Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TAKUT MATI

0 comments

Hari ini banyak sangat ubat-ubat suppliment untuk kesihatan di pasaran. Berlambak-lambak dan kebanyakannya memang mahallah harganya. Seorang kakak kawan saya yang tinggal di Terengganu kawasan kampung memerlukan rm 1000 sehari untuk penyakit leaukimia yang dihidapinya..Mana dia nak cari duit sebanyak itu? Yang terus kaya para-para doktor dan penjual ubat. Yang kita-kita ni terutama warga marhaen memang tidak berkemampuanlah. Walaupun di setiap jenis ubat yang kita makan itu khasiatnya di katakan boleh menyembuhkan segala bermacam penyakit, pun belum tentu juga. Seorang lagi kawan saya yang bercerita tentang bapanya pengidap leaukimia, pun memerlukan 30k sebulan, pun akhirnya meninggal dunia juga walaupun ada duit banyak.

Yang nyatanya kita ni memang takut mati, padahal mati itu akan kita hadapi juga, capat atau lambat. Kenapa kita takut mati? Sebabnya hidup kita ini terlalu bersalut dengan kebendaan. Melekat tak mahu keluar. Jika bukan kerana ringgit pun, kita masih berkepentingan juga, keluarga kita contohnhya. Padahal jika kita percaya pada cerita takdir yang telah tertulis itu, apa yang boleh kita nafikan lagi selain belajar untuk menerima dan mencintai mati?

Hari ini saya berumur 44 tahun. Menjenguk zaman kecil saya, rasanya baru semalam berlalu segala kenangan masa lalu. Masa berjalan dan kita pun begitu. Kita boleh kecewa dan atau suka dengan apa yang kita miliki. Pun itunyalah ‘moment’ belaka. Terlebih suka akan buat kita lupa, terlebih kecewa akan buat kita gila.

Itu sebab saya suka pada bab-bab falsafah ni. Ianya mendidik jiwa saya supaya kikiskan sifat-sifat yang mengotorkan jiwa dengan siri-siri nafsu yang tak berkesudahan. Dunia adalah punca segala masalah, suka dan duka. Kita sedang berada di sini..Kita sedang menunggu sebenarnya, walaupun kita nak duduk lama di sini atas dasar kepentingan. Pun jika dia datang, apa pilihan yang kita ada?


CERITA DALAM LAGU – PART 2

0 comments

Apabila menjenguk ke era pertengahan 80an, saya mula suka dengan mood-mood yang murung dan rebel. Antara ikon rebel yang saya suka sangat Jim Morrison dari kumpulan The Doors. Sampaikan saya tempah poster gambarnya di Campbell Shopping Complex dan gantung di dinding bilik rumah yang saya sewa. Waktu itu mood-mood yang sebegitu kena sangat dengan cara hidup dan pegangan saya waktu itu. Kalau album Cat Steven saya suka album-albumnya waktu tengah berserabut mencari jalan keluar. Ha ha ha…Umpamanya album ‘Numbers’. Saya collect album King Crimson ..ada lagu ‘ i talk to the wind’..Waktu itu tema yang saya suka yang rugged-rugged je…Kebanyakan hero-hero saya ada masalah hidup yang rumit seperti Syd Barret, Peter Green, Morrison, Nick Drake dan banyak lagilah. Kebanyakan artis 70an barat saya sukalah. Bagi saya muzik era 70an adalah yang terbaik baik dari segi sound, artistik, kualiti dan kreativiti memang fresh.

Saya pulak waktu itu tengah gila mentelaah segala apa bab-bab falsafah sehingga segalanya menjadi sampah-sarap pun saya tak kisah. Ha ha ha..Bagi saya bagus juga jika kita terjun ke dalam tasik yang dalam walaupun ianya akan menyebabkan kita lemas. Hikmahnya kita tahu banyak perkara dan tahap kefahaman kita akan lebih mantap dari apa yang kita ada sebelumnya.
Selamanya antara teori dan praktikal tetap menjadi dua perkara yang berbeza. Saya suka praktikal. Bila saya dengar muzik black metal saya cuba cari mana grup yang betul-betul satanic dan pure evil. Kebanyakannya hanya gimmick cuma di Kanada ada dua tiga band yang ada elemen anti segala peradaban dan hukum.

Tapi itulah, lagu-lagu yang saya suka tak sesuai dilagukan di pub atau majlis komersial..Kalau lagu Beatles saya suka lagu ‘ sgt pepper lonely hearts club band, martha my dear atau i am the walrus..ataupun nothing’s gonna change my world.. Ha ha ha

Dalam masa yang sama ego kita akan berada di tahap yang tertinggilah. Maklumlah segala-galanya kita rasa tinggi je, yang rendah-rendah tak nak. Padahal kita tak ke mana-manapun sebenarnya..Ha ha ha

Sudahnya hari ini saya nyanyi lagu pop semasa je…Pun ok juga, apa salahnya kita meraikan selera pendengar?

