Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

KALAU TAK HAPPY, RESIGN!

0 comments

Siang tadi saya bersembang-sembang dengan seorang kawan baik. Dia cemburu dengan dunia saya, kebahagiaaan dan kebebasan yang sedang saya kecapi. Dia tak tahu yang kepala saya pun berserabut juga sana sini. Ha ha ha

Impian kawan saya ni mahu berhenti kerja pada tahun 2013. Lepas tu dia akan belajar menjadi manusia yang lebih redha dan tawakal dengan ketentuan dan hukum alam. Saya pun dulu begitu juga. Saya bekerja di Yamaha Music hampir sepuluh tahun lamanya. Di tahun-tahun terakhir bila mood untuk bekerja hampir hilang sepenuhnya, saya nekad untuk berhenti kerja. Sebab-musababnya banyaklah. Persekitaran, bos baru yang macam cerdik tapi bodoh dan berbagai lagilah. Kita tidak akan mendapat kebebasan dengan kerja makan gaji. Memang cukup bulan dapat gaji tapi banyaklah songeh dan permainannya yang perlu kita hadap.

Sudahnya saya pun jadilah manusia yang bebas, seperti burung yang keluar dari sangkar. Saya memilih kerjaya sebagai busker dan pemuzik sepenuh saya, cuba membentuk takdir dan acuan kebahagiaan seperti yang kita mahu dan rancang. Pun pemandangannya tidaklah seindah yang kita gambarkan sebenarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ha ha ha

Tapi dari segi kebebasan, memang real dan kita puas hati, cuma kena layanlah permainan baru yang lebih mencabar . Positifnya kita akan lebih percaya pada ketentuan dan takdirNya.

Apapun kawan saya ini masih punya masa sehingga 2013. Maknanya itu hanya perancangan, belum tentu akan jadi. Apa akan jadi pun kita tidaklah dapat menduga apa ceritanya. Mungkin saat ini kepalanya agak kusut masai dengan masalah dan beban kerja serta persekitaran yang tidak disukainya. Pun mungkin juga 2-3 bulan kemudian apabila masalah dan apa saja bebannya terlerai, dia tak jadi pula untuk resign. Begitulah ..kita hanya penduga saja sebenarnya.

Bagi saya, kalau boleh janganlah resign dulu, layan je apa yang sedang kita hadap seadanya. Syorga dan neraka itu ada di sini sebenarnya. Inilah kehidupan yang nyata dan kita sedang menghdapinya. Tapi kalau tak boleh take it, resign! Ha ha ha


Ayuh Kita Terus Berkayuh!!

0 comments

Saya bikin album Dari rakyat untuk Rakyat pada tahun 2009. Banyak kawan-kawan yang membantu untuk proses album ini terutamanya dari segi financial. Banyak juga orang-orang besar yang menolong terutamanya dari segi sokongan dan kewangan. Budgetnya sederhana, taklah besar sangat seperti proses pembikinan album-album mainstream yang ada di pasaran.

Apapun di sebalik album ini banyak kisah suka-duka yang terdapat di dalamnya. Kita expect album ini boleh pergi jauh dari segi penerimaan dan sambutan masyarakat bawah, warga marhen terutamanya. Malang level penerimaan kita terhadap lagu-lagu yang bertemakan kehidupan, kritik sosial dan kemanusiaan masih di bawah tahap sederhana. Pertamanya kerana susah lagu-lagu sebegini dimainkan di radio atau TV kerana mungkin ada elemen politikal di dalamnya. Seperkara yang peprlu dijelaskan, kita hanya mengkritik, menceritakan perkara yang betul tanpa menyebelahi mana-mana parti politik. Baik kiri mahupun kanan. Kalau kita mendengar menerima dengan minda yang terbuka saya rasa album ini tidak ada masalah untuk diterima ramai.

Tapi tak apalah, apapun saya berpuas-hati kerana banyak kawan-kawan terlibat di dalam album ini. Secara personal saya suka semua lagu yang terdapat di dalamnya. Bapakku seorang YB, I.S.A, Memali, Raungan anak Belantara, Sampai Bila, Membenarkan kebodohan ..Lagu Aman Lagu Damai yang mana liriknya ditulis oleh sahabat saya, UbiLepih saya suka liriknya cuma suara saya agak hancur sewaktu merakamnya. Ha ha ha..Satu penyakit saya ni kebanyakan lagu-lagu yang saya nyanyi hanya satu take sahaja. Tak ada repair-repair sebab saya suka ‘feel’ di waktu itu. Itu kadang-kadang ada flat sana-sini sikit saya biarkan asal jangan teruk sangat.

