Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIHAT DAN SAKIT

0 comments

Apabila kita sihat selalu, sering kita bertanya dah lama kita tak sakit, macamana keadaannya jika kita demam, selsema dan sebagainya. Sakit atau demam memang tidak menyeronokkan namun bak kata Osho, benci juga sebahagian dari subjek kasih sayang. Itu maknanya jika kita masih tertanya-tanya tentang sakit atau demam, maknanya kita masih merindui saat itu. Ye ke? Ha ha ha..

Maka apabila saya di landa demam atau sakit, memang lecehlah…tapi demam atau kurang sihat ni bukannya kita akan dapat selalu..maka tidak adillah untuk kita mengeluh…

Dulu waktu sekolah saya pernah kena demam panas, pergi ke klinik kerajaan mereka hanya beri panadol…bila makin teruk saya terpaksa ke klinik swasta..kena injection baru kebah…

Jadi apabila kita didatangi penyakit demam atau kurang sihat, seeloknya kita layan saja moment itu..sebab bukannya kita akan sentiasa dapat demam selalu..melainkan jika sakit itu berpanjangan dan kronik, itu lain ceritalah..Sakit yang biasa-biasanya kita enjoy saja..

Kita hidup ini masih berkepentingan, itu kita kata tanggungjawab kita pada keluarga dan diri kita sendiri…Apabila isteri dan anak-anak sakit atau demam kita akan bawa mereka ke klinik untuk ambil ubat. Sewaktu anak saya yang tua waktu dia berumur setahun lebih kurang, dilanda demam panas yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital saya sangat risau akan kesihatannya sehingga menangis selepas melawatnya di hospital..waktu itu saya masih bekerja di Yamaha muzik. kita lelaki menangis tak suka orang tengok, jadi saya masuk dalam toilet di office saya untuk menangis. Menangis adalah suatu perbuatan yang amat baik untuk kesihatan jiwa kita, saya percaya itu.


SAKSIKAN BAHAWA SEPI LEBIH BERERTI DARI KERIUHAN

0 comments

Saya sedang menyaksikan bahawa sepi itu lebih bererti dari keriuhan. Kesendirian itu lebih baik dan nyata melegakan ketegangan di akal kita yang kadang-kadang cerdik dan kadang-kadang bodoh ini. Kita perlu duduk diam di sini untuk musim ini…menilik diri…

Guruh berdentum dan suara dari langit mungkin menyedarkan kita tentang kiamat yang akan muncul. Kita perlu buat biasa saja, walau itu suatu yang luarbiasa. Bukan kerja kita, kita hanya perlu buat kerja kita. Kerja-kerja kiamat ni atau hidup mati itu urusanNya. Kalau kita berjaya duduk di dalam lorong takdirNya, kita akan lebih relaks dan saya sangat percaya itu.

Lorong takdir maknanya kita terimalah buruk-baik kita ini seadanya, suratan yang telah tertulis, hidup yang yang pinjaman ini kita telah bersedia untuk kembalikan. Perjalanan hidup kita dari bayi sampai tua kerepot, segalanyalah..Semuanya milikNya. Nafas yang kita hirup inipun milikNya. Jadi jika kita boleh faham tentang itu, apa yang tinggal untuk kita lagi? Jika begitu, kita akan bersedia saya percaya.

Saki-baki nafsu duniawi ini penuh dengan cerita-cerita sedih suka-duka yang tak ada kesudahannya. Jadi kitapun penat juga kadang-kadang melayan cerita-cerita yang begitu. Saya pun penat. Saya nak rileks menghabiskan musim ini dengan melayan kemahuan dan kehendak hidup yang tak sehebat mana ini seadanya. Adakah kita punya pilihan lain?


FEEL ITU RASA…

0 comments

Walau roots muzik saya adalah ‘folk’ namun saya seperti kebanyakan anak-anak muda di zaman saya sangat meminati muzik rock 70an terutamanya. Kalau bercerita tentang rock, yang paling menonjol adalah gitaris dan penyanyi. Yang selalu bagi masalah pun mereka inilah. Ha ha ha

Saya pernah punya impian untuk penyanyi dan pemuzik rock, menjerit sampai pecah anak tekak. Betapa berkarisma dan hebatnya mereka menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi..