Apabila kita banyak mengkaji, kita juga akan di ujikaji. Ha ha ha..


DI LEMBAH INI

0 comments

Di lembah ini tidak ada apa yang menarik untuk panorama yang mengkhayalkan pandangan. Sudah di beritakan maya akan menipu kita di dalam janji. Terbuka mata melihat dunia, kitalah lambang suci insan yang tidak berdosa apa-apa, kepada dunia mahupun akhirat. Sedetik menyusu di susuan ibu, kita mula berkepentingan saat itu. Fitrah kadang-kadang akan menguji, setiap detik adalah ujian untuk kita. Terlebih kenyang kita akan mendapat penyakit, perut lapar pun kita akan mendapat penyakit. Ha ha ha

Sudah diberitakan kita telah dituntut untuk lebih mengenal Dia. Dia itu kita, kita bukan Dia. Cerita roh adalah wajib dikenang oleh setiap insan, kerana di dalamnya akan hadir kisah-kisah yang bakal menyuburkan jiwa kita dengan cerita rasa. Kerana budi, jasad tertawan, bak kata penyanyi 60an A.Talib dalam lagunya. Elok kita bermukim di lembah kejiwaan kerana di situ tidak ada angan-angan, di situ tidak ada kebendaan, janji palsu yang mengkhayalkan menjadikan kita manusia semata.

Baru-baru ini semasa berbusking, sepasang pasangan suami-isteri berbangsa Cina yang agak berumur tersenyum-senyum melihat saya bernyanyi…Seusai lagu,, mereka datang kepada saya sambil berkata, ” Allah berkati kamu”, sambil memberikan saya risalah kecil yang judulnya, bagaimana mengenal Allah. Membaca isi kandungannya ianya tentang Isa dan ceritanya. Kemesraan mereka tidak dibuat-buat, tidak hairanlah banyak orang kita yang berkunjung ke sana. Itu yang mungkin kurang dalam agama kita, kemesraan dan sifat memahami. Kita lebih suka menghukum..mereka lebih suka memahami..

Kita adalah sebahagian dari mimpi yang nyata, kita makan kita rasa.


TERIMAKASIH JIWA

0 comments

Sepanjang hidup bergelar manusia, saya telah melalui banyak perkara yang kita namakan hal-hal duniawi. Suka-duka, pahit manis sudah saya lalui. Apabila dirumuskan semuanya, bolehlah saya katakan inilah keindahan yang paling nyata atas segala apa yang sudah saya lalu dan rasai. Terhukum malah menghukum juga ada masanya, menghina malah dihina juga ada masanya. Inilah kebahagiaan apabila dosa dan pahala itu bercampur, kita gaulkan menjadi cerita yang menarik untuk kita baca.

Hasilnya saya secara perlahan-lahan dapat menerima segala isi cerita yang telah diperuntukkan untuk siri-siri takdir saya. Kita di hormati ada masanya, kita juga di hina ada masanya. Kita menerima cerita kita seadanya.

Kita bagi saya bagus jika dapat menerima cerita alam ini seadanya. Kita lihat bulan, kita sedang berguru dengannya. Kita bermain-main dengan anak-anak, pun kita sedang belajar dari mereka sebenarnya. Kita berjalan atau memandu, kesesakan mengganggu tahap emosi kita semaksimumnya, pun tanpa kita sedari itu hanyalah matapelajaran dan kita sedang belajar. Kita berkawan, dianiaya malah kita juga menganiaya juga ada masanya, pun itu hanyalah matapelajaran untuk kita belajar sesuatu.

Selepas kita memaki, sepatutnya kita akan letih dan berehatlah kendurkan emosi kita dan kita pun tahu ianya hanyalah secebis ujian dan kita telah gagal mengawalnya. Bermuhasabahlah kita, serahkan kepadaNya dan katakan ,”inilah aku seadanya’.

Apabila kita dimaki, pun kita anggap ianya hanya gurauan takdir yang memang suka mengusik agar kita melenting dan turut sama dalam permainan emosi agar ianya berpanjangan dan akhirnya meletup. Pun bagi saya anggaplah takdir ini akan datang dalam bermacam bentuk dan gaya, kitalah pelengkap ceritanya. Kita boleh memilih untuk sama memaki atau kita padamkan dengan kata-kata yang lembut dan berhemah.

Pun apabila malam tiba, tibalah saatnya untuk kita beradu. Katakanlah kepada jiwa, walau kemanapun aku pergi, ke kiri mahupun ke kanan, kamu tetap setia, menerima aku seadanya. Terimakasih..


Page 1 of 3123