Musik Folk ni tak boleh handsome sangat, kita bukan Tom Jones, Justin Bieber atau Anuar Zain. Kita nyanyikan lagu tentang kehidupan dalam mood yang sederhana. Apapun seperti yang saya katakan tadi, yang mana tak bagus tu kita akuilah, mungkin masa akan datang kita akan lebih berhati-hatilah.

Untuk album selepas ini saya ada perancangan untuk bikin album Folk&Blues dengan Aznan Aziz( Nan Blues). Kita akan jual album di jalanan mahupun di pentas. Kita akan bercerita tentang Kampung, kerbau, lembu, hutan banat, kota lumpur, Tuhan dan berbagai lagilah. Kita harap ini akan jadi kenyataan. Hidup ini perjalanan, apa ada hal..

Kita tidak boleh bergantung pada syarikat rakaman, sebab mereka ini tidak akan faham sampai bila-bila pun. Yang mereka nampak atau tanya, ”ini boleh buat duit?”.. Kita pun tak boleh salahkan mereka juga kerana di mata mereka tidak akan nampak lain selain duit, duit dan duit. Jadi kalau nak buat, buat je..

Untuk setiap produk D.I.Y , perkara paling penting adalah kerja keras dan sokongan kawan-kawan. Sokongan itu yang paling penting beli albumlah. Ha ha ha..bukannya mahal, mungkin sekitar rm 20 gitulah.

Apapun promosi itu penting, lagu-lagu dimainkan di radio itu paling penting, royalti MACP juga penting. Itu kita perlu usahakan juga.

Apabila memilih konsep muzik yang rabak, rugged dan tak handsome, kita sepatutnya perlu tahu ke mana arah tuju lagu-lagu yang berkonsep sebegini. Ianya janganlah di samakan dengan produk komersial yang menampilkan imej luaran semata.

Kita boleh memilih samada kita sukakan yang real atau plastik. Saya sedang berdiri di tengah-tengah, sudah di pertengahan jalan..kita tidak akan berhenti di sini. Terbukti lagu untuk santapan jiwa itu kesannya lama berbanding lagu untuk halwa minda semata.

Kita sedang menuju keseimbangan, marilah kita teruskan apa yang sedang kita usahakan…Mungkin kita tidak kaya kerananya, atau mungkin nama kita akan dikenang oleh anak cucu kita nanti, pun itu sudah mencukupi sebenarnya. Wallahualam


MARI BERGITAR

0 comments

Gitar pertama yang saya miliki adalah pemberian dari seorang kawan sekampung, namanya Azli(arwah) tahun 1982 dulu. Gitar itu sebenarnya dah dibuangnya ke dalam tong sampah, kerana tali tak ada dan ada rosak sana sini sikit. Jenamanya ‘Lark’, gitar cikai je..Bridgenya saya pakai batang mancis..Gap antara tali dan fretboard agak tinggi. Tapi itulah yang saya guna untuk praktis dan melalak siang malam, pagi dan petang. Expectation member-member sekampung agak tinggi, sebabnya mereka ingat saya ni pandai sebab abang saya penyanyi top. Padahal saya baru belajar je. Ha ha ha

Beberapa bulan selepas itu abang saya Sohaimi menghadiahkan saya gitarnya, jenama yang baik, Eko made in Italy. Dia bagi pun dengan mood yang agak tak best sebab katanya saya malas belajar, asyik nak main je. Katanya”, kalau kamu fail SRP aku ambik balik gitar ni”. Ha ha ha..Saya sangat sayang gitar itu, tapi itulah bodohnya saya ni, tahun 1996 saya jual gitar tersebut pada seorang kawan baik, sebab saya pokai dan dia nak sangat gitar itu. Gitar itu pula ada rosak sana-sini sikit. Sudahnya saya sangat menyesal sampai ke hari ini, nak beli semula dari dia, dia tak nak jualkan. Itulah, banyak benda bodoh yang kita telah lakukan dalam hidup ni, dan di antara banyak benda itu ada yang sangat bodoh yang telah kita lakukan yang mana kesannya tak dapatlah kita bayangkan. Cuma pesan saya kalau sesuatu benda itu sangat kita sayang, janganlah jualkan, sebab belum tentu kita akan dapat balik benda itu.

