Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Apa Ada Dalam Lagu?

0 comments

Sewaktu busking, antara lagu popular yang saya selalu nyanyikan adalah lagu ‘ Anak’ yang dipopularkan oleh penyanyi folk legenda Filiphina, Freddie Aguilar( Ferdinand Pascual Aguilar yang lahir pada feb 2hb 1953). Saya nyanyi lagu ini sebab memang banyak orang suka, berbilang bangsa..tapi dalam english versionlah..Lagu ini adalah lagu Freddie yang paling meletup walau walau lagunya yang bagus-bagus yang bercerita tentang scenario politik dan protes sewaktu rejim Marcos..

Di mana-mana di dunia ini maysarakat mereka akan faham apa itu penyanyi ‘folk’kecuali di India serta bangladesh, saya rasalah..Dan masyarakat kita semakin faham walau banyak juga yang tak faham, sebab antaranya para wartawan versi malaysia kita tidak ada minat dan tidak mahu ambil tahu tentang muzik dengan mesej yang berat-berat. Yang mereka suka ambil tahu adalah yang ringan-ringan dan lembut-lembut belaka, rasa sayalah…Mereka suka kalau artis itu seperti Anuar Zain dan kalau lirik-lirik yang mereka suka macam lirik ‘cinta pantai merdeka’, saya rasalah..jadi apa yang kita boleh expect sangat pun? Pun saya kena nyanyikan juga lagu ‘cinta pantai merdeka ‘ dalam satu function sebab orang mintak, jenuh saya nak menghafal sebab melodinya berbelit-belit macam cerita filem hindustan. Ha ha ha

Berbalik pada kisah Freddie Aguilar, dia ni biasalah, sekolah tinggi tapi tak lepas dan tinggalkan keluarganya untuk memilih muzik sebagai jalan hidup. Menjadi busker, penyanyi di pub-pub dan hotel dan sebagainyalah. Antara kekesalannya yang paling nyata adalah perlakuannya terhadap ibu-bapanya seperti dia tinggalkan mereka sehingga terhasilnya lagu anak yang meletup pada tahun 1979.

Kalau di negara kita ni banyak versi anak telah di lagukan antaranya dari nyanyian kumpulan Carefree, malang liriknya bagi saya kurang menarik dan agak cincai. Translationnya ke bahasa Melayu seakan tangkap muat. begitu juga dengan versi Sweet Charity yang jodolnya ‘Anak(Balada seorang ibu tua), kurang menarik. Freddie juga ada menyanyikan lagu anak dalam bahasa melayu tapi dia pun tak faham apa yang dia nyanyikan juga dictionnya tak tepat. Saya suka versi Alleycats. Saya ada beli album Alleycats yang pertama dan lagu ‘dosa’ inilah termasuk dalam album tersebut, saya rasalah sebab waktu itu awal tahun 80an..mungkin saya silap..


Kata Lennon, bayangkan sahaja…

0 comments

Bayangkan jika tak ada syorga..Katanya hanya bayangkan saja, maknanya syorga itu ada. Jika dikatanya bayangkan jika ada syorga..mungkin syorga itu hanya fantasi semata. Ianya mudah jika kita cuba bayangkan syorga itu tidak ada. Kerja kita hanya bekerja, kita bukan pencipta. DiciptaNya syorga dan neraka sebagai imbuhan baik buruk kita di dunia ini. Dia yang mencipta, bukan kita. Untuk apa kita berfikir lebih dari apa yang sepatutnya kita tahu?
Terlalu bercita-cita mungkin buat kita lupa siapa kita dan siapa Dia. Dia pun mungkin kita tak mahu ambil tahu lantaran terlalu mengejar syorgaNya, bukan Dia. Ketakutan akan buat kita lebih takutkan Hantu dari Tuhan. Katanya lagi, bayangkan kita semua hidup aman damai dan tidak ada peperangan. Malangnya perang itu wajib pula atas dasar kuasa dan mahu berkuasa, sampai kita berbunuh-bunuhan. Kerana kita ini sangat bernafsu sebenarnya. Kalau begitu kita tidak takut dan tak ambil tahupun syorga itu ada atau tidak ada, bukankah begitu?

