Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

AKU, MUZIK DAN HARI INI…

0 comments

Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan muzik underground, atas mahupun bawah. Dua tiga hari lepas saya berbual-bual dengan seorang kenalan blogger yang datang ke KL Sentral. Banyak hal juga yang dibualkan termasuklah hal-hal muzik.

Sewaktu di sekolah menengah di kampung dulu, saya tampal di dinding bilik saya poster Led Zeppelin, Black Sabbath, Pink Floyd dan banyak lagi. Waktu itu semangat untuk ambil tahu pasal muzik memang di tahap ‘gila’. Hatta beg sekolah saya pun di tulis dengan marker pen luar dalam nama-nama band yang hebat-hebat waktu itu. Ha ha ha

Sehingga beberapa tahun juga saya dalam keadaan begitu. Terlalu banyak ‘hero’. Dalam hal agama dan falsafah hero-hero saya adalah penyair-penyair agung yang kebanyakannya tidak konvensional dan revolusioner. Sheikh Siti Jenar, Iqbal, Hamzah Fansuri, Kahlil Gibran, Fariuddin Attar dan banyak lagilah. Dalam hal muzik pun begitu juga. Semua hero-hero saya dalam muzik seperti yang saya selalu tulis dan ingat tentang mereka dan akhirnya itu semua hanyalah ‘semalam’. Tidak ada semalam, tidak adalah hari ini. Namun yang semalam itu hanyalah semalam yang telah berlalu dan tidak akan datang kembali. Pun harus diakui

mereka-mereka itu adalah sisi-sisi cerah dan gelap untuk kita membentuk acuan imej kita sendiri. Akhirnya kita tidak perlukan
siapa-siapa pun lagi..Inilah kita seadanya dan kita wajib menghargainya.

Apapun saya masih mendengar lagu-lagu Bob Dylan, Nick Drake dan genre-genre yang sewaktu dengannya. Jika kita suka pada lagu-lagu bertemakan kehidupan dan kemanusiaan wajib kita mendengar Dylan, seperti bagaimana dia menyindir sikap tamak dan kuasa manusia dalam lagunya ‘master of war’ atau bagaimana kita mahu membentuk jatidiri kita sebagai lelaki yang penuh dengan ciri-ciri kelakian yang keras,ultimate dan ego seperti dalam lagunya ‘Dont think twice, its allright’. Saya membesar dengan lirik-lirik Dylan, Cat Steven, Smiths, Floyd, Beatles, Fals, Ebiet, Gombloh dll dan dari situ banyak yang saya dapat dan faham apa itu kehidupan, politik, alam, kemanusiaan dan Tuhan. Bukankah itu banyak membantu kita dalam banyak hal-hal yang bersangkut-paut dengan kehidupan dan kematian?

Hari ini saya pegang konsep ‘pandang satu pada yang banyak, banyak pada yang satu’. Realistik dalam hal-hal kehidupan bagi saya adalah jalan terbaik untuk kita terus hidup dan berkarya mengikut acuan dan ramuan yang kita faham, dan kita sedang menjalaninya. Kita pun tidak tahu kita ini di fasa yang keberapa. Yang kita tahu masa sedang berjalan dan kita perlu memandang kehadapan. Kita sedang memikul beban yang sarat dengan muatan dan keperluan yang kita simpulkan sebagai keseimbangan untuk sebuah kehidupan.


KASIH-SAYANG

0 comments

Baru-baru ini dalam bulan lepas lebih kurang, isteri saya terjumpa se ekor anak kucing lantas datang pula minat untuk memeliharanya. Maka sayapun belilah sangkar kucing. Anak-anak saya terutamanya Aqeef dan kakaknya pada mulanya agak excited dan bersemangat untuk menjaga anak kucing tersebut.

Malangnya semangat tersebut hanya bertahan selama beberapa hari sahaja. Yang selalu menjaganya ibu merekalah..mandikan, basuh berak kencing dan sebagainyalah..Seperkara memang kalau tinggal di kawasan flat memang tidak sesuai untuk memelihara kucing kerana keluasan ruang dalam rumah terhad. Letakkan di sangkar rasa macam tak ada kebebasan untuk kucing yang kami jaga itu. Saya pun bukanlah rajin sangat untuk membelai dan menjaganya.

Sudahnya kucing yang kami jaga itu diletakkan di kawasan parking agar dia dapat merasai dunia dan ruang bebas miliknya, sesuai dengan habitatnya. Dalam sehari dua adalah kucing itu datang dan kenal akan kami tuannya. Seperkara juga yang agak leceh bila kita sudah jadi sayang pada kucing itu. Bermula dengan simpati kemudian datang sayang pula.

Apapun anak kucing yang kami bela itu telah hilang dari pandangan sejak dua hari lepas dan ianya agak ralat dan sedih juga bagi kami terutama orang rumah saya dan Aqeef, anak saya.

Sudahnya juga dalam sehari dua ni orang rumah saya agak terasa akan kehilangan anak kucing yang kami jaga itu. Saya pun agak ralat juga, tapi itulah..itu baru kehilangan anak kucing, belum lagi hilang anak..ha ha ha

Setiap kali lalu di kawasan parking itu kami selalu berharap yang anak kucing yang kami pernah jaga itu datang dan makan makanan yang kami sediakan..tapi hampa..

Positifnya kami sekeluarga berharap jika ianya diambil oleh orang lain..sekurang-kurangnya anak kucing itu masih hidup dan akan dijaga dengan baik.

