Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ILMU HIDUP

0 comments

Membelek-belek waktu saya busking tahun 2004-2005 dulu , memang tough..dah la tough, keadaan saya yang sangat berserabut dan kelihatan selekeh juga banyak menimbulkan masalah kepada persekitaran tanpa disedari.

Patutlah banyak kali saya diangkut ke balai polis untuk ujian air kencing atas suspek penagih dadah. Saya waktu itu tak perasan langsung keadaan dan imej saya. Saya ingat semua ok je. Ha ha ha

Tapi waktu itu memang real dan pure. Bila keluar rumah nak busking, orang dok ingat saya saya nak pergi memancing. Saya tak fikir sangat pasal penampilan diri. Isteri saya selalu tegur yang katanya gaya saya berjalan longlai sangat, macam orang hisap dadah. Macamana tak kena cekup? Ha ha ha

Pernah waktu itu baru lepas balik dari kedai mamak minum teh tarik dengan keadaan saya yang belum mandi dan pakai seluar track tiba-tiba dicekup bond, dibawa ke balai polis Cheras untuk ujian air kencing. Tension betul waktu itu…Tapi itulah..penampilan saya waktu itu memang fail kot! ha ha ha

Lepas ujian air kencing ok, kena balik dengan teksi..duit pulak cukup-cukup tambang je…leceh betul!

Patutlah baru-baru ini waktu jumpa seorang member berbangsa India, kawan pemuzik saya…Katanya ” Meor, you look’s better now!”…

Tapi kehidupan di jalanan memang begitulah…Walau pun persekitaran kotor dengan saya sekali mungkin, banyak ilmu yang saya dapat di sana.

Untuk terus hidup, kita perlu belajar ilmu hidup!


AGAMA DAN MANUSIA

0 comments

Saya selalu bayangkan agama itu adalah segala perkara baik yang diajarkan kepada manusia. Agama tidak mengajar kita menghina antara sesama agama.

agama memang baik, cuma manusia itu yang tidak sampai kepada ajaran agama itu sendiri.

Apabila saya membaca tentang nasib penduduk etnik Rohingya yang beragama islam, ianya menyedihkan. Bertambah malang bila sekelompok sami Buddha turut menghalau mereka malah membenci.

Sepanjang yang saya tahu tentang ajaran Buddha,Buddha tidak mengajar umatnya membenci antara sesama makhluk. Itu kefahaman yang paling asas tentang ajaran tentang manusia dan makhluk..

Jadi bila ianya terjadi nyatalah banyak perkara baik yang terdapat di dalam ajaran dan agama itu tidak sampai rupanya ke dalam jiwa kita. Ianya hanya berlegar di lingkaran nafsu yang penuh hasad dan kotor.

(*Music starts at 0:14*) One of the early “protest songs” by legendary folk singer Okabayashi Nobuyasu. The word “burakumin” refers literally to the residents of certain hamlets traditionally associated with leatherwork. The butchering of cattle rendered them “impure” in the Buddhist scheme of things, and discrimination led to poverty which led to discrimination.


Mengapa memilih jalan ini ?

0 comments

Saya tidak ada sebab menarik mengapa saya memilih jalan hidup sebagai ‘Busker’. Ianya proses yang panjang, menguji diri dan belajar makna hidup sambil menanggung keluarga dengan duit busking.

Tidak pernah rasa rendah diri atas apa yang saya lakukan. Diberi tempat untuk bekerja itu peluang dan rezeki anak-anak, tidak lebih dari itu.

Tidak rasa diri bagus bila bernyanyi berlagu kerana lagu-lagu yang dinyanyi adalah lagu-lagu pop semasa, penuh dengan elemen komersial. Cuma ada juga selit lagu-lagu syok sendiri.

Saya akur dengan kehendak majoriti. Masyarakat sukakan lagu-lagu yang mereka suka. Lagu yang mereka suka bukan seperti kita para pemuzik. Jadi kena banyakkan lagu komersial.

Berbeza dengan waktu awal sewaktu memilih jalan sendiri sebagai busker awal tahun 2000 dulu, memang struggle dan waktu itu barulah kita tahu makna hidup yang sebenar. Ianya tidaklah semudah yang kita gambarkan sebenarnya.