Bayangkan jika tidak ada ugama. Maknanya itu hanya bayangkan saja, maknanya ugama itu ada. Kita memerlukan ugama untuk kita menjadi manusia yang percaya dan baik antara sesama kita. Malangnya ugama yang bikin kita semua umat berpecah belah, membunuh sesama sendiri. Kita tengok Iran dan Iraq, bertelagah sesama sendiri. Kita tengok kita antara sesama kita seugamapun tak sehaluan, kita kata atas dasar hukum dan Tuhan atas segala hal. Kita lupa kita cuma mahu berkuasa dan menguasai, pun kita letakkan ugama sebagai pointnya. Mungkin kita sedang diperdohohkan atau kita sedang memanipulasi cerita indah orang yang berugama, mungkin. Ugama itu perkara baik, sepatutnya di dalam kandungannya tidak ada busuk hati, fitnah, haloba dan tamak. Tapi itulah yang kita percaya dan agungkan hari ini. Mana keikhlasannya?

Kita terlalu memandang yang di luar dari yang di dalam, pun kita dengan mudah salahkan mereka-mereka yang zuhud dan meninggalkan dunia. Cerita dunia ini adalah hampas belaka, tidak ada yang indahnya kerana kemuncaknya kita tidak akan pernah puas. Kita akan selalu berlumba untuk membunuh sesama sendiri. Kita dengan mudah pula menghukum mereka-mereka yang bertasauf di jalan Tuhan, mengenal diri dan sebagainya. Sekurang-kurangnya mereka cuba untuk mengenal dan bercermin atas kelemahan diri dan cuba memperbetulkannya, adakah itu perkara yang tidak baik? Mungkin jalan berbeza tapi siapa yang paling dekata dengaNya? Adakah Tuhan itu sukakan emas permata, kata puji yang kadang kitapun terkeliru dengan maknanya? Adakah Tuhan itu sukakan kemewahan berlebihan? Atau bukankah apabila kita pulang kita hanya berlenggang dalam mengembalikan hak Dia dalam bentuk roh. RohNya..

Apa boleh buat, kita memang suka dibutakan..:)


UNTUK KE SANA, KITA PERLU BERADA DI SINI DAHULU

0 comments

Pertengahan 80an dulu, saya ada beberapa kawan rapat yang datang dari spesis yang rare. Waktu itu saya memang tengah gila nak tahu banyak hal, falsampah mahupun muzik. Antara kawan rapat saya Foad dan Wan. Foad rare, Wan pun rare juga. Ha ha ha..

Foad adalah seorang pelukis yang hebat yang mahir dalam bidangnya melukis. Dan yang paling penting citarasa muzik kami sama, jadi banyaklah knowledge yang saya dapat. Saya nak bercerita pasal Wan ni. Dia ni memang rare. Punya kedai T-Shirt di Pasar Seni. Sangat berbakat tapi itulah, dia layan kepala dia je. Kalau print tshir tu dia nak yang dia suka je, contohnya dia akan design tshirt Hendrix atau ikon-ikon muzik lama yang rugged dan berjiwa. Mula-mula saya nak rapat dengan Wan ni dulu agak susah sebab sikapnya yang sangat sarkastik dan provokatif. Bila kita bersembang-sembang pasal muzik, saya dok menyampuk sikit dia tak suka sangat.” Led Zep tubuh tahun berapa?” tanyanya dengan gaya menyindir bila saya bercerita pasal Led Zeppelin. Ha ha ha. Bila dah kenal lama barulah ok. Kalau masuk rumah Wan ni dulu, dalam rumah dia berselerak penuh dengna buku-buku, videotape, cuma ada lorong untuk ke tilam je, memang bersepah sana-sini. Saya bila lepak kat rumah Wan ni dok layan cerita Samurai je. Banyak collection dia ada.

Apapun mereka-mereka inilah antara insan yang paling jujur yang pernah saya kenal. Kita perlu mengenal yang di dalam. Hari ini Wan tinggal di Kuantan, sudah beranak pinak. Saya hormat dia sebab banyak ilmu yang saya dapat sewaktu sama-sama melepak.

Untuk mendapatkan ilmu muzik atau apapun sekali, kita perlu mendalami apa yang kita mahu tahu. Kita perlu mahir dalam bidang kita, kita perlu solid dengan ego kita sendiri.