Kasih-sayang adalah cerita kita para makhluk dan ianya adalah anugerah paling misteri untuk kita nikmati cerita dan mimpinya.
Apapun tidak banyak sebenarnya yang boleh kami janjikan untuk membahagiakan si kucing yang kami pelihara cuma sebulan itu kerana keadaan persekitaran yang tidak sesuai, jadi kami lepaskan kepada angin lalu segala kenangan yang telah kami lalui bersama si kucing.

Teringat akan lagu dari kumpulan Queen, ‘too much love will kill you’…


INPUT 2

0 comments

Saya percaya di sebelah kanan, ada baik dan di sebelah kiri ada juga baik. Di dalam kanan ada kiri dan di dalam kiri ada kanan. Walau kanan di gambarkan sebagai hero dalam segala hal, kiri juga berperanan dalam banyak hal.

Ada parti kiri dan ada parti kanan. Di kalangan mereka ada yang bagus tidak kira samada mereka itu kiri atau kanan. Buruk baik adalah perihal ‘sikap’ kita dalam menangani dan menilai kehidupan ini. Yang paling penting bukakan mata dan pandangan kita dalam melihat cerita suka-duka hidup ini se adanya.

Seperti juga tulisan-tulisan saya dalam buku Sembang Tepi Jalan dan Syurga Yang Hilang, ada yang kiri dan ada yang kanan. Ada cerita-cerita yang seakan negatif tapi kita perlu juga melihat positifnya. Seperti saya katakan selalu, kita perlu terbuka dalam banyak hal. Seperti yang penerbit buku saya kata, itu mungkin cara saya berdakwah.

Beberapa hari lalu seorang pelajar bakal ustaz dari sekolah ugama Kedah datang membeli buku saya. Dia pembaca blog pestajiwa. Saya suka cara pelajar itu berfikir, itu bagus untuknya di masa hadapan, insyaallah. Walau apapun, buku dan cerita yang saya tulis masih lebih baik dari kita membaca dan membelek majalah hiburan yang berlambak-lambak di pasaran. Atau memang kita jenis yang susah untuk berfikir lebih serius tentang cerita-cerita yang tak glamour seperti kehidupan dan kematian?

Banyak berjalan luas pandangan. Kita tengok di langit, ada cerah, ada gelap, ada biru. Bukankah itu menandakan hidup kita manusia yang penuh dengan warna. Ada warna gelap dan ada warna cerah. Kita menulis di kertas putih, kita memerlukan dakwat gelap untuk membolehkan membaca. Gelap dan cerah atau hitam dan putih itu saling memerlukan sebenarnya


INPUT…

0 comments

Buku baru saya Syurga Yang Hilang sudah diedar dan dijual di sana-sini. Sambutannya sederhana sahaja tapi ‘moving’. Itu yang penting. Buku Sembang Tepi jalan dan Syurga yang Hilang boleh dapatkannya melalui saya juga di KL Sentral. Banyak yang keliru kerana covernya seakan sama sehingga ada yang tersalah ambil. Ha ha

Bersembang-sembang dengan novelis tersohor tanahair Ramlee Awang Murshid yang novel-novelnya berjaya dijual sehingga ratusan ribu unit buat saya kagum dan hormat atas kejayaannya. Sehingga digelar jutawan khabarnya dan bekerjaya sebagai penulis sepenuh masa. Katanya untuk jadi seperti hari ini beliau terpaksa menunggu selama 15 tahun. Hari ini setiap novel yang ditulisnya mendapat sambutan hangat . Para pembaca terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan autografnya. Kalau dulu katanya diawal tahun 90an sewaktu buku pertamanya dilancar dia menunggu dari pagi hingga ke petang tak ada seorang pun yang nakkan autografnya. Itu dulu..Ha ha ha..Tapi tak ada dulu tak adalah hari ini. Sekurang-kurangnya saya sewaktu pelancaran buku kelmarin ada juga seorang dua minta autograf..Ha ha ha

Hari ini ramai anak-anak muda semakin suka membaca dan ini satu perkembangan yang sihat untuk kita sebenarnya. Baru-baru ini ada dua orang anak muda berumur awal 20an datang bersembang-sembang dengan saya pasal buku saya. Katanya banyak yang dia tak faham sebab falsafah STJ berat. Saya kata tak perlu percaya dengan apa yang saya tulis tapi ‘input’ untuk masa hadapan. Kalau boleh jangan reject. Mana tahu mungkin berguna sebab hidup ini adalah proses yang panjang dan tak berpenghujung dan cara kita berfikir 20 tahun dulu tidak sama dengan cara fikir kita sekarang. Apapun anggap ianya knowledge atau pengetahuan untuk kitapun bagus juga. Berilmu akan buat kita jadi lebih dewasa, saya percaya itu.

Cerita-cerita saya sebenarnya lebih fokus pada dalaman dari luaran. Interprasinya ikut kefahaman pembaca cuma saya memang suka dengan subjek ‘tasauf’ yang lebih praktikal dan realistik. Semua kita punya faham masing-masing dan saya tahu itu. Secara personalnya saya suka jika seorang muslim itu suka mengamalkan syariaat dalam kehidupan ini. Solat itu selamanya adalah suatu yang baik dan bermanfaat pada jiwa kita. Sehingga ianya akan lebih bagus jika kita faham dan mempraktikalkan di dalam kehidupan ini apa yang kita doa dan janji di dalam solat. Mudah-mudahan kita akan jadi insan yang lebih redup pandangan dan visi.

Cerita dunia ini hanya setakat di dunialah sahaja.


Page 1 of 212