Apabila saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1985, gitar Eko itu saya tinggalkan di kampung. Kakak saya belikan gitar baru brand Hoffma, berharga rm 200. Dua bulan selepas itu gitar itu pun lekang sebab tak tahan panas. Maklumlah bodynya hanya plywood. Selepas itu saya ambil balik gitar saya di kampung.

Tahun 1991 saya beli gitar baru jenama Applause( Ovation) berharga rm 1800 siap dengan hardcase. Bodynya Fiber, tak kena dengan style saya sangat. Apapun sempatlah saya guna bila bermain di Pub sekitar Petaling Jaya waktu itu. Mungkin saya terpengaruh dengan Endorsee jenama gitar itu, Al Di Meola. Lihatlah betapa berpengaruhnya Gitaris yang punya nama. Kita beli gitar tu sebab Al Di Meola, padahal dia pakai gitar apapun memang sedap sebab dia memang bagus. Ha ha ha..Gitar itu saya beli sewaktu saya bekerja di sebuah kilang. Lama juga saya kerja kilang, 3 tahun. Akhirnya gitar itu saya jual kepada seorang kawan dengan harga rm 900, dua kali bayar. Ha ha ha

Sewaktu saya bekerja di Bentley Music pada 1995 saya beli gitar elektrik Fender American Standard( Made in USA). Warnanya Sunburst. Harganya waktu itu rm 2350. Saya dapat 35 persen, jadi saya beli dengan harga selepas discount rm 1570 lebih kurang. Selepas itu pun bodoh juga saya ni, bila duit tak ada saya jualkan. Lepas tu nak beli dah payah. Tahun 1998 saya rasa duit kita jatuh teruk. Gitar Fender dari harga rm 2200 naik ke rm 3650. Pun laku juga lagi. Ha ha ha

Bila saya bekerja di Yamaha Music, saya agak mewah dengan gitar akustik sebab nak gitar apa pakai je. Ha ha ha..Saya waktu itu pakai gitar mahal je milik kompeni. Yang bawah rm 2000 saya tak pandang pun. Ha ha ha..Gitar ni macam kereta. Bila kita dah try kereta yang mahal seperti Merc atau BMW, Proton Wira atau Iswara kita dah tak syok dah. Jadi saya di Yamaha pakai gitar yang berharga rm 3000 ke atas. Sebabnya dari segi bunyi memang berbeza, dari segi lembut dan tone. Kalau jenama Yamaha yang bagus itu dari Japan, harganya rm 7000 ke atas. Kalau bawah rm 5000 sampai rm 2000 dari Taiwan, itu kita masih kategorikan grade A. Bawah rm 2000 made ini Indonesia. Sempatlah saya memiliki sebuah gitar jenama Yamaha berharga rm 1800 yang saya beli dengan harga yang sangat murah. Sedapnya gitar itu saya rasa bila saya dah tak bekerja di Yamaha. Waktu itu gitar Yamaha Akustik/ Elektrik yang paling mahal berharga rm 24, 500. Memang sedap bunyinya. Tapi itulah, harganya untuk orang yang mampu sahajalah.

Hari ini apa gitar saya tak memilih sangatlah, kita kena ikut kemampuan juga. Janji ada bunyi, boleh plug in. Tapi kalau boleh belilah yang berharga rm 1000 ke atas.