Kalau hujan memang masalahlah sebab busking di tempat yang terbuka. rm 2, Rm 5, rm 20 itu pendapatan yang pernah saya dapat sewaktu di awal karier. Pun ada juga rezeki untuk anak-anak. Keputusan wang itu perkara biasa di waktu itu, biasalah…jalan masih bersemak, perlahan-lahan kita teroka sehingga terang lagi bersuluh.

Naik bas, turun bas, dianggap pengemis, dicekup JKM bersama-sama dengan para pengemis di subway KLCC, dicekup IPK seperti penjenayah atas suspek drug addict, bermalam di pudu jail, dihalau oleh seorang pemabuk di sebuah kedai makan di Brickfield, menghiburkan para mafia dan ganster dengan lagu-lagu beatiful sunday, more than i can saya antaranya, dipandang sinis oleh sekeluarga yang nampak sangat islamik di satu meja makan apabila saya menghulurkan topi untuk donatian, mereka seolah memasukkan kepala mereka ke dalam baju seperti kura-kura, melihat saya adalah satu dosa yang besar, mungkin.

Di situ baru saya faham, ugama bukanlah jawapan untuk sebuah subjek kesempurnaan. Ianya hanya asas untuk satu cara hidup yang dicipta manusia itu sendiri melalui peradaban dan hukum-hakam, mungkin sebab itu mereka lebih suka menghukum dari memahami. Untuk lebih faham kita perlu mendalami apa itu kepercayaan dan apa itu kehidupan.

Saya memulakan siri busker sebagai seorang pelajar yang mahu belajar tentang hidup di jalanan. Jalan Alor, Pasar Seni, Brickfield, Bangsar, Jalan Petaling Street…semua sudah saya lalui sebagai seorang pemuzik jalanan.

Digaulkan semuanya, itulah kebahagiaan bagi saya.

Hari ini Tuhan itu sentiasa ada untuk kita. Dulu pun ada juga cuma kita yang ingat-ingat lupa. Hari ini kita semakin memahami makna kehidupan dan bahagia. Saya gembira kerana saya telah melalui banyak perkara yang ringan dan berat sepanjang saya hidup sebagai seorang pemuzik jalanan.


Kehidupan ini adalah nyanyian…Maka bernyanyilah…

0 comments

Sewaktu di kampung dulu era 80an saya tengah kemaruk muzik folk…Banyak yang saya suka. Cara saya mencari album yang saya mahu senang saja, pertama tengok cover album mesti pegang gitar tong. Itu tanda dia penyanyi folk, lagi satu tengok ekspresi muka, kalau ada macam masalah sikit itu makna sesuai dengan jiwalah…Ha ha ha

Seperti Dylan, Cat Steven, Don William, Jim Croce, Ebiet – Itu Sohaimi yang introduce kan secara tak langsung kepada saya. Jadi bila sudah suka saya dengar Simon & Garfunkel dan muzik-muzik dari folk artis yang lainnya.

Satu yang menarik tentang pekan kecil tempat kelahiran saya, Bruas di Perak sana, sering berlaku hal-hal yang menarik yang tak diduga.

DI sebuah kedai lot sederet antara jalan menuju ke balai polis, ada sebuah kedai jahit yang turut menjual kaset-kaset cetak rompak. Saya pun tak pasti macamana diorang boleh jual album penyanyi Jepun. Turut dijual album Momoe Yamaguchi, penyanyi popular Jepun era 70an.

Suatu hari saya membelek satu album dari penyanyi Jepun. Itulah seperti saya kata tadi, dah lah tulisan jepun cuma muka dan mood penyanyi tersebut agak sesuai dengan selera jiwa saya. Saya pun belilah…Memang lagu-lagunya menarik.

Setelah lama melalui info yang mudah kita boleh dapat di internet saya pun tahulah penyanyi tersebut namanya Chiharu Matsuyama. Dia ni famous di negaranya dengan album pertamanya diterbitkan di pertengahan tahun 70an kalau tak silap. Beliau juga adalah folk singer/songwriter yang telah menghasilkan banyak album.

Kita boleh bandingkan Matsuyama ni dengan M.Nasir. Banyak lagu-lagu Jepun yang punya melodi yang menarik dan walaupun formulanya sama saja, cara pembawakan dan penghayatan mereka itu yang menarik bagi saya. Seperti salah satu lagu favourite saya ni ..


Page 1 of 212