Pernah sewaktu busking beberapa minggu yang lalu, seorang penyanyi 60’an ‘Rocky Din’ datang menonton saya menyanyi. Dengan kaca mata hitamnya dia bersembang sekejap dengan saya. Hairan dia tengok saya menggunakan ‘capo’. Tanyanya itu untuk apa? Saya kata itu untuk memudahkan kita . Saya kata saya selalu rendahkan key lagu yang bernada tinggi kerana tempoh waktu bernyanyi sangat panjang. Dia kata kalau dia menyanyi semua lagu original key, sewaktu dia menyanyi di pub, lagu hotel california original key Bm.. Saya kata hebat..hebat!!Ha ha ha

Saya pulak tidak berfikir begitu, sebab kita semua punya nada key masing-masing. Jon Anderson (Yes) suara dia memang tinggi, dia bercakap pun dalam high key. Suruh dia nyanyi low key? Tentu tak keluar tone suaranya. Begitu juga dengan penyanyi Don Henley( Eagles). Jadi sebab dia ‘otai’ saya dengarlah..Rockydin ni dia datang sempoi je…dengan seluar slack berlipat dengan kasut kung fu, cuma cermin mata hitam tak lekang. Ha ha ha..

Yang paling penting bagi saya dalam permainan kita perlu improvise lagu mengikut kreativiti kita, cara kita. Buat apa nak ikut cara penyanyi asal? Cara fikir yang begitu mungkin laku di tahun 80an atau sebelumnya. Dulu kalau nak jadi penyanyi rock, M.Nasir( Datuk) akan suruh nyanyi lagu dalam nada Em atau yang paling tinggi. Ha ha ha…

Berbalik pada muzik rock, ada beberapa gitaris yang saya sangat suka tone gitar dan membesar dengan muzik mereka..seperti Ritchie Blackmore ( Deep Purple, Rainbow), Uli Jon Roth( original gitaris Scorpions) Mickey Moody( Bekas gitaris Whitesnake), Keith Scott( Gitaris Bryan Adam) Steve Howe( Yes), Dominic Miller( Sting) dan David Gilmour( Pink Floyd)

Semua mereka punya tone muzik yang hebat. Saya suka Blackmore sebab karakter permainannya, solonya ada cerita. Setiap riff yang dimainkannya melekat dan kita akan ingat trademarknya. Dia melodikan lagu difficult to cure sesedap rasa kemudian di bahagian tengah, ditinggalkannya kita dengan melodi yang hebat dan unik. Kalau Uli Jon Roth pula, dia original line up kumpulan Scorpions dan lagu-lagu hebat Scorpions bagi saya di waktu Uli ni le..In your park, in trance dan banyak lagi. Dia punya jenama gitar sendiri’ sky guitar) yang punya 7 tali. Mickey Moody saya suka sebab first album White Snake yang saya beli ‘Come and Get it’ dan ‘Saint and Sinner’ dan Micky Moody lah gitarisnya. Elemen rock n roll dan slide nya melekat dan kena dengan muzik dan tone suara Coverdale waktu itu. Dominic Miller adalah Sessionist guitaris yang hebat, punya stail dan gaya permainan yang bijak terutama apabila dia menjadi gitaris tetap Sting. Keth Scott juga adalah sessionis kelahiran Canada. Tonenya sangat saya suka terutama untuk lagu ‘please forgive me’ dan ‘ evrything i do’ nyanyian Bryan Adam.

Banyak lagi gitaris yang bagus-bagus di dunia ini. Yang paling penting bagi saya bukan suara tinggi atau solo macam ribut, tapi ‘tone’. Sebab itu tone datang dari dalam…ianya bukan teknikal sangat..ianya ‘feel’…


Kita Di Sini…

0 comments

Apabila musim itu pergi, kita tidak akan berada lagi di situ. Kita akan beralih musim ke musim seterusnya sehinggalah bertemu ke satu titik yang mereka katakan itulah sebuah permulaan untuk menuju ke keabadian. Tidak ada bekal atau ramuan melainkan penyerahan.

Kita telah memahami makna dosa juga pahala antara kita sesama manusia. Kita mungkin keliru tentang penerimaan Tuhan tentang apa dan siapa kita di sisinya. Apa yang dimahuNya dari kita melainkan kita ini dikataNya makhluk ciptaan yang teramat istimewa yang mana terkandung di dalamnya segala permainan umpama gedung permainan lengkap dengan segala rupa dan bentuk menggamit rasa dan nafsu. Kitapun bergelut untuk cuba memiliki apa yang dikataNya kuasa yang sebolehnya kita mahu menguasai hatta jika boleh kuasaNya juga.

Begitu jauh kita melangkah, itulah bezanya di antara pengembara ukhrawi dan duniawi. Cerita dunia ini semakin kita mencari semakin kita akan mencintai sehingga memungkinkan kita mabuk dengan mimpi-mimpi indah yang nyalanya tidaklah selama manapun.

Hari ini marilah kita ucapkan dan nyanyikanlah lagu yang akan lebih mendekatkan kita denganNya tanpa sebarang penafian lagi. Dan janganlah dikenangkan tentang hal semalam yang duka mahupun indah..

Kita di sini hanya sebentar cuma…


Page 1 of 212