjukkan sebarang reaksi atau emosi?

Tentang hal sekolahnya dia agak gembira dengan dunia persekolahannya cuma keadaan kewangan yang terhad membuatkan kami tidak mampu untuk meyekolahkannya di sekolah khas untuk kanak-kanak Autisme. Di sini itulah seperti saya kata, kemudahan dan kepakaran yang kita miliki masih terhad. Maknanya hanya golongan kaya sahajalah yang mampu, golongan sederhana seperti saya ni agak tersepit di celah kerenah birokrasi dan mentaliti pembangunan di negara membangun. Kalau di negara maju sekolah khas seperti NASUM itu disediakan secara percuma, kerana itu tanggungjawab negara kepada rakyatnya. Di sini segalanya duit, duit dan duit.

Apapun masalah memang seiring dalam hidup kita. Kenalah terima. Cuma kalau boleh kita minimisekan problema jika ianya tidak penting untuk kita fikirkan. Hidup mesti diteruskan walau apapun, sebab hari ini kita memerlukan duit untuk terus hidup. Duit penting untuk keperluan hidup kita sehari-hari. Untuk saya begitulah, Hal-hal yang berat jangan kita fikirkan sangat, jika ianya boleh memudaratkan diri dan pembentukan jiwa.


D.I.Y..KEMANA ARAHNYA?

0 comments

Saya selalunya, bahkan selamanya akan terus bersetuju dengan konsep D.I.Y(Do it Yourself). Saya suka jika kita berdikari dalam menghasilkan sesuatu yang kita mahu lakukan, khususnya dalam bidang muzik. Cuma yang paling penting yang perlu kita ada adalah sokongan, dari kawan-kawan terutamanya. Dunia indie kita sangat kecil sebenarnya, kita tidak seperti negara jiran kita Indonesia yang punya jumlah penduduk yang sangat ramai ditambah dengan kualiti ilmu pengetahuan yang meluas tentang sastera dan muzik yang mereka miliki. Di sini kita punya selera pendengar yang sangat terhad, dan majoritinya masih dalam lingkaran AF dan kegemilangan mimpi budak kampung yang bercita-cita menjadi artis terkenal.

Dunia mainstream adalah sebahagian dari cabang golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan. Kapitalis ni dia tanya satu je, boleh jual ke tak sesuatu produk itu. Dia takkan tanya dari sudut artistik atau falsafah yang berbelit-belit. Semuanya mereka kaut. Kurt Cobain muncul dengan imej selekeh, pun jika itu sudah menjadi fesyen akhirnya pun mereka ambil asal boleh mendatangkan keuntungan.

Jadi jika kita mahu teruskan konsep D.I.Y, kita perlu bersaing dengan syarikat-syarikat rakaman besar. Memang payah sebenarnya kerana semuanya mereka kawal, dari segi media mahupun segala channel komersial yang ada. Yang kita ada hanya sokongan kawan-kawan ataupun Facebook sebagai cabang alternatif yang paling berkesan hari ini.

Penyakit saya ni saya tidak suka dikongkong dari segi kebebasan tentang apa yang saya mahu jadi dan apa yang saya mahu buat. Seniman perlu ada ruang bebas dalam diri mereka. Kita bukan untuk diprogramkan untuk menjadi begini atau begitu. Sepatutnya begitulah.

Tapi kalau tidak ada sokongan payahlah. Ha ha ha..

Hari ini dunia IT semakin menjadi pilihan terutama kepada golongan muda khususnya. Album dijual hanya untuk tujuan promosi. Jualan album pun satu hal juga. Kos untuk setiap CD yang dihasilkan hanya rm 3. Bila sampai ke kedai kaset harganya menjadi rm 30. Harga yang sesuai dalam lingkungan rm 20-rm25. Itupun hanya terdapat 6-7 lagu sahaja. Macamana album nak laku? Ini bukan di tahun-tahun lapan puluhan dulu.

Seperkara lagi adalah tentang ilmu pengetahuan kita tentang muzik dan alirannya. Selain irama pop atau rock kapak(slow rock) kita tidak punya pilihan lain sebenarnya. Buatlah apa saja genre, memang tak akan laku. Lagu jika tidak ada lirik cinta, memang payahlah. Adalah Ramli Sarip dengan lagu-lagu ketuhanan yang memuja Tuhan dan alam, itu sebab imejnya yang sesuai untuk konsep yang sebegitu walau saya tidak melihat Ramli sebagai Folk Artis melainkan seorang penghibur Rock walaupun beliau menyanyi sambil bermain gitar tong. Saya suka Sweet Charity. Sebabnya roots beliau bagi saya adalah Rock. Kalau M.Nasir dan Kembara itu Folk artis sebab rootsnya di situ.

Kitapun tidak diberi banyak pilihan sebenarnya oleh pihak yang berwajib. Kita tidak didedahkan dengan muzik yang variasi sifatnya. Kalau di barat, lagu-lagu Cat Steven itu dianggap pop walau genrenya folk. Dia bercerita tentang perjalanan jiwa dan masyarakat menghargainya, itulah bezanya dengna kita di sini.