Untuk ke sana, kita perlu berada di sini dulu…


CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT? HA HA HA

0 comments

Saya bekerja di bahagian sales&services agak lama juga sebenarnya. Mula-mula di Bentley Music selama setahun pada tahun 1995 kemudian 1996-2004 di Yamaha Music. Ada kawan-kawan rapat saya yang pelik kerana saya ni jenis yang pasif dan antisosial macamana boleh involve dalam bahagian sales pulak? Ha ha ha

Saya pun tak tahu nak kata apa, mungkin dalam hati saya, saya nak kerja yang ada relate dengan muzik saja. Sebelum itu saya kerja sekejap di Ericsson sebagai Technician, tapi saya takm boleh take it dan tak enjoy, jadi saya berhenti kerja di situ.

Pun bila bekerja di bahagian yang ada relate dengan muzik pun kepala ada sakit juga, ha ha ha..

Bila bekerja di Yamaha music banyak benda yang saya belajar. Customer is always right!, atau pelanggan yang dihormati atau rakyat didahulukan, code ni sama je maknanya. Itulah yang kita kena tahu betapa berharganya seorang nilai seorang customer itu. Saya selalu dihantar oleh syarikat untuk berkursus untuk hal-hal customer dan services ni, dan jika kita bekerja di bahagian sales, kita kena fahamlah bahawa kerja kita memang untuk serve customer, memuaskan hati dan kepuasan mereka dan jika mereka salahpun, kita kena kata mereka betul. Ha ha ha

Sewaktu di penghujung karier saya, saya agak malas dan agak space sikit, jadi ye lah bila kita kerja lama, maka kita berpengalaman. Adalah seorang pelanggan ni datang showroom tempat saya bekerja. Mamat ni bukannya beli apapun tapi gayanya memang bagi kita sakit hatilah. Action, macam bagus-bagus je, lepas tu tak beli langsung. Selalu dia datang dan try gitar lama dan action pulak tu. Ha ha ha..Reaksi saya agak dingin dan angin jugalah, tapi saya cakap elok-elok saya rasa dan teguran saya bagi dia rasa kurang senang. Sayapun ingat bila hal dah settle, ok lah. Rupa-rupanya mamat ni tadi dia sudah email ke head-office bahagian human resource dan entah apa yang dia adu pasal saya, hasilnya saya sudah dapat warning letter dari office. Ha ha ha

Bekerja di bahagian sales ni memang leceh, tapi jika kita boleh menghadapinya kita adalah winner. Pernah juga customer dari golongan orang kaya, pakaipun kereta jaguar sport beli electronic drumset dengan saya. Sayapun hantarlah drumset yang dia pesan tu ke rumah dia yang sangat besar dan mewah. Saya pulak pakai motor je, jadi cara dia layan kitapun, kita kena sedia maklumlah. Tapi itulah motonya, berkhidmat untuk pelanggan.

Sebenarnya hari ni saya dan orang rumah bawak anak-anak jalan-jalan ke shopping complex jadi adalah hal yang kurang best. Ni bab-bab services yang kurang menariklah. Orang rumah saya beli air tapi cara jurujual tu layan kita macam kita ni haprak. Jadi sayapun report pada supervisorlah akan hal kejadian tersebut.

Bekerja di Yamaha, seperti saya kata tadi memang memberikan saya banyak pengalaman dan pengajaran. Seperkara juga jika kita hubungkan antara rakyat dengan wakil rakyat atau kerajaan, kita kena faham hak kita. Saya kalau ada yang tak kena kalau berurusan dengan badan-badan birokrasi ni saya sound direct je, kadang-kadang terover pun ada juga. Itu kita kira macam revengelah. Ha ha ha

Selalunya bila saya call astro jika ada masalah, atau maxis atau mana-mana yang berkaitan dengan sales& services, saya anggap waktu itu sayalah raja yang sombong. Jadi cara saya bertanyapun agak kurang menariklah untuk di dengar. Apapun anggaplah itu untuk motivasi untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menangani kerenah pelanggan. Tak boleh buat apa juga sebab kita bayar untuk sesuatu barang atau produk itu, kita bukan dapat free. Customer is always right!! Ha ha ha


Page 2 of 41234