Yang penting, jari kena bagus. Nak bagus kena praktis, lain jalan tak ada. Apa brand pun tak apa, asal jangan body plywood kalau kita nak gunakan untuk bekerja. Kalau untuk suka-suka beli gitar jenama kapok je. Body kalau yang tebaik pilihlah yang solid wood. Sebab makin lama bunyinya akan lebih sedap. Gauge untuk tali gitar akustik yang bagus point 11. Kalau 10 tu bunyinya tak tebal sangat. Dulu saya pakai set string 1 set yang agak mahal harganya, tapi bila guna untuk busking, selalu putus. Sudahnya saya beli yang murah je, ada di jual di Mydin atau kedai mamak. Ha ha ha

Tali gitar ni biasanya tempoh gunanya hanya bertahan 2 minggu dari segi sustain bunyinya. Itu kalau dari segi proffesionalnyalah. Tapi biasalah, kita ni guna selagi tak putus. Ha ha ha


HIKAYAT BODO-BODO

0 comments

Saya dilahir dan dibesarkan di kampung, rumah tepi sungai(Sungai Bruas). Kalau hujan lebat air melimpah sampai ke halaman. Letrik dan air tak ada waktu itu, jadi kita gunakan air telaga atau air sungai untuk makan atau minum atau kegunaan lain. Saya rindukan suasana itu sebenarnya. Berjalan kaki tak berkasut, perut pun buncit banyak cacing kerawit, bila buang air besar keluar cacing kerawit banyak. Waktu malam pakai lampu gasolin dan pelita. Waktu itu tahun 1973, bilamana sebelumnya keluarga saya berpindah dari tinggal di berek polis ke Kampung Kilang. Tahun 1975 keluarga saya berpindah ke Kampung Dendang. Walaupun kisah saya sewaktu kecil ni selalu saya ceritakan, saya akan terus bercerita juga kerana ianya sketsa perjalanan seorang anak muda yang lahir di kampung yang serba serbi kekurangan baik dari segi kemudahan mahupun kewangan. Apa yang ada pada kami hanyalah kasih-sayang dan ikatan kemasyarakat yang kukuh.

Tidak banyak memori yang tinggal di ingatan melainkan mimpi naga kepala tujuh masuk ke rumah dan mimpi jalan terbelah dua dan saya jatuh ke dalam gaung yang menjadi sungai, ada sampan kecil mungkin sebagai penyelamat..ke mana hala wallahualam. Ha ha ha

Seperkara, ada sebuah buku hikayat bernama Seri Rama mungkin milik abang saya yang tua, Mishar atau Mior Sariman. Abang saya ni saya hormat dia. Banyak sebab, antaranya sejak dia kecil dia pandai mencari duit poket sendiri dengan kebolehannya melukis. Dia sangat berbakat sebagai pelukis. Kartunnya tersiar di akhbar harian kalau tak salah saya. Bayangkan seorang budak dari kampung, yang tidak terdedah dengan segala kemudahan, berjaya dengan bakat dan kepandaiannya. Karya-karyanya mungkin dihantar secara pos saya rasa. Jadi Mishar ni selepas dia menjadi guru di Tanjung Malim, dia berpindah ke Dewan Bahasa sehinggalah klimaks kerjayanya sebagai bos di majalah Gila-Gila yang menjadi fenomena di zaman itu (1976) kalau tak silap saya. Malang sekali selepas menjadi bos, dia tidak mahu melukis lagi, tidak seperti pelukis terkenal Jaafar Taib. Mungkin sebab itu sangat susah untuk saya tinggalkan dunia busking saya kerana itu ‘asas’ saya walau di manapun saya berada, tak kira samada di langit mahupun bumi. Kecualilah jika tahap kesihatan tidak mengizinkan disebabkan usia atau penyakit. Itulah abang saya ni, Tuhan dah bagi bakat, dia sia-siakan..Bila dah duduk di tempat yang tinggi, dia mungkin lupa bahawa dia adalah seorang pelukis. Berniaga ni bukannya selalu kita akan berada di atas, malah mungkin akan terus terduduk jika kita jatuh. Nak bangun balik bukannya senang.

Berbalik pada buku Hikayat Seri Rama ni tadi, adapun buku itu sangat mempengaruhi pemikiran dan kreativiti saya sebenarnya. Walaupun ceritanya hanya mitos, tapi mesej, tahap imaginasi dan susunan ceritanya sangat menarik bagi saya. Mungkin sehebat filem animasi ‘Avatar’ waktu pertama kali saya menonton ceritanya. Secara tak langsung cerita Seri Rama ni membentuk minda dan daya kreativiti serta imaginasi saya dalam bidang muzik dan lirik yang saya ceburi.

Bukan mudah jika kita menceburi bidang yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang di luar kotak pemikiran tipikal atau biasa.


Page 2 of 3123