Di sini kita suka pada Maher Zain yang bagi saya level lagu-lagu dan liriknyanya hanya di tahap budak sekolah menengah form 3 sahaja. Dengan konsep rugged yang tak rugged, yang itu yang kita suka dan hargai sebab lagu-lagunya ada meyebut nama Allah. Apa boleh boleh, hanya setakat itu tahap pendengaran kita. He he


SIANG DAN MALAM…

0 comments

Siang dan malam adalah tanda kita masih di sini. Siang dan malam adalah hidup selagi kita belum mati. Siang dan malam adalah ada dan tidak ada tetapi ada. Siang dan malam adalah matahari dan juga bulan sebagai petunjukNya. Hargailah selagi kita dengan ehsan dipinjamkanNya nafas yang masih turun naik ini. Selainnya kita tidak punya apa melainkan seperti semut yang bila-bila masa boleh datang dan pergi. Dipijak kita mati, semudah Alif Ba Ta..

Ujian pada nafas adalah nafsu. Nafsu inilah yang bikin kita berfikir ke arah mana kita mahu pergi, ke kiri mahupun kanan ataupun lurus .

Nafsu dan kehendak yang kita miliki ini semakin hilang sedikit demi sedikit tanpa kerelaan nafsu kita sebenarnya. Nafsu kita sentiasa mahu yang selama-lamanya kalau boleh. Apapun hukum inilah yang sedang tertulis dan inilah yang sedang kita jalani seadanya, selainnya kita tidak punya apa sebenarnya. Selera makan kita semakin kurang atas sebab berpenyakitan itu dan ini contohnya. Kehendak materi kita semakin tinggi namun bukan selalu kita berada di tahap yang maksimum, ada masa kita akan tercungap kerana tenaga yang kita punya ini bukan milik kita. Pakaian yang mahal-mahal yang kita sedang pakai ini tidaklah membawa apa-apa kepada Tuhan melainkan untuk meyakinkan diri kita atas status yang sedang kita miliki, itupun 80% adalah atas dasar perasan kita sendiri, kerana kita sudah tua dan fitrahnya semakin tua semakin berkedutlah kita. Semakin berkedut automatiknya apa yang tinggal walapunkita menjalani pembedahan kosmetik untuk menjadikan kita muda selamanya kalau boleh?

Inilah fitrah kehidupan yang samada kita suka ataupun tidak inilah pilihan yang kita ada.

Yang kita punya hanyalah Dia yang kita miliki semalam, hari ini dan esok. Inysaallah..

Berpeganglah kepada taliNya dan janganlah lepaskan…


Titian Hidup

0 comments

Jika diterjemahkan ayat-ayat di dalam surah Al-Fatihah itu ke dalam kehidupan kita di dunia ini, ya..memang kita sedang menterjemahkannya bersama suratan dan takdir yang sedang kita lalui. Kita sedang menitinya..lurus, kiri atau kanan dan sebagainya. Kita jatuh, dengan kudratNya kita bangun. Kita berdiri, berjalan bahkan berlari segagahnya kita, pun jika di dada kita penuh dengan nada yang sombong, pun ianya tidak bermakna..bahkan nilainya seperti hampas kelapa adanya, mungkin lebih dari itu, kerana hampas kelapa pun berguna juga untuk kehidupan kita.

Jika dikatakan kita bersolat atau beramal itu untuk mengharapkan ganjaran pahalanya, permintaan yang terbaik bagi saya adalah tenang jiwa. Kerana jika jiwa kita tenang kita tidak akan mengharapkan sebarang balasan berbentuk ganjaran pahala dan sebagainya. Tenang jiwa akan bikin kita neutral seadanya. Jika solat atau ibadat itu membawa kita ke lembah dendam dan haloba, itu mungkin ada yang tidak kena di dalam jiwa kita, sebab solat adalah suatu ritual penyerahan yang suci.

Saya selalu membeli nasi lemak kukus di sebuah kedai berhampiran rumah saya. Bosnya adalah seorang nenek. Perniagaannya memang maju dan nenek itu saya suka perhatikan gelagatnya. Gayanya macam orang kaya dan penuh confident sekali. Saya tidak dapat membaca apa yang ada di dalamnya, cuma dia mungkin suka menonjolkan barang kemas yang tersusun di lengannya dengan gaya seorang nenek yang cukup hebat. Mungkin itulah harga kepuasan untuk siri kebahagian dan kekayaan kita di dunia yang fana ini.

Sewaktu busking di KL Sentral juga banyak siri-siri kehidupan yang dapat kita tonton. Saya suka memerhatikan kemesraan seorang nenek dan suaminya mungkin. Mereka sangat loving walaupun dalam kadar yang sangat sederhana mungkin. Setiap hari nenek itu akan membawa sebungkus plastik yang agak lusuh berisi barangan. Mereka bagi saya adalah antara subjek kebahagiaan yang nyata dan saya menghormatinya. Saya tak tahulah apa keadaannya di belakang saya. Apa yang dapat saya faham adalah apa yang sedang saya tonton dan ianya memang menarik dan saya salute pasangan itu.

Duit yang banyak bukanlah jawapan kita di dunia ini. Ianya hanyalah ujian untuk kita memahami apa makna ysng ada di dalamnya. Duit yang sikit juga memasaalahkan kita. Ha ha ha..Apapun selagi ada kudrat dan akal..berusahalah..Insyaallah


Page 1